Rabu, 17 Julai 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Blogger sex Alvin dan Vivian akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini [Khamis]

Posted: 17 Jul 2013 03:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.
Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.
"Melalui pesanan ringkas yang dikirim oleh peguam, pasangan tersebut akan serah diri di Bukit Aman dan kita juga panggil mereka untuk ke IPD Dang Wangi namun sehingga petang ini mereka tidak muncul," kata sumber itu.
Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.
Kelmarin, Tan dan Lee memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada Selasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan. -BERNAMA

Penghinaan terhadap umat Islam salah Najib - Shahbudin Husin

Posted: 17 Jul 2013 07:51 AM PDT


7 JULY 17, 2013
Dalam bulan Ramadan kali ini, umat Islam negara ini menghadapi dua cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Pertama, penghinaan dan kebiadapan pasangan bukan Islam yang lebih dikenali dengan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh (sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka. Kedua, tindakan Duta Vatican City, Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini.
Kedua-dua perkara itu jelas menghina dan mencabar kesabaran umat Islam kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Umat Islam tidak boleh menerima promosi biadap yang cuba dilakukan Alvin dan Vivian walaupun untuk maksud melawak dan bergurau senda. Begitu juga kita tidak boleh menerima tindakan duta negara asing yang cuba mencampuri urusan negara ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama Islam.
Bagi blogger seks itu, mereka kini sudah pun disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga polis selepas begitu banyak protes, bantahan serta laporan polis dibuat. Terbaru ini, pasangan itu juga turut menerima ugutan bunuh dan kecederaan sehingga mereka terpaksa membuat rayuan supaya dihentikan semua tindakan itu dengan alasan sudah meminta maaf.
Kini semuanya terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada mahu dihukum atau dibiarkan terlepas sebagaimana Namewee yang sebelum ini juga memghina orang Melayu dan lagu Negaraku. Tetapi sementara Peguam Negara memikirkan langkah selanjutnya, yang nyata bahawa kesabaran umat Islam negara ini ada hadnya. Tidak selamanya mereka boleh dihina dan dipijak kepala sebegitu rupa.
Bagi keceluparan mulut Duta Vatican City itu pula, beberapa protes dan bantahan turut dilakukan beberapa NGO, pemimpin kerajaan dan parti politik. Ada yang menyarankan kedutaan itu ditutup, dutanya yang tidak sayang mulut itu dihantar pulang, mengemukakan nota bantahan dan sebagainya. Tetapi sehingga ini kerajaan hanya berdiam diri saja.
Selepas ini kita tidak tahu apa lagi bentuk penghinaan kepada agama yang terpaksa kita hadapi pula.
Tetapi sementara kita bersedih dan mendidih darah dengan semua kejadian itu, elok kita merenung punca segala kejadian itu berlaku. Orang tua sendiri selalu berkata, sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan atau untuk membuka benang yang kusut, carilah pangkalnya untuk membukanya.
Begitu juga dalam dua kejadian ini, kebiadaan Alvin dan Vivian serta keceluparan Joseph Marino terhadap umat dan agama Islam. Ia tidak mungkin berlaku begitu saja tanpa ada punca dan sebabnya. Sebelum ini, tidak pernah kejadian seburuk itu berlaku. Kenapa hanya sekarang ia berlaku?
Sejak Najib memimpin negara, beliau memperkenalkan dasar 1Malaysia yang memperlihatkan sikap bertolak-ansur kerajaan terhadap bukan Melayu. Dalam masa sama, Najib juga menunjukkan sikap berlembut, pemurah, baik hati serta merintih terhadap kaum Cina dengan tujuan mendapat sokongan daripada kaum itu. Sebelum pilihan raya, pelbagai tolak ansur dilakukan kerajaan terhadap kaum Cina dan pada masa sama muncul pula individu seperti Namewee yang menghina orang Melayu dan lagu Negaraku, kejadian memaling kepala babi ke dalam masjid dan sebagainya.
Malangnya, walaupun banyak desakan tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil. Namewee yang menjadi kemarahan orang Melayu, sebaliknya dijemput ke Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz walaupun beliau hadir dengan pakaian seperti mahu ke konsert rock. Namawee diraikan dan dipuja pemimpin Melayu kerana takut kehilangan undi Cina. Jauh sekali mahu diambil tindakan undang-undang.
Semua ini secara halus merangsang kebangkitan elemen untuk terus mencuit dan mencabar hati serta perasaan orang Melayu. Mungkin wujud kelompok ekstremis Cina yang mahu terus mencabar kerana berpendapat kerajaan tidak mungkin mengambil tindakan disebabkan takut kehilangan sokongan, selain ingin membuktikan inilah 1Malaysia sebenarnya.
Dalam tindakan lunak kerajaan yang lain, walaupun yang banyak diprotes ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, Najib juga bersikap pemurah dengan menawarkan untuk memansuhkan sekali Ordinan Darurat dan Akta Hasutan 1948. Semuanya kerana Najib mahu dilihat baik hati, liberal, mempunyai tolerasi yang tinggi dan mengharapkan ia dibalas dengan undi dan sokongan.
Lebih dari itu, untuk menunjukkan pro Cinanya, Najib juga mewujudkan laman Facebook dalam bahasa Mandarin dengan menukar namanya kepada Ah Jib Gor. Tindakan ini memperlihatkan Najib turut mahu menjadi sebahagian daripada orang Cina di kalangan masyarakat itu. Ini bukan saja sesuatu yang luar biasa, bahkan tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Sikap terlalu lembut dan kekurangan jati diri dalam diri seorang Perdana Menteri dan diikuti pemimpin lain inilah akhirnya menyebabkan munculnya kelompok ekstemis dalam masyarakat Cina di mana Alvin dan Vivian adalah sebahagian daripadanya. Mereka tidak takut kerana pemimpin sendiri tunduk dan takut dengan mereka. Sebelum ini mereka juga memuatkan video seks dalam blog dan mempersenda bendera BN tetapi oleh kerana ia dilakukan sebelum pilihanraya dan Najib masih mengharapkan keajabaiban sokongan kelompok itu, maka mereka terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang.
Tidak diragui lagi bahawa kemunculan Alvin dan Vivian adalah produk sampingan 1Malaysia yang gagal ditangani kerajaan dan Najib kerana terlalu memikirkan undi dan sokongan. Slogan itu dicipta semata-mata untuk mendapatkan undi tetapi akhirnya semua yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Bersikap pemurah, baik hati, liberal bahkan menjadi Ah Jib Gor pun tidak dibalas dengan undi. Undi Cina ke laut akhirnya, yang muncul ialah elemen seperti Namewee dan Alvin serta Vivian. Ini semua salah Ah Jib Gor.
Mengenai komen Duta Vatican City mengenai kalimah Allah, tidak perlu berselindung juga ia adalah salah dan silap Najib sendiri. Dalam usaha Najib menunjukkan keterbukaan dan sikap liberalnya terhadap agama Kristian sambil mengharapkan pengundi Kristian terutama di Sabah dan Sarawak terus menyokong kerajaan, beliau mengadakan lawatan ke Vatican City pada Julai 2011.
Dalam lawatan itu beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan Pope Benedict, kononnya untuk kepentingan dan kerjasama antara Islam dan Kristian, yang kemudian disusuli dengan persetujuan negara terkecil dalam dunia itu membuka kedutaannya di negara kita.
Ketika itu, semua pengampu dan pembodek memuji lawatan Najib itu. Najib digambarkan sebagai pemimpin berjiwa besar dan mengutamakan keharmonian antara agama dan tidak semua pemimpin dikatakan mempunyai jiwa seperti beliau. Sebahagian daripada NGO yang mengecam kenyataan Duta Vatican City hari ini adalah juga mereka yang memuji ketika Najib berkunjung ke Vatican City dulu.
Amat jelas bahawa adanya kedutaan Vatican City adalah kerana Najib. Najib yang mengadakan lawatan ke negara itu dan menjemput mereka membuka kedutaannya. Vatican City adalah sebuah negara agama, ia tidak ada produk lain selain Ktistian. Apabila ia dibenarkan membuka kedutaannya di negara kita, tentulah promosinya juga agama Kristian. Sebab itu, apabila ia memberi komen megenai kalimah Allah dan walaupun dianggap mencampuri kedaulatan negara, ia sebenarnya tidak menghairankan kerana ia memang sebahagian daripada peranannya. Dutanya yang bertugas di sini pun orang agama, bukannya orang diplomatik.
Dalam dua kejadian yang sedang menjadi perbualan serta kemarahan umat Islam ini, tidak diragui lagi bahawa semuanya berpunca daripada Perdana Menteri sendiri. Beliau yang mencampak benih sehingga wujudnya Alvin, Vivian dan Vatican City di negara ini. -  shahbudindotcom.blogspot.com

Santai Petang : Kemaluan dipatuk ular

Posted: 17 Jul 2013 04:07 AM PDT

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.
Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.
"Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas," katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

"Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa," katanya.
Foto
GAMBAR hiasan.


Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. "Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa," katanya. - Agensi

Tiada ulasan: