Selasa, 2 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Egypt's president refuses to step down

Posted: 02 Jul 2013 09:14 PM PDT

PAS persoal kenapa Tan Sri Zainal diturunkan pangkat?

Posted: 02 Jul 2013 09:13 PM PDT

Dewan Rakyat 3 Julai 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Posted: 02 Jul 2013 09:12 PM PDT

Dewan Rakyat 3 Julai 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Posted: 02 Jul 2013 09:12 PM PDT

Usul PM 36 - Tuduhan tidak berasas

Posted: 02 Jul 2013 09:05 PM PDT

Usul PM 36 - Tuduhan tidak berasas Isu Wikileaks terhadap Anwar oleh MP Bn Simpang Renggam

Posted: 02 Jul 2013 09:03 PM PDT

BR1M: RM500 boleh makan setahun RM1,200 hanya 2 bulan

Posted: 02 Jul 2013 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pada 23 Febuari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk rakyat makan setahun.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

"Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan," ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

NOTHING SUSPICIOUS AT ALL: EPF defends RM1.2bil mall purchase

Posted: 02 Jul 2013 08:27 PM PDT

The Employees Provident Fund has reacted to reports over its decision to purchase a retail mall in Kuala Lumpur, saying it was not venturing into an alien sector as claimed by some but was open to exploring good investment opportunities in real estate.
"The EPF is always committed to adopt a prudent and low risk investment policy backed by thorough research in accordance with investment best practices to ensure that members' savings are protected," EPF's public relations general manager Nik Affendi Jaafar said in his statement to Harakahdaily.
NOTHING SUSPICIOUS AT ALL: EPF defends RM1.2bil mall purchaseAffendi clarified that the pensions fund's purchase of Quill City Mall on Jalan Sultan Ismail was not the first such investment as it already invested or owned other retail stores including the Sogo department store and Giant hypermarkets.
He further said that the latest retail investment was as a co-owner of Paradigm Mall in Petaling Jaya, adding that EPF has good exposure in real estate investment trusts and developers.
'Value yet to be determined'
Yesterday, PAS research head Dr Dzulkefly Ahmad, in response to news that EPF was buying the mall for RM1.2 billion, questioned the decision saying it had not been EPF's forte to venture into the private properties market.
"There is also a danger of overcrowding and reducing liquidity in the local market if EPF continues to invest in the local properties especially by competing and borrowing local loans," Dzulkefly told Harakahdaily.
But EPF said the final value would be determined only after the mall commenced operations, saying the reported sum of RM1.2 billion was "the maximum payable but will only be paid if all the performance targets are met within the agreed timeframe."
"The EPF assumes no liability for the debts of the development, including the RM700 million papers issued recently," it added.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa semakin ramai kunjungi TG Nik Aziz?

Posted: 02 Jul 2013 07:38 PM PDT


KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

"Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

"Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Almarhum Ustaz Fadzil pencetus keterbukaan PAS

Posted: 02 Jul 2013 07:37 PM PDT


 Sebelas tahun telah berlalu sejak kepergian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita. Tidak sedar waktu berlalu begitu pantas dengan pelbagai peristiwa telah berlaku selama itu. Namun, PAS - yang pernah dipimpinnya - kini terus subur dan berkembang.

Bayangkan bahawa PAS kini telah dianggotai lebih dari sejuta ahli dan tentunya di dalam jumlah itu wujud pelbagai watak dan pemikiran yang berbeza. Namun yang berbeza hanya dari segi pendekatan, bukan dari segi memperjuangkan dasar PAS yang sudah sangat mantap dan tidak ada perselisihan atau perbezaan pendapat di kalangan ahli.

Pendekatan yang yang berbeza disebabkan ahli yang lebih sejuta orang itu datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, keluarga dan suasana sekeliling di mana ahli PAS itu berada, serta pengaruh pembacaan dan pemahaman serta pendedahan yang berbeza.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk memantapkan perjuangannya. Sejarah perjuangaannya yang ditandai pelbagai peristiwa selepas berundurnya Dato' Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua PAS. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa yang mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dengan slogan 'Kepimpinan Ulama'.

Saya sendiri menyertai PAS setahun setengah kemudian atas dorongan Haji Subky Latif serta disebabkan dasar PAS  yang memperjuangkan Islam yang  syumul dan tidak lagi berpaut pada fahaman kebangsaan seperti masa lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Penyelewengan dakwat kekal: Bos SPR mesti letak jawatan sebelum PRK

Posted: 02 Jul 2013 07:36 PM PDT

ShamsulKUALA LUMPUR 3 JULAI: Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama Pengerusi dan Timbalannya perlu meletak jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Terengganu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Ia ekoran SPR sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dalam pembelian dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
"Oleh kerana SPR kini sedang disiasat ekoran kegagalan mereka mengendali PRU terutama kekesalan rakyat bahawa dakwat yang diguna tidak kekal, maka adalah wajar semua anggota SPR terutama dua bos teratasnya meletak jawatan sebelum berlangsung PRK di Terengganu," katanya kepada Suara Keadilan.
Semalam, seorang pegawai kanan SPR didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menerima rasuah RM80,000 daripada sebuah agensi pelancongan bagi membantu mendapatkan kontrak bekalan kenderaan untuk kegunaan pemerhati asing semasa PRU lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor Perlu Larang Minuman Keras di Tempat Awam

Posted: 02 Jul 2013 07:35 PM PDT


SHAH ALAM, 3 JUL : Sebuah enakmen melarang meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam seperti taman permainan perlu dikuatkuasa Kerajaan Selangor bagi menjaga keharmonian penduduk dan mencegah gejala sosial.
Ini kerana menurut Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang merasa terganggu oleh aktiviti minuman keras oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar kawasan awam.
xavier speech white 01Menurutnya, enakmen itu telah digunapakai di beberapa negara luar seperti Canada, Australia, Finland, Hungary, Norway, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
"Enakmen melarang minuman keras di tempat awam ini perlu diluluskan dalam masa terdekat untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anggota polis bagi melaksanakannya.
"Saya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai orang yang minum di taman permainan hingga larut malam dan meninggalkan botol kosong berselerakan di tempat tersebut.
"Keadaan ini menyebabkan kacau ganggu kepada keharmonian penduduk setempat apabila mereka terdedah kepada bunyi bising dari kumpulan tersebut dari larut malam hingga awal pagi," katanya ketika membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, di sini semalam.
Katanya, penguatkuasaan terhadap permohonan permit juga perlu diambil kira sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai untuk membawa minuman keras di tempat awam sewaktu majlis keraian.
Read More / Baca Lagi >>

Manifesto: Ibu tunggal disaran segera daftar

Posted: 02 Jul 2013 07:33 PM PDT

Manifesto: Ibu tunggal disaran segera daftar
Rodziah (depan,tengah) menyarankan ibu tunggal segera mendaftar skim-skim ditawarkan kerajaan negeri.
SHAH ALAM - Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyeru 2,020 ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri sebelum ini untuk segera mendaftar skim ditawarkan sekiranya belum berbuat demikian.

Rodziah berkata, sekiranya proses tapisan dibuat mendapati ibu tunggal tersebut layak maka mereka dapat menikmati skim-skim ditawarkan kerajaan negeri.

"Kita (kerajaan negeri) menyeru 2,020 ibu tunggal supaya segera daftar jika belum dan akan diproses pendaftarannya.

"Bagi yang sudah dan didapati layak akan diberi skim perkhidmatan untuk dimanfaatkan," katanya pada sidang media di Sidang Dun di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Lagi Pembangkang Selangor Dibidas Guna Fakta Salah Ketika Berdebat

Posted: 02 Jul 2013 07:31 PM PDT

Curi Pasir-Grafik
SHAH ALAM, 3 JULAI: Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini sekali lagi dibidas gara-gara sengaja menutup fakta berkenaan kelemahan pentadbiran Umno-BN yang dahulu.
Kali ini mengenai isu perlombongan pasir yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.
Adun BN dari Dengkil, Shahrum Mohd Sharif  berterusan menuduh kegiatan perlombongan pasir di era pentadbiran Pakatan Rakyat yang beliau dakwa tidak terkawal.
Ini mendapat perhatian Adun Pakatan dari Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang menempelak Shahrum dengan berkata kegiatan melombong secara tidak terkawal sudah berlaku dengan berleluasa di era pentadbiran BN sebelum 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Negeri P.Pinang Tiada Halangan Tazkirah Ramadan

Posted: 02 Jul 2013 07:24 PM PDT

Terengganu: Panel guaman PAS Kaji Kedudukan 16:16

Posted: 02 Jul 2013 07:23 PM PDT

Ku Li jadi Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia?

Posted: 02 Jul 2013 05:35 PM PDT

Shahbudin Husin

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.
Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.
Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.
Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya. Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia.
Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.
Read More / Baca Lagi >>

A law so sensitive it can PERMANENTLY split Malaysia: But where is Najib, is he in charge?

Posted: 02 Jul 2013 05:11 PM PDT

With all the scandals, corruption, wrong doings, racial and religious controversies that have cropped up in Malaysia the past few years, it is justifiable to wonder whether there is anyone in the government who is really in charge of things in the country.
For that matter, is Prime Minister Najib Razak really in control? Or is he just a puppet? If so, who is the puppet-master or masters? If Najib is in charge, why is he not doing anything to make Malaysia a better country, a more robust economy.
A law so sensitive it can PERMANENTLY split Malaysia: But where is Najib, is he in charge?Malaysia is not only not moving forward, it is dragged down by enormous scandals involving its top leaders such as the Scorpenes-Altantuya corruption-murder case implicating Najib himself, the RM250 million NFC debacle, the RM12 billion PKFZ debacle and so forth. The scandals, never-ending wrong doings, even a web portal dedicated to exposing Sarawak chief minister Taib Mahmud's misdeeds, are just too much.
So, is there any order? Can there be any order in the face of such chaos. The answer is a clear 'NO'. Nothing is in order, because the events keep changing but the agenda remains the same; UMNO and its 'Malay Supremacy'. In UMNO the aim justifies every means and there is no time for anything else.
It is as UMNO has claimed - it has been given a huge mandate by the majority to do whatever it wishes, so it is going to do whatever it wants. Of course, it will omit the fact that the Opposition won 51% of the total votes and just harp on the fact that it won 88 parliamentary seats - the most won by a single party. Isn't the blindsided-ness to be expected?
Racist to the core
To most Malaysians, despite having many non-Malay funders, UMNO is racist to the core with its 'Malay Supremacy 'doctrine. It has been too obvious that the authorities would never take action against any UMNO Malay no matter how hate-filled and inciting his or her racists words may be, no matter how vicious, intimidating or offensive the comments may be to the non-Malays. Whenever any of these 'ultra'-Malays voice out his or her stance, they will immediately be seconded by someone else from the same breed in UMNO.
The 'keris- kissing' event made infamous by former Home Minister Hishamuddin Hussein is the landmark emancipation of the racist nature of UMNO and from then on, the sentiment has been promoted and nurtured without any sign of slowing down. UMNO now has NGOs like PERKASA and Pekida, martial arts group like Pertubuhan Silat Lincah headed by Omar Din, bloggers like Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq, main stream media like Utusan Malaysia and TV3, tycoons like Syed Mokhtar and Daim Zainuddin, academicians like Sahol Hamid and Sidek Baba, tertiary institutions like UiTM and UPSI, artists like KRU and Salih Yaacob, legal eagles like Mohd Noor and Gani Patail, clerics like Fathul Bari and Mashitah Ibrahim, authorities like the police and the Election Commission to help it all the way.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa kes Kugan rayu, kes Altantuya tidak?

Posted: 02 Jul 2013 05:09 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mengapa dalam kes A Kugan sahaja kerajaan merayu keputusan mahkamah, tetapi enggan berbuat demikian terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Adakah rayuan hendak dibuat dalam kes pembunuhan Kugan ketika dalam tahanan polis kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Khalid (Abu Bakar) bertanggungjawab atas kematian Kugan, yang disiksa ketika soal siasat sehingga menyebabkan kematian?"

"Tetapi, dalam soal pembebasan Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pula, adakah kerajaan sengaja tidak mahu buat rayuan kerana hendak melindungi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sehingga hari ini tidak dilihat bersih oleh sebahagian besar rakyat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu," katanya.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa institusi dan prosedur perundangan diperalatkan untuk kepentingan pihak yang berkuasa.

"Rakyat semakin tidak percaya kerana nampak semakin jelas bahawa pertimbangan dibuat mengikut kepentingan pihak yang ada kuasa.

"Nampak benar kerajaan mengajar rakyat supaya menjadi orang yang berkuasa di dalam kerajaan Umno atau mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, barulah mendapat pertimbangan yang wajar dan saksama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen

Posted: 02 Jul 2013 05:09 PM PDT

Subky Latif,
SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13  dulu.
Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.

Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi.  Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.

Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.

Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ  saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang  dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.

Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963,  John Profumo, Menteri Perang Britain hilang  kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.

Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.
Read More / Baca Lagi >>

Dedah senarai tanah Taib, SPRM kunjungi Ahli Parlimen DAP

Posted: 02 Jul 2013 05:07 PM PDT

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dikunjungi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sehari selepas pendedahannya berkaitan senarai tanah keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mereka datang untuk mendapatkan dokumen senarai pendedahannya sehingga menyebabkan Chong terkejut.
"Saya hanya individu biasa. Jika saya boleh mendapatkan dokumen itu daripada Pejabat Pendaftar Tanah, apakan lagi SPRM?" soal Chong apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Jika kata 10 penyiasat mereka buat kerja, tiada alasan untuk mereka tidak memiliki dokumen sebegini," tambah beliau lagi.
Pada Isnin, Ahli Parlimen DAP itu mendedahkan dokumen senarai tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli keluarga Abdul Taib.
Chong kemudian mempersoal keupayaan SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas ketua menteri itu yang disifatkannya sebagai tidak serius.
Chong dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin mendakwa Abdul Taib dan keluarganya memiliki 24 plot tanah yang diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pas sedia hadapi PRK bulan puasa

Posted: 02 Jul 2013 05:05 PM PDT

Mohd-Abdul-Wahid-Endut KUALA TERENGGANU – Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut  bila-bila masa sahaja dan tiada masalah sekiranya berlangsung dalam bulan puasa.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Pas tidak menganggap ia bebanan sekalipun umat Islam berpuasa ketika itu.

"Kita tidak kira bulan puasa atau tidak bulan puasa. Kita akan teruskan perjuangan kita. Rasulullah pada bulan puasa pun berperang, perang Badar berlaku dalam bulan puasa. Tiada masalah untuk kita, insya ALLAH, bulan puasa lagi semangat," katanya di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, kelmarin.

Sementara itu, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam menolak persepsi pihak tertentu yang melihat Pas seakan-akan ghairah mendapat kemenangan di Dun Kuala Besut walaupun mereka kalah dengan majoriti cukup besar pada PRU13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Batu Pahat: Tiga gelas air RM45..!!!

Posted: 02 Jul 2013 05:03 PM PDT

Tiga gelas air RM45
Hamidi menunjukkan resit yang dikeluarkan oleh peniaga warung berkenaan, selain sejumlah syiling yang merupakan baki pembayaran yang dipulangkan.
 
BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

"Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

"Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang 'special' di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

"Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pas belum bincang calon

Posted: 02 Jul 2013 05:01 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR – Pas belum membincangkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, senarai nama calon akan dihantar oleh Pas kawasan Besut kepada Pas negeri dan seterusnya akan dihantar kepada Pas Pusat.

"Dalam sehari dua lagi, kita akan memutuskan siapa yang akan menjadi calon pada PRK Kuala Besut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ketika ditanya mengenai perebutan kerusi itu di kalangan parti dalam PR, Mahfuz berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Mohamed Ali semalam jelas menyatakan bahawa kerusi Dun Kuala Besut untuk Pas.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Muslimat Pas bincang nama calon

Posted: 02 Jul 2013 04:59 PM PDT

Siti Zailah Mohd Yusof KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas secara positif menerima keputusan daripada pimpinan Pas Pusat sama ada meletakkan calon lelaki atau wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, keputusan tersebut akan dibuat pimpinan Pas Pusat, bukan Dewan Muslimat Pas.

"Kami akan memutuskan nama calon bersama pimpinan Pas Pusat dalam mesyuarat yang akan diadakan bersama nanti.

"Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: