Roslan SMS Corner |
Kekuatan PAS di Kuala Besut bersandar pada Islam (15/7/13) Posted: 15 Jul 2013 12:42 AM PDT Kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa PAS di Kuala Besut akan berjuang berdasarkan kekuatannya dan bukan hal peribadi musuh adalah sesuatu yang wajar dibangakan (sila rujuk : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/15/PAS-veep-We-focus-on-own-strength.aspx ) Sasaran 16:16 iaitu persamaan bilangan kerusi antara BN dan PR akan menjadi fokus PAS. Dengan kedudukan tersebut Dewan Negeri Terengganu akan berada dalam keadaan tergantung oleh kerana tiada satu parti dapat memperolehi majoriti di Dewan. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, da nada yang berpandangan dengan keadaan itu berkemungkinan Dewan akan dibubarkan bagi pilihanraya yang baru. Dalam erti kata rakyat peluang untuk Islam kembali bertapak dan memerintah di Terengganu bermula dengan undi rakyat di Kuala Besut. Dengan barakah Ramadhan mudah-mudahan akan terusiklah hati saudara-saudara kita di Kuala Besut untuk menyempurnakan sasaran 16:16 itu dan akhirnya memberi laluan untuk Islam kembali memimpin Terengganu sebagaimana di tahun 1959 dan 1999 dahulu. Kekuatan PAS adalah Islam. Rakyat Kuala Besut perlu disedarkan bahawa mengundi PAS bermakna memberi nafas kepada bumi Terengganu untuk ditadbir dengan cara Islam. Laluannya bukan mudah buat PAS, namun sekiranya PAS menyandarkan pada kekuatannya iaitu dasar dan matlamat perjuangannya tidak mustahil sekiranya kita memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Allah swt, panji-panji Islam akan kembali berkibar di Terengganu sebagaimana di Badar dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan