Addin |
- Lagi Kes Bank Tindas Pekerja Bawahan...
- Indonesia Akan Dakwa Syarikat Malaysia Kerana Sebabkan Jerebu
- Kerana Morsi.. Tembelang Negara-Negara Arab Terbongkar
- Khalid Samad Kalah Saman Fitnah Terhadap Ketua Penerangan Wanita Umno
- Dalam Sejarah.. 3 Bekas Hakim Bersatu Menentang Menteri Dalam Negeri
- LIVE!! Penamaan Calon PRK Kuala besut
- Bekas Ahli Umno Persoal Tindakan Kerajaan
Lagi Kes Bank Tindas Pekerja Bawahan... Posted: 12 Jul 2013 09:48 AM PDT Setiausaha Agung NUBE, J Solomon membidas ABMB sebagai berbohong apabila mengatakan tiada undang-undang dalam Perjanjian Bersama mengatakan bank tidak perlu merujuk terlebih dahulu dengan persatuan. "ABMB sanggup digelar sebagai penipu demi mencapai matlamat mereka. "VSS memberi kesan kepada keselamatan masa depan pekerja. Maka, bank tidak boleh mengatakan mereka tidak akan berbincang dengan persatuan terutama apabila mereka hanya mensasarkan kumpulan perkeranian dan bukan kerani yang sememangnya adalah bidang kuasa persatuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, jika ABMB boleh melayan pekerjanya sendiri dengan tidak penuh integiriti sebegini, perkara sama mungkin boleh dilakukannya ke atas pelanggan bank. "Apabila bank tidak mampu mengendalikan hubungan industri, ia menimbulkan keraguan bagaimana ia boleh menjalankan perniagaannya," katanya. Solomon juga menuduh Alliance Bank cuba mengelirukan pelanggannya sendiri apabila memberi alasan dengan pembuangan pekerja perkeranian dan bukan kerani ia akan mampu meningkatkan layanan lebih baik kepada pelanggan bank itu. "Bank secara jelas cuba mengelirukan pelanggan," katanya. Beliau berkata, VSS sepatutnya dilaksanakan kepada semua pekerja tidak mengira jawatan dalam bank, bukan sebaliknya mensasarkan kepada kumpulan tertentu dan menyifatkan Alliance Bank bersikap berat sebelah serta mempunyai kepentingan tersendiri. "Langkah ABMB berbeza dengan apa yang dilakukan industri lain, skim itu sepatutnya dibuka kepada semua pekerja. "Semasa CIMB Bank baru-baru ini memulakan Skim Perpisahan Bersama, mereka membuka kepada semua pekerja tanpa mensasarkan kepada kumpulan tertentu," katanya. Solomon berkata, NUBE ketika ini sedang mengumpulkan bukti daripada pekerja bank berkenaan dan ada di kalangan mereka yang diugut untuk menandatangani VSS dan sekiranya enggan dipindahkan ke cawangan bank lain. Pada April lalu, seramai 8,000 ahli NUBE dari seluruh negara berkumpul dan berpiket di Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka di atas tindak-tanduk pengurusan beberapa bank di negara ini. Pekerja bank terbabit mengemukakan 10 tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil. ~the malaysian insider |
Indonesia Akan Dakwa Syarikat Malaysia Kerana Sebabkan Jerebu Posted: 12 Jul 2013 09:21 AM PDT Indonesia dalam siasatannya mendapati kejadian jerebu yang melanda negara jirannya terutama Malaysia dan Singapura pada Jun lalu, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kaedah tebas dan bakar yang dilakukan anak syarikat Malaysia di Indonesia iaitu PT ADEI Plantation and Industri.Jakarta Post melaporkan hari ini Polis Nasional Indonesia berkata pihaknya bersedia untuk mendakwa anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) itu yang dipercayai bertanggungjawab terhadap pembakaran hutan di wilayah Riau. Jurucakap Polis Nasional, Inspektor Jeneral Ronny F Sompie, berkata syarikat itu dikatakan menjalankan amalan pembakaran secara tidak bertanggungjawab di semua kawasan konsesinya di Riau. "Syarikat itu didapati bertanggungjawab terhadap pembakaran itu dan diisytiharkan sebagai suspek, tetapi kita belum lagi mengenal pasti pekerja syarikat itu yang bertanggungjawab melakukan pembakaran," katanya. Ronny berkata, pihaknya mengesan beberapa tempat di kawasan itu dikawal oleh lima syarikat, tetapi hanya memperolehi bukti cukup terhadap pembabitan PT ADEI kerana syarikat itu menggunakan kaedah yang diharamkan iaitu tebas dan bakar untuk membersihkan tanah bagi aktiviti penanaman semula. Jun lalu, api daripada kerja tebas dan bakar itu menyebabkan jerebu teruk di Singapura dan Malaysia serta beberapa kawasan di Indonesia terutama yang berhampiran kebakaran itu. Pencemaran udara yang teruk itu menyebabkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memohon maaf kepada negara jiran. Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar, Balthasar Kambuaya memaklumkan mengenai kemungkinan pembabitan 14 syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan di Riau. Daripada jumlah itu, lapan dimiliki rakyat Malaysia iaitu PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation (PTTMP), PT Udaya Loh Dinawi, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri, PT Mustika Agro Lestari and PT ADEI. Tiga firma yang sedang disiasat dimiliki syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia. Polis kemudian menyiasat lima syarikat terbabit termasuk PT ADEI. Sementara itu, jurucakap Polis Riau, Adj Sr Com Hermansyah, berkata pihaknya menyoal 16 saksi dalam kes itu, iaitu pekerja ladang dan pengurusan PT ADEI. "Tiada yang dinamakan sebagai pelaku kebakaran itu. Kita tidak mahu terburu-buru menamakan pihak bertanggunggjawab," katanya yang enggan mendedahkan nama dan jawatan saksi. Jika didapati bersalah, semua yang terbabit boleh didakwa mengikut Undang-undang Alam Sekitar 2002; Undang-undang Perhutanan 1999 dan Kanun Jenayah yang membawa maksimum penalti penjara 10 tahun dan denda (USD1 juta). Pada 26 Jun, KLK menyiarkan kenyataannya menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan pembakaran secara tidak bertanggungjawab dan mematuhi sepenuhnya polisi pembakaran sifar ASEAN dalam semua operasi di ladangnya. "Kawasan konsesi yang dikatakan di bawah PT ADEI itu ditanam dengan kelapa sawit matang dan berada di peringkat produktif. Maka, tiada keperluan untuk aktiviti pembersihan tanah bagi tujuan penanaman baru," katanya. Firma terbitan awam itu bagaimanapun, mengakui ada berlaku kejadian kebakaran kecil dalam kawasan kecil di konsesinya disebabkan musim kemarau. ~the malaysian insider |
Kerana Morsi.. Tembelang Negara-Negara Arab Terbongkar Posted: 12 Jul 2013 07:33 AM PDT Sikap beberapa buah negara Arab terhadap pemerintahan Dr Muhammad Mursi di Mesir mencurigakan. Kenapa mereka bersikap demikian? Sama2lah kita perhatikan tindak tanduk mereka selepas kejatuhan Muirsi, ketika kejatuhannya dan semasa pemerintahannya. Berita terbaharu mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Imarat telah bersetuju memberi bantuan kpd Kerajaan Baru Mesir masing2 sebanyak 5 dan 3 bilion dolar. Di mana mereka selama ini ketika Kerajaan Presiden Muhammad Mursi berhempas pulas unt mengatasi kegawatan ekonomi Mesir dan mendapat tekanan dlm perundingan dg Bank Dunia dan IMF? Ketika itu hanya Qatar yg bersedia membantu dg menyuntik pelaburan dan memberi bantuan kpd Mesir. Tetapi semua ini tidaklah menghairankan. Sebaik sahaja Mursi digulingkan oleh tentera dan sebelum lagi Presiden Sementara, Adli Mansur, mengankat sumpah, Raja Arab Saudi telah mengutuskan ucapan tahniah kpd beliau. Menteri Luar Imarat pula teus terang menyatakan kegembiraan yg tidak terhingga dg kejatuhan Presiden Mursi. Inilah wajah2 kepimpinan kononnya negara Islam yg tidak tahu malu. Mereka sebenarnya bimbang dg kemunculan sebuah pemerintahan berlandaskan Islam yg sederhana melalui proses demokrasi yg berlawanan sama sekali dg sistem pemerintahan mereka yg beraja mutlak dan kolot. Mereka bimbang kalau2 rakyat mereka akan terpengaruh dg angin peruahan yg melnda Mesir dan negara2 Afrika Utara dan bangkit menuntut perubahan yg sama dilakukan di negara2 mereka. Terdapat berita2 yg mengatakan bahawa negara2 Teluk membiayai tunjuk2 perasaan menentang Mursi di Mesir dg menyalurkan bantuan kewangan berjuta ringgit kpd puak2 liberal-sekular dan apa sahaja yg memusuhi Mursi dan pemerintahannya. Tidaklah mustahil bahawa penunjuk2 perasaan yg menyertai gerakan "Tamarrud", "Jabhat al-Inqaz" dan seumpamanya adalah dibayar utk betkumpul beramai2 di Midan al-Tahir. Melihat kpd bantuan yg disalurkan negara2 tersebut kpd Kerajaan Sementara Mesir dokongan Tentera serta sikap negara2 itu menyambut kejatuhan Mursi, berita2 bahawa negara2 berkenaan berperanan disebalik peristewa yg memalukan itu ternyata ada kebenarannya. ~tranungkite |
Khalid Samad Kalah Saman Fitnah Terhadap Ketua Penerangan Wanita Umno Posted: 12 Jul 2013 01:08 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad kalah dalam saman fitnah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Perak berhubung tulisan di blog yang menyiarkan gambarnya memakai jubah paderi Kristian. Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman Khalid kerana beliau gagal mengemukakan tulisan blog asal yang beliau dakwa sebagai artikel berunsur fitnah. Khalid 55, menyaman Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno kerana dikatakan menggunakan gambar "superimposed" nya memakai baju jubah paderi di blognya pada Januari 2010 di blognya http://hamidahosman.blogspot.com. Khalid yang juga Pesuruhjaya III PAS Selangor mendakwa dalam satu tulisan Hamidah di blognya bertajuk "Bersatulah Umat Islam kali ini" itu menggambarkan dirinya sebagai paderi Kristian dan sudah murtad. Blog itu sudah ditutup sejak September 2011. ~the malaysian insider |
Dalam Sejarah.. 3 Bekas Hakim Bersatu Menentang Menteri Dalam Negeri Posted: 11 Jul 2013 11:10 PM PDT Malaysia sedang menyaksikan senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila tiga bekas ketua hakim bersatu menentang menteri dalam negeri dan timbalannya mengenai apa yang sah di sisi undang-undang. Beberapa alasan pelik ditawarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya,, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai sebab mengapa kerajaan tidak mahu menggunakan pandangan yang dicadangkan tiga bekas ketua hakim, yang menjadi sebahagian anggota Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) yang menggesa keperluan badan berkecuali untuk memantau polis. Kata Kadir, alasan paling pelik ialah penubuhan badan itu bertentangan dengan undang-undang. Bekas Editor Kumpulan New Straits Times, Datuk Kadir Jasin, turut duduk dalam RCI itu bersama tiga bekas ketua hakim berkenaan pada tahun 2004. "Siapa lagi yang lebih tahu mengenai undang-undang?" tanyanya dalam entri terbaru blognya. Beliau berkata, bekas Ketua Polis negara, Tun Hanif Omar turut berada dalam suruhanjaya itu bersama bekas Ketua Hakim, Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Salleh Abas. Turut bersama dalam inkuiri itu ialah peguam kanan yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim, Tun Zaki Amir. Inkuiri ini pada sembilan tahun lalu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan itu mengundang banyak kritikan daripada polis sehingga Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan cepat terlupa mengenainya. Sebaliknya, satu badan pengawasan dicipta - dengan seorang sahaja bertanggungjawab memantau polis. Kemudian, 18 lagi agensi ditambah. Polis kelihatannya tidak ada masalah dengan perkara itu. Tetapi, ia memberi sedikit masalah kepada bekas anggota inkuiri, Kadir. "Jika kerajaan Barisan Nasional tidak berminat menubuhkan IPCMC, tolong jangan gunakan nama-nama besar Malaysia seperti Tun Mohamed Dzaidin, Tun Hanif dan Tun Zaki sebagai `kambing hitam' dan menjadi tempat orang melepas marah," kata Kadir dalam blognya. Dalam entri terbarunya yang kelihatan agak sinis, Kadir menuding jari ke arah Zahid dan Junaidi dengan menyatakan pasangan itu percaya mereka lebih tahu mengenai undang-undang dan Perlembagaan berbanding anggota inkuiri. Beliau berkata, jika menteri dalam negeri dan timbalannya percaya mereka lebih hebat daripada anggota inkuiri, sudah tentu mereka mendapatkan `bantuan orang yang sepatutnya berpengetahuan dalam Jabatan Peguam Negara' untuk mempertingkat rangka kerja undang-undang IPCMC." Bekas Timbalan Ketua Wanita Umno yang juga anggota inkuiri, Datuk Kamilia Ibrahim turut mencemuh dakwaan menteri dalam negeri bahawa IPCMC tidak mengikut perlembagaan. Dalam kenyataannya di Malaysikini, beliau yang juga seorang peguam berkata, badan seumpama IPCMC sudah ditubuhkan di United Kingdom dan Australia. "Kenapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini? Kita tidak boleh meminta polis menyiasat sendiri kes seperti kematian tahanan dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah," katanya. "Tujuan IPCMC ialah untuk memastikan pasukan polis berfungsi dengan baik, kerana orang awam yang juga pembayar cukai mahu kepastian polis ikhlas dalam usaha memerangi jenayah, tidak berlaku rasuah dan memastikan pengurusan kerajaan yang baik," katanya. ~the malaysian insider Kadir berkata, kesukaran perdana menteri Malaysia ialah apabila perlu berdepan dengan kepentingan diri oleh orang lain. Dalam blognya, Kadir berkata:"Lebih pun, jika Abdullah yang mengarahkan penubuhan RCI itu pun tidak menubuhkan IPCMC, kenapa pula orang menjangkakan penggantinya akan berbuat begitu?" ~the malaysian insider |
LIVE!! Penamaan Calon PRK Kuala besut Posted: 11 Jul 2013 05:50 PM PDT Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Walaupun cuaca mendung dengan angin sepoi-sepoi dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan. Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut. Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut. Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon. Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi. Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja. ~malaysiakini |
Bekas Ahli Umno Persoal Tindakan Kerajaan Posted: 11 Jul 2013 05:04 PM PDT Apa yang menyalahi perlembagaan dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) apabila badan pengawasan luar negara yang sama sudah dibentuk di United Kingdom (UK) dan Australia, soal bekas timbalan ketua Wanita Umno.Datuk Kamilia Ibrahim, antara 15 anggota suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang mencadangkan penubuhan IPCMC pada 2005 berkata, UK mempunyai Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) dan New South Wales, Australia pula terdapat ombudsman untuk memantau pasukan itu. "Di mana yang menyalahi perlembagaan dengan IPCMC kerana suruhanjaya sudah melawat negara-negara itu dan mengkaji pelaksanaannya sebelum mengeluarkan laporan dan cadangan. "Kenapa tidak boleh dilaksanakan di sini sedangkan di sana boleh? "Kenapa tidak boleh polis menyiasat diri mereka sendiri dalam kes kematian dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah?" soal Kamilia. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan