DUNIACACAMARBA |
- Peserta Ratu Cantik Tanya: "Mengapa Tidak Larang Atlet Islam dalam Sukan Renang dan Gimnastik?" Siapa Mahu Jawab?
- Kes Rayuan Liwat II Ditangguhkan, Pelantikan Ketua Pasukan Pendakwaan Dibantah
- Kononnya Mahu Hilang Tekanan, Akhirnya Gadis Diratah Kekasih dan Rakan
- Misteri Kehilangan Remaja 14 Tahun Terjawab
Posted: 22 Jul 2013 12:36 AM PDT Dua Finalis Miss Malaysia Pertikai Keputusan Larang Sertai Ratu Cantik [MynewsHub] DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama. Menurut Wafa Johanna, "Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia. "Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian," katanya. Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992. Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan. "Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding. "Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?" katanya. Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik. "Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya. Oleh: AUDREY LEE Sumber rujukan: Malay Mail P/s: Tuan Mufti mana mahu jawab soalan ini? | ||
Kes Rayuan Liwat II Ditangguhkan, Pelantikan Ketua Pasukan Pendakwaan Dibantah Posted: 22 Jul 2013 12:30 AM PDT [SH] SHAH ALAM - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membantah pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu. Prosiding yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan ekoran ketua peguam bela, Karpal Singh sedang cuti sakit. Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ramli Ali kemudian memberitahu peguam Ramkarpal Singh untuk membangkitkan perkara itu ketika prosiding berlangsung. Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa". Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos. P/s: Peguam yang rapat dengan UMNO dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan. Adakah plot awal Drama Liwat II ini memberikan klu kepada penyudah drama ini? | ||
Kononnya Mahu Hilang Tekanan, Akhirnya Gadis Diratah Kekasih dan Rakan Posted: 21 Jul 2013 11:00 PM PDT
Gadis Dinoda Kekasih, Tiga Rakan [HM] Ampang: Tindakan seorang remaja perempuan mengikut teman lelakinya konon mahu menghilangkan tekanan berakhir tragedi apabila dirogol lelaki terbabit serta tiga lagi rakannya. Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 18 tahun itu berselisih faham dengan rakan serumahnya menyebabkan dia mengalami tekanan lalu menghubungi kekasihnya mengajak keluar. Menurut sumber, mangsa bagaimanapun terjerat apabila bukan saja diperkosa kekasihnya dan tiga rakan lelaki itu, malah turut dikurung dalam rumah mereka di Taman Kosas di sini, sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, kelmarin. Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 15 Julai lalu selepas mangsa dibawa keluar kekasihnya sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit. "Pada mulanya, lelaki itu mendakwa menghuni rumah berkenaan bersama kakak angkatnya dan mangsa akan tinggal bersama wanita berkenaan menyebabkan mangsa bersetuju. "Apabila tiba di rumah itu jam 9 pagi, mangsa mendapati rumah berkenaan turut dihuni tiga lelaki lain. Selepas berbual dengan wanita yang didakwa kakak angkat kekasihnya, mangsa dipelawa masuk ke sebuah bilik untuk berehat," katanya. Katanya, ketika berada dalam bilik itu, teman lelaki mangsa masuk lalu memperkosanya beberapa kali sebelum menghalau mangsa keluar dari bilik berkenaan. "Mangsa kemudian diarahkan masuk ke sebuah bilik lain dan di bilik itu, mangsa sekali lagi diperkosa bergilir-gilir oleh tiga rakan kekasihnya," katanya. - 22/7/13 P/s: Cari penyakit!!!! | ||
Misteri Kehilangan Remaja 14 Tahun Terjawab Posted: 21 Jul 2013 08:04 PM PDT [Bernama] GEORGE TOWN – Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumhnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi tadi. Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada pukul 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin berkata, remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan. "Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi. Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hatta berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan. Mangsa disedari hilang pada pukul 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya. Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam tersebut bagi memudahkan seorang lagi anggota keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya. 21/7/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan