PENYAPU SIAL |
- sukan malaysia ( SUKMA ) semakin meriah.....rogol berganti ganti 3 x 1 acara baru tajaan kerajaan UMNO-BN ...!!!!
- hangpa pelekeh agama hangpa sendiri kata Hukuman rasuah SPRM lebih berat berbanding undang-undang syariah...apa punya banggang menteri pencopet zakat nie....!!!!
- calit jari ke celup jari semuanya idea pembelit SPR untuk menipu rakyat....tak payahlah pakai dakwat kununnya kekal...pakai ajer inai...lagi murah , tahan lama dan menjimatkan dari menolong merompak rakyat dan mengkayakan kroni..!!!!.
- Pinjaman RM 163 juta Untuk Projek NFC di bawa lari oleh keluarga lembu mamak shahrizat....kerajaan UMNO-BN tak kan pejamkan mata aje ...????
Posted: 12 Jul 2013 12:41 AM PDT Tiga atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, Khamis lepas. Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, masing-masing memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga hakim iaitu Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas. Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu Adib Adha dan Mohammad Shaizzad perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali. Mereka juga diperintahkan supaya tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk sebutan kes itu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Jian tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh dengan alasan kes itu berprofil tinggi kerana dikhuatiri semua tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang terdiri daripada rakan tertuduh sendiri. Beliau juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama. Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Abu Bakar. Peguam Stephanie Wong, yang mewakili Adib Adha memohon jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan dikenakan terhadap anak guamnya iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan selain akan memastikan dia tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis. Peguam Datuk Suraj Singh, yang mewakili Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad, memohon supaya kedua-dua anak guamnya dibenarkan diikat jamin selain memberi jaminan mereka tidak akan mengganggu mangsa. Suraj berkata Megat Farzeril yang membantu ibunya berniaga hanya berpendapatan RM800 sebulan dan dia perlu menanggung empat beradik manakala Mohammad Shaizzad masih menuntut di sebuah kolej tempatan. Peguam pemerhati Ranjit Singh yang bertindak bagi pihak mangsa, memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah larangan kepada pihak media supaya tidak mendedahkan sebarang nama dan identiti mangsa. Suraj yang menyokong permohonan Ranjit, berkata: "Media juga harus diberi amaran supaya tidak membuat penilaian dalam kes ini sehingga mahkamah membuat keputusan". Mahkamah membenarkan permohonan itu. Sebelum prosiding bermula, ketiga-tiga tertuduh kelihatan menangis sambil memeluk ahli keluarga masing-masing yang hadir di mahkamah.
Bernama
penyapu sial
rogol perseorangan dan rogol bergilir acara sukma 2014 di Perlis. Perlis perlu mohon peruntukan tambahan untuk bina gelanggang baru untuk cara ini. akan bertambah meriah .. Aku masih ingat atlet boling rogol gadis bawah umur.... kebal dia dari undang-undang...memula aku ingatkan atlet bukan Islam sebab ada acara minum arak dulu sebelum kejadian rogol...Rupa-rupanya orang Islam. Pemimpin BN BOrek, Pengikut BN Rintik. Jika Peminpin B buat jenayah tak dihukum, maka kejahatan BN diwarisi oleh rakyatnya. Bertepatan dengan hadis Nabi SAW. Bangsa Yahudi dahulu binasa kerana diklangan golongan pemimpin mencuri tidak dihukum (potong tangan) tapi dikalangan rakyat mencuri dihukum(potong tangan). Binasa bukan semestinya tsunami atau gempa bumi , tapi binasa aklak dan moral dikalangan bangsa itu. Tengok sekarang dari penjenayah hingga kemangsa semuanya melayu setiap hari. bangsa lain(CINA, India, banglades, indo, filipina) ada terlibat tapi kadang kadang. Dalam cerita Nujum pak belalang Apa dia selalu,kadang-kadang, jarang jarang ? Jawapanya Penjenayah dan mangsa Jenayah
1.Selalu - Bangsa Melayu 2 Kadang kadang - Indon, banglades, myamar,filipina. 3.Jarang jarang - cina dan india. Apa implikasinya? Nak lepaskan mereka dengan alasan masa depan cerah seperti pemain boling negara?????? Dalam Islam, berzina pun dah salah, ini kan pulak memaksa orang lain "berzina". Ini patut dirotan dan dipenjara. Sedarkah kita bahawa puak ni telah minum arak sebelum merogol? Inilah generasi baru yang amat digemari puak BN. semua bakal lepas dari tuduhan dgn alasan masa depan masih cerah... |
Posted: 11 Jul 2013 06:32 PM PDT Hukuman rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 lebih berat jika dibandingkan dengan hukuman di bawah undang-undang syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta SPRM 2009 lebih tinggi berbanding hukuman di bawah undang-undang syariah. "Ini jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah lebih tinggi berbanding dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang syariah yang berkuat kuasa di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyarankan supaya kesalahan rasuah dimasukkan dalam undang-undang syariah. Jamil Khir berkata, di bawah Akta SPRM 2009, hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
penyapu sial
depa nak mengajar kunun undang undang manusia lagi keras dari hukuman dari Allah SWT tetapkan...cuba jelaskan hukuman syariah yang mana menyatakan lebih lembut dari hukuman SPRM...jangan cakap ajer lebih...kalau ada pun ada undang undang syariah tu...kena siasat adakah ianya rekaan manusia yang bertopengkan islam atau undang undang islam sebenarnya... sedangkan kita sebagai rakyat tau...undang undang syariah yang ada di negara sekarang ini adalah semata mata ambil yang sekerat dan buang yang sekerat ikut citarasa...demi untuk menipu tuhan dan menyelamatkan kroni yang terlibat dengan jenayah syariah... nampak gaya pencopet duit zakat nie cuba memperlekehkan islam...tak nak laksana hukum islam tak pa la...tapi jangan perlekehkan pulak...agaknya suatu hari nanti ada pulak yang berkata denda RM 1 juta lebih berat dari potong tangan kerana rasuah atau merompak wang rakyat....!!!! |
Posted: 11 Jul 2013 06:06 PM PDT
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya kecil Kuala Besut mengelirukan dan tidak menyelesaikan masalah sebenar. Dahulu SPR kata dakwat tidak digoncang. Kemudian mungkin calitan kurang baik. Sekarang minta jari pula dicelup pulak..kalau dah dakwat yang kualiti nya ciput dengan bajet melampau yang mengkayakan kroni tiada gunanya. Sehingga kini, isu asas masih gagal dijawab SPR, iaitu sifat dakwat kekal dan tempoh ketahanannya.Namun pengendali pilihan raya yang penipu itu berdolak-dalik memberi alasan, kali ini dengan kaedah pelaksanaan bagi iaitu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal. Pergi ke India dan Indonesia untuk belajar kaedah pelaksanaan dakwat kekal yang betul jika niat nak jalankan pilihanraya adil dan telus. Namun kesalahan SPR sebelum ini sangat besar dan serius. Dalam pada itu, 1,469 laporan polis telah dibuat berhubung kegagalan dakwat kekal, namun belum ada sebarang tindakan diambil Jabatan Perdana Menteri (JPM) Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) mesti jelaskan bagaimana masalah ini boleh berlaku. Kita mahu selesaikan masalah ini sebaik mungkin. Kegagalan menyebabkan wang rakyat dibazirkan untuk kerja sia-sia.. |
Posted: 11 Jul 2013 02:53 PM PDT Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional. Penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis. Daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset. Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil.. Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan. Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.Suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu. Mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini, Menteri Kewangan berkata bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini. Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,Jadi kita beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi..
penyapu sial
dasar penyamun kroni...tiada satu pun yang kena dakwa dan akhirnya duit rakyat lesap di gasak malaun malaun UMNO-BN...nasib malang rakyat negara ini...bila pengadu juga yang di dakwa sedangkan penjenayah tegar sebegini lepas bebas tanpa sebarang dakwaan...inilah istimewanya kerajaan haram UMNO-BN.... undang undang negara ini tidak menjamin pengadu tidak di dakwa walau dah terang segala bukti yang ada....begitu juga penjenayah tahap gaban sebegini tidak di jamin akan di dakwa....asalkan beliau ahli UMNO-BN...!!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan