RAKYAT MARHAEN |
- PRK Kuala Besut: Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long
- PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 6
- PRK Kuala Besut: Rafizi Janji Bantu Terengganu jika kedudukan 16-16
- Egypt's Brotherhood rejects PM dialogue call
- PRK Kuala Besut : PDRM Beri Peringatan !
- PRK Kuala Besut: Festival "Jom Bersama Che Long"
- PRK Kuala Besut: Lensa Pusat Pengundian Awal Di Dewan Serbaguna TUDM Gong Kedak
- PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 5
- PRK Kuala Besut: Rakyat Sudah Percaya Pentadbiran PR - Khalid Ibrahim
- PRK Kuala Besut: Lensa Karnival "Jom Bersama Che Long" - Malam Akhir
- PRK Kuala Besut: PR azam bebaskan belenggu kemiskinan Terengganu - Rafizi Ramli
- #PRKBESUT13 #PRKN1 : HARI UNDI AWAL BERJALAN LANCAR
- PRK Kuala Besut: Hanya 911 orang (80%) keluar undi awal
- PRK Kuala Besut: Maggi ketam antara tarikan pelancong politik....
- PRK Kuala Besut: "Besut ooooo Besut"
- PRK Kuala Besut: BN bankrap isu serang peribadi calon PAS
- PRK Kuala Besut: Kudeta Perak Hantui Umno Terengganu
- Amaran keras kerajaan kepada pengganas Sulu..??
- Tarif Elektrik Naik : Rakyat Terbeban, Kroni Terus Raih Untung
- Peguam Negara jangan aniaya Najib?
- Terkejut pendirian Umno dalam isu Allah, Kristian mahu Kabinet laksana penyelesaian 10 perkara
- PRK Kuala Besut: Mad Said lebih pentingkan zoo dari Taman Ilmu?
- PRK Kuala Besut: 50 nama pengundi dibersih sejak Mei - SPR
- EC deputy: Why don't you try to vote twice?
- PRK Kuala Besut: Lensa Pengundian Awal Di Dewan Serbaguna TUDM, Gong Kedak.
PRK Kuala Besut: Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long Posted: 20 Jul 2013 07:24 PM PDT BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long semakin popular. Nama Che Long mula meniti dari 'bibir ke bibir' dan 'mulut ke mulut' di kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut. Tinjauan Harakahdaily, ke suatu program Jom Bersama Che Long yang diadakan di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Antara salebriti tanahair yang turut memeriahkan program tersebut adalah Abby Abadi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. "Ambo mintalah kepada semua adik-kakak yang ada di sini dan yang boleh mengundi minta undi ambo pada pilihan raya kali ini, insya Allah. "Undilah PAS, undi ambo untuk mempastikan kemenangan kepada PAS dengan menjadikan 16:16 kerusi Dun antara BN dengan Pakatan Rakyat. Itu sahajalah yang dapat saya katakan," rayu Che Long ketika berucap pada majlis tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 6 Posted: 20 Jul 2013 07:20 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Rafizi Janji Bantu Terengganu jika kedudukan 16-16 Posted: 20 Jul 2013 07:18 PM PDT KUALA BESUT - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dalam ucapannya dekat sini berkata,"Saya janji dengan penduduk Kuala Besut, kalau kita menang 16:16, saya bagi sepenuh masa, kerjasama dan tumpuan bantu negeri dalam bentuk idea ekonomi." Kedudukan 16:16 akan menyebabkan Menteri besar yang memerintah, perlu mendengar semua suara wakil rakyat yang ada. Tiada satu program, dasar dan belanjawan boleh diluluskan tanpa sokongan semua. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Terengganu merupakan negeri yang paling kaya kerana hasil minyaknya. Setiap hari, minyak yang dikeluarkan adalah sebanyak 400 ribu tong. Harga setiap tong adalah sebanyak RM400 dengan RM20 diberikan kepada negeri. Jumlah ini menyamai RM8 juta sehari dan RM2 billion setahun. Berdasarkan pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan Terengganu, Ahli Parlimen Pandan itu menggariskan tiga cadangan ekonomi kepada kerajaan negeri. Ujar Ahli Parlimen Pandan itu, "Perkara pertama adalah Wajib menghapuskan kemiskinan di seluruh negeri Terengganu!" Di Malaysia, rakyat miskin dikategorikan sebagai berpendapatan RM763 ke bawah. Meskipun mempunyai pendapatan minyak yang lumayan, Terengganu merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah orang miskin yang paling ramai. Dianggarkan terdapat seramai 350 ribu keluarga di Terengganu. 100 ribu daripadanya dikategorikan sebagai miskin. Bagi mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan, Rafizi mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan golongan ini bantuan tambahan pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Jumlah ini akan merangkumi RM30 juta setahun yang boleh diambil daripada pendapatan minyak sebanyak RM2 billion. Andainya cadangan ini dijalankan, beliau menjamin bahawa dalam tempoh setahun, tiada lagi keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan. Read More / Baca Lagi >> |
Egypt's Brotherhood rejects PM dialogue call Posted: 20 Jul 2013 07:15 PM PDT |
PRK Kuala Besut : PDRM Beri Peringatan ! Posted: 20 Jul 2013 07:14 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Festival "Jom Bersama Che Long" Posted: 20 Jul 2013 03:08 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Pusat Pengundian Awal Di Dewan Serbaguna TUDM Gong Kedak Posted: 20 Jul 2013 01:20 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 5 Posted: 20 Jul 2013 01:12 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Rakyat Sudah Percaya Pentadbiran PR - Khalid Ibrahim Posted: 20 Jul 2013 12:48 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Karnival "Jom Bersama Che Long" - Malam Akhir Posted: 20 Jul 2013 09:54 AM PDT |
PRK Kuala Besut: PR azam bebaskan belenggu kemiskinan Terengganu - Rafizi Ramli Posted: 20 Jul 2013 09:47 AM PDT BESUT - PR berazam untuk memastikan Terengganu bebas kemiskinan sekiranya misi 16:16 pada PRK Dun Kuala Besut berjaya. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sekiranya berjaya merampas kerusi kubu kuat BN itu, ia bermakna jumlah Adun PR akan menjadi sama dengan BN di dalam Dewan Undangan Negeri. Rafizi berkata, jika misi itu berjaya, PR akan memastikan suara pakatan itu dapat didengari oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Menurutnya, PR mensasarkan memastikan negeri tersebut bebas kemiskinan dalam tempoh setahun. "Apabila jumlah Adun PR dan BN sama maka menteri besar perlu mendengar cadangan kita dan beliau tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan sebarang belanjawan. "Kita akan mengusulkan isu kemisikinan untuk pastikan Terengganu jadi negeri pertama bebas kemiskinan dalam tempoh setahun," katanya semasa berceramah di Kampung Air Terjun, di sini, malam semalam. Rafizi berkata, PR mahu jumlah keluarga yang memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM763 dapat dibasmi dalam tempoh setahun. Read More / Baca Lagi >> |
#PRKBESUT13 #PRKN1 : HARI UNDI AWAL BERJALAN LANCAR Posted: 20 Jul 2013 06:37 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Hanya 911 orang (80%) keluar undi awal Posted: 20 Jul 2013 06:35 AM PDT KUALA BESUT - Peratusan keluar mengundi pada pengundian awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini adalah 79.36 peratus. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata selepas tempoh pengundian awal tamat tepat 5 petang ini, hanya 911 daripada keseluruhan 1,148 anggota tentera dan pasangan serta polis yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Pusat pengundian awal di TUDM Gong Kedak membabitkan dua peti undi yang akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini sehingga hari penjumlahan rasmi undi Rabu ini (24 Julai). Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Maggi ketam antara tarikan pelancong politik.... Posted: 20 Jul 2013 06:31 AM PDT KEHADIRAN ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya. Kedai makan diterangi lampu neon berwarna-warni, yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Pekan Kuala Besut itu, tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, terutama petugas pilihan raya dari pelbagai agensi kerajaan, walaupun waktu menghampiri tengah malam. Semuanya datang untuk merasai keenakan maggi ketam, hasil air tangan Aziz, 41, yang mendapat idea untuk mengusahakan kedai tersebut selepas mencuba masakan itu untuk kali pertama di Kota Baharu, Kelantan dua tahun lalu. "Saya tertarik bagaimana masakan simple menggunakan makanan segera boleh dijadikan menarik, hanya dengan melakukan sedikit perubahan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya. Beliau menambah, maggi ketam yang dijual di kedainya menggunakan resipi rahsia yang ditambah baik daripada resipi asal dan kualiti masakan terletak pada kesegaran ketam nipah yang digunakan. Katanya, semangkuk maggi ketam yang turut dicampurkan sawi, tomato dan udang dijual mengikut saiz ketam dan lazimnya ia bermula pada harga RM12. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: "Besut ooooo Besut" Posted: 20 Jul 2013 06:29 AM PDT "Pilihanraya kecil lagi. Kali ini di Kuala Besut (KB). Satu lagi daerah yang menjadi contoh kegagalan UMNO dan BN memerintah dan memajukan kawasan ini sejak 50 tahun lalu. Demografi penduduk yang hampir semuanya Melayu Islam. Nelayan, petani, kuli dan boroh, pemakin gaji kecil dan tawkey-tawkey penyedut darah rakyat semua ada di sin i. KB kawasan cantik berlatarbelangkan pantai yang penuh nikmat Allah, berlantaikan padang dan tanah subur, bendang padi dan kebun-kebun dan ladang serta lakaran projek-projek pencekik darah itulah tanah Besut. Kejayaan UMNO disini bererti kegagalan rakyat disini juga. UMNO berjaya memerintah dalam 5 dasawarsa sama umur dengan Mat Said Ketua Pemerintah di sini, sejak tarikh itu rakyat terus miskin hingga kini. Bercerita tentang Kuala Besut, tidak lari dari kesah sedih nelayan atau petani. Laut China Selatan yang memanjang di kawasan ini hanya sebagai retorik UMNO membuang tukun-tukun tiruan berkos puluhan ribu atau menjaja sineri pantai, atau pulau-pulau sebagai pusat hiburan dan pelancongan. Menggamit pelancong asing untuk mampir dan bercerita tentang pengaliran wang asing masuk ke poket UMNO. Anak muda telah ramai yang longlai dan hanyut mengikut gaya dan cara hidup pelancong berambut perang berkulit merah. Meraka tidak segan untuk hanya berseluar dalam menikmati pancaran mentari khatulistiwa di pantai, atau berihat sambil menyedut udara bersih dan menghirup air sial San Maguel. Nelayan KB akan terus menongkah laut mencari ikan yang tidak pernah tersisa, tetapi keperluan pantai yang tersekat-sekat atas nama parti atau projek kroni yang tidak pernah puas. Ratusan juta ditaburkan atas nama nelayan dan satu demi satu projek laut distatuskan gagal namun tawkey terus berpesta di Pulau Perhentian. Sebuah ikon pulau peranginan berstatus antarabangsa yang kian hancur spies dan biodivesiti laut yang kian pudar ditelan pembangunan murahan yang menuntut keuntungan dan mengetepikan sesejahteraan persekitaran. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: BN bankrap isu serang peribadi calon PAS Posted: 20 Jul 2013 06:27 AM PDT Oleh MAT ZAIN MAT ISA ADA benarnya kata orang-orang tua kita, "anjing kalau sudah biasa makan tahi, tak makan pun diciumnya juga." Peribahasa ini diungkap bagi menggambarkan perihal tabiat seseorang yang terbiasa melakukan sesuatu kerja jahat. Dia seakan ketagih melakukannya lagi dan lagi, sehinggakan biarpun sudah bertekad tidak mahu mengulangi perbuatan jahat itu, dia akan tetap "terliur' juga melakukannya. Maaf cakap, bukan mahu mengumpamakan Umno-BN dengan binatang yang tidak sedap disebut itu. Kalaulah orang-orang tua kita dulu menggunakan binatang lain atau objek lain yang lebih 'elok' dalam peribahasa itu, sudah tentu kita pun lebih selesa menggunakan ibarat yang lebih baik. Namun, perkembangan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu yang semakin rancak kini menzahirkan suasana yang agak menepati peribahasa disebutkan itu. Bahawa anjing yang sudah bertabiat memakan tahi, walau pun sudah tidak mahu 'membaham' benda alah itu, tetap juga terliurkannya. Lalu 'mengambil bau'nya pun mahu dibuat juga. Itulah persis apa yang dapat disimpulkan berlaku terhadap kaedah kempen oleh Barisan Nasional (BN) kini. Walau pun calon parti itu pernah menyatakan akan berkempen secara berhemah dan tidak akan melalukan serangan peribadi terhadap lawannya, prinsip itu nampaknya gagal diraikan para pemimpin dan pendukung BN lain. Sebaik sahaja selesai penamaan calon pada Jumaat lalu, satu demi satu hal-hal peribadi calon PAS, yang lebih dikenali sebagai Che Long itu, cuba dijadikan isu. Antara yang paling awal dibangkitkan ialah soal taraf pendidikan. BN merasakan suatu modal besar baginya apabila calon diketengahkannya seorang lulusan universiti dan bertaraf profesional (jurutera). Sedangkan calon PAS hanya seorang kontraktor lulusan SPM. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Kudeta Perak Hantui Umno Terengganu Posted: 20 Jul 2013 06:25 AM PDT Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Pilihanraya kecil Kuala Besut bukan pilihanraya Umum. Pilihanraya Umum bermatlamatkan pembentukan Kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Adakah itu menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut tidak penting? Jawapannya tidak Pilihanraya kecil Kuala Besut sebenarnya amat penting dan genting bagi BN dan Pakatan. Umno ingin mempertahankan kerusi Kuala Besut bagi mengekalkan kuasa di Trengganu. Pas pula ingin menang bagi mendapatkan mandat untuk menjadi Kerajaan baru di Negeri Trengganu. Gentingnya pilihanraya kecil ini mendorong Umno untuk melakukan apa sahaja bagi memenangi kerusi tersebut. Perkara pertama Umno lakukan adalah memastikan SPR menyediakan gelanggang dan peraturan permainan sejak dari awal yang boleh memihak kepada Umno. Dalam hal ini Umno tidak ada masalah kerana sejak bila SPR tidak ikut telunjuk Umno. Setiap pernafasan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sentiasa berbau Umno! Penetapan tarikh pilihanraya pada bulan Ramadahan sudah dari awal memihak kepada Umno kerana ia memperlahankan serangan agresif Pakatan ke atas Umno. Menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ( Rabu ) sudah tentu menyusahkan pengundi di luar untuk balik mengundi kerana ia melibatkan implikasi kewangan. Pengundi luar perlu memikirkan jika mereka balik di hari mengundi mereka juga akan terpaksa belanja lebih kerana akan balik sekali lagi untuk bercuti di aidil fitri. Birokrasi mendapatkan cuti bekerja satu lagi hal yang perlu mereka fikirkan. Ini semua faktor yang menyumbang kemerosotan pengundi luar balik mengundi pada hari mengundi nanti. Amat malang Umno melalui SPR sanggup menafikan hak asasi pengundi yang dijamin oleh Perlembagaan semata mata untuk memenangi pilihanraya. Read More / Baca Lagi >> |
Amaran keras kerajaan kepada pengganas Sulu..?? Posted: 20 Jul 2013 06:23 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu. "Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rungkup di sini hari ini. |
Tarif Elektrik Naik : Rakyat Terbeban, Kroni Terus Raih Untung Posted: 20 Jul 2013 06:22 AM PDT SHAH ALAM, 20 JULAI : Hasrat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan naik terhadap tarif elektrik di negara ini disifatkan bukan sesuatu yang pelik, sebaliknya sudah dijangka sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lagi, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua. Tian Chua ketika dihubungi TV Selangor mendakwa, antara punca berlakunya kenaikan tarif elektrik saban tahun adalah disebabkan oleh perjanjian antara 'syarikat kroni' atau Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bersama TNB sehingga menjadikan syarikat utiliti kuasa negara itu dibebani dengan kos yang terlalu tinggi. Ekoran perjanjian itu katanya, syarikat kroni berkenaan mengaut untung yang besar di mana akhirnya TNB terpaksa menggunakan alasan mengalihkan bebanan kos yang tinggi itu kepada pengguna. "Syarikat kroni ini menerima subsidi daripada Kerajaan Pusat dan akhirnya meraih keuntungan yang besar, namun menyebabkan TNB terbeban dengan kenaikan kos yang tinggi dan mengalihkannya kepada pengguna. Read More / Baca Lagi >> |
Peguam Negara jangan aniaya Najib? Posted: 20 Jul 2013 06:21 AM PDT Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam. Read More / Baca Lagi >>Antara yang tersohor agar diambil tindakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah dan Zulkifli Noordin yang didapati mempersenda penganut agama Hindu dengan mengejek tuhan agama itu tidak mempunyai kuasa walau untuk menghalang banjir sekali pun. Sementara semua rakyat berbilang kaum dan agama mengalu-alukan tindakan tegas dan pantas yang diambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian, rakyat juga sebenarnya mengharapkan tindakan yang serupa seharusnya diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli. Walaupun penghinaan yang dilakukan oleh Ibrahim dan Zulkifli mungkin tidak seserius dan seberat yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian tetapi penghinaan walau dalam apa bentuk dan cara sekali pun, tetap merupakan penghinaan dan tidak boleh diterima sama-sekali. Lebih-lebih lagi Ibrahim dan Zulkifli adalah "public figure" yang dikenali ramai dan mempunyai banyak pengikut, sudah tentu perbuatan mereka itu boleh mempengaruhi ramai orang. Dalam hal ini, ketegasan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja dan yang menghina agama apa pun, seharusnya dibuktikan dengan perbuatan dan bukan sekadar amaran semata-mata. |
Terkejut pendirian Umno dalam isu Allah, Kristian mahu Kabinet laksana penyelesaian 10 perkara Posted: 20 Jul 2013 06:20 AM PDT Kumpulan Kristian terbesar yang mahu Putrajaya melaksanakan penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah Arab "Allah" oleh komuniti itu terkejut dengan kenyataan dibuat oleh dua pemimpin Umno berhubung perkara itu. Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Rev Dr Eu Hong Seng, berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan "tidak dapat dipertahankan dan bertentang dengan penyelesaian 10 perkara diputuskan oleh Kabinet pada April 2011." "Penggunaan perkataan "Allah" dalam Al-Kitab bukan dan tidak pernah kerana kesilapan cetakan seperti didakwa oleh Yang Berhormat Menteri. Cadangan sedemikian tidak sensitif, menghina dan membangkitkan kemarahan. "Ia menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima bagi Yang Berhormat Menteri cuba untuk merasionalkan seruan Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab suci kita dengan mengatakan Kitab Suci kita mengandungi kesilapan dalam percetakan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Mad Said lebih pentingkan zoo dari Taman Ilmu? Posted: 20 Jul 2013 06:18 AM PDT BESUT: PAS mempersoal tindakan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa telah mengabaikan projek Taman Ilmu di kampung Tembila di sini sehingga gagal disiapkan. Projek bagi menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi di atas tanah seluas 700 ekar itu dimulakan sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum 2004 lalu. Dalam projek itu, tapak untuk pembinaan universiti disediakan manakala kerajaan negeri akan menyediakan pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama serta kompleks sukan. Namun difahamkan, selepas Ahmad Said dilantik menteri besar selepas PRU 2008, projek tersebut tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri sehingga ianya tidak siap sampai ke hari ini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihak kontraktor juga menghadapi masalah tidak menerima bayaran terhadap kerja-kerja yang 80 peratus telah disiapkan. Malah katanya sehingga 2012 kontraktor-kontraktor ini tidak lagi meneruskan kerja-kerja ditapak malah bersetuju untuk "mutual termination". Menurut beliau, dianggarkan kos diperlukan untuk menyiapkan baki 20 peratus lagi projek tersebut hanya sekitar RM50 juta. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: 50 nama pengundi dibersih sejak Mei - SPR Posted: 20 Jul 2013 06:15 AM PDT KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan 50 nama pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut daripada senarai daftar pemilih bermula selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sehingga tarikh kekosongan kerusi Dun itu dimaklumkan kepada SPR. SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun lepas. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pembersihan nama pengundi yang meninggal dunia daripada senarai daftar pemilih SPR adalah proses berterusan yang perlu diyakini rakyat. "Percayalah daftar pemilih SPR ini bersih...tidak ada cara bagi sesiapa untuk mengundi dua kali. "Di Kuala Besut ini misalnya sebelum kekosongan di luar jangka yang berlaku kita memang dah bersihkan daftar pemilih sebersih-bersihnya semua yang meninggal dunia," katanya pada sidang media selepas meninjau proses pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini. Pengundian awal PRK Kuala Besut di kem TUDM Gong Kedak itu melibatkan saluran peti undi membabitkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis. Read More / Baca Lagi >> |
EC deputy: Why don't you try to vote twice? Posted: 20 Jul 2013 06:09 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Pengundian Awal Di Dewan Serbaguna TUDM, Gong Kedak. Posted: 20 Jul 2013 05:48 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan