dollah yankee |
Posted: 02 Jul 2013 09:21 PM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut... Akibat tak boleh tahan dihenyak, dihentak kiri dan kanan, depan dan belakang, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga telah mengaku secara rasmi yang dakwat kekal yang diperkenalkan pada PRU-13 lalu olih mereka sebenarnya tidak cukup kekal. Rakyat nak tahu siapa pembekal yang telah mendapat tender untuk membekalkan dakwat kekal yang tak kekal itu? Rakyat nak tahu lagi, berapa harga tender bekalan dakwat kekal yang tak kekal itu? Rakyat nak tahu juga, mengapa sehingga hari ini tidak ada tindakan terhadap kontraktor pembekal yang telah membekalkan dakwat kekal yang tak kekal itu? yang telah gagal mematuhi kualiti dakwat kekal yang telah ditetapkan? Soalan ini pula sengaja rakyat nak Tanya ... siapa atau kontraktor mana yang telah kaya dalam projek pembekalan membekalkan dakwat kekal yang tak kekal ini??? dollah yankee - Gurkah-gurkah di 'port' nak londeh seluar kalau kontraktor bekalan ini bukan daripada kroni menteri/umno... |
Posted: 01 Jul 2013 10:55 PM PDT Kami telah dibawa masuk secara curi-curi ke bilik rawatan Ustaz Azizan Razak olih sahabat-sahabat yang cukup setia dengan kami yang berkerja di hospital besar Penang pagi tadi sekitar jam 8. (Nasib baik anak dia Rahmah yang setia menemani ayahnya tidak ada masa tu. Kalau tidak mau bising satu wad kalau dia tau kami masuk melawat ustaz Azizan) Entah Ustaz Azizan ni kenal atau tidak dengan kami, pun kami tidak tahu. Tetapi bila dia terpandang kami, dia hanya mampu senyum. Dia masih tidak boleh bercakap, dan dia hanya cuma mampu menggerakan bibirnya sahaja, itu pun sekitar dua atau tiga saat sahaja. Kemudian dia memejamkan semula matanya. Kawan kami yang bekerja di wad hospital berkenaan ada memberitahu yang rawatan kepada Ustaz Azizan ini akan mengambil masa yang lebih lama. Untuk makluman, seramai 10 orang pakar nombor 1 dalam bidang jantung, orthopedic, kencing manis dan neurologi sedang bekerja berhempas pulas mengawasi perkembangan ustaz Azizan ini. dollah yankee - Besar sungguh ujian Allah kepada ustaz Azizan ini ... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan