PENYAPU SIAL |
- JAKIM goyang pelir dan hanya pandai rembat duit zakat umat islam bila biarkan betina islam masuk ratu cantik miss malaysia world 2013
- teksi 1 malaysia sudah jadi Rompak Rakyat 1 Malaysia..... projek sarang kroni buat duit atas jerih perit pemandu teksi......!!!!
- tak salah kerana miskin ambil bantuan BN....tapi jangan sampai jadi HAMBA BN....!!!!
- dubur comeback...kerajaan kena liwat dengan najib ,saiful dan UMNO....rayu kes liwat untuk humbankan anwar ibrahim ke penjara....!!!!
Posted: 22 Jul 2013 09:56 AM PDT KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini. Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini. Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'. Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti. Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini. "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya. Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance. Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk. Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik. Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992. Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997. Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
penyapu sial
INI DAH TERANG-TERANG HINA FATWA Islam jadi cacamarba bila ulamak takut dan tidak berani menegakkan hukum dan menzahirkanya dengan tegas! Jangan salahkan yang jahil, tapi salahkan yang bijak pandai tapi takut sebab lebih sayangkan pangkat dan darjat anugerah manusia dari darjat dan kemuliaan yang dijanjikan Allah. khabarnya JAKIM cuma bleh bertindak terhadap kasta bawahan.. bg gulongan atas kayangan.. goyang pelir dan rembat duit zakat yang dia pandai...!!!! |
Posted: 22 Jul 2013 09:47 AM PDT Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bukan sahaja tidak membantu, malah tambah membebankan pemandu teksi. Kebimbangan dengan TEKS1M berikutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mendedahkan butiran mengenai syarat perjanjian jual beli. Urusan atau perjanjian sewabeli teksi ini berlaku antara pemandu teksi dengan siapa atau syarikat mana? Konsortium Teksi ataupun SPAD Sdn Bhd? Dan, berapa lama tempoh bayarannya, adakah lima, tujuh atau sembilan tahun? Berapa pula bayaran bulanannya?.. Turut juga di persoal syarat TEKS1M adalah pembelian Proton Exora untuk dijadikan teksi kerana ia membebankan pemandu teksi. Dengan harga RM64,000 sebuah dan berenjin Campro ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya? Sedangkan Proton Saga BLM berharga RM36,000 pun, ramai gagal di tengah jalan sebab tak mampu tanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.. Pemberian permit tidak memberi impak daripada segi meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang hanya memperoleh kira-kira RM1,500 sebulan. Perancangan tunggang-langgang begini dilihat hanya menambah beban pemandu teksi dan pastinya, menambah satu lagi kroni yang akan mengaut keuntungan di atas penat jerih pemandu. Dengan pendapatan semasa pemandu sekitar RM1,500 sebulan, kehidupan akan jadi lebih sengsara...!. |
tak salah kerana miskin ambil bantuan BN....tapi jangan sampai jadi HAMBA BN....!!!! Posted: 22 Jul 2013 04:13 AM PDT walaumacammana miskin sekali pun tapi tolong jangan ambik yang ini....bahaya akidah dan iman wooiiiiiii.....!!!!
Kita meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk bantuan yang diberi parti pemerintah itu. Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang? Pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN bakal menindas mereka.Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah. Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan.. BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750. Sebenarnya semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan. Kita menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, dan kita yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999. Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu sebagai merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan. Kita juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar. DUN Kuala Besut ialah kawasan pertama mengadakan PRK selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir berikutan Abd Rahman meninggal dunia. - 22 Julai, 2013. |
Posted: 22 Jul 2013 04:01 AM PDT Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara. Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar. Malah, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail.Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar.. Mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran rayuan kerajaan terhadap pembebasan Anwar, 9 Januari tahun lalu. Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan. Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar. Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar... Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan
penyapu sial
Awat yang Melayu yang mengaku kununnya islam ni tak serik-serik menabur fitnah? Tuhan depa tu tokong kat busut anai-anai kot. Kan Allah swt mengingatkan bahawa apabila datangnya manusia fasik membawa khabar berita, siasatlah. Ini tidak, depa tak siasat orang fasik ni malahan membenarkan tuduhan fasikun ni. Minta simpang le. Tak cukup lagi ker dengan pengakuan bpk Saiful yg kata perkara tu satu fitnah walau pun akhirnya menarik balik pengakuannya. Alaahh.. sama macam kes Bala SD1 kemudian muncul SD2. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan