RAKYAT MARHAEN |
- Rasuah: SPRM bercanggah dengan jawapan di parlimen
- Adik ipar Gordon Brown tidak dendam tapi "lebih bersemangat" dedahkan penyelewengan Taib Mahmud
- Pengecualian Cukai Eksais : Rakyat Asing Dahulukan, Rakyat Sendiri Ditekan
- Malaysia selamat atau tidak, KPN sila jawab..!!!
- Pas: SPR tidak sensitif berhubung penetapan tarikh PRK
- Cukai: Tindakan Kerajaan UMNO@BN diskriminasi rakyat sendiri
- Rampasan kuasa nafi hak, kemahuan rakyat Mesir
- Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir
- Muslim Brotherhood leader tells army reinstate Mursi and we talk
- 'Friday of Rage' called by Morsi's supporters in Egypt
- "Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"
- Ulasan Professor Dr Mohammad Agus Yusof tentang kejatuhan Morsi
- Krisis Mesir: Babak akhir sebelum Mursi ditahan
- Krisis Mesir: Musnahnya terowong Gaza
- Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan
- Senior Muslim Brotherhood member arrested
- Syrian regime forces attack Homs
- Pro, Anti-Morsi Egyptians Lock in Deadly Clashes
- Clashes in Cairo as protests continue
- Penyokong Morsi Adakan RALLY Besar- Besaran Pertahan Presiden Mesir
- TGNA | Kuliah Jumaat 5 Julai 2013
- Egypt: The future of the Muslim Brotherhood
- Troops Open Fire on Morsi Supporters
- Krisis Mesir: Sekatan tentera ke atas Gaza jejas penduduk
- Video : Alasan Mengapa Mereka Ingin Menjatuhkan Dr Mursi Presiden Mesir.
Rasuah: SPRM bercanggah dengan jawapan di parlimen Posted: 05 Jul 2013 07:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjawab dakwaan percanggahan antara angka kejayaan yang diberikannya dengan angka yang dinyatakan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pada 2012, SPRM menyatakan peratusan sabitan telah meningkat sehingga 85 peratus. Manakala angka itu telah meningkat sehingga 89 peratus menjelang Jun 2013. Namun tegas beliau, angka yang diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low di Dewan Rakyat adalah 67 peratus sabitan pada 2012 dan 34 peratus pada Jun 2013. "Percanggahan angka sebegini tentu mengundang pelbagai persoalan dan menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai keberkesanan dan kecekapan SPRM," katanya dipetik Selangorku. Bercakap pada sidang media semalam, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, peratusan laporan yang diberikan kepada SPRM secara puratanya masih rendah iaitu hanya 0.02 peratus per kapita rakyat sedangkan di Hong Kong peratusan itu tiga kali ganda lebih tinggi. |
Adik ipar Gordon Brown tidak dendam tapi "lebih bersemangat" dedahkan penyelewengan Taib Mahmud Posted: 05 Jul 2013 07:38 PM PDT Sekalipun dihalang memasuki Sarawak, pengasas Sarawak Report yang bersifat kritikal terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Clare Rewcastle Brown tidak berdendam terhadap Ketua Menteri Sarawak itu. Rewcastle yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britian, Gordon Brown sebaliknya berkata larangan itu telah menjadikannya 'lebih bersemangat' untuk membongkar penyelewengan Abdul Taib. "Saya tidak kritik Abdul Taib semata-mata kerana larangan itu. Saya fokus kepada pendedahan salah laku besar yang terjadi di Sarawak," katanya dalam satu emel kepada The Malaysian Insider. Rewcastle yang datang dari London untuk persediaan pembelaan kes saman fitnah terhadapnya dilarang memasuki Sarawak Khamis lalu dan dihantar ke Singapura. "Saya dilayan dengan baik oleh pegawai Jabatan Imigresen yang mengakui larangan itu datangnya dari Pejabat Ketua Menteri. Apabila saya tanya asas sebenar larangan itu, mereka menunjukkan borang berkaitan Seksyen (1) (a) Akta Imigresen 1959/63," katanya yang ditemani peguam, See Chee How. "See juga dilarang keluar Malaysia atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak sekalipun beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Kesalahannya ialah menyokong demontrasi berkaitan Aung San Suu Kyi beberapa tahun lalu. Beginilah cara Abdul Taib menerajui Sarawak," katanya. Editor Sarawak Report dan Radio Free Sarawak itu berharap beliau mampu menunjukkan 'ketidakadilan undang-undang' itu sebagai cubaan untuk membuang kes berkenaan. Selain itu, katanya, ada banyak ancaman dibuat terhadapnya atas kesalahan tertentu yang membawa hukuman berat di Malaysia. "Terutama sekali kesalahan hasutan, suatu kesalahan yang setahu saya Perdana Menteri membayangkan kepada Perdana Menteri Britian, untuk dihapus. Sedangkan, ia tetap satu daripada banyak halangan ke arah demokrasi dan kebebasan bersuara di Malaysia," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Pengecualian Cukai Eksais : Rakyat Asing Dahulukan, Rakyat Sendiri Ditekan Posted: 05 Jul 2013 07:34 PM PDT SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Persekutuan Umno-BN didakwa mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat tempatan apabila memberi pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kenderaan kepada warga asing. Menurut Adun Kampung Tunku, Lau Weng San pengecualian itu diberikan kepada warga luar yang menyertai program 'Malaysia My Second Home' (Malaysia Rumahku Kedua atau MM2H). Weng San berkata wa berdasarkan laman web MM2H, peserta program itu dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Complete Knock Down-CKD) tanpa perlu membayar cukai-cukai terbabit. "Dalam Pakatan Rakyat kita menuntut Umno-BN supaya mengurangkan harga kereta dan menghapuskan cukai eksais, namun tidak diberi perhatian. Selepas Pilihanraya Umum ke 13, Umno-BN memaklumkan harga kereta akan turun secara berperingkat tetapi mereka menegaskan tidak akan menghapuskan cukai eksais kerana ia menyumbang cukai sebanyak RM7 bilion. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia selamat atau tidak, KPN sila jawab..!!! Posted: 05 Jul 2013 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri tidak sepatutnya menyatakan Malaysia sebuah negara yang selamat dan kadar jenayahnya telah berkurangan sebanyak 26.8% sejak pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009 serta tergolong sebagai salah sebuah paling aman di Asia Tenggara menurut Peace Index. Read More / Baca Lagi >>Tetapi, kata Lim Kit Siang secara tiba-tiba mengaitkan peningkatan kejadian jenayah ganas dengan penghapusan Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011 yang membawa kepada pembebasan hampir 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar. Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkjata, jika pembebasan 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar disebabkan oleh penghapusan EO pada September 2011 telah membawa kepada peningkatan kadar jenayah, mengapa perkara ini tidak terlihat pada perangkaan jenayah polis. Sebaliknya, kata beliau polis mendakwa secara umum kadar jenayah jalanan dan indeks jenayah telah berkurangan masing-masing sebanyak 41.3% dan 7.6% pada tahun 2012 jika dibandingkan dengan 2011. "Atau apakah ketua-ketua sindiket jenayah ganas dan terancang tiba-tiba menjadi lebih giat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan "perang menentang jenayah" sebulan selepas pilihan raya umum ke-13 yang menyebabkan kadar jenayah dan kebimbangan orang ramai meningkat sehingga buat kali pertama rakyat Malaysia merasa tidak selamat untuk makan di luar rumah berikutan beberapa kejadian rompakan bersenjata ke atas pemilik dan pelanggan gerai mamak dan restoran?" tanya beliau dalam satu kenyataan. |
Pas: SPR tidak sensitif berhubung penetapan tarikh PRK Posted: 05 Jul 2013 07:30 PM PDT KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Read More / Baca Lagi >>Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu. Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh itu kerana kebiasaan pemimpin Pas setempat mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi. "Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen. "Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang," katanya kepada Sinar Harian, di sini. |
Cukai: Tindakan Kerajaan UMNO@BN diskriminasi rakyat sendiri Posted: 05 Jul 2013 07:29 PM PDT SHAH ALAM - Tindakan kerajaan BN membenarkan pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kepada warga luar negara yang menyertai Malaysia My Second Home (MM2H) disifatkan sebagai 'mendiskriminasi' rakyat sendiri. Read More / Baca Lagi >>Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan itu tidak adil kerana tidak memberi layanan sama kepada rakyat sendiri untuk memiliki rumah sendiri. Mengikut laman web MM2H, katanya, peserta program MM2H yang kesemuanya warga luar negara dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Completely Knocked Down - CKD) tanpa perlu membayar cukai eksais dan cukai jualan. "Persoalannya mengapa kerajaan sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan untuk menikmati pengecualian ini sedangkan mereka membayar cukai untuk pembangunan negara," katanya ketika sidang media, semalam. Mengulas lanjut perkara ini, Weng San berkata tujuan perkara ini dibangkitkan ialah menunjukkan ketidakseimbangan dan kepincangan dasar-dasar kerajaan BN berkenaan industri automobil ini. "Sewajarnya rakyat Malaysia didahulukan dalam polisi kerajaan namun sebaliknya yang berlaku. |
Rampasan kuasa nafi hak, kemahuan rakyat Mesir Posted: 05 Jul 2013 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat bimbang rampasan kuasa di Mesir tidak akan berakhir dengan begitu mudah malah akan berada dalam keadaan krisis yang tidak berkesudahan. Sehubungan itu, Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan kesal dengan campur tangan pihak luar dalam urusan nasional negara Mesir sedangkan proses demokrasi masih terbuka serta peralihan ke arah politik demokrasi sedang berjalan. Kenyataan penuh seperti di bawah. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan penuh keprihatinan perkembangan politik yang amat mencemaskan di Mesir. Setelah rakyat bangkit dan mencipta sejarah dengan kejayaan demokrasi di negara bersejarah ini, pihak tentera serta para pembangkang Presiden telah melaksanakan kudeta yang bertentangan dengan semangat demokrasi. IKRAM mengecam kudeta dan penggulingan seorang Presiden yang dipilih secara sah melalui pilihan raya. Rampasan kuasa jelas menafikan hak dan kemahuan rakyat melalui proses demokrasi dan pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> |
Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir Posted: 05 Jul 2013 07:23 PM PDT Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC. Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi. Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera. Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran. Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah. Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa. Izin Demonstrasi |
Muslim Brotherhood leader tells army reinstate Mursi and we talk Posted: 05 Jul 2013 07:21 PM PDT |
'Friday of Rage' called by Morsi's supporters in Egypt Posted: 05 Jul 2013 07:20 PM PDT |
"Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden" Posted: 05 Jul 2013 07:20 PM PDT Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam. Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya. Dalam ucapannya seperti disiarkan Al-ahram, Badie menyatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari kumpulan yang berbezaa. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta penyokong Mursi. Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berperlembagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya. Badie turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan kembali ke rumah hingga kedudukan Mursi sebagai Presiden dikembalikan. Di dalam perhimpunan aman oleh kumpulan pro-Mursi yang dihadiri oleh jutaan manusia di Rabaa tersebut, dilaporkan bahawa 17 orang terkorban dan lebih 460 cedera akibat dalam pertempuran diantara pendukung dan anti-kudeta tentera. Di Kaherah pada Jumaat malam sempat terjadi pertempuran diantara kedua kubu berseberangan di Qubri 6 Oktober yang dimulai dari Maspiro berdekaran Dataran Tahrir, pusat kota Kaherah. Diberitakan, pertempuran di Maspiro mengorbankan satu orang dan lebih 200 orang mengalami kecederaan. Maspiro tempat bangunan Pusat Stesyen Radio dan Televisi Nasional itu dikepung pleh pendukung Moursi untuk memaksa kembali menyiarkan demo aman Ikhwanul Muslimin setelah tiga hari ditutup sejak Mursi digulingkan. |
Ulasan Professor Dr Mohammad Agus Yusof tentang kejatuhan Morsi Posted: 05 Jul 2013 07:18 PM PDT Dr Mohammad Agus Yusof PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan 'rakyat dan tentera seiring bersama'. Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama. Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya. Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa. Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan 'revolusi' membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka. |
Krisis Mesir: Babak akhir sebelum Mursi ditahan Posted: 05 Jul 2013 07:16 PM PDT 'ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR' mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa. Read More / Baca Lagi >>"Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini," bisiknya di dalam hati. Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan. Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu. Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau. "Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi," pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu. "Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu," katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku? Wajah Abdel ditatap tanpa gentar. "Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini," kata Abdel. "Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir," katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah. Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya. |
Krisis Mesir: Musnahnya terowong Gaza Posted: 05 Jul 2013 07:14 PM PDT Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza. Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai. Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku. Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan. "Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir," katanya. |
Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan Posted: 05 Jul 2013 07:13 PM PDT Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul. Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan. Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi', Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi' di pentas. Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: 'Semua urusan rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal). Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah: 1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini. 2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf. 3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang. 4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. 5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari. |
Senior Muslim Brotherhood member arrested Posted: 05 Jul 2013 07:10 PM PDT |
Syrian regime forces attack Homs Posted: 05 Jul 2013 07:09 PM PDT |
Pro, Anti-Morsi Egyptians Lock in Deadly Clashes Posted: 05 Jul 2013 07:08 PM PDT |
Clashes in Cairo as protests continue Posted: 05 Jul 2013 07:05 PM PDT |
Penyokong Morsi Adakan RALLY Besar- Besaran Pertahan Presiden Mesir Posted: 05 Jul 2013 07:04 PM PDT |
TGNA | Kuliah Jumaat 5 Julai 2013 Posted: 05 Jul 2013 08:36 AM PDT |
Egypt: The future of the Muslim Brotherhood Posted: 05 Jul 2013 08:32 AM PDT |
Troops Open Fire on Morsi Supporters Posted: 05 Jul 2013 08:31 AM PDT |
Krisis Mesir: Sekatan tentera ke atas Gaza jejas penduduk Posted: 05 Jul 2013 08:25 AM PDT |
Video : Alasan Mengapa Mereka Ingin Menjatuhkan Dr Mursi Presiden Mesir. Posted: 05 Jul 2013 08:15 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan