Sabtu, 13 Julai 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


akta hasutan punca menteri samseng dalam negeri 'mati pucuk'....!!!!

Posted: 12 Jul 2013 04:38 PM PDT

 

cakap berdegar degar  rupanya mati pucuk....kah kah kah

 

Akta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.Keadaan menjadi hangat apabila ada pihak dalam BN dan rakyat sendiri merasa takut jika Akta itu dipinda atau dimansuhkan.

Akta ini  wajar  dihapuskan kerana terlalu di salah guna  untuk menekan pihak pembangkang  oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.

Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana pimpinan UMNO dan BN sendiri mengambil kesempatan menyalahgunakan .

Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu Akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia mempergunakan untuk menekan  pembangkang yang memperjuangpenghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri maka itu ia bersandar kepada akta lapuk itu untuk mempertahankan diri .

Bagi setengah pendapat Akta ini amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan berlaku kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa sahaja boleh bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan kerana politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam kekecuhan. Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya dalam hidup ini.

Najib mahu memenuhi kehendak semua pihak kerana beliau ‘desperate’ untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya 13 yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran beliau tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan menjanjikan pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana rakyat tetap tidak memberikan sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang lepas.

Akta yang begitu penting dan telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi perlu  dipinda oleh pembangkang jika mereka berjaya mengambilalih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. 

Sekarang nampaknya Zahid Hamidi begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini. Jika Zahid benar-benar komited untuk mempertahankan Akta ini beliau seharusnya bersedia untuk menjadi korban semata-mata kerana menegaskan pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini.

Kita mempunyai keraguan terhadap beliau samada beliau benar-benar tegas mempertahankan Akta ini dengan ‘conviction’ nya yang tinggi. Kita tidak mahu beliau nampak garang semata-mata untuk mendapatkan penyatuan sokongan perwakilan UMNO dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Jika Zahid akhirnya berundur kerana desakan peribadi dan politik UMNO sahaja maka itu bukannya pemimpin berwibawa. Itu adalah pemimpin ‘mati pucuk’ namanya. 

Jadilah lah pemimpin yang ‘effective’ kepada negara walaupun mungkin tidak popular dalam jangka masa yang pendek ini. Tetapi Akta ini amat perlu dipinda  semata-mata untuk menjaga kestabilan negara untuk jangka masa yang panjang  dan bukan di salahguna..

Pindaan kepada Akta ini sewajarnya  ia tidak mudah dilakukan  secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang sedang berkuasa yang lemah sekarang. Mereka  ada kecenderungan menyalahguna terutamanya  oleh pimpinan yang lemah dan tumpuan perlu dibuat terhadap isu penyalahgunaan oleh mereka yang  ‘mati pucuk’ .

Tiada ulasan: