Rabu, 3 Julai 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


rakyat malaysia bukan bantah ala arab spring....mereka semua bantah penipuan pilihanraya dan pemerintahan ala NAJIB SPRING....!!!!

Posted: 02 Jul 2013 11:07 PM PDT

Rakyat Malaysia tiada sebab bantah ala ‘Arab Spring’ - Najib

najib spring....penyatuan penipu ,perompak dan penyamun....!!!

Tidak ada asas untuk melancarkan bantahan ala Arab Spring di Malaysia dengan menegaskan bahawa negara menikmati keamanan dan kestabilan selama 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam temu bual dengan BBC semalam, beliau berkata, kira-kira 28 juta penduduk Malaysia menyaksikan kemajuan ekonomi yang baik dan rakyat ada banyak perkara untuk melihat ke depan.

"Kami tidak fikir ada asas untuk turun ke jalanan membantah kerajaan," katanya apabila ditanya sama ada beliau khuatir bantahan besar-besaran akan menimpa Malaysia seperti di Mesir.

Najib yang mengadakan lawatan kerja empat hari ke United Kingdom, berkata dalam konteks Malaysia, perubahan boleh dibuat dari dalam dan ia bukan hanya mengenai mengubah kerajaan.

"Dan jika rakyat mahukan perubahan, apa yang saya katakan ialah kita boleh bawa perubahan tetapi dari dalam," katanya semasa temu bual secara langsung dengan penyampai berita BBC, Jon Sopel.

Najib menolak dakwaan Malaysia diperintah secara autokratik atau kerajaan tidak responsif kepada rakyat.

"Kami tidak (autokratik). Kami perlu mendekati mereka. Masalah dengan media sosial ialah terlalu banyak maklumat palsu di luar sana dan terpulang kepada kita untuk membetulkannya.

"Inilah apa yang kami lakukan. Kami perlu melibatkan diri melalui media sosial supaya lebih ramai orang akan memahami dan menghargai apa yang dilakukan kerajaan," katanya.

Najib juga menjawab soalan mengenai pilihan raya umum pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) dipilih semula memegang tampuk kerajaan di tengah-tengah kebimbangan mengenai cara ia dilaksanakan.

"Kami tetap mempertahankan pilihan raya itu dijalankan dengan benar, adil dan telus," katanya sambil menambah, kerajaan sedia disoal berhubung perkara itu mengikut saluran undang-undang.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, kami telus," katanya.

Najib juga menjelaskan langkah yang diambil kerajaan untuk menghapuskan undang-undang tertentu yang mendapat kritikan hebat.

"Kami memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kami mansuhkan... Ordinan Darurat di Malaysia. Dengan lain perkataan, penahanan tanpa bicara merupakan sejarah di Malaysia.

"Jadi, buat kali pertama di Malaysia terdapat begitu banyak kebebasan bagi rakyat untuk membantah terhadap kerajaan," katanya.

Menjelaskan perkara itu, Najib berkata dasar Akta Hasutan bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian di Malaysia.

"Kami akan meminda Akta Hasutan tapi pada masa sama, ada peruntukan tertentu yang akan memastikan Malaysia terus menjadi negara yang aman dan harmoni," katanya.

Menegaskan Malaysia ditadbir oleh undang-undang, Najib berkata, mereka yang membuat kenyataan sehingga menjejaskan kestabilan negara perlu bertanggungjawab.

Perdana Menteri juga berkata, undang-undang tertentu perlu berada di tempatnya bagi memastikan Malaysia dalam suasana aman dan harmoni.

Merujuk bantahan yang berlaku di Mesir, Najib berkata rakyat boleh mengadakan bantahan di Malaysia asalkan ia dilakukan secara aman.

"Dan sebenarnya kami sudah memperkenal Akta Perhimpunan Aman. Malah jika anda mengadakan bantahan terhadap kerajaan, lakukannya secara aman dan anda dibenarkan untuk berbuat demikian," katanya.

Mengenai pilihan raya umum 5 Mei lalu, Najib berkata, ia berhubung isu tertentu dengan pembangkang membuat janji-janji tertentu.

"Jika kamu dalam pembangkang, ia agak mudah bagi kamu untuk menjanjikan beberapa perkara dan janji-janji itu mempengaruhi sebilangan pengundi.

"Tetapi kebenarannya, agenda pembangkang tidak diberi pertimbangan, ia janji populis malah mereka tidak bertanggungjawab tetapi mempengaruhi sebilangan pengundi," katanya.

Mengenai kenyataannya berhubung tsunami Cina selepas pilihan raya, Perdana Menteri berkata ia bukan satu tuduhan tetapi lebih kepada kenyataan.

"Tapi saya pernah berkata dalam kenyataan yang sama bahawa kita mesti berusaha ke arah penyatuan nasional dan kita mesti mengurangkan polarisasi kaum di Malaysia," katanya.

 

 

penyapu sial

 

celaka punya najib haramjadah....jangan kaitkan rakyat malaysia  berbilang kaum dengan arab spring...rakyat  bangun membantah kerana  penipuan pru dan pemerintahan negara ala NAJIB SPRING....yang pemerintah  yang menzalimi rakyat negara ini dengan pelbagai akta dan rakyat asing dengan akta C4 ...

najib spring yang memaksa rakyat  menerima keputusan pru yang penuh penipuan setelah segala bentuk rasuah  dan ugutan gagal untuk menawan hati rakyat..

tak ada bezanya kalau meminda undang undang  dengan mewujudkan akta baru atau nama baru..kalau kezaliman nya tiada beza dengan yang lama malah lebih teruk lagi.

juga tiada kena mengena dengan tsunami cina...tsunami cina hanyalah  ayat najib untuk mengugut kaum cina yang dah belot  dari menyokong BN selama ini...

ianya adalah tsunami  najib spring....tsunami menentang segala penindasan  dalam pemerintahan  dan penipuan  dalam pilihanraya..nak bersatu apanya...adakah kita patut bersatu dengan para perompak penyamun  serta perasuah dalam membina negara yang aman makmur...tentu tidak bukan...inilah najib haramjadah mahu untuk menipu rakyat selama lamanya...

dasar anjing bangsat ...SPRM patut siasat taib mahmud bukan mendera pengadu salah laku kepala penyamun sarawak itu...!!!!

Posted: 02 Jul 2013 10:44 PM PDT

playboy  penyangak tua nak mampos  satu satunya di dunia...!!!

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dikunjungi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sehari selepas pendedahannya berkaitan senarai tanah keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Mereka datang untuk mendapatkan dokumen senarai pendedahannya sehingga menyebabkan Chong terkejut.

"Saya hanya individu biasa. Jika saya boleh mendapatkan dokumen itu daripada Pejabat Pendaftar Tanah, apakan lagi SPRM?"

"Jika kata 10 penyiasat mereka buat kerja, tiada alasan untuk mereka tidak memiliki dokumen sebegini," tambah beliau lagi.

Pada Isnin, Ahli Parlimen DAP itu mendedahkan dokumen senarai tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli keluarga Abdul Taib.

Chong kemudian mempersoal keupayaan SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas ketua menteri itu yang disifatkannya sebagai tidak serius.

Chong dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin mendakwa Abdul Taib dan keluarganya memiliki 24 plot tanah yang diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.

Beliau turut mendedahkan syarikat yang ada kaitan dengan Abdul Taib, Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn Bhd.

Turut menyatakan gesaan supaya SPRM mengambil tindakan tegas ialah Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew yang menyifatkan bukti itu mencukupi untuk mendakwa Taib.

"Dokumen yang didedahkan Chong Isnin lalu adalah bukti jelas salah kuasa Taib dan lebih daripada cukup untuk SPRM mengambil tindakan," katanya.

Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, pula berkata SPRM perlu membuktikan sikap profesionalisme dalam menangani kes melibatkan Taib.

"Sudah lama orang tunggu Taib dibawa ke muka pengadilan. SPRM perlu menunjukkan profesionalisme," katanya.

Baru-baru ini, SPRM dalam kenyataan media berkata kes yang mengaitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang tersebar luas di YouTube sedang diteliti.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Global Witness (GW) secara menyamar berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan.

NGO berpangkalan di London itu turut menyifatkan pendedahan berkenaan sebagai rasuah sistematik.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini pula menegaskan, sebuah pasukan khas melibatkan 10 pegawai giat menjalankan siasatan dan lebih 20 individu yang disebutkan dalam video, diambil keterangan.

Mac lalu, GW mendakwa ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya melakukan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

SPRM dalam kenyataan sama juga menafikan siasatan pihaknya tidak mendapat kerjasama pihak terlibat.

Abdul Taib yang berkuasa selama 32 tahun berdepan dakwaan penyalahgunaan kuasa, bagaimanapun menolak tuduhan itu dengan melabel SPRM sebagai "nakal"

 

 

penyapu sial

 

SPRM tidak layak dapat kerjasama saya, kata Taib Mahmud

tak dapat kerjasama dari yang di tuduh jadi tak perlu siasat...lepas tu siasat pulak si pengadu...ini apa punya bodoh tahap sial SPRM ini...sampai bila hendak jadi anjing penjilat buntot UMNO...sampai ke lubang taik ke...!!!

bila SPRM sendiri pun dah tak ada konek...apa yang boleh di harap darinya...hanya wayang untuk menuntup kecurangan para pemimpin BN..

nampak gayanya  tak pasal pasal nanti pengadu kes ini pula kena dakwa macam kes rafizi ramli...tertuduh yang tak tau malu dengn segala bukti yang terdedah menjurus kepadanya dengan berani menyaman balik si pengadu..

aku tengah tunggu....bila perompak dan pencuri kecil kecilan menyaman polis yang menangkapnya...kah kah kah

malaysia negara kuku hanya satu satu di dunia....pencuri boleh menyaman tuan rumah yang di curi nya....kah kah kah....!!!

apa pasal nak tangkap aku...aku nak mencuri aku punya suka lah...ko apa peduli...kerana ko benarkan aku mencuri...kah kah kah...

Tiada ulasan: