PERAKITE |
Burung Kenyalang berenang dalam laut? Posted: 14 Jul 2013 01:11 AM PDT Walaupun "Ubah di atas Air" mendapat sambutan hebat, khususnya ahli DAP, yang ramai hadir di majlis pelancarannya, tetapi ramai rakyat Pulau Pinang tidak begitu teruja. Beberapa orang melihatnya sebagai satu gambaran yang salah tentang budaya, manakala yang lain melihatnya sebagai satu pembaziran RM60,000 yang dibelanjakan. Ada juga yang merasakan patung raksasa setinggi tujuh meter yang diperbuat daripada PVC itu bercanggahan dengan pengharaman beg plastik di negeri ini. Ditemui di Promenade IJM, di mana patung tersebut dilancarkan, Mohammad Asrol, yang berasal dari Bayan Lepas, berkata gimik itu adalah satu "aksi publisiti murah" dan pembaziran wang, walaupun ia ditaja oleh penyokong DAP. Beliau berkata ia akan dilihat sebagai satu usaha untuk meniru kejayaan artis Belanda Florentijn Hofman yang menghasilkan patung itik terapung di Hong Kong dan patung burung kenyalang itu tidak melambangkan Pulau Pinang. "Burung ini tinggal di kawasan tinggi Sarawak. Meletakkan patung burung itu di atas air menunjukkan kita (orang Semenanjung) jahil tentang budaya asal negeri ini," katanya. SY Chin pula berkata: "Ia tidak begitu mesra alam kerana diperbuat daripada plastik dan dasar hijau Pulau Pinang mengharamkan beg plastik diberikan kepada orang ramai." "Saya ingin bertanya mengapa burung itu terapung di atas air. Jika kita melihat secara lebih mendalam, idea terapung ialah membawa maksud tiada arah dan tanpa tujuan," katanya. G Michael pula merasakan saiz patung tersebut kecil daripada yang dijangkakan, untuk menjustifikasikan harga RM60,000. "DAP melihat ia sebagai agen perubahan, sudah tentu ini terpulang kepada tafsiran tetapi rakyat Sarawak akan ketawa melihat burung itu terapung di atas air kerana ia tidak melambangkan budaya mereka." |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan