RAKYAT MARHAEN |
- Rakyat Kuala Besut boleh cipta sejarah dunia - Mahfuz
- PRK Kuala Besut: 16:16 perkukuh fungsi amar makruf nahi munkar
- PRK Kuala Besut: Dunia akan perhati kita jika PAS menang - Anwar
- PRK Kuala Besut: PAS berjaya memberi tekanan pada jentera BN
- PRK Kuala Besut: Jadikan kerajaan setara, bukan jadi ‘hamba’ BN, kata Anwar
- PRK Kuala Besut: Pas kemuka piagam khas
- Zunar Kartunis: Kartun Baru Untuk PM & Isteri PM Di Masa Depan
- PRK Kuala Besut : Mat Said Sepak Dahi Deris? - Husam Musa
- PRK Kuala Besut : "Quran Asas Akidah" - Anwar Ibrahim
- PRK Kuala Besut: Sejarah Politik Terengganu Akan Berubah Jika Che Long Menang PRK - Anwar
- PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana UPU Tok Saboh - Ds Anwar
- PRK Kuala Besut: 10 senarai projek segera BN
- Sepetang bersama Ust Azhar Idrus di Qaryah Ramadhan
- PRK Kuala Besut: 'By Election' atau 'Buy Election
- PRK Kuala Besut : Terengganu Bakal Bentuk Kerajaan Perpaduan 1616 - Dtk Mahfuz
- PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana UPU Tok Saboh - Dtk Husam
- PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana Kg Pusu Tinggi - Ds Anwar
- PRK Kuala Besut: Ceramah Kg Pusu Tinggi - Nik Amar
- PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Perdana Upu Tok Saboh
- PRK Kuala Besut: Jangan Kerana BR1M Kita Jadi Hamba - Anwar Ibrahim
- PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Perdana Kg Pusu Tinggi, Upu Bukit Puteri
- PRK Kuala Besut: Lensa Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden Dan Ketua Pembangkang - Kg Nail
- PRK Kuala Besut: Lensa Ziarah & Taklimat Jentera Pulau Perhentian
- PRK Kuala Besut: Menteri UMNO perolok PAS isu 'sogokan' RM377 juta
- PRK Kuala Besut: Pengundi Cina teruja mahu melihat kedudukan 16:16
Rakyat Kuala Besut boleh cipta sejarah dunia - Mahfuz Posted: 21 Jul 2013 07:14 PM PDT BESUT: Kuala Besut bakal dicipta sejarah baru politik dunia dalam perubahan perimbangan kuasa kerajaan jika pengundi Kuala Besut melakukan perubahan pada 24 Julai nanti. Read More / Baca Lagi >>Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika ditemui memberitahu rakyat Kuala Besut perlu mengambil peluang untuk memastikan sejarah politik dunia ini dicipta. Malah katanya, kedudukan kerusi 16:16 ini akan menguji kebijaksanaan pemimpin politik Terengganu dalam mengendalikan urus tadbir kerajaan negeri untuk lebih baik. "Sejarah bakal dicipta, rakyat Kuala Besut perlu rebut peluang jika mahu ia terlaksana. "Selain itu juga kedudukan kerusi 16:16 menguji kebijaksanaan pemimpin politik Terengganu dalam mengurus tadbir negeri untuk menjadi lebih baik," katanya kepada Harakahdaily. Mahfuz yang turut menyatakan kedudukan Menteri Besar tidak pernah dipersoalkan kerana sebarang keputusan yang akan dibuat nanti pada sebarang urus tadbir negeri akan merujuk kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat. |
PRK Kuala Besut: 16:16 perkukuh fungsi amar makruf nahi munkar Posted: 21 Jul 2013 07:08 PM PDT Kedudukan Dun Terengganu 16:16 akan memperkukuhkan lagi fungsi amar makruf nahi mungkar. Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan untuk fungsi 'check and balance'. Keberkesanannya teguran dan pendedahan dari pembangkang terbukti berkesan dari tempoh kempen PRK ini lagi. Contohnya, pendedahan PAS dalam isu kecuaian calon BN ketika berkhidmat sebagai Jurutera JPS Besut sehingga mengakibatkan rosaknya Empangan Pengkalan Nangka, natijahnya kira-kira 1,000 ekar tanah sawah yang menjadi punca rezeki 400 keluarga di empat buah kampung kering kontang. Kita meyakini isu ini sangat tepat dan benar sehingga tidak dapat ditangkis oleh kerajaan. Akhirnya sebagai jawapan, semalam (Sabtu 20 Julai 2013) Timbalan Perdana Menteri mengistiharkan peruntukan RM35 juta untuk pembinaan empangan baru Pengkalan Nangka. Sama ada peruntukan tersebut memang benar-benar wujud atau sekadar janji kosong, kita bersangka baik dahulu tetapi persoalannya kenapa baru istihar dalam kempen PRK sedangkan sudah lebih 3 musim ribuan ekar sawah tersebut terbiar? Kalau tiada PRK serta tanpa teguran dan pendedahan dari PAS, mungkin kerajaan akan terus senyap membisu dalam isu ini. PAS perlu diberikan peluang untuk mencorakkan Kuala Besut menjadi 'baldatun toyyibah warabbun ghafuur..' bumi yang baik dengan mendapat keampunan Allah. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Dunia akan perhati kita jika PAS menang - Anwar Posted: 21 Jul 2013 07:06 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu. Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini. "Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini. "Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi. Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan. "Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: PAS berjaya memberi tekanan pada jentera BN Posted: 21 Jul 2013 07:04 PM PDT Bulan Ramadan tidak menghalang calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long untuk mendahului kempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berbanding lawannya,calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Sehingga kini, banyak isu-isu yang dibawa oleh jentera kempen PAS terpaksa dijawab oleh BN satu per satu. Bermula dengan dakwaan pemberian tanah kepada wakil rakyat BN sehinggalah isu Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang rosak. Empangan Lowvier Pengkalan Nangka rosak hampir dua tahun lalu. Ia tidak boleh digunakan selepas senget akibat mendapan selepas aktiviti pengorekan pasir di sekitarnya. Akibatnya, 1,000 ekar sawah padi di empat buah kampung di Kuala Besut tidak boleh dikerjakan dan menyebabkan 400 keluarga petani hilang mata pencarian kerana tidak boleh mengerjakan sawah mereka akibat kering kontang. Ironinya, isu ini ada kaitan secara langsung dengan calon BN,Tengku Zaihan yang merupakan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dari 2008 hingga awal 2013. Kerosakan ini berlaku di hadapan mata beliau selaku pegawai yang bertanggungjawab. Selepas diasak beberapa hari, semalam Muhyiddin terpaksa berjanji akan membina semula empangan itu dengan peruntukan RM35 juta. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Jadikan kerajaan setara, bukan jadi ‘hamba’ BN, kata Anwar Posted: 21 Jul 2013 07:01 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk bantuan yang diberi parti pemerintah itu. "Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang? "Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi. "Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah. "Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas. Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa. BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Pas kemuka piagam khas Posted: 21 Jul 2013 06:59 PM PDT KUALA BESUT - Pas akan mengeluarkan piagam khas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai depan. Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata pembangkang akan mengeluarkan piagam khas yang menyerupai manifesto untuk rakyat Terengganu jika misi 16-16 tercapai. Menurutnya, misi 16-16 akan memberi faedah kepada rakyat pada jangka masa panjang dan menguntungkan. Beliau berkata, Pas dan juga wakil perikatan yang "turun padang" akan mengenegahkan isu perumahan, sektor perikanan dan menghapuskan kemiskinan penduduk di Terengganu. "Kalau kita menang di sini, kita akan suruh wakil-wakil PR buatkan rancangan untuk menghapuskan kemiskinan Terengganu serta-merta, membina rumah kepada rakyat dalam masa sepuluh tahun, membina kompleks perikanan antarabangsana di sini dan Tok Bali sekali. Read More / Baca Lagi >> |
Zunar Kartunis: Kartun Baru Untuk PM & Isteri PM Di Masa Depan Posted: 21 Jul 2013 06:47 PM PDT |
PRK Kuala Besut : Mat Said Sepak Dahi Deris? - Husam Musa Posted: 21 Jul 2013 06:46 PM PDT |
PRK Kuala Besut : "Quran Asas Akidah" - Anwar Ibrahim Posted: 21 Jul 2013 06:46 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Sejarah Politik Terengganu Akan Berubah Jika Che Long Menang PRK - Anwar Posted: 21 Jul 2013 06:45 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana UPU Tok Saboh - Ds Anwar Posted: 21 Jul 2013 02:40 PM PDT |
PRK Kuala Besut: 10 senarai projek segera BN Posted: 21 Jul 2013 02:14 PM PDT |
Sepetang bersama Ust Azhar Idrus di Qaryah Ramadhan Posted: 21 Jul 2013 01:49 PM PDT |
PRK Kuala Besut: 'By Election' atau 'Buy Election Posted: 21 Jul 2013 01:49 PM PDT |
PRK Kuala Besut : Terengganu Bakal Bentuk Kerajaan Perpaduan 1616 - Dtk Mahfuz Posted: 21 Jul 2013 01:46 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana UPU Tok Saboh - Dtk Husam Posted: 21 Jul 2013 01:42 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Perdana Kg Pusu Tinggi - Ds Anwar Posted: 21 Jul 2013 01:42 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Kg Pusu Tinggi - Nik Amar Posted: 21 Jul 2013 01:41 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Perdana Upu Tok Saboh Posted: 21 Jul 2013 12:33 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Jangan Kerana BR1M Kita Jadi Hamba - Anwar Ibrahim Posted: 21 Jul 2013 12:31 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Perdana Kg Pusu Tinggi, Upu Bukit Puteri Posted: 21 Jul 2013 12:20 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden Dan Ketua Pembangkang - Kg Nail Posted: 21 Jul 2013 12:16 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Ziarah & Taklimat Jentera Pulau Perhentian Posted: 21 Jul 2013 04:10 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Menteri UMNO perolok PAS isu 'sogokan' RM377 juta Posted: 21 Jul 2013 04:02 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini memperolok-olok pembangkang berhubung peruntukan beberapa projek pembangunan di DUN Kuala Besut yang diberikan selepas kempen pilihan raya kecil kawasan itu bermula. Read More / Baca Lagi >>"Ya memang, semua projek di seluruh negara adalah kerana PAS minta, DAP minta, dan PKR minta. Itulah, maka kerajaan BN cukup baik hati. Atas dasar permintaan pembangkanglah, itulah semua projek di Malaysia dilakukan. "Sebab kerajaan BN ini tidak ada perancangan agaknya pada pandangan mereka. Hanya mereka sahaja yang pintar kononnya. "Sedangkan BN mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan rakyat. Tidak kira, keperluan itu datang daripada akar umbi, atau pegawai kerajaan asalkan untuk rakyat, maka inilah yang dipenuhi oleh kerajaan BN," kata Zahid. Beliau menjawab soalan pemberita berhubung PAS yang mendakwa pemberian peruntukan RM377 juta oleh kerajaan dilakukan ekoran tindakan mereka yang membangkitkan beberapa perkara isu sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu. |
PRK Kuala Besut: Pengundi Cina teruja mahu melihat kedudukan 16:16 Posted: 21 Jul 2013 04:00 AM PDT BESUT: DAP Terengganu menolak dakwaan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 90 peratus orang Cina di Kuala Besut menyokong calon BN pada PRK ini. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Hing berkata, senario politik Cina di Kuala Besut sebenarnya teruja untuk melihat kedudukan Dun Terengganu 16:16. "Rata-rata masyarakat Cina di Kuala Besut tidak sabar untuk melihat kedudukan kerusi di Terangganu menjadi 16:16," katanya ketika ditemui membantu jentera kempen PAS di Kuala Besut hari ini. Katanya, walaupun orang Cina di sini adalah ahli MCA tetapi tidak semestinya mereka mengundi calon BN pada PRK Kuala Besut. "Daripada maklum balas yang saya terima rata-rata orang Cina tidak sabar untuk melihat 16:16," katanya. PAS dalam kempen PRK Dun Kuala Besut menggunakan tema '16:16 Terengganu Baru'. Terdahulu, Liow Tiong Lai dalam siri berkempen di Kuala Besut tiga hari lepas menyatakan 90 peratus orang Cina di sini akan kembali kepada BN. Sementara itu, Ng Chai berkata calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman boleh dibatalkan daripada bertanding di Dun Kuala Besut kerana perbelanjaan melampaui had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, di dalam peraturan pilihan raya SPR hanya menghadkan setiap calon yang bertanding di peringkat Dun sebanyak RM100,000. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan