Selasa, 30 Julai 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anjing 'berwuduk'

Posted: 30 Jul 2013 08:39 PM PDT


Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.
Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.
Dengan tema 'Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies', permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.

Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.
Foto
KLIP video yang memaparkan individu terbabit meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing yang tersebar dalam Internet.

Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.

Penjelasan dari Chetz Yusof

CHETZ YUSOF TERKINI | Biodata CHETZ YUSOF Yang Muatnaik VIDEO KONTROVERSI Yang Dikatakan Hina Islam | Ekoran penyebaran secara meluas video Chetz Yusof yang didakwa menghina Islam dengan anjing, beliau telah tampil membuat penjelasan menerusi portal Mynewshub.


Menurutnya, dia tiada niat untuk menghina Islam kerana tujuannya memuatnaik video hanyalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berikut ialah sedikit biodata Chetz Yusof :-

Nama Penuh : Chetz Yusof
 Asal : Kuala Lumpur
 Umur : 38 Tahun
 Kelulusan : Ijazah Muda Industrial Engineering
 Universiti : Marquette University, Milwaukee WI USA
 Pekerjaan : Jurutera (Sudah berhenti dan membuka perniagaan sendiri)
 Agama : Islam
 Jumlah Anjing : 8 Ekor


Di bawah ini pula ialah sedikit penjelasan beliau berkenaan isu sensitif itu :-

 "Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya 'educate' orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan. Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif."

Pertemuan sulit pemimpin Pas - Umno tidak berlaku - Tuan Ibrahim

Posted: 30 Jul 2013 10:33 AM PDT

  • Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
 1 / 1 
SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar.

Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu.

Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951.

Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas  mengenai perkara itu.

Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno.

"Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat.

"Kita tak ada gerakkan ke arah itu (kerjasama).

"Lagipun maklumat yang diperolehi daripada gambar itu susah nak kita tafsirkan. Kita nafikan sekeras-kerasnya," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku dan mendapat maklumat.

"Saya pun tak tahu, saya tak dengar apa-apa," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan sebuah blog terkenal yang dipetik mendakwa, satu pertemuan sulit terbaru telah diadakan bagi membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdik pandai.

Dakwanya lagi, pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas.

Tiada ulasan: