Ahad, 14 Julai 2013

Addin

Addin


Ini Jawapan Terbaik Menteri BN Berkenaan Kenaikan Harga Ayam

Posted: 14 Jul 2013 10:00 AM PDT

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil."Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera."Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150."Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. ~bernama





Iklan C (ii)
 


Rupanya Ini Punca MB Terengganu Tidak Di Lantik Pengarah PRK Kuala Besut

Posted: 14 Jul 2013 08:15 AM PDT

Pelantikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana?

Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR.Menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali, prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN.

"Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN. "Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik," katanya kepada Sinar Harian Online.Malah dakwanya, timbalan perdana menteri itu juga ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah."Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing.

"Jadi kedatangan Muhyiddin Yasin adalah untuk menyatukan semula Umno Terengganu," katanya.Kenyataan Fuad itu disokong oleh seorang lagi pemerhati politik tanah air, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM). "Saya lihat perdana Menteri tidak yakin dengan Ahmad Said. "Setahu saya dalam mana-mana PRK sebelum ini, yang menggalas jawatan tersebut adalah menteri besar negeri tersebut, jadi dalam PRK ini kenapa Ahmad Said tidak dilantik?," katanya.

Umno Terengganu dikatakan berantakan dan berpecah kepada dua kem.Pada PRU13 lalu, mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan semakin diketepikan oleh kumpulan Ahmad Said.Pas dalam siri kempennya di PRK Kuala Besut turut menggunakan isu hubungan dingin antara kedua pemimpin ini sebagai strategi mereka.

"Idris semasa menjadi menteri besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan," kata Pengarah PRK PaS Kuala Besut, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kampung Pusu Tinggi di Kuala Besut malam tadi.Idris pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 dan hanya bertahan sepenggal hingga 2008 untuk jawatan berkenaan sebelum digantikan Ahmad Said.

"Ahmad Said tidak sebulu dengan Idris. Idris semasa menjadi menteri besar, dia ada program, walaupun kadang kala tiada apa pun."Ahmad Said tiada program langsung," kata Husam yang bercakap menggunakan dialek Pantai Timur di hadapan sekitar 200 penyokong parti berkenaan.Lumrah, musim pilihan raya adalah musim untuk mencari kekurangan lawan demi memenangkan parti sendiri.

Bagi BN, mereka tidak mampu untuk kalah selepas penyandang kerusi itu menang dengan majoriti agak besar pada PRU lalu.Kehampaan tidak boleh berlaku dalam misi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.Lantaran itu, Muhyiddin diturunkan, bergabung dengan Idris Jusoh yang lebih arif tentang isu "ganu kite".  ~sinar harian




Iklan C (ii)
 








Kabinet Kekal Mansuh Akta Hasutan. Mana Zahid Hamidi Nak Sorok Muka?

Posted: 13 Jul 2013 07:39 PM PDT


Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.


Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

"Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini."Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Dalam isu lain, Dr Subramaniam menegaskan sebagai seorang menteri kesihatan beliau tiada kuasa untuk mengiktiraf program ijazah perubatan daripada Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine."Saranan seorang pemimpin PKR agar saya menggunakan kuasa sebagai menteri agar CSMU diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) adalah tidak betul.

Saya tidak akan guna kuasa itu. Takkan ada penghujungnya. Jika saya lakukan untuk satu kolej, banyak lagi kolej akan memohon perkara yang sama."Sehubungan itu, MMC akan membuat pemeriksaan dan penilaian secara profesional dan kementerian akan membuat keputusan," katanya sambil menegaskan bahawa penilaian MMC adalah untuk memastikan graduan perubatan yang dilahirkan berkualiti. ~bernama




Iklan C (ii)
 








Analisis - PAS Mahu Cipta Sejarah Di Kuala Besut

Posted: 13 Jul 2013 05:51 PM PDT

ANALISIS BERITA: Ketika PAS bertungkus lumus untuk menghasilkan kedudukan 16:16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas 24 Julai ini, Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka.Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu."Ingat tak semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider.

Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat.Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan pada ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua belah pihak. Pendek kata, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh. 

Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat.Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir."Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai."Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN).

Hinggalah musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula.Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula. Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung.Atas dasar itulah, calon PAS memberikan fokus kepada tiga perkara dalam pilihan raya ini.Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bagi penduduk tempatan menegaskan, isu kemiskinan, kadar pengangguran dan masalah sosial adalah isu yang membelenggu penduduk tempatan dan diabaikan kerajaan, dan akan menjadi sasarannya untuk kempen bagi kerusi berkenaan."Saya bersedia dan strategi saya mudah.

Saya akan turun padang bersama penduduk selain ceramah dan aktiviti keagamaan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.Bagi Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut, walaupun agak sukar, PAS mampu menang sekali lagi dalam pilihan raya ini sebagaimana menangnya beliau yang mewakili PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tahun 2008 lalu.PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan tidak lama selepas pilihan raya umum 2008 ekoran kematian anggota Parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Semasa pilihan raya umum, Razali menang dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi calon bebas.Dalam PRK Kuala Terengganu, Wahid menang mengalahkan Datuk Wan Mohd Farid, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Wahid bertanding PRK Kuala Terengganu ketika beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pada ketika itu.KestabilanBagi BN pula, pengundi Kuala Besut perlu menyokong BN dalam pilihan raya ini bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu yang ada stabil. Hanya kerajaan yang stabil sahaja dapat memberikan tumpuan kepada rakyat.Ia ditegaskan sendiri oleh pengarah kempen BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Atas keperluan kestabilan itulah, katanya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diturunkan dalam pilihan raya kecil ini."Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN."Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, semalam.

Jika calon BN, Tengku Zaihan menang, bilangan Adun BN akan menjadi 17 kembali selepas berkurangan satu ekoran kematian Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.Namun jika calon PAS, Che Long menang, bilangan Adun BN akan sama dengan Adun Pakatan Rakyat (PR). PAS kini mempunyai 14 manakala PKR satu Adun dalam DUN Terengganu.Jika ini berlaku, sejarah baru akan tercipta dan banyak perkara yang bakal dilihat dalam politik dan pentadbiran di negeri Terengganu. - 13 Julai, 2013. Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka.

Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu."Ingat tak semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider.

Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat.Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan pada ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua belah pihak.

Pendek kata, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh.  Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat.Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir."Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai."Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi.

Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN). Hinggalah musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula.Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula.

Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung.Atas dasar itulah, calon PAS memberikan fokus kepada tiga perkara dalam pilihan raya ini.Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bagi penduduk tempatan menegaskan, isu kemiskinan, kadar pengangguran dan masalah sosial adalah isu yang membelenggu penduduk tempatan dan diabaikan kerajaan, dan akan menjadi sasarannya untuk kempen bagi kerusi berkenaan."Saya bersedia dan strategi saya mudah.

Saya akan turun padang bersama penduduk selain ceramah dan aktiviti keagamaan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.Bagi Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut, walaupun agak sukar, PAS mampu menang sekali lagi dalam pilihan raya ini sebagaimana menangnya beliau yang mewakili PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tahun 2008 lalu.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan tidak lama selepas pilihan raya umum 2008 ekoran kematian anggota Parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Semasa pilihan raya umum, Razali menang dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi calon bebas.Dalam PRK Kuala Terengganu, Wahid menang mengalahkan Datuk Wan Mohd Farid, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Wahid bertanding PRK Kuala Terengganu ketika beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pada ketika itu.KestabilanBagi BN pula, pengundi Kuala Besut perlu menyokong BN dalam pilihan raya ini bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu yang ada stabil. Hanya kerajaan yang stabil sahaja dapat memberikan tumpuan kepada rakyat.

Ia ditegaskan sendiri oleh pengarah kempen BN Tan Sri Muhyiddin Yassin. Atas keperluan kestabilan itulah, katanya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diturunkan dalam pilihan raya kecil ini."Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

"Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, semalam.Jika calon BN, Tengku Zaihan menang, bilangan Adun BN akan menjadi 17 kembali selepas berkurangan satu ekoran kematian Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.

Namun jika calon PAS, Che Long menang, bilangan Adun BN akan sama dengan Adun Pakatan Rakyat (PR). PAS kini mempunyai 14 manakala PKR satu Adun dalam DUN Terengganu.Jika ini berlaku, sejarah baru akan tercipta dan banyak perkara yang bakal dilihat dalam politik dan pentadbiran di negeri Terengganu. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 






Tiada ulasan: