RAKYAT MARHAEN |
- PAS: Hukum pemilik senjata api cuai
- Hanya Alasan: Peruntukan Berbilion Untuk PDRM, Tapi Zahid Kata Polis Masih Kurang Anggota & Peralatan
- Kumpulan peguam Mesir saman kerajaan sementara
- Benarkah PAS alami perpecahan?
- Bekas KPN: Usaha tingkat integriti pasukan polis
- Tembak: Sanjeevan masih belum sedarkan diri
- Police deny rise in crime but killings go on
- Di mana bocornya kemasukan senjata api?
- Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen
- Pulak Dah: KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya
- Masa depan Malaysia bukan di tangan Umno
- Plan Z yang kantoi: Patutlah Jasbir kata Altantuya tak terlibat, dia dah sapu dah!!
- Kejadian tembak fenomena baru di Malaysia, kata Zaman Khan
- Kenapa SPRM Membisu Skandal RM80 Juta Manifesto BN?
- Kehabisan diesel: Penguatkuasaan kerajaan lemah
- Akhirnya Rahsia kekurangan bekalan DIESEL Terbongkar!!!
- Siapa dalang sebenar kes Pengerusi MyWatch?
- Saman2 NFC tak gugat Rafizi dari terus bersuara
- Pertemuan sulit pemimpin Umno-Pas tak berlaku
- Nasrudin: Apa untung nak bunuh karakter saya?
- Doakan kesihatan Sanjeevan – Anwar
- KPN jamin atasi jenayah bunuh guna senjata api
- Suspek tembak disyaki kenalan Pengerusi MyWatch, kata KPN
- Saksi kes tembak pengasas AmBank kongsi pengalaman (2)
- Saksi kes tembak pengasas AmBank kongsi pengalaman (1)
PAS: Hukum pemilik senjata api cuai Posted: 30 Jul 2013 08:18 PM PDT PAS hari ini mempersoalkan kejadian jenayah semakin berleluasa membabitkan penggunaan senjata api di Malaysia dengan mencadangkan hukuman maksima ke atas pemilik lesen senjata api yang cuai membiarkan senjata api digunakan pihak tidak bertanggungjawab. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam bagi mengetatkan pemeriksaan di semua pintu masuk ke negara bagi mengelak senjata diseludup masuk. Beliau turut meminta PDRM memastikan penguatkuasaan menyeluruh Akta Senjata 1960 untuk memulihkan kewibawaan polis di mata rakyat supaya kes tembakan seperti Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dan Pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi menjadi kes terakhir di Malaysia. "PDRM harus mengkaji semula aktiviti pemilik lesen senjata api dalam negara supaya mereka tidak menyalahgunakan senjata berkenaan. "Polis perlu berusaha mengetahui punca bagaimana senjata api boleh jatuh ke tangan penjenayah kerana kawalan lesen pemilikan senjata adalah 100 peratus di bawah kuasa mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 30 Jul 2013 08:13 PM PDT Polis tidak boleh dipersalahkan Read More / Baca Lagi >>PUTRAJAYA: Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju. "Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi. Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara. Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan. |
Kumpulan peguam Mesir saman kerajaan sementara Posted: 30 Jul 2013 08:08 PM PDT MESIR: Sekumpulan para peguam Mesir semalam mengemukakan saman terhadap kerajaan sementara lantikan tentera yang melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Muhammad Morsi. Kumpulan peguam itu yang diketuai Hameed Sodiq menamankan Presiden sementara Adli Mansour, Naib Presiden Dr.Mohammed El-Baradei, Perdana Menteri Hazim Beblawi, Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi, Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja Koptik Pope Tawadhrox sebagai defendan. Saman tersebut antara lain atas dakwaan merancang dan menyebabkan pembunuhan lebih 200 orang penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman, menggunakan kekerasan melalui polis dan tentera yang menganggap mereka ini adalah "pengganas". Pemimpin Islam terus diburu Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mesir terus memburu pemimpin Islam dalam usaha mereka meredakan kebangkitan rakyat yang membantah rampasan kuasa tentera. Semalam dua lagi aktivis Islam ditahan iaitu Presiden Parti Wasat Ir.Abul 'Ela Madhi dan Naib Presiden Esom Sultan. Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat. Read More / Baca Lagi >> |
Benarkah PAS alami perpecahan? Posted: 30 Jul 2013 08:06 PM PDT Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain. Saya mula berjinak-jinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun pada tahun1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai-bagai tugasan yang diamanahkan. Daripada ahli biasa, meniti hierarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tarekat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang pelik-pelik yang diwarisi sebelum menyertai PAS. Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipeloleh daripada PAS atas nama usrah, tamrin, kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Haji Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau tokoh gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan al-Banna dan lain-lain - dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jemaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Haji Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan dinasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya. Read More / Baca Lagi >> |
Bekas KPN: Usaha tingkat integriti pasukan polis Posted: 30 Jul 2013 07:57 PM PDT |
Tembak: Sanjeevan masih belum sedarkan diri Posted: 30 Jul 2013 07:56 PM PDT |
Police deny rise in crime but killings go on Posted: 30 Jul 2013 07:53 PM PDT The recent escalation in crimes involving shooting incidents has raised the ire of many including politicians and obviously the public in general. Why are mafia-styled executions so rampant lately? Are guns that easily available in Malaysia so much so they are being used as primary weapons in almost all serious crimes, including robberies and thefts? There is a compounding fear that illegal arms are making their way into this country via the borders in the northern region. Over the years there have been grave concerns that our borders are not well guarded and there seem to be many illegal entry points which further facilitates the entry and exit of firearms and other contraband. Above that, the element of corruption cannot not be ruled out too. Apparently there are some bad apples within the immigration and custom enforcement divisions who are on the take from the "big boys" running syndicate activities. A deliberate lack of vigilance and surveillance may have led to the ease of how guns are moved around the region before and after a crime is carried out, thus the difficulty by the police in tracing and investigating cases. On the other end of the spectrum, we have the police who deny that crime is on the rise. Statistics on the overall crime rate in Malaysia is designated as "medium", according to the Overseas Security Advisory Council (OSAC), a US government inter-agency website managed by the Bureau of Diplomatic Security, US Department of State. Read More / Baca Lagi >> |
Di mana bocornya kemasukan senjata api? Posted: 30 Jul 2013 07:51 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS berpendapat mengenal pasti punca sebenar senjata api jatuh ke tangan pihak yang bertanggungjawab adalah terpenting bagi PDRM dalam menyelesaikan kemelut yang meletakkan rakyat Malaysia dalam kebimbangan yang teramat sangat. Read More / Baca Lagi >>"Jika kebocoran itu berlaku daripada pemilik lesen yang sah, mereka ini perlu dihukum dengan hukuman yang maksima," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, jika kebocoran kerana sindiket haram, PAS menyarankan agar PDRM bekerjasama pihak Imigresen dan Kastam juga mengetatkan pemeriksaan di semua pintu kemasukan dalam negara bagi mengelakkan senjata diseludup masuk. Berikut kenyataan penuh beliau. Akta Senjata 1960 yang dipinda pada 1971 untuk penalti lebih berat menunjukkan kerajaan Malaysia mempunyai polisi yang sangat ketat untuk memiliki senjata atau lesen senjata. Seriusnya kerajaan Malaysia untuk membendung rakyat Malaysia diancam dengan senjata api boleh dilihat daripada peruntukan akta ini yang membawa penalti maksima iaitu hukuman mati dan penjara seumur hidup sekiranya seseorang disabit kesalahan. Di bawah Seksyen 3 Akta Senjata 1960 dinyatakan dengan jelas: "Seseorang tiada boleh memiliki, membawa atau menggunakan senjata-senjata tanpa lesen senjata atau permit senjata. " |
Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen Posted: 30 Jul 2013 07:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >>"Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya. "Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin. "Jaminan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa pihak polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan keselamatan tidak mampu lagi meredakan kebimbangan rakyat kerana polis kelihatan sudah hilang kawalan," katanya. |
Pulak Dah: KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya Posted: 30 Jul 2013 07:45 PM PDT Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri. Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut. "Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau. "Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi. Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Masa depan Malaysia bukan di tangan Umno Posted: 30 Jul 2013 07:43 PM PDT Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berusaha sebaik mungkin dalam kerjanya menjual parti yang didominasi kaum Cina iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada masyarakat Melayu. Beliau kagum dengan kemenangan 38 ahli partinya yang memenangi kerusi parlimen walaupun dengan sumber yang amat kurang; beliau menggelar rakan sekerjanya itu sebagai pasukan paling bersedia di Parlimen; beliau sangat selesa berada dalam kumpulan yang berjuang untuk kerajaan dan kepimpinan baik. "Mereka komited dan berdedikasi, dan saya tidak pernah rasa terganggu atau rendah diri dengan jumlah kaum Cina yang ramai dalam DAP. Saya sangat selesa berada dalam persekitaran mereka dan mereka tidak pernah menghalang saya untuk menyuarakan isu mengenai orang Melayu," katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider. Bahagian yang paling sukar bagi bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) Umno yang kemudiannya bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Raub di bawah topi DAP ialah: membantu pegawai parti untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu di seluruh negara bahawa Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng bukan gergasi atau ancaman terhadap kuasa politik orang Melayu seperti yang dimomokkan oleh pemimpin Umno, dengan yang terbaru ialah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kami perlu memusnahkan mitos bahawa DAP adalah buruk untuk orang Melayu. Kita bukan hendak merebut kuasa politik seperti apa yang Mahathir cakap. "Jika semua kaum Cina bersatu bawah satu lambang sekali pun, secara matematiknya, ia mustahil kerana mereka hanyak membentuk 24 peratus dan Mahathir tahu perkara ini," kata blogger yang menggunakan nama pena Sakmongkol AK47 itu. Dalam ruangan pendapat di akhbar New Straits Times, Dr Mahathir berkata DAP memujuk pengundi Cina untuk menolak konsep berkongsi kuasa, sebaliknya merebut kuasa politik. Dr Mahathir diselar selepas mengeluarkan pendapat itu dan diingatkan bahawa Melayu, Cina dan India menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Mohd Ariff kenal taktik menakut-nakutkan itu yang kebanyakannya disasarkan kepada penduduk luar bandar. Tugasnya ialah meyakinkan orang Melayu bahawa hak dan keistimewaan tidak akan menyelesaikan kemiskinan dan masalah ekonomi mereka, dan ia hanya boleh diselesaikan menerusi kerajaan yang baik dengan polisi terbaik. Read More / Baca Lagi >> |
Plan Z yang kantoi: Patutlah Jasbir kata Altantuya tak terlibat, dia dah sapu dah!! Posted: 30 Jul 2013 03:16 PM PDT Sebelum ini arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, mendedahkan Altantuya yang berkecai badannya tak terlibat dengan urusniaga pembelian Scorpene. Persoalannya kalau tak terlibat kenapa dia berkecai dibom? Hari ini bekas Pengarah Eksekutif Suaram (Suara Rakyat Malaysia Suaram) Cynthia Gebriel mendakwa Jasbir Singh tak bercakap benar apabila membela pihak tertentu dalam pembelian Scorpene. Dia juga tak mendedahkan sepenuhnya apa yang sepatutnya didedahkan. Menariknya, Cynthia mendedahkan yang Jasbir Singh telah dipecat sebagai perunding dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis dan digantikan dengan Abdul Razak Baginda. Akibatnya Jasbir bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah. Diselesaikan di luar mahkamah? Maksudnya dah ada bahagian yang dia sapu!! Mungkin juta-juta juga yang dia sapu kan!! Dipercayaikah orang sebegini untuk menjadi saksi? Persoalan-persoalan yang diutarakan Cyinthia untuk dijawab jasbir Singh Soalan mudah kita sekali lagi, kenapa Altantuya berkecai dibom?? Buat Renungan Pencacai Najib.. ??? Ada beberapa persoalan yang timbul berkaitan dengan isu ini: 1) Mengapa di satu ketika seorang peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). mengapa takut sangat dengan beliau? 2) Mengapa kini tiba-tiba muncul apa yang dikatakan "Untold Stories" daripada seorang akitek perjanjian bernama Jasbir Singh Chahl ini yang sebelum ini lansung tidak pernah bersuara tatkala isu sorpene ini hebat dibincangkan? 3) Jasbir menyatakan "bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam." Apa kena mengena isian sumpah itu kerana ada atau tidak Altantuya di Perancis bukan bererti beliau tidak terlibat sebagai jurubahasa. Mahukah Jasbir bersumpah bahawa konon apa yang dikatakan "pendedahan" itu tulus dan bukan akibat dari permintaan dari mana-mana pihak dan beliau tidak dibayar apa-apa pun untuk berbuat demikian? Apakah ia sebahagian terma penyelesaian "diluar mahkamah"? 4) Mengapa kerajaan enggan malah begitu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal yang melibatkan wang rakyat yang begitu besar ini? 5) Dan yang terakhir, hakikatnya, Altantuya telah dibunuh, telah dibom. Persoalan yang masih belum terjawab sekalipun perbicaraan di mahkamah telah dilakukan ialah SIAPA MENGARAHKAN ALTANTUYA DIBUNUH DAN APA SEBABNYA? Kebenaran akan tetap muncul di satu ketika nanti! Lagi cuba ditutup lagi cepat ianya terbongkar. Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. |
Kejadian tembak fenomena baru di Malaysia, kata Zaman Khan Posted: 30 Jul 2013 02:45 PM PDT Pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa merupakan fenomena baru dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan. Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotif isu peribadi dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi. Malah, katanya, ia jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyaksikan kes tembakan sering disabitkan sebagai samun atau rompakan. "Saya percaya perkara ini memang hitman itu, kerana cara mereka menembak pun nak menentukan orang yang mereka tembak itu mati cepat," katanya. Beliau berkata demikian mengulas kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi ditembak dari jarak dekat selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, Isnin lalu. Memberi temu bual eksklusif bersama Bernama Tv itu, Zaman Khan yang juga seorang bekas Ketua Pengarah Penjara, sinonim dengan kes jenayah berprofil tinggi. Antaranya, peristiwa enam banduan menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu pada Oktober 1986; bekas tentera, Prebet Adam Jaafar bersenjata raifal M16 mengamuk dan menembak mati seorang lelaki di Chow Kit (Oktober 1987) dan episod pemburuan penjenayah kejam, Bentong Kali atau P Kalimuthu di Kuala Lumpur (1993). Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa SPRM Membisu Skandal RM80 Juta Manifesto BN? Posted: 30 Jul 2013 07:59 AM PDT Oleh: Shahbudin Husin Beberapa hari selepas kemenangan tipis BN dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu, terdedah suatu skandal yang melibatkan beberapa nama yang rapat dengan Najib yang didakwa mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta berkaitan urusan pencetakan manifesto pilihanraya BN. Pendedahkan skandal itu menggambarkan bahawa di ketika UMNO, BN dan para pemimpinnya sedang bergelut antara hidup dan mati untuk memenangi pilihanraya, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang diamanahkan sedikit kuasa telah bertindak rakus mengambil "kesempatan dalam kesempitan" semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing. Isu itu mula timbul apabila seorang yang menamakan dirinya "Hamba Allah Yang Prihatin Dan Anti Rasuah" telah menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, meminta agar suatu siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat di mana beliau bekerja iaitu Zeal Hitech Solution Sdn Bhd yang dikatakan mendapat pembekalan mencetak manifesto pilihanraya untuk BN yang berjumlah 7 juta unit. Pengadu mendakwa, pada mulanya kontrak itu diarahkan oleh Najib untuk diberikan kepada Utusan tetapi melalui permainan orang-orang tertntu di ibu pejabat UMNO serta di sekeliling Najib, kontrak itu kemudiannya diberikan kepada Zeal Hitech Solution Sdn Bhd. Beliau mendakwa, perencanaan untuk mengalihkan kontrak yang pada mulanya diberikan kepada Utusan ke Zeal Hitech Solution Sdn Bhd itu didalangi oleh beberapa nama yang rapat dengan Najib, antaranya Ketua War Room UMNO, Alies Nor, Setiausaha Kerja UNNO, Raof Jusoh, dua penasihat media Najib, Farid Ridzwan, Khalid Mohd serta beberapa nama yang lain. Apa yang diketahui pengadu, setelah kontrak itu diberikan kepada syarikat terbabit, urusan pencetakan manisfesto itu diserahkan juga kepada Utusan. Namun, pengadu yang mendawa diarahkan oleh Zeal Hitech Solution Sdn Bhd untuk membuat tuntutan pembayaran mendapati, kos pencetakan kepada Utusan hanyalah RM1.17 seunit sedangkan syarikatnya membuat tuntutan kepada UMNO pada kadar RM12.83 seunit. Pengadu juga mendakwanya, Zeal Hitech Solution Sdn Bhd juga bukanlah sebuah syarikat percetakan atau penerbitan dan tidak mempunyai sebarang lesen percetakan daripada Kementerian Dalam Negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Kehabisan diesel: Penguatkuasaan kerajaan lemah Posted: 30 Jul 2013 07:49 AM PDT KUALA LUMPUR 30 JULAI: Kegagalan kerajaan untuk memantau kehabisan bekalan diesel punca fenomena seperti itu berlaku setiap tahun, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. Menurutnya, kehabisan diesel dan kenaikan harga barang pada setiap kali musim perayaan menunjukkan seolah-seolah kerajaan merestui dan tiada langkah mengatasi dibuat. "Kalau kerajaan bertanggungjawab dan serius dalam menguatkuasakan undang-undang, mustahil setiap tahun berlaku kehabisan minyak, kenaikan harga ayam dan barang keperluan lain," kata Azan ketika dihubungi. Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar itu menjelaskan, kehabisan diesel boleh berlaku disebabkan penyeludupan ataupun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga menjelang perayaan. "Bila melibatkan keuntungan yang besar, sudah pasti ada pihak yang ambil kesempatan melakukan kegiatan haram seperti menyeludup ke negara jiran, tapi yang kita hairan apa langkah kerajaan?" soalnya. Read More / Baca Lagi >> |
Akhirnya Rahsia kekurangan bekalan DIESEL Terbongkar!!! Posted: 30 Jul 2013 07:47 AM PDT Mendapat kiriman rakaman gambar betapa sebuah lori pickup yang sarat dengan tong drum biru ada tulisan huruf "BN" sedang mengisi minyak diesel di Sabah tanpa kawalan langsung. Telah menjadi bahan ejekkan kononnya kalau nak beli diesel tanpa had kena bawa tong drum ada lambang atau tulisan BN. Pihak berwajib yang diberikan amanah dan tanggung jawab perlu bertindak tegas dan pantas mengenai isu ini. Jangan Marah. Kalau Mau dapat minyak Diesel bertong-tong. Mesti Pakai tong macam ni. |
Siapa dalang sebenar kes Pengerusi MyWatch? Posted: 30 Jul 2013 07:46 AM PDT SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan. Menurut Setiausaha Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, desakan ini dibuat berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah. Khairul Faizi turut menganggap kenyataan Musa itu sebagai sesuatu yang serius. "Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang 'merasa panas' dengan pendedahan Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau. "Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan siapakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?" katanya dalam kenyataan media. Khairul Faizi menambah, individu berprofil tinggi seperti Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya. Beliau katanya, menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah. Read More / Baca Lagi >> |
Saman2 NFC tak gugat Rafizi dari terus bersuara Posted: 30 Jul 2013 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR 30 JULAI: Tindakan Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh yang mahu mengemukakan satu lagi saman terhadap Rafizi Ramli sama sekali tidak menghalang Pengarah Strategi KEADILAN itu dari terus bersuara. Rafizi malah menyifatkan langkah itu dendam kesumat Salleh yang tiada berkesudahan dan tidak memberi impak ke atas tekanan supaya beliau menutup mulut berhubung skandal penyelewengan RM250 juta dana NFC. "Tindakan itu disebabkan dendam kesumat NFC dan tentunya Salleh bertujuan mahu menyekat saya dari memberi sebarang ulasan mengenai NFC," katanya kepada Keadilan Daily. "Komen saya berlandaskan jawapan Menteri di Parlimen. Setakat ini sudah banyak kes dikemukakan terhadap saya dan dan sehingga kini ia tidak sedikit pun menghalang saya untuk terus bersuara, malah saya pun tak ambil kisah," tegas Ahli Parlimen Pandan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Pertemuan sulit pemimpin Umno-Pas tak berlaku Posted: 30 Jul 2013 07:42 AM PDT SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar. Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu. Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951. Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas mengenai perkara itu. Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno. "Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat. Read More / Baca Lagi >> |
Nasrudin: Apa untung nak bunuh karakter saya? Posted: 30 Jul 2013 07:39 AM PDT 1. TERDAPAT satu artikel di portal berita yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau? 2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru-baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan-rakan. Wang deposit pilihan raya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP Pas Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding. 3. Selepas pilihan raya, saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel. Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihan raya, dari dulu sehingga sekarang adalah serupa. [Cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak sudah enam orang, sudah tidak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu.... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insya-ALLAH saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh]. 4. Saya sangat mengalu-alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan... saya terima dengan terbuka, [pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh. Demikian juga kalau ada orang-orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik.Read More / Baca Lagi >> |
Doakan kesihatan Sanjeevan – Anwar Posted: 30 Jul 2013 07:37 AM PDT SERDANG 30 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ke Hospital Serdang untuk melawat Pengerusi Mywatch, R Sri Sanjeevan yang cedera ditembak selepas memaklumkan mengenai hasratnya untuk mendedahkan sindiket jenayah polis. Bagaimanapun, sebaik tiba di hospital tersebut kira-kira jam 1.30 petang tadi, Anwar dihalang memasuki bilik rawatan Sanjeevan, walaupun sebelum itu perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Kajang berlangsung. "Saya ke Hospital Serdang tetapi tidak dibenar melawat atas alasan keselamatan, rawatan rapi dan memuaskan. Doakan…," tulis Anwar di twitter. Anwar dalam sidang medianya semalam menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Sanjeevan. Beliau juga mahu polis menyiasat cubaan bunuh itu serta pendedahan berhubung penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah. Ini kerana beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram. Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Jempol kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu. Menurut bapa mangsa, P Ramakrishnan, keadaan anaknya itu kini lebih stabil walaupun kritikal. Sanjeevan menerima rawatan di Hospital Serdang setelah dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban petang semalam. |
KPN jamin atasi jenayah bunuh guna senjata api Posted: 30 Jul 2013 07:36 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan polis akan mempertingkat penguatkuasaan keselamatan bagi mengatasi jenayah berat yang berleluasa melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api. Beliau berkata, polis berharap langkah itu dapat membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keamanan di negara ini. "Kami (polis) faham masalah yang membelenggu rakyat ketika ini. Saya berjanji akan melakukan apa sahaja demi meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan orang ramai dan keamanan di negara ini," katanya Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat siri 3/2013 di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, hari ini. Khalid diminta mengulas kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini. Najib berkata, kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara. Sehubungan itu, Najib mahu polis mengambil tindakan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku. Read More / Baca Lagi >> |
Suspek tembak disyaki kenalan Pengerusi MyWatch, kata KPN Posted: 30 Jul 2013 07:34 AM PDT Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri. Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan. Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya. Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat. Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. |
Saksi kes tembak pengasas AmBank kongsi pengalaman (2) Posted: 30 Jul 2013 07:31 AM PDT |
Saksi kes tembak pengasas AmBank kongsi pengalaman (1) Posted: 30 Jul 2013 07:31 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan