BRIGED MP SEGAMBUT |
- SAYA TAK SETUJU DENGAN LIM KIT SIANG:HIDUP MUHYIDDIN
- IA BALIKLAH CHINA BALIKLAH INDIA...KA KA KA
- SOI LEK GILA ATAU NOH OMAR YG GILA?...
- MURSI DI TUDUH MEMBUNUH
- KAUM BUKAN ISLAM MAKIN KURANG HAJAR MEMPERLEKAH AGAMA ISLAM
- ORANG ISLAM KENA BERSATU HADAPI BUKAN ISLAM?
- GAMBAR PALING KONTROFERSI
SAYA TAK SETUJU DENGAN LIM KIT SIANG:HIDUP MUHYIDDIN Posted: 31 Jul 2013 08:30 AM PDT Lim Kit Siang (gambar) hari ini menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kenyataan tidak berasas dan tanpa fakta berkaitan isu pelatih anjing hina Islam. Penasihat DAP itu berkata Muhyiddin harus berbuat demikian kerana kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya satu kaum. Lim berkata, semua pihak termasuk Kabinet, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu dalam pembentukan negara bangsa bagi mengelakkan polarisasi agama dalam negara ini. "Bolehkah Muhyiddin memainkan peranannya dalam pembentukan negara bangsa Malaysia?" katanya Lim pada kenyataan media, hari ini, seakan-akan menyindir. Muhyiddin dilapor, berkata insiden itu sebagai gejala buruk yang melanda masyarakat Malaysia dan berharap usaha menggugat kesucian agama tidak sampai ke tahap mencetuskan situasi genting seperti di beberapa negara Islam lain. Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada rakaman terbaru yang tersebar di laman sosial yang memaparkan seorang individu dikenali Chetz membawa tiga anjing bersiar-siar dengan suara latar takbir raya. Walaupun negara aman, katanya perkembangan mutakhir menunjukkan tiada persefahaman dan pengertian mendalam terhadap keharmonian agama dan kaum di negara ini. Muhyiddin juga menyifatkan kejadian seumpama itu sebagai mengganggu dan menggugat ketenteraman jiwa masyarakat Islam di negara ini. - 31 Julai, 2013 |
IA BALIKLAH CHINA BALIKLAH INDIA...KA KA KA Posted: 31 Jul 2013 07:30 AM PDT Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya "Balik ke India dan China" semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu. Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan. Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar "balik ke Indonesia". "Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka," kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini. Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan. "Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak," kata Prakash. Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan kenyataan Prakash memandangkan pengetua sekolah terbabit enggan bertemu dengan wartawan untuk mengulas isu tersebut. |
SOI LEK GILA ATAU NOH OMAR YG GILA?... Posted: 31 Jul 2013 03:12 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan. "Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini. Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka. Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik. Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik. "Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya. |
Posted: 30 Jul 2013 07:00 PM PDT Mesir membenarkan diplomat tertinggi Eropah menemui presiden Islamis yang digulingkan Mohamed Mursi pada Isnin. Catherine Ashton, ketua dasar asing Kesatuan Eropah (EU) sekali gus menjadi orang luar pertama menemui Mursi sejak rampasan kuasa tentera pada 3 Julai, lapor Reuters. Mursi selepas itu dibawa ke tempat tahanan dan disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk membunuh. Ashton menyifatkan pertemuan dua jamnya dengan Mursi sebagai "mesra, terbuka dan sangat jujur". Pembantunya berkata perbualan kedua-dua pihak "mendalam". "Saya cuba memastikan anggota keluarganya tahu baik keadaan dirinya," kata Ashton, yang diterima kedua-dua pihak bertelagah. Ashton juga berkata, Mursi mempunyai akses kepada televisyen dan akhbar serta dimaklumkan berhubung keadaan dalam negara. "Saya nampak beliau di mana," katanya. "Saya tidak tahu di mana dia berada, tetapi saya nampak kemudahan yang dia ada. |
KAUM BUKAN ISLAM MAKIN KURANG HAJAR MEMPERLEKAH AGAMA ISLAM Posted: 30 Jul 2013 04:56 PM PDT Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram. "Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya. "Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya semalam. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam. "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin. Terdahulu, pada majlis berbuka puasa anjuran Eden Inc.Berhad itu, timbalan perdana menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 anak yatim. Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Beliau berharap sumbangan itu akan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anak-anak yang kurang bernasib baik. - Bernama |
ORANG ISLAM KENA BERSATU HADAPI BUKAN ISLAM? Posted: 30 Jul 2013 12:00 PM PDT Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengecualikan orang Islam daripada hak sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan agamanya seperti dicadangkan mufti Perak Harussani Zakaria didakwa akan memberikan kesan buruk. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMABKHST) berkata, pindaan itu juga boleh "memusnahkan" asas-asas perlembagaan. "Ia juga mengubah ciri-ciri perlembagaan secara asasnya, perlembagaan yang dirangka secara teliti oleh pihak yang merangkanya... selepas rundingan dengan semua pihak berkepentingan," katanya presidennya Jagir Singh dalam kenyataannya hari ini. Harussani pada 26 Julai lalu dilaporkan berkata, Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seorang ibu mempunyai hak sama rata membesarkan anak-anak dengan didikan agamanya perlu dipinda dengan memberikan pengecualian kepada Islam. Katanya, undang-undang Islam terpakai di negara ini kerana Islam agama rasmi Persekutuan sedangkan agama-agama lain hanya boleh diamalkan. "Dalam Perlembagaan sekarang, Islam cuma sebagai amalan sahaja tetapi tidak dari segi undang-undang kerana tidak dilaksanakan. Itu yang susah. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka gugur, itu jadi kacau. "Peruntukan itu (bab agama anak) patut dipinda atau ditambah dengan dikecualikan orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh sehari sebelum itu yang membatalkan pengislaman tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi (kiri), 38, yang didaftarkan oleh suaminya, Muhammad Ridzuan Abdullah, 44, seorang mualaf berketurunan India, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan Perakuan Memeluk Islam ke atas Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, terbatal dan tidak sah. Swee Seng berkata, pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira Gandhi dan anak-anaknya. Sementara itu, mengulas kenyataan yang disifatkannya sebagai mengejut itu, Jagir berkata, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara sementara undang-undang Islam hanya digunakan dalam kes yang terhad. |
Posted: 30 Jul 2013 09:30 AM PDT Jasbir yang kemudiannya tidak berpuas hati memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak Baginda yang kemudiannya membuat penyelesaian di luar mahkamah. Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu sidang media hari ini, Jasbir adalah saksi kepada satu siasatan yang sedang berlangsung di Perancis, tetapi beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya. - 30 Julai, 2013. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan