RAKYAT MARHAEN |
- Hadiah PRU13: Harga ayam RM10 sekilogram.....!!!
- Ambiga: Are you ready for Bersih 4.0?
- PRK Kuala Besut: Lakonan Hebat 2 pemimpin utama Umno Terengganu..
- PRK Kuala Besut: Pergeseran Idris-Ahmad bukan strategi kempen PAS
- Karpal will be president if PAS wins, Kuala Besut told
- PRK Kuala Besut: Dakwaan Sektor Pelancongan Berkembang Adalah Bohong - Salahuddin
- PRK Kuala Besut: Jika 16:16, Speaker DUN Terengganu tiada kuasa penentu
- Egypt's farmers facing hardship during crisis
- Did US funds help oust Morsi?
- Egypt freezes Muslim Brotherhood funds
- PRK Kuala Besut : Kelebihan Memihak Pada Calon Pas
- Standard Menteri BN: "Elak makan ayam kalau harga naik"
- PRK Kuala Besut: Pergeseran Ahmad Said-Idris jadi isu kempen dan PAS dipersalahkan...!!
- PRK Kuala Besut: Skuad kempen Umno Sambut Calon PAS
- Muslim Brotherhood vows to bounce back
- PRK Kuala Besut: Permit untuk ceramah bergerak
- PRK Kuala Besut : Che Long Beramah Mesra bersama Rakyat di Bazar Ramadhan
- PRK Kuala Besut: Lensa Che Long Menyantuni Pengundi
- PRK Besut: UMNO dan kaedah KKK nya.
- PRK Kuala Besut: Calon BN terpaksa menumpang populariti Idris Jusoh dan Bekas ADUN?
- Rakyat berpendapatan rendah hilang peluang miliki rumah sendiri
- Kehidupan bukan sebuah novel
- Memang ada persamaan antara Mesir dan Malaysia, 'kan?
- Ramadan dan percaturan politik di Mesir
- Pemimpin Ikhwan Muslimun Seru Perhimpunan Besar-besaran Esok
Hadiah PRU13: Harga ayam RM10 sekilogram.....!!! Posted: 14 Jul 2013 03:59 PM PDT BALIK PULAU - Penduduk di bandar ini terpaksa membeli ayam dengan harga RM10 sekilogram iaitu paling tinggi setakat ini berbanding kawasan lain di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, harga ayam yang terlampau tinggi itu membebankan penduduk di situ yang kebanyakannya berpendapatan rendah. "Saya tidak pasti kenaikan mendadak itu disebabkan peniaga cuba memanipulasi harga ayam untuk mengaut keuntungan berganda atau kos pengangkutan meningkat berikutan Balik Pulau terletak agak jauh dari bandar. "Bagaimanapun, dengan harga ayam RM10 sekilogram, ia sudah pasti di luar kemampuan penduduk," katanya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga di sini semalam. Menurut Hilmi lagi, tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakkan harga ayam terus melambung menjelang Hari Raya Aidilfitri. |
Ambiga: Are you ready for Bersih 4.0? Posted: 14 Jul 2013 03:10 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lakonan Hebat 2 pemimpin utama Umno Terengganu.. Posted: 14 Jul 2013 03:00 PM PDT Semua peminat politik Malaysia masih tertanya-tanya kenapa Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut... Di mana kreadibilti MB Terengganu... Dengan adanya PRK Kuala Besut terserlah segalanya... Fokus utama terhadap 2 pelakon,,, manakala calon sendiri terpinggir atau dipinggirkan... Nak tunjuk hebat lagi, terpaksa berpura-pura ikut stail ustaz Pas,, kedua-dua pakai kopiah putih pulak.... hebat-hebat puak-puak umno ni,,,, Lepas ni selesai PRK,, saling bertokak balik la,,,,teringat lagi |
PRK Kuala Besut: Pergeseran Idris-Ahmad bukan strategi kempen PAS Posted: 14 Jul 2013 02:59 PM PDT KUALA BESUT: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berbeza pendapat berhubung pendekatan kempen parti yang menggunakan isu kononnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh tidak sehaluan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Beliau berkata mengeksploitasi dakwaan wujud pergeseran Idris-Ahmad sebenarnya bukan strategi kempen parti itu dalam PRK Kuala Besut. "PAS tidak akan guna isu itu," katanya dalam sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini hari ini mengulas pendekatan penceramah PAS yang memainkan isu kononnya Ahmad dan Idris tidak sehaluan. |
Karpal will be president if PAS wins, Kuala Besut told Posted: 14 Jul 2013 02:55 PM PDT Deputy Agriculture Minister Tajuddin Abdul Rahman warned Kuala Besut voters that Karpal Singh could be Malaysia's first president if they allow DAP to control Putrajaya through PAS. "The sultan is the head of our religion. The agong is a Muslim. If we become a republic, (DAP chairperson) Karpal Singh then becomes the president. He would be your chief. "Can this be? Can Karpal Singh be the head of Islam? No," he said in his opening speech at a programme by the Veterinary Services Department in Kampung Baharu, Kuala Besut, this morning. He reasoned that PAS wants to be in Putrajaya but has only 20 MPs, hence it has joined Pakatan Rakyat and in doing so has opened its doors to DAP for negotiation. "Do you think DAP would give them (benefits) for free? They (DAP) would work with PAS, but the condition is that they would demand this and demand that. "Perhaps they will ask to be the deputy prime minister. "Who would that be? (DAP parliamentary leader) Lim Kit Siang, or his son Lim Guan Eng," he said according to sources. He also claimed Karpal has said that if PAS is to remain in Pakatan Rakyat, it must never mention the issue of 'Islamic struggle' and must 'tread over his dead body' first if it were to establish an Islamic state. Tajuddin, an Umno supreme council member, urged the electorate therefore to not vote for PAS in order to keep DAP out of power. "If PAS rules Terengganu, it would be someone else in power and that is DAP, which will influence Terengganu leaders just as DAP influences PAS in Kelantan and PAS in Selangor. "Even in Kedah in the past, what PAS did was subject to pressure, comments and requests," he said, adding that this would happen in Terengganu as well despite DAP's absence there. 'Their people' would reign Speaking to roughly 100 Malays, Tajuddin (below) claimed that opposition leader Anwar Ibrahim too is not fond of the royalty, and alleged DAP would amend Article 153 of the federal constitution that deals with the special position of bumiputeras. He cited the example of Singapore, that although once had Malay-Muslim presidents, but not for long. Tajuddin then dredged up a laundry list of DAP's alleged evils, such as how DAP does not like Malays in the civil service and would oust half of them if it comes into power, then replace them with "their people". Meanwhile in the DAP-led Penang, he said the Malays there are being treated unfairly over increasing property prices blamed on Chief Minister Lim Guan Eng. "Guan Eng has chased away Malays from Penang Island. How? He builds expensive houses worth RM700,000, RM1,000,000, RM2,000,000. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Dakwaan Sektor Pelancongan Berkembang Adalah Bohong - Salahuddin Posted: 14 Jul 2013 02:53 PM PDT KUALA BESUT : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan dakwaan Umno yang mengatakan aspek pelancongan di Kuala Besut amat berkembang adalah satu pembohongan. Beliau menyanggah dakwaan ini berikutan muara di Kuala Besut ini amat cetek dan mengakibatkan aktiviti-aktiviti laluan bot terpaksa mengambil masa yang panjang. Mengikut beliau, kerajaan BN yang telah lama diberi peluang memerintah negeri ini walaubagaimanapun telah mengabaikan masalah tersebut. Akibatnya pendapatan rakyat terjejas teruk sehingga penduduk di Kuala Besut menjadi antara penduduk termiskin di Terengganu. Beliau turut menyifatkan kerajaan BN tidak prihatin kepada permasalahan ini yang menjejaskan ekonomi rakyat tempatan. "Kerajaan (BN) tidak prihatin untuk menyelesaikan permasalahan besar ini. Sepatutnya kerajaan perlu menjalankan proses pengerukan di mana muara sungai ini perlu digali semula bagi membangunkan sektor pelancongan setelah nelayan merubah kerjaya mereka." |
PRK Kuala Besut: Jika 16:16, Speaker DUN Terengganu tiada kuasa penentu Posted: 14 Jul 2013 02:52 PM PDT KUALA BESUT, 15 JULAI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak lagi mempunyai kuasa penentu (casting vote) apabila Pas memenangi pilihan raya kecil (PRK) N01 Kuala Besut. Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berrkata, senario itu terjadi berikutan kedudukan 16 : 16 antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. "Speaker DUN Terengganu tidak ada kuasa (undi) penentu (casting vote) kerana bukan dipilih oleh rakyat. "Dia dilantik oleh kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramah kelompok di Kampung Tok Saboh, 13 Julai lalu. Bekas calon BN parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong yang tewas kepada calon Pas, Raja Kamarul Baharin dengan majoriti 10,785 undi dilantik sebagai Speaker DUN Terengganu 16 Jun lalu. Justeru kata Dr Dzulkefly, BN dilihat begitu terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam PRK Kuala Besut bagi mengekalkan majoriti dalam DUN Terengganu. Sebelum ini, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai di negeri itu. Read More / Baca Lagi >> |
Egypt's farmers facing hardship during crisis Posted: 14 Jul 2013 02:47 PM PDT |
Posted: 14 Jul 2013 02:46 PM PDT |
Egypt freezes Muslim Brotherhood funds Posted: 14 Jul 2013 02:43 PM PDT |
PRK Kuala Besut : Kelebihan Memihak Pada Calon Pas Posted: 14 Jul 2013 08:04 AM PDT Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai "gelomok" nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu. Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut. PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut. Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama 'Che Long' setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu. Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan. |
Standard Menteri BN: "Elak makan ayam kalau harga naik" Posted: 14 Jul 2013 08:02 AM PDT Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya. Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil. "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini. |
PRK Kuala Besut: Pergeseran Ahmad Said-Idris jadi isu kempen dan PAS dipersalahkan...!! Posted: 14 Jul 2013 08:00 AM PDT Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK. Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu. "Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun, namun pada PRU 2008, beliau tak lagi menjadi menteri besar dan banyak persepsi yang mengatakan beliau ada masalah hubungan dengan pihak istana.Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Skuad kempen Umno Sambut Calon PAS Posted: 14 Jul 2013 07:56 AM PDT KUALA BESUT : Skuad kempen Umno turut menyambut calon PAS, Che Long yang turun menziarahi Bazar Ramadhan Kampung Baru sebentar tadi. Skuad Umno yang disertai oleh kira-kira lima orang berpakaian serba merah jambu turut menunggu ketibaan calon PAS ini bersama sekumpulan wakil media yang lain. Mereka mengambil kesempatan mengikut calon PAS dan mengedarkan risalah kempen Suara Kuala Besut 1M kepada orang ramai. Calon PAS menyambut baik dengan kehadiran risalah kempen pihak lawan walaupun tindakan tersebut dilihat sebagai satu taktik mengalih perhatian media dan orang daripada calon PAS. |
Muslim Brotherhood vows to bounce back Posted: 14 Jul 2013 07:50 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Permit untuk ceramah bergerak Posted: 14 Jul 2013 07:48 AM PDT |
PRK Kuala Besut : Che Long Beramah Mesra bersama Rakyat di Bazar Ramadhan Posted: 14 Jul 2013 07:31 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Che Long Menyantuni Pengundi Posted: 14 Jul 2013 03:59 AM PDT |
PRK Besut: UMNO dan kaedah KKK nya. Posted: 14 Jul 2013 03:55 AM PDT Kita akan lihat cerita lama yang UMNO mainkan selama ini, dimainkan dalam PRK Besut. UMNO akan menggunakan kaedah KKK nya- kemiskinan, Ketakutan dan Kejahilan. selama orang Melayu dimiskinkan, ditakutkan dan dijahilkan, maka UMNO akan terus berkuasa. apabila ke3 perkara ini dimusnahkan, UMNO akan kalah dalam PRU. SU Agong PAS, Dato Mustapha Ali kata, senjata UMNO yang paling utama ialah mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Mengapa perkara ini harus terjadi sebermula nya? Saya telah menulis banyak kali- 95% yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah Melayu. Soalan nya, jika ini fakta nya, maka mengapakah keadaan orang Melayu tidak berubah? Kita telah berbelanja berbillion Ringgit dan banyak dasar2 affirmative dilaksanakan – mengapa keadaan Melayu tetap terkebelakang? Jawapan nya(1) yang berada dalam kedudukan berkuasa sebetulnya tidak membantu orang Melayu dan (2) dasar mereka sebetulnya menguntungkan hanya sebahagian kelompok Melayu dan (3) orang Melayu yang disasarkan tidak bertidnak balas- sama ada mereka jahil, tidak ad akepakaran, - apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada kelembapan reaksi dari orang Melayu. Pengarah PRK Besut bagi pihak UMNO , DS Idris Jusoh yakin BN akan mendapat majoriti 4000. Minggu lalu Idris menegaskan bahawa kumpulan guru sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata2 berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itulah sahaja yang tahu bagaimana menjaga orang Melayu. Mungkin kerana pandai menjaga orang Melayu lah maka, orang Melayu ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. Dan BN bukan mendapat tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu. Malah, mereka telah menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun!. Kehidupan yang mereka jaga dengan teliti ialah kehidupan segelintir Melayu yang terpilih. 80% Melayu bergantung harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang membela orang Melayu? Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Calon BN terpaksa menumpang populariti Idris Jusoh dan Bekas ADUN? Posted: 14 Jul 2013 03:48 AM PDT Calon PAS Endut @Azlan Jusoh dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilihat perlu menyaingi rekod A Rahman yang sangat disenangi penduduk setempat terutama masyarakat di Pulau Perhentian. Mengakui perkara itu, Ketua Kampung Pulau Perhentian, Zainuddin Mohd, 44, berkata A Rahman mengambil berat keadaan masyarakat, malah sanggup berada bersama mereka sehingga jam 2 pagi mendengar masalah penduduk. "Kalau nak banding kita tidak boleh buat perbezaan, macam Dr Rahman ini perlu jadi 'role model', kepada calon (yang bertanding)," katanya Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Zainuddin yang menjadi ketua kampung sejak dua tahun lalu juga mengakui sikap A Rahman harus dicontohi calon BN. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat berpendapatan rendah hilang peluang miliki rumah sendiri Posted: 14 Jul 2013 03:43 AM PDT Oleh Jeneri Amir Dua minggu lalu, saya berlegar di sekitar bandar raya Kuching, menjelajah satu kawasan ke satu kawasan untuk meninjau perkembangan projek perumahan. Saya juga ke pusat beli-belah yang kebetulan mengadakan pameran projek perumahan yang bakal dilancarkan. Pelbagai jenis rumah bakal dibina termasuk kondominium, apartmen, rumah teres, rumah berkembar dua tingkat dan banglo, dengan harga mencecah sehingga RM3 juta. Mencari rumah pada hari ini, bukan tugas mudah. Kebanyakan rumah habis dijual. Harga juga di luar jangkauan kebanyakan pembeli. Kesimpulannya, harga rumah di Sarawak melonjak menggila dalam tempoh 10 tahun atau 15 tahun lalu, berbanding dengan negeri lain.Rumah berkembar dua tingkat di Petrajaya pada 1998 berharga RM230,000. Kini rumah itu mencecah lebih daripada RM600,000. Di sesetengah lokasi, rumah jenis berharga RM800,000 manakala rumah teres sudut RM400,000. Mengikut rekod pengamal perumahan, 20,600 unit rumah dimajukan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Sudah tiba waktu isu spekulasi dan kenaikan harga rumah yang tidak terkawal dibendung melalui pelbagai pendekatan pragmatik agar masalah berbangkit dapat ditangani dengan berkesan" Harga rumah di Sarawak terlalu mahal khususnya bagi rakyat pendapatan sederhana dan kecil. Saiz rumah yang disediakan untuk golongan ini juga sempit, selain harganya tidak sepadan kualiti. Kerajaan perlu memberi perhatian lebih serius untuk menangani masalah ini. Selain kos hidup, masalah perumahan adalah isu kempen di bandar besar di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Manipulasi harga Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Jul 2013 03:41 AM PDT Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Novel, filem dan drama kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak sehingga mereka tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang benar, membaca novel, menonton filem ataupun karya seni lain yang menceritakan watak-watak khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan dan ruang untuk kita menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan babak yang diwujudkan itu. Ia membantu percambahan minda, tambahan maklumat dan kadang-kala ia boleh melebarkan diskusi pemikiran. Namun, pada pandangan saya, kesungguhan untuk memberikan penilaian terhadap rumusan keseluruhan kehidupan bagi sesebuah watak yang diwujudkan dalam novel, cerpen, drama, filem ataupun sebagainya bukanlah satu kerja yang begitu bermanfaat. Ini kerana kisah kehidupan yang diwujudkan dalam karya bikinan manusia itu tidak realiti dan hanya andaian semata. Jalan kisah bagi watak-watak itu ditulis oleh manusia. Sedangkan, kehidupan yang hakiki ditulis oleh Tuhan. Khayalan dan realiti Para pengkarya menulis cerita berdasarkan khayalan dan kehendak yang ada dalam diri mereka. Khayalan ini dipengaruhi oleh faktor dalaman jiwa, kepentingan diri dan tuntutan persekitaran. Episod dan babak kehidupan yang direka itu, ditafsirkan pula dari sudut pandang seseorang pengkarya yang mempunyai latar diri dan kepentingan yang tersendiri. Sementara kehidupan yang hakiki, jalan kisahnya ditulis oleh Tuhan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan keperluan, sebaliknya Dia Maha Kaya dan Maha Perkasa. Walaupun Allah SWT memberikan ruang kebebasan kepada manusia untuk memilih antara yang baik dan yang buruk, sehingga ada pihak yang mungkin dizalimi dalam kehidupan dunia atas pemilihan buruk dibuat oleh sebahagian manusia, namun Allah SWT menentukan pelbagai keadaan dalam memberikan keadilan dan menzahirkan hikmah dalam perjalanan hidup seseorang. Campur tangan Tuhan dalam plot-plot kehidupan ini sangat ajaib dan halus. Kisah kehidupan sebenar, jika diteliti tiada yang boleh dikatakan berlaku secara kebetulan, tetapi ia bagaikan plot-plot yang jika dilihat dari awal sehingga akhir, yang zahir dan tersembunyi, yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar rahsianya yang dapat diketahui oleh diri yang melaluinya. Kisah dan watak sebenar yang diceritakan kepada kita dalam banyak keadaan hanya zahir berita yang diriwayatkan. Hakikat dalaman diri seseorang sehingga babak, episod dan jalan cerita yang seperti itu boleh berlaku, hanya Tuhan yang Maha Tahu dan diri berkenaan juga mungkin tahu. Dalam banyak kisah kita hanya mengetahui zahirnya sahaja, sedangkan batin kisah tersebut yang membabitkan rahsia seseorang, niatnya, episod dan babak yang disembunyikan, banyak yang kita tidak tahu. Maka kita menilai sesuatu berdasarkan zahir yang kita tahu, sedangkan Tuhan melihat segalanya zahir dan batin. Apakah sama, antara karya manusia dan realiti hidup yang ditentukan oleh Tuhan. Tersurat dan tersirat Saya selalu mengambil kisah pelacur dan anjing yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Nabi SAW bersabda: Read More / Baca Lagi >>"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari) |
Memang ada persamaan antara Mesir dan Malaysia, 'kan? Posted: 14 Jul 2013 03:40 AM PDT Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Ketika dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa tentera menggulingkan pemerintahan rakyat di Mesir, perkembangan terbaru dalam negara juga agak merungsingkan. Jika kudeta militer yang menjatuhkan Presiden Morsi cuba mengembalikan era gelap-gelita warisan Hosni Mubarak, di Malaysia ada usaha untuk menghidupkan semula undang-undang represif peninggalan Dr Mahathir Mohamad. Morsi yang dipilih melalui proses pilihan raya dihumban ke dalam tahanan, manakala akhbar dan stesen TV yang dilihat membawa suara berbeda, menyalurkan maklumat sahih, segera disekat dan ditutup. Bukan saja dunia cuba dikelirukan, dengan paparan berita dan liputan tidak seimbang mengenai tragedi di Mesir, malah dalam negara kita, siaran berita TV3 di waktu puncak turut memberikan gelaran buruk buat Presiden Morsi, seorang tokoh pembaharu dengan perwatakan warak, cuba dipalitkan dengan imej diktator. "Gelaran ini senada dengan media Israel yang melabelkan Morsi sebagai diktator dan kuku besi. Saya harap TV3 menarik balik dan memohon maaf kepada dunia," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, dan menekankan Morsi dijatuhkan oleh pihak tentera, bukannya rakyat. Barat yang selama ini menonjolkan diri sebagai wira atau jaguh demokrasi seperti keberatan untuk mengecam aksi ganas pihak tentera, termasuk membunuh jemaah solat Subuh, malah negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil sikap proaktif mempertahankan Morsi. Hipokrasi Amerika dan konco-konconya terserlah dalam kes kudeta ini. Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mengambil pendirian berbeda apabila mengecam negara yang malu-malu untuk mengatakan bahawa tindakan militer di Mesir adalah sebuah kudeta. "Tidak peduli di mana pun mereka berada, kudeta itu buruk dan jelas musuh demokrasi," tegasnya sambil mengimbau sejarah rampasan kuasa tentera di Turki, yang berfungsi "sebagai rujukan yang sangat penting" untuk Mesir memahami bagaimana kudeta militer tidak dapat ditoleransi. "Setiap kudeta militer, tanpa terkecuali, menyebabkan Turki kehilangan beberapa dekad. Setiap kudeta melumpuhkan ekonomi, menyebabkan negeri, bangsa dan generasi muda harus membayarnya dengan mahal," tambah Erdogan, yang berjaya mengurangkan kuasa dan pengaruh tentera dalam kerajaan Turki, sejak berkuasa pada 2002. Read More / Baca Lagi >> |
Ramadan dan percaturan politik di Mesir Posted: 14 Jul 2013 03:39 AM PDT Oleh Dr Mohd Roslan Mohd Nor Ramadan pada tahun ini disambut dalam keadaan pergolakan yang berlaku di beberapa negara Islam, antaranya Syria dan Mesir. Bagi Mesir, kejatuhan Presiden Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu menjadikan negara tersebut terus bergolak dan mengalami zaman yang tidak menentu. Dalam sejarah negara tersebut, ini adalah satu sejarah baru apabila pihak tentera mengambil alih pemerintahan negara daripada seorang pemimpin yang baru dilantik setahun. Rata-rata pemerhati melihat perubahan kepimpinan di Mesir melalui cara pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera menyebabkan keadaan menjadi semakin tidak menentu. Walaupun ada janji untuk menggantung sementara perlembagaan negara dan mengadakan pilihan raya semula dalam waktu terdekat, masih terdapat mereka yang tidak berpuas hati terutama penyokong Mursi yang dilatari Ikhwanul Muslimin. Kerajaan sementara yang dibentuk di bawah pimpinan Adli Mansour dilihat terpaksa menjalankan satu tugas yang mencabar. Beliau perlu meredakan kemarahan rakyat Mesir serta mengajak kumpulan-kumpulan yang memenangi pilihan raya pada tahun lalu untuk duduk berunding dan berbincang mengenai masa depan negara serta pembahagian kuasa. Ikhwanul Muslimin tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kerajaan sementara tersebut. Mereka terus mendesak supaya bekas Presiden Mesir dilantik semula sebagai presiden. Ketegangan di Mesir memuncak dengan kejadian pada 8 Julai lalu apabila pihak tentera membunuh 50 orang penyokong Mursi yang berhimpun di satu tempat di mana mereka percaya ia menjadi tempat tahanan bekas presiden itu. Dalam pada itu, beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan, termasuklah Mursyidul Am mereka iaitu Muhamad Badie. Beliau bersama sembilan yang lain dihadapkan ke mahkamah pada Rabu lepas di atas tuduhan menghasut rakyat untuk meneruskan protes terhadap kerajaan sementara yang dibentuk. Ketika pihak tentera cuba melantik pemimpin-pemimpin yang boleh dipercayai menjalankan tugas meredakan rakyat Mesir, kemarahan nampaknya semakin memuncak. Tiada tanda-tanda bahawa Mesir akan aman daripada kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan. Medan Read More / Baca Lagi >> |
Pemimpin Ikhwan Muslimun Seru Perhimpunan Besar-besaran Esok Posted: 14 Jul 2013 03:38 AM PDT Seruan itu dilontarkan beberapa jam setelah puluhan ribu pendukung Mursi menuntut kembalinya pemimpin tersebut dalam satu protes aman di Kaherah. Sementara itu Perdana Menteri Hazem el-Beblawi dijangkan akan mengangkat sumpah kabinet baru minggu depan untuk menegakkan "peta jalan" yang didukung tentera guna mengembalikan pemerintahan sivil. Pihak tentera telah menggulingkan Mursi dalam satu kudera, presiden yang pertama kali dipilih secara demokrasi, pada 3 Julai lalu. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan