Isnin, 1 Julai 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


OKU patut ditembak

Posted: 30 Jun 2013 07:42 PM PDT

apabila ada OKU dibelasah atau mati ditembak pastilah isu kebajikan OKU akan dibincangkan.

Kerajaan Negeri Tubuh Tabung Wira Rakyat Selangor RM 10 juta (http://www.selangorku.com/?p=23812)

SHAH ALAM 6 MAC : Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor dalam pada masa yang sama memberikan bantuan berjumlah RM 20,000 kepada setiap keluarga anggota yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.
"Tabung ini akan digunakan kepada keluarga mangsa daripada segi pendidikan, kebajikan, kesihatan dan beberapa pertolongan yang boleh diberikan dari masa ke semasa," kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Ujar Abdul Khalid, pemberian bantuan berjumlah RM 20,000 itu akan diberikan kepada keluarga mangsa secepat mungkin.
"Walaupun wang ringgit tidak boleh menggantikan nyawa mereka yang terkorban namun bantuan kewangan ini diharapkan dapat meringankan bebanan keluarga khususnya anak-anak yang masih bersekolah," kata beliau.
Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri juga akan memberikan sokongan padu kepada pasukan keselamatan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah itu.
"Kita mendoakan agar konflik ini diselesaikan dengan segera dan kita mendoakan kesemua pasukan keselamatan kita pulang dengan selamat," kata Abdul Khalid.
Setakat ini lapan anggota keselamatan terkorban dalam operasi terhadap kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina yang telah berkampung di beberapa tempat di Lahad Datu dan Semporna.
Dua anggota komando polis yang terkorban di pertempuran di Kampung Tanduo ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.
Manakala yang terbunuh dalam serangan hendap Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamid, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, Koperal Salam Togiran, Supt Ibrahim Lebar dan L/Kpl Mohd Azrul Tukiran.

Kerajaan Selangor Bantu Keluarga PI Bala (http://www.selangorku.com/?p=29734)

RAWANG 13 JUN : Keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam, 53, mendapat pembelaan Kerajaan Negeri hari ini yang menghulurkan sumbangan RM 10,000 bagi meringankan beban mereka.
Sumbangan yang disampaikan Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail adalah bantuan awal bagi keluarga tersebut manakala Kerajaan Negeri akan membantu balu Balasubramaniam untuk menjana pendapatan sendiri.
"Kehadiran saya mewakili Kerajaan Negeri bukan setakat memberi sumbangan. (Kami mahu) selesaikan segala masalah yang dihadapi mereka.
"InsyaAllah melalui beberapa skim diperkenalkan Kerajaan Negeri, kita boleh lihat perkara yang boleh kita bantu keluarga ini secara terus.
"Kita harap semua pihak yang melihat situasi ini terus memberi sokongan kepada mereka sekeluarga supaya kebajikan mereka tidak diabaikan," katanya.
Rodziah menyampaikan sumbangan itu kepada balu mendiang, A Santanilselvi, 46, di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.
Antara perkara yang diberikan perhatian adalah soal pendidikan tiga anak mendiang, Krishen, 16; Menaga, 15; dan Reeshi, 11, yang telah menuntut di India selama lima tahun.
"Mereka berada di India lima tahun maka banyak yang tidak dapat diikuti di dalam sistem pendidikan (Malaysia). Kita perlu tengok bagaimana ianya dapat diselesaikan dengan segera.
"Kita akan berbincang dengan Pejabat Pendidkan Daerah mengenai perkara ini selain membantu isterinya ke arah menjana pendapatan menerusi usaha yang ingin dijalankannya," ujarnya.
Balasubramaniam atau P I Bala, meninggal dunia pada 15 Mac lalu akibat masalah jantung. Beliau antara personaliti penting di dalam kontroversi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Balasubramaniam sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa oleh mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak dibebaskan, manakala dua anggota polis didapati bersalah dalam pembunuhan tersebut.
Pada Julai 2008, Balasubramaniam mendakwa dalam satu akuan bersumpah (SD1) bahawa pembunuhan Altantuya melibatkan menteri tertinggi di dalam pentadbiran Najib.
Bagaimanapun Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua (SD2) yang menafikan dakwaan di dalam SD1.
Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan hanya pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.
Dalam satu ceramahnya selepas beliau kembali dan sebelum meninggal dunia, Balasubramaniam mendakwa pendedahan yang dibuat di dalam SD1 adalah benar.

Selangor Bantu Persatuan Mahasiswa UiTM (http://www.selangorku.com/?p=305)

SHAH ALAM: menghargai peranan mahasiswa sebagai golongan penting dalam pembangunan negara, Kerajaan Selangor menjalinkan kerjasama bagi membantu aktiviti mahasiswa terutama Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di negeri ini.
Berikutan itu, kerajaan negeri telah mengadakan persefahaman M.O.U dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independan (KAMI) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
Persefahaman ini bagi membolehkan kerajaan negeri membantu secara aktif aktiviti-aktiviti akademik, sosial dan kemasyarakat dengan warga siswa UiTM kampus utama Shah Alam.
Upacara disempurnakan oleh Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden KAMI dan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr. Xavier Jayakumar.
"Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Ia merupakan pembuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan Kerajaan Negeri di masa-masa yang akan datang," kata Dr Xavier.
Sebelum ini, kerajaan negeri melalui beberapa orang Exco negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah universiti lain.

pra

Posted: 30 Jun 2013 09:28 AM PDT

Lebih kurang jam 6.30 petang  pada 8 Februari 2001 seorang jururawat menolak troli  keluar dari dewan bedah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Ada bayi perempuan di dalamnya seberat 2.8 kilogram.
"Anak encik..." kata jururawat itu. Aku merapati, melihat wajah suci sang bayi. Matanya tajam terpejam. Sesekali menguap. Bersih. Aku mengawal perasaan agar dilihat biasa-biasa sahaja.
"Ciumlah..." kata jururawat itu sambil tertawa kerana melihat aku berkelakuan selamba tanpa reaksi ghairah.
Aku mengangkat bayi tersebut dan melaungkan kalimah suci ke telinganya. Matanya celik seketika. Aku menculik sedikit manisan dan kusapukan ke mulutnya sambil memuji baginda Rasulullah Salallahu ala Muhammad.

Kami namakannya Annisa - perempuan dan nama salah satu surah di dalam Al Quran. Jika didalami dan dihayati surah tersebut mungkin maksud mengapa kami namakan Annisa akan dapat difahami.
intro buku SURAT UNTUK ANAK dalam proses suntingan.

tunggu!

Tiada ulasan: