Sabtu, 13 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa punya kenyataan Shahidan Kassim keluarkan ni?

Posted: 12 Jul 2013 11:19 PM PDT

http://darisungaiderhaka.blogspot.com


Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik kedalam kabinet oleh Najib ini membuatkan aku merasa rugi sama sekali membayar cukai pendapatan untuk membayar gajinya..

Manakan tidak.. demi menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan SPR beliau mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal dan tak boleh diterima sama sekali..

Untuk melindungi nama pembekal dakwat kekal yang tak kekal itu beliau berkata..

"Kita kena ingat bahawa dakwat ini bukan segalanya tapi yang penting ialah kad pengenalan. Saya nak sebut di sini, kalau sekiranya kita beritahu siapa syarikat pembekal dakwat ini, kalau semua tahu, semua beli dakwat. 

"Celup dalam jari dan berbaris (untuk mengundi) dah ada cat dan terus mengundi. Jadi kad pengenalan tak tunjuk. 

"Lepas itu akan kecoh bila semua orang tunjuk jari yang ada cat. Kalau cerita syarikat (pembekal) nanti semua beli dakwat," katanya ~ Malaysiakini

Apa punya jenis kenyataan itu?..

Jika didedahkan sekalipun nama pembekal dakwat tersebut, mana mungkin rakyat Malaysia akan berebut-rebut membelinya.. untuk apa?

Tapi.. macai UMNO mungkin membelinya.. untuk digunakan sebagai pewarna minuman sempena Hari Raya ini..

Dan dalam masa yang sama, dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat beliau berkata "Celup dalam jari dan berbaris (untuk mengundi) dah ada cat dan terus mengundi".. sedangkan kita tahu SPR hanya menandakan jari dengan dakwat itu setelah menyemak nama kita dalam senarai pemilih..

Kemudiannya pula beliau menegaskan dakwat yang dicalit dijarinya kekal selama lebih dari dua minggu selepas dicalit pada hari pengundian..

"I waited for a long time when I went to cast my vote. So when it was my turn, the official marked my name (from the electoral roll), and there was a guy with a big belly who applied the ink thoroughly on my finger. 

"I asked him to apply it on only one side of the finger, but he refused. That's why the ink lasted until the day I took oath as a minister," he claimed, in reference to ministers swearing-in ceremony on May 16 ~ Freemalaysiatoday

Majoriti pengundi mengakui dakwat yang dicalit hanya kekal kurang dari 24jam tapi Shahidan dakwa dakwat yang dicalit pada jarinya kekal lebih dari dua minggu..

Siapa yang beliau cuba nak perbodohkan dalam hal ini?.. Betullah kata Tun Mahathir...

Nak tahu apa Tun Mahathir dah kata sila baca apa yang telah didedahkan oleh Calon PAS untuk Kuala Besut di ( SINI )

Tayar kereta api tergelincir di Sabah

Posted: 12 Jul 2013 11:17 PM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER

Kira-kira 80 penumpang sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Tanjung Aru ke Papar terpaksa meneruskan perjalanan mereka dengan bas selepas satu tayar kereta api itu terkeluar daripada landasan dalam kejadian hari ini.

Pegawai Operasi Keretapi Sabah, Awang Zainudin Awang Matusin, berkata kejadian jam 8 pagi di kawasan Kampung Kawang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

"Kejadian itu berlaku akibat masalah pada landasan, bukan kerana tidak diselenggara cuma di bahagian ini memang ada sedikit masalah dan pemandu sentiasa dinasihatkan berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan ini," katanya ketika ditemui pemberita, di lokasi kejadian.

Katanya, Jabatan Keretapi Sabah sedang berusaha menangani masalah itu.

Sementara itu, pemandu kereta api, Amir Amit berkata kereta api berkenaan bertolak dari Stesen Tanjung Aru pada jam 7.45 pagi dan apabila tiba di kawasan berkenaan beliau memperlahankan kelajuan.

"Bahagian kanan depan kereta api rasa bergoyang sedikit, seperti tersasar dari trek landasan. Saya terus memberhentikan kereta api dan keluar untuk melihatnya. Saya nampak satu tayar terkeluar daripada landasan," katanya.

Difahamkan kereta api itu kemudian dialih daripada landasan dan perkhidmatan tren Sabah tidak terjejas.
Kejadian itu adalah yang kedua tahun ini selepas insiden pada 19 Jun lalu yang meragut nyawa seorang pelancong Hong Kong selepas sebuah kereta sewa dirempuh kereta api di Jalan Petagas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - Bernama,

Populariti Idris Jusoh jadi ‘bahan kempen’ PAS

Posted: 12 Jul 2013 11:15 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

Datuk Husam Musa berucap di ceramah kempen PAS di Kampung Pusu Tinggi, Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Julai, 2013.Populariti Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dijadikan "bahan kempen" PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Selain menggunakan "feel-good-factor" bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam siri kempen mereka, PAS juga dilihat memancing pengundi di Kuala Besut menggunakan krisis antara Idris dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini berhubung kepimpinan negeri.

"Idris semasa menjadi menteri besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan," kata Pengarah PRK PAS Kuala Besut, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kampung Pusu Tinggi di Kuala Besut malam tadi, sambil mengambil contoh acara perlumbaan kapal layar Moonsun Cup Terengganu yang diilhamkan oleh Idris semasa menjadi menteri besar.

Idris pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 dan hanya bertahan sepenggal hingga 2008 untuk jawatan berkenaan sebelum digantikan Ahmad Said.

Ahmad Said yang kini Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu menjawat jawatan berkenaan sehingga sekarang.

"Ahmad Said tidak sebulu dengan Idris. Idris semasa menjadi menteri besar, dia ada program, walaupun kadang kala tiada apa pun.

"Ahmad Said tiada program langsung," kata Husam yang bercakap menggunakan dialek Pantai Timur di hadapan sekitar 200 penyokong parti berkenaan.

Jelas Naib Presiden PAS itu lagi, dengan mengundi calon mereka Endut@Azlan Jusoh, ia akan menjadikan kerajaan di DUN Terengganu tergantung dengan kerusi DUN 16:16 yang mana bakal menyaksikan Barisan Nasional (BN) perlu menukar menteri besar.

"Undi kita, Idris boleh dapat faedah. Kenapa? Kerana bila menang Che Long, itu tanda orang tidak suka Ahmad Said, jadi Umno kena tukar menteri besar," kata Husam memberi penjelasan, sambil merujuk kepada nama mesra calon PAS di kawasan berkenaan.

Perkara itu bagaimanapun ditepis Idris yang menegaskan beliau mempunyai hubungan baik dengan Ahmad Said dan tidak mempunyai sebarang konflik antara mereka.

Penyokong Pas tekun mendengar ceramah di Kampung Pusu Tinggi, Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Julai, 2013.
Husam bagaimanapun ketika ditemui selepas ceramah kempen berkenaan menafikan tindakannya menggunakan populariti Idris untuk berkempen, sebaliknya menegaskan hanya ingin mengurangkan pengaruh Ahmad Said di Terengganu.

"Kalau boleh kami hendak kurangkan pengaruh Ahmad Said dengan tambah kerusi dalam DUN," katanya.

Ditanya tindakannya itu bertujuan melaga-lagakan dua pemimpin Umno itu, seperti dakwaan Idris, Husam menegaskan masyarakat Kuala Besut lebih gemar akan Idris berbanding Ahmad Said.

"Kita bukan nak laga, kalau menang PAS, Idris kuat, Ahmad Said goyang sikit, orang nak kepada Idris," katanya.

Selain Husam, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli turut menyuarakan perkara sama, dan menggesa masyarakat Kuala Besut mengundi calon PAS bagi memungkinkan menteri besar dipilih semula dari kawasan berkenaan.

"Kita buat cadangan, suasana mesti dikembalikan di mana wajah baru, idea baru, debaran baru akan berlaku seandainya rakyat buat perubahan. Kalau rakyat Kuala Besut hendak kepimpinan negeri datang daripada daerah Besut.

"Kalau bagi status quo Ahmad Said akan berterusan. Orang Besut akan kempunan nak menteri besar daripada kawasan sini," kata Hatta.

Kerusi DUN Terengganu kini dikuasai BN dengan 17 kerusi berbanding keseluruhan 32, dengan bakinya 14 kerusi menjadi milik rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS, dan satu kerusi milik PKR.

Selain PAS yang mengetengahkan muka baru dalam kalangan ahli perniagaan, BN juga melakukan perkara sama dengan meletakkan muka baru dalam kalangan profesional sebagai calon mereka, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga seorang Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kedua-dua mereka anak jati Kuala Besut.

Kematian penyandang DUN Kuala Besut Datuk A Rahman Mokhtar menjadikan perbezaan kerusi semakin nipis dan menjadikan kemungkinan wujudnya kerajaan tergantung di Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh pilihan raya bagi DUN berkenaan.

PDRM tahan suspek kes bunuh Singapura di Johor

Posted: 12 Jul 2013 11:12 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Seorang lelaki yang amat dikehendaki di Singapura kerana dipercayai terbabit dalam dua pembunuhan di republik itu baru-baru ini, ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Johor Bahru, Johor, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata suspek berusia 34 itu ditahan sepasukan polis di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira 11 malam.

"PDRM akan menyerahkan suspek kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini," katanya.

Beliau berkata, warganegara Singapura itu dipercayai terbabit dalam dua pembunuhan berprofil tinggi pada Rabu lepas sebelum berjaya meloloskan diri ke negara ini melalui jalan darat.

Menurut laporan SPF kepada PDRM, katanya suspek dipercayai masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Malaysia-Singapura di Woodlands dengan menaiki sebuah motosikal pada Rabu malam.

Hadi berkata, SPF melalui unit khasnya yang memaklumkan kepada PDRM mengenai butiran suspek yang akhirnya membawa kepada penangkapan lelaki itu.

"PDRM sentiasa membantu pasukan polis negara jiran yang memerlukan pertolongan untuk memberkas suspek yang dikehendaki di negara mereka.

"PDRM akan cuba mengesan dan menahan suspek berkenaan untuk diserahkan ke negara asal mereka. Kita tidak mahu penjenayah antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai sarang persembunyian," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean meminta polis negara itu mempergiat usaha dalam siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kovan.

Menurut satu kenyataan, Teo yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kes pembunuhan itu adalah mengejutkan dan beliau bersimpati dengan keluarga mangsa.

Mayat Tan Boon Sin, 67, ditemui berhampiran Hillside Drive manakala mayat anaknya, Tan Chee Heong, 42, di luar stesen MRT Kovan.

Sementara itu di SINGAPURA, SPF dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada PDRM atas kerjasama dan bantuan diberikan dalam penahanan suspek itu. - Bernama,

PKR: Najib perlu tubuh IPCMC segera, bukan merayu kes Kugan

Posted: 12 Jul 2013 11:10 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dengan segera berbanding membuang masa semua pihak dengan membuat rayuan terhadap kes A Kugan yang mati dalam tahanan polis, kata PKR.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar), berkata PKR mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Kugan kerana hanya memanjangkan penderitaan keluarganya.

"Pentadbiran perdana menteri tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan IPCMC," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

"Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana ia hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N Indra, yang terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya," katanya.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, berkata penubuhan IPCMC bukan bertujuan menghina atau melemahkan pasukan polis akan tetapi melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat.

"Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah," kata Nik Nazmi merujuk kepada bekas Ketua Hakim Negara yang mempengerusikan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2005.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham dalam penghakimannya berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menjadi Ketua Polis Selangor pada ketika itu bertanggungjawab atas kematian Kugan empat tahun lalu.

Mahkamah mengarahkan pihak yang berkenaan membayar sejumlah RM851,700 kepada ibunya, N Indra atas penderitaan dan kesakitan yang dialami keluarga mangsa.

Tidak lama selepas keputusan mahkamah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kematian Kugan.

Mengikut statistik Suaram, sebuah badan bukan kerajaan, terdapat 218 kes dakwaan kematian dalam lokap di Malaysia antara 2000 hingga Jun lalu, dengan sembilan kes berlaku pada 2012 dan lima tahun ini.

Jangan Iktiraf Pemerintah 'Kudeta'

Posted: 12 Jul 2013 11:08 PM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/bersama%20morsi.jpgKUALA TERENGGANU - Seramai 600 warga Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, dari kalangan guru dan para pelajarnya mendesak agar kerajaan Malaysia  tidak mengiktiraf kerajaan 'kudeta' tajaan yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi di Mesir.

Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata rampasan kuasa oleh tentera Mesir adalah persekongkolan golongan sekular dengan pihak barat dan ianya tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia.

Belau berkata, seluruh umat Islam yang prihatin termasuk di negara ini wajar menentang konspirasi tersebut.

"Kami, warga MTT terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan sekolah amat tidak bersetuju dan menentang tindakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Islam Mesir di bawah Dr Mohamed Morsi.

"Ini (demo) tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pelajar yang berdemontrasi secara aman sebagai tanda solidariti kepada Morsi, di perkarangan Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT), Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Ustaz Muzaihar, seramai 600 pelajar, guru dan kakitangannya menyertai demontrasi aman ini sebagai tanda solidariti kepada Ikhwanul  Muslimin di Mesir.

Ketua pelajarnya, Abdullah Hakimi Zahid, 17, berkata kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi pilihan raya yang sah wajar dikembalikan semula oleh tentera Mesir.

"Kami (pelajar) sokong kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat dan menentang sebarang bentuk rampasan kuasa oleh boneka barat," ujarnya.

Manakala, Timbalan Ketua Pelajarnya, Siti Nor Solehah Syed Jaafar, 17, mendesak agar pihak rampasan kuasa di Mesir menghentikan segera keganasan terhadap penyokong Dr Mohamed Morsi.

Katanya, masyarakat yang bertamadun menolak sebarang bentuk keganasan serta pencabulan terhadap hak rakyat.

"Kami (pelajar) mendesak pihak yang merampas kuasa kerajaan di Mesir supaya hentikan segera keganasan terhadap rakyat dan penyokong Dr Morsi.

"Masyarakat yang bertamadun hari ini menolak keganasan dan pencabulan hak rakyat oleh mana-mana pihak sekali pun kerana demokrasi itu hak rakyat," ujarnya.

Pada perhimpunan tersebut pelbagai slogan dipamerkan antaranya "Kami bersama Presiden Mesir yang sah…Dr Morsi", "Kembalikan Hak Rakyat", "Ya Allah…Selamatkan Umat Islam Mesir" sambil mengangkat gambar Dr Morsi.

Antara pimpinan PAS yang hadir bersama menyatakan sokongan tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Kerajaan BN Gagal Siapkan 300 Unit Rumah Pangsa Mampu Milik

Posted: 12 Jul 2013 11:06 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rumah%20pangsa.jpgKUALA BESUT -"Janji Tidak Ditepati"…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit Pangsapuri Kos Rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasminya meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit Pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'.

MB Terengganu membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.

Tinjauan Harakah mendapati projek perumahan Pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.

Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno-BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan Pangsapuri tersebut.

Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini 'dijanjikan' rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.

"Kami (penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di Pangsapuri ini dengan syarat menangkan calon Umno-BN di Dun Kuala Besut ini. Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada 300 unit sahaja," soal beliau yang menjadi antara pemohon Pangsapuri terbabit.

Hadir sama pada majlis tersebut ketika itu, bekas Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Dr Abdullah Md Zin, mantan Pengerusi Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, mantan Adun Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh.

Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Dato' Husam Musa berkata Kuala Besut perlukan perubahan dan pembangunan.

Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

Ini bermakna, kata Dato' Husam, kekayaan hasil Petroleum sejak lebih 20 tahun lalu tidak berjaya mengubah masyarakat di Kuala Besut.

"Kuala Besut ini perlukan perubahan dan negeri Terengganu adalah begitu kaya sekali tetapi keadaan di Kuala Besut didapati masih ramai penduduk yang miskin. Ini bermakna, kekayaan hasil Petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini," ujarnya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya (PRK) N1 Kuala Besut, Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda, Daerah Besut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

Namun, kata Dato' Husam, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.

"Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan (pembangunan) pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN).

"Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, Insya'Allah," ujarnya.

Menurutnya, pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno-BN terus berjanji setiap kali pilihan raya.

Akta Hasutan 1948: Apa pendirian Zahid selepas ini

Posted: 12 Jul 2013 11:04 PM PDT


Oleh Shahbudin Husin

Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta  Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu.

Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dengan keputusan kabinet ini, orangramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini? Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?

Orangramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid Hamidi turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau beliau hanya berdiam diri saja?

Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini merupakan menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mahu memansukan akta tersebut tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.

Bahkan Zahid Hamidi juga mengingatkan dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 itu ia akan mendedahkan empat aspek dalam Perlembagaan kepada pertikaian umum iaitu kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Zahid juga menyatakan ketegasannya untuk tidak berkompromi dan akan terus mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.

Pelbagai pihak dalam UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memberi pandangan bahawa akta itu perlu dikekalkan namun pihak pembangkang pula mahukan Najib menunjukkan ketegasan dan tidak mengubah janji mahu memansuhkan akta itu. Najib diingatkan agar mengekalkan slogan Janji Ditepati dan tidak menukarnya menjadi Janji Dicapati!

Sementara Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya mahu mempertahankan akta itu, ramai yang skeptikal dengan pendirian Menteri Dalam Negeri itu yang seolah-olah menyanggah keputusan Perdana Menteri sendiri dan melihatnya tidak lebih daripada tindakan Zahid memainkan emosi orang Melayu dan perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.

Selain Zahid Hamidi tidak dikenali sangat sebagai pemimpin yang benar-benar tegas sebelum ini, malah tindakan beliau membangkitkan bantahan mengenai Akta Hasutan secara tiba-tiba sekarang ini juga menimbulkan persoalan memandangkan ketika Najib melontarkan cadangan mahu memansuhkan akta itu sejak Julai 2012 lalu, Zahid Hamidi tidak pula bersuara mengenainya.

Ramai yang melihatnya sekadar permainan emosi di media untuk melonjakkan populariti menjelang pemilihan UMNO semata-mata.

Lalu dengan keputusan kabinet ini,  apakah sebenarnya pendirian Zahid Hamidi selepas ini?

Jika beliau terus bersuara dan komited dengan pendiriannya dan dalam mesyuarat kabinet semalam juga diketahui beliau didapati menyuarakan bantahannya tetapi terpaksa akur dengan keputusan majoriti, barang kali orangramai akan meyakini keikhlasannya tetapi jika beliau hanya berdiam diri saja seperti tikus yang berada dalam tong beras, tidak diragui lagi bahawa riuh-rendahnya selama ini hanyalah sandiwara saja.

Rakyat kini sedang menunggu Zahid Hamidi menyatakan jati dirinya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

PRK Kuala Besut penentu hayat BN Terengganu

Posted: 12 Jul 2013 10:57 PM PDT

M Faqih,


BESUT: Sekiranya momentum Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 mampu dikembalikan, tidak mustahil Dun Kuala Besut dikembalikan ke pangkuan PAS.

Namun, PAS dan Pakatan Rakyat perlu bertapak kukuh di peti undi Kampung Baru, Seberang Barat, Kampung Nail dan Tok Saboh. Peti undi terbabit 'lebih berkiblat' kepada Umno.

Usaha bersungguh-sungguh juga perlu dilakukan di peti undi Seberang Barat Luar, bersempadan dengan Semerak di laluan tepi pantai. Pada pilihan raya umum lalu BN menang dengan majoriti 756 undi.

PAS juga perlu memperkemaskan benteng di peti undi Bukit Puteri, Kampung Baru dan Bukit Nangka. Sekiranya momentum itu dapat dipulih, tidak mustahil fenomena 16:16 benar- benar menjadi kenyataan pada 24 Julai ini.

Di Kampung Baru terletak Markas Besar PAS Dun Kuala Besut. PAS pernah menang dengan majoriti besar di peti undi tersebut pada PRU 1999 iaitu sebanyak 232 undi.

Bagaimanapun andaian tersebut cuba dinafikan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau dengan megah menggambarkan BN boleh menang dengan majoriti 4,000 undi.

Idris mungkin tersilap kira, kehadiran Ramadan melahirkan suasana berbeza.

"Bulan Ramadhan, segala syaitan yang merosakkan manusia diikat Allah Taala. Jadi orang Islam tidak mudah dipengaruhi dengan umpan kebendaan," kata seorang pak cik di Kampung Baru.

Namun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.

Katanya, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.

"Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.

"Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan datang memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya di sini.

Selain itu menurutnya, jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus kepada peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar. Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU13.

Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgit dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.

BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan "majoriti mudah" dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.

Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus mengetepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.

Sebelum ini nama mereka dikatakan berada pada carta teratas sebagai calon BN.

Zaihan memikul tanggung jawab besar bagi mempertahankan kerajaan BN di Wisma Darul Iman. Pengumuman nama calon BN itu dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Besut, 9 Julai lalu.

Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, isu calon seakan-akan memberi kesan kelabu kepada BN.

Biar pun pernah bertugas di Besut, namun namanya dikaitkan dengan Idris dan bukan pilihan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datukí Seri Ahmad Said.

"Sekarang harapan seluruh rakyat Malaysia dipikul pengundi di Besut.

"Undi mereka mampu mengembalikan maruah rakyat Terengganu. Sentimen penolakan BN yang berlaku pada 8 Mei lalu, dan hari ini disambung pengundi di Kuala Besut," ujarnya.

Apa yang pasti lebih 15,000 pengundi Kuala Besut bakal menentukan masa hadapan kerajaan Terengganu. Fenomena 16:16 tidak mampu dielak.

Keluarga calon BN sedia sokong Che Long

Posted: 12 Jul 2013 10:51 PM PDT

Aslani M,


BESUT: Biar pun ayah calon BN, Che Ku Abdul Rahman mendakwa mempunyai keluarga besar di sini, sebaliknya sebahagian daripada mereka diberitahu bersedia untuk menyokong calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long (gambar).

Adun Chukai, Hanafiah Mat mendakwa berdasar kepada pertemuan dengan anggota keluarga calon BN, sebahagian mereka memberi komitmen bagi menyokong calon PAS

"Saya sudah berjumpa sebahagian daripada mereka, dan ramai menyatakan kesediaan untuk menyokong Che Long kerana lebih dekat dengan masyarakat di Kuala Besut," katanya pada ceramah di Seberang Barat malam tadi.

Baru-baru ini Che Ku, bekas anggota jawatankuasa Umno Besut mendakwa mempunyai seramai 3,000 anggota keluarga yang memberi kelebihan kepada anaknya.

Seberang Barat sebuah perkampungan nelayan, di mana ramai mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan.

Insentif RM200 sebulan membuatkan sebahagian besar nelayan di situ terperangkap dalam jerat Umno. Maka tidak hairanlah ia menjadi kubu kuat Umno di Kuala Besut.

Kira-kira 70,000 nelayan di seluruh negara sejak September 2008 menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan.

Nelayan diberi kad nelayan bagi melayakkan untuk menikmati elaun terbabit dengan syarat perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Selain itu nelayan juga diberi bantuan bot dan enjin serta pelbagai kemudahan lain. Bantuan tersebut menyebabkan nelayan terpaksa tunduk kepada tekanan Umno.

Tekanan berterusan itu juga menyebabkan tidak ramai penduduk tempatan tampil di hadapan pentas, tempat ceramah diadakan malam tadi.

Sebaliknya mereka dilihat berada dalam gelap di kawasan sekitar. Strategi itu bagi mengelakkan bantuan dinikmati mereka sekarang terjejas.

Ceramah diadakan di Pasti di kampung tersebut. Sepanjang laluan ke tempat ceramah terdapat banyak bendera dacing.

Ada juga petugas BN sibuk  memasang bendera dacing di kiri kanan jalan.

Hanafiah berkata, nelayan di Kuala Besut perlu lebih berani bagi mengelakkan mereka terus dipersendakan pemimpin Umno melalui pelbagai bantuan kebendaan.

"Kalau pemimpin Umno beri apa sahaja ambil, tetapi undi belum tentu bagi kepada BN. Nelayan perlu ada keberanian untuk berubah.

"Tengok projek perumahan untuk nelayan di sini sehingga sekarang tidak boleh diduduki lagi. Rumah flat itu sebanyak 300 unit, namun borang yang dikeluarkan sebelum ini difahamkan sebanyak 5,000 keping," katanya.

Difahamkan menjelang pilihan raya umum lalu borang memohon menduduki projek perumahan nelayan diedar kepada golongan muda, sebagai senjata menarik undi kepada BN.

Oleh itu Adun Chukai mengajak nelayan di Kuala Besut membuat perubahan dengan memberi sokongan kepada Che Long untuk membolehkan tekanan politik melampau terhadap mereka dibebaskan.

Kata beliau di tangan pengundi Kuala Besut bakal menentukan nasib kerajaan Terengganu pada 24 Julai ini.

Hadir sama pada program berkenaan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Che Long dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dari Perak, Suria.

Ambil tanah rakyat

Sementara itu difahamkan kerajaan BN Terengganu akan melakukan pecah tanah bagi membina apartment mampu milik setinggi 4 tingkat di atas tanah milik penduduk di Kampung Beris Lampu, Tok Saboh.

Tanah tersebut sebelum ini diluluskan kerajaan negeri ketika ditadbir PAS kepada penduduk, namun 'dirampas' semula kerajaan BN bagi melaksanakan projek komersial.

Kuala Besut antara cipta sejarah atau kestabilan

Posted: 12 Jul 2013 07:40 PM PDT

Oleh The Malaysian Insider

ANALISIS BERITA - Ketika PAS  bertungkus lumus untuk menghasilkan kedudukan 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas 24 Julai ini, Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka.

Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu.

"Ingat semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider.

Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat.

Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua pihak. Dalam erti kata lain, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh. Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat.

Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir."

Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai."

Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu BN. Hingga musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula.

Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula. Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung.

Atas dasar itulah, calon PAS memberikan fokus kepada tiga perkara dalam pilihan raya ini.

Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bagi penduduk tempatan menegaskan, isu kemiskinan, kadar pengangguran dan masalah sosial adalah isu yang membelengu penduduk tempatan dan diabaikan kerajaan, dan akan menjadi sasarannya untuk kempen bagi kerusi berkenaan.

"Saya bersedia dan strategi saya mudah. Saya akan turun padang bersama penduduk selain ceramah dan aktiviti keagamaan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

Bagi Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut, walaupun agak sukar, PAS mampu menang sekali lagi dalam pilihan raya ini sebagaimana menangnya beliau yang mewakili PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tahun 2008 lalu.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan tidak lama selepas pilihan raya umum 2008 ekoran kematian anggota Parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Semasa pilihan raya umum, Razali menang dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas.

Dalam PRK Kuala Terengganu, Wahid menang mengalahkan Datuk Wan Mohd Farid, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu. Wahid bertanding PRK Kuala Terengganu ketika beliau juga adalah Adun Wakaf Mempelam ketika itu.

KESTABILAN

Bagi BN pula, pengundi Kuala Besut perlu menyokong BN dalam pilihan raya ini bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu yang ada stabil. Hanya kerajaan yang stabil sahaja dapat memberikan tumpuan kepada rakyat.

Ia ditegaskan sendiri Pengarah Kempen BN di sini, Tan Sri Muhyidin Yassin. Atas keperluan kestabilan itulah, katanya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diturunkan dalam PRK ini.

"Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

"Saya yakin dengan calon BN berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya, BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, semalam.

Jika calon BN, Tengku Zaihan menang, bilangan Adun BN akan menjadi 17 kembali selepas berkurangan satu ekoran kematian Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.

Namun jika calon PAS, Che Long menang, bilangan Adun BN akan sama dengan Adun Pakatan Rakyat. PAS kini mempunyai 14 manakala PKR satu Adun dalam DUN Terengganu.

Jika ini berlaku, sejarah baru akan tercipta dan banyak perkara yang bakal dilihat dalam politik dan pentadbiran di Terengganu.

Pindah siasatan kematian Murugan ke Bukit Aman

Posted: 12 Jul 2013 07:38 PM PDT


Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mendesak kes pembunuhan K Murugan dikendallikan Polis Bukit Aman bagi mengelak campur tangan pihak luar terhadap siasatan.

"Ini kes pembunuhan berprofil tinggi. Murugan dibunuh dalam kempen pilihanraya. Ini bukan kes pembunuhan biasa, ia kes pembunuhan politik," kata Sivakumar.
V_Sivakumar
K Murugan hilang secara mengejut selepas beliau mengadu menerima panggilan ugut dari individu tak dikenali yang mahukan beliau tidak membantu calon KEADILAN Parlimen Tapah, K Vasantha Kumar.

Mayat Murugan dijumpai terapung di tasik Taman Perindustrian Bemban, Kampung Gajah pada 5 Mei dengan keadaan kesan kelar di seluruh badan sementara tangannya diikat dengan kawat berduri.

Sivakumar kesal dengan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengingatkan agar kes kematian K Murugan tidak dipolitikkan.

Ia menyebabkannya Sivakumar, calon KEADILAN Parlimen Tapah, Vasantha Kumar dan keluarga mendiang hilang
kepercayaan ke atas polis yang melakukan siasatan kes tersebut.

"Apakah siasatan yang adil telah dilakukan polis Perak?
Kesemua yang dipanggil untuk reman dan soal siasat berhubung kes ini adalah rakan-rakan mangsa.

"Kenapa musuh politik mendiang sendiri tidak pernah disiasat? soal Sivakumar.

“Tak ambil elaun wakil rakyat jika menang PRK Kuala Besut”

Posted: 12 Jul 2013 07:36 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA BESUT,: Calon Pas, Azlan @ Endot Yusof bercadang tidak mengambil elaun wakil rakyat sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Sebaliknya, Azlan yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Long akan menyerahkan semula elaun tersebut kepada penduduk Kuala Besut bagi tujuan kebajikan
Che_Long.
"Insya Allah. Kalau ditakdirkan saya menang, saya akan menjadi wakil rakyat, bukannya menjadi wakil kerajaan," kata Che Long dalam ceramah sulungnya di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi.

"Saya akan mengambil (berat masalah rakyat dan menguruskannya sebaik mungkin," kata Che Long yang terkenal dengan sifat pemurah disenangi di kalangan penduduk Kuala Besut.

Rintihan penduduk Kuala Besut yang lama terpinggir akibat perbalahan politik dalaman Terengganu menyebabkan mereka perlu diwakili seseorang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi.

"Sebab itu saya akan mendengar luahan hati rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin," katanya disambut laungan takbir kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir ceramah malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff dan ADUN Chukai, Terengganu, Hanafiah Mat,

Permit Suara Keadilan dihalang, tapi benar Utusan terus fitnah

Posted: 12 Jul 2013 07:34 PM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR,: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.

Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan, Harakah (1,062) dan The Rocket (70)

KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang

.SK130

"Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984.

"Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010," jawabnya melalui Jawapan Lisan.

Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.

Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN.

Orang Asli bantah pindaan akta tanpa pengetahuan

Posted: 12 Jul 2013 07:29 PM PDT

 


 
Masyarakat Orang Asli mempertikaikan langkah kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di Parlimen kerana ia didakwa dibuat tanpa pengetahuan mereka sebagai pihak berkepentingan.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) Tijah Yok Chopil berkata, pandangan pakar hak asasi, Majlis Peguam, Jawatankuasa Hak Asasi Orang Asli dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga tidak diambil kira.

NONE"Kita bantah pindaan dibawa ke parlimen sebab tak ada salinan (pindaan) yang diberi kepada kita.

"Kerajaan harus serahkan salinan pindaan itu sekarang, kalau tidak tiba-tiba dia kata nak bawa ke parlimen kita tak tahu apa dalamnya," kata Tijah dalam sidang media pagi ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 Jun lalu dilaporkan berkata, kerajaan akan meminda Akta 134 bagi menambah baik perlindungan terhadap masyarakat Orang Asli.

Katanya, pindaan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan semua pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi memastikan ia dilaksana secara sistematik dan menyeluruh.

Beliau berkata, penambahbaikan itu antara lain mencakupi hak serta kepentingan golongan berkenaan dari aspek adat, kemiskinan, pendidikan dan kesihatan, lapor Berita Harian.
Semalam, Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee juga dilaporkan berkata, pindaan itu juga masih belum dibincangkan dengan mereka.

PERKASA, JATI mahu pejabat Vatican M'sia ditutup

Posted: 12 Jul 2013 07:24 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Dua NGO Melayu yang lantang hari ini menggesa perdana menteri agar menutup pejabat wakil Vatican di Malaysia jika beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang kalimah Allah dalam masa seminggu.

NGO Jalur Tiga (JATI) dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA berpendapat, Ketua Biskop Joseph Marino tidak wajar menyokong pendirian gereja Katolik Malaysia dan usaha Persekutuan Kristian Malaysia dalam isu itu.

"NGO Islam Melayu seluruhnya meminta duta Vatican itu menarik balik kenyataan itu.

"Ini kerana ia dibuat seorang diplomat yang menyalahgunakan imuniti yang diberikannya dengan menyentuh hal-hal dalam negara kita, hal-hal yang fundamental dalam Perlembagaan, dan menyentuh hal yang majoriti rakyat Islam Malaysia tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian dan dalam Bible bahasa Melayu.

"Kalau dia tak tarik dalam masa tujuh hari, kita akan adakan satu perwakilan untuk bertemu kerajaan bagi meminta perdana menteri melalui Wisma Putra untuk menutup pejabat Vatican City itu dan meminta duta yang baru dilantik sebulan setengah itu dibawa pulang ke Vatican City," kata Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali mewakili kedua-dua NGO.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas sidang media bersama PERKASA di Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, NGO pimpinannya menyokong dan berkongsi pendirian dengan Hassan dan JATI.

Marino semalam dilaporkan menyifatkan pendirian kumpulan Kristian di negara ini sebagai "logik dan boleh diterima" walaupun menyedari ia adalah urusan dalaman Malaysia.

Mustapa mengelak jawab soalan di forum TPPA

Posted: 12 Jul 2013 07:22 PM PDT

 


 
Ketika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.

Ini berlaku dalam forum yang dianjurkan akhbar Sinar Harian di Shah Alam petang ini di mana beliau mengelak menjawab bagaimana perjanjian dengan 11 negara termasuk Malaysia, akan memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana atau bagaimana ia boleh mengurangkan kebimbangan pihak-pihak berkepentingan seperti kesatuan, atau perkara yang berkaitan dengan perubatan.

Ini adalah kali pertama seorang menteri penuh menghadiri forum yang dianjurkan oleh akhbar harian berkenaan.

NONETidak seperti forum lepas, tidak ada sesi soal-jawab dibenarkan.

Bagaimanapun, satu sidang akhbar ringkas diadakan dan Mustapa memberitahu hadirin yang beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Ahli panel bersama Mustapa di forum itu ialah Ketua Pegawai Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar, yang kelihatan lebih bersedia dalam isu tersebut.

Menteri itu turut menerima memorandum bantahan dari Gabungan Bertindak Menentang TPPA semasa sidang akhbar tersebut, dan beliau kemudiannya beredar tanpa mengulas mengenai perkara itu.

Dalam sidang akhbar itu, menteri itu ditanya oleh Mohd Nizam bagaimana kalau Barack Obama datang ke Malaysia pada bulan Oktober, apakah negara ini akan tunduk kepada tekanan dan menandatangani perjanjian itu.

Mustapa, bagaimanapun, tidak menjawab.

Mustapa memberitahu hadirin bahawa negara ini banyak bergantung kepada perdagangan, tetapi ia tidak akan teragak-agak dalam melambatkan menandatangani set TPPA pada akhir tahun ini. Beliau mengulangi perkara itu dalam sidang akhbar tersebut.

Katanya, Malaysia tidak akan mengorbankan Malaysia dan kepentingan rakyat.

Tambahnya, jika terdapat isu-isu besar yang boleh menjejaskan kepentingan atau kedaulatan negara, maka Malaysia akan melambatkan untuk menandatanganinya.

Che Long Dihina Kerana Tidak Berkelulusan Tinggi... Ini Jawapannya...

Posted: 12 Jul 2013 07:16 PM PDT


Pendidikan calon bukan isu besar - Husam

KELAB GREENBOC
BESUT: PAS berpendapat calon yang dipilih pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut adalah calon yang tepat serta menepati kehendak penduduk setempat.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa menjelaskan perkara tersebut selepas proses penamaan calon pagi tadi.

Menurutnya lagi, calon yang ditampilkan oleh PAS merupakan calon yang disukai oleh penduduk setempat dan beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan pada hari pengundian nanti.

"Calon yang kita tampil ini adalah atas permintaan penduduk di sini, jadi atas alasan tersebut saya yakin calon dari PAS mempunyai kekuatan untuk menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

"Kita tidak tampil calon yang mempunyai bantahan dalaman atau penduduk setempat, calon kita adalah individu yang dihormati serta dikenali," kata beliau.

Sementara itu, Husam ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof menjelaskan calon PAS dipilih untuk mewakili serta membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri bukannya untuk menjadi pensyarah ataupun jurutera.

"Isu pendidikan bukan satu isu yang besar, beliau mewakili dan membawa suara rakyat di dewan, beliau hendak mewakili rakyat bukannya menjadi pensyarah ataupun jurutera di dewan.

"Apa yang penting walaupun pendidikan itu rendah tetapi dapat membawa inspirasi rakyat dan membela hak rakyat itu yang lebih bermakna dari pendidikan tinggi tapi gagal membela rakyat," jelasnya.

Husam yang juga turut yakin dapat mengulangi kemenangan PAS di Dun Kuala Besut sepertimana yang belaku pada tahun 1999.

"Kita di sini mempunyai tugas berat dan kita sedia maklum pada PRK BN akan menggunakan pelbagai pihak atau agensi kerajaan untuk membantu kempen mereka.

"Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diragui ketelusannya tetapi oleh kerana calon kita ini disenangi rakyat, saya rasa peluang itu ada.

"Kalau ditakdirkan kita menang kedudukan Dun 16:16, secara tidak langsung rakyat terengganu ada kuasa untuk meminta kerajaan mengagihkan kekayaan Terengganu dengan lebih adil," sambung beliau.

Tambahnya lagi, kemenangan PAS memberi kelebihan kepada rakyat tetapi jika BN terus kekal ia tidak akan membawa apa-apa perubahan besar kepada politik Terengganu.

Katanya, jika kedudukan seri, wakil rakyat PAS akan membawa isu-isu pembangunan ekonomi yang lebih mantap dan rakyat akan mendapat faedah yang berganda.

"Ini peluang untuk rakyat Kuala Besut membuat perubahan, ia tidak berlaku pada PRU13 sebelum walaupun hanya PRK tetapi kesannya amat besar kepada pengaruh politik Terengganu," tambah beliau lagi.

Dalam pada masa yang sama, Husam menyifatkan PRK kali ini juga merupakan pertarungan antara kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. -HD

Ulasan GB

Sekalipun calon PAS yang dikenali sebagai "Che Long" itu hanya berkelayakan SPM, tetapi beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya di lapangan perniagaan dengan menjadi seorang kontraktor Kelas A... berbanding lawannya berpendidikan peringkat universiti tetapi hanya mampu menjawat jawatan makan gaji sebagai seorang jurutera.

Sebagai kontraktor Kelas A, Che Long sudah pastinya mempunyai "pekerja-pekerja" bertaraf "jurutera" di projek-projek kendalian syarikatnya dan disitulah kelebihan orang yang menjalankan perniagaan sendiri berbanding dari mereka yang makan gaji! Seorang peniaga itu, walau sekecil mana pun kelulusannya tetap "seorang tuan yang bebas" berbanding yang mencari rezeki dengan makan gaji yang sentiasa terikat kemana saja dia pergi!

Kedua, ingat pesan Rasulullab, orang berniaga itu ada kelebihannya kerana, 9/10 dari rezeki adalah di dalam dunia perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri seorang peniaga di masa mudanya sebelum beliau diutuskan menjadi Rasul, dan semasa beliau diangkat menjadi Rasul pun, Rasulullah adalah seorang yang "ummi" (tidak tahu membaca dan menulis) namun baginda beriman dengan ayat-ayat Allah (mafhum surah Al-A'raf: ayat 158).

Ketiga jangan lupa semasa PRK Manek Urai pada pertengangan tahun 2009 dimana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS ketika itu, Fauzi Abdullah.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan yang tidak berkelulusan tnggi seperti calon BN.

Namun walaupun dengan segala "emas. intan dan berlian" dicurahkan di Manek Urai disamping penghamburan kata-kata penghinaan UMNO BN terhadap calon PAS yang ramai mengira amat mustahil untuk PAS memenangi PRK Manek Urai itu, namun dengan kuasa dan taqdir Allah, akhirnya calon UMNO BN, Tuan Aziz yang dipukul canang sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan sebagai pengurus Kesedar, kalah juga dia di tangan seorang peniaga ikan, Fauzi Abdullah yang tiada kelulusan itu!

Ingatlah wahai UMNO bahawa tentang ayat Allah ayat 106 dari Surah Ali-Imran yang lazim diwiridkan selepas solat:


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Rujuk KPDNKK sebelum dakwa harga ayam naik

Posted: 12 Jul 2013 07:10 PM PDT

SINAR HARIAN
HASSAN-MALEK
Hasan Malek
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau dakwaan harga ayam naik mendadak tanpa sebarang bukti kukuh.

Menterinya Datuk Hasan Malek berkata harga maksimum ayam bagi peringkat ladang, borong dan runcit ditentukan dan diisytiharkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bazar Ramadan di presint 2 di sini hari ini.

Hasan mengulas laporan media hari ini berhubung kenaikan harga ayam di seluruh negara yang dilaporkan dijual antara RM8 hingga RM9 sekilogram berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak yang mendakwa kenaikan harga ayam itu agar bekerjasama dengan kementerian dan melaporkan bersama-sama bukti agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

"Demi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sepanjang Ramadan ini khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, kementerian akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan akan bertindak tegas dengan mengeluarkan denda kepada peniaga terbabit.

Mengenai Ops Harga 2013 yang bermula 6 Julai sehingga 11 Julai lepas, beliau berkata 26,854 pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara dengan 60 kes dicatatkan. Jumlah rampasan pula bernilai RM10,071 dengan kompaun RM7,150.

"Sebanyak 59 kes membabitkan kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual manakala satu kes kerana menjual barangan harga terkawal iaitu gula kasar melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Hasan berkata Skim Kawalan Harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 dijadual bermula pada awal Ogos.

Katanya dalam tempoh itu harga ayam akan ditentukan kerajaan dan para peniaga dan pengeluar ayam harus akur dengan penetapan harga tersebut.

Beliau berkata pada hari biasa dan bukan musim perayaan iaitu pada luar tempoh Skim Kawalan Harga, harga ayam dalam pasaran tidak dikawal dan ia ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran. - Bernama

Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia

Posted: 12 Jul 2013 07:09 PM PDT


Datuk Seri Abu Zahar Ithnin
Datuk Seri Abu Zahar Ithnin
 
JASIN - [Dikemaskini] Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia, semalam akibat kencing manis dan kompilasi buah pinggang.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga di kediamannya di Merlimau Pasir, Merlimau, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.

Allahyarham menjadi Ketua Menteri Melaka bermula Mei 1997 sehingga Disember 1999 sebelum digantikan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Seri Halijah Mohd Jadi dan enam orang anak; antaranya, pelakon dan juga bekas pengacara Melodi, Khadira atau Dira Abu Zahar.

 Sementara itu, anak kelima Allahyarham, Muhd Iskandar, 34, berkata, bapanya dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang sejak hujung Mei lalu akibat penyakit yang dihadapinya.

"Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka Isnin lalu sebelum dibenarkan pulang malam semalam," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, jenazah bapanya akan dikebumikan Makam Pahlawan Masjid Negeri Al-Azim Bukit Pala, awal pagi esok.

Reaksi: Perjanjian TTP perlu didedahkan

Posted: 12 Jul 2013 07:03 PM PDT


Wacana 22

SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian Siri ke-22 semalam mengupas isu Perjanjian Perdagangan Antarabangsa : Apa Untuk Malaysia telah menarik  perhatian masyarakat  khususnya golongan profesional dan berkepentingan untuk mengikuti wacana tersebut.

Kebanyakan peserta yang ditemui Sinar Harian Online nyata mahukan pendirian jelas daripada Kerajaan dalam meredakan kerisauan rakyat.

Menurut seorang mahasiwa dari Universiti Islam Malaysia (UIAM), Muhammad Najib Abdurrahim 24, Kerajaan perlu menyatakan satu pendirian bagi mengelak kerisauan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang melibatkan kepentingan bumiputera.

"Jaminan yang diberi mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP) masih tidak jelas.

"Kerajaan sendiri perlu buat sesuatu, kalau diperingkat badan bukan kerahaan (NGO) dan Majlis Perundingan pun tidak jelas apatah lagi rakyat biasa seperti kita," katanya.

Dalam hal ini, beliau berharap kerajaan memuktamadkan perkara ini dan kerajaan perlu beri jaminan seandainya perjanjian ini dimetrai.

"Masih banyak lagi perkara tidak dijelaskan.

"Surat perjanjian perlu didedahkan kepada rakyat, baru perasaan khuatir rakyat akan hilang," katanya.

Sementara itu menurut ahli Persatuan Jihad Ekonomi Muslim, Hamzah Ahmad 42, beliau juga senada dengan Muhammad Najib, baginya perkara pokok yang rakyat mahukan ialah penjelasan intipati perjanjian tersebut.

"Saya rasa perkara yang paling utama ialah penjelasan inipati perjanjian tersebut.

"Apa yang merisaukan saya ialah maklumat yang diterima adalah bersifat berat sebelah.

"Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya intipati perjanjian ini dibukukan bagi mendedahkan maklumat kepada rakyat," katanya lagi.

Sementara itu menurut, Pengarah Fama Selangor, Mansor Omar beliau berpandangan apa yang perlu kerajaan lakukan sekarang ialah memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat Malaysia.

"Saya rasa apa yang paling penting ialah Kerajaan perlu memberi penerangan yang lebih luas lagi kepada  masyarakat Malaysia.

"Ianya patut dilaksanakan (memberi penerangan) kerana masih ramai rakyat Malaysia yang masih keliru berkaitan isu ini," katanya.

Manakala menurut Pengarah Bahagian Hubungan Awan Puncak Niaga Mohd Sufian Said pula, beliau memuji tindakan Mustapa yang berani merungkaikan salah faham orang ramai  berkenaan isu ini.

"Merungkai kerumitan kesalahan faham orang ramai mengenai perjanjian TTP ini sangat baik.

"Sebelum ini orang ramai agak skeptikal tapi bila menteri beri penerangan bahawa negara kita tetap dijaga, barulah kita rasa lega," katanya.

Tambah beliau, rakyat tidak perlu takut kerana Kerajaan Malaysia akan menjaga kepentingan negara dan rakyat terutama usahawan bumiputera.

Wacana yang berdurasi selama satu jam setengah itu, mengetengahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar sebagai panelis.

Sementara itu, moderator yang mengendalikan program tersebut ialah Pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Tiada ulasan: