. |
SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad Posted: 01 Jul 2013 01:26 AM PDT KRITIK SORE Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.
Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti. Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku. Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya. Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja. Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR. Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi. SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan. Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR. Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya. Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu? Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit (untung) kerana menang. [wm.kl.4:22 pm 01/07/13] | ||
PRK Besut Medan Ujian Pertama Buat Pas dan UBN Posted: 30 Jun 2013 05:12 AM PDT ANALISA Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Besut Terengganu kalau boleh dielakkan rasanya semua pihak mahu mengelakkannya. Lengguh dan letik semasa menghadapi pilihan raya umum lalu masih belum reda lagi. Tetapi kerana ia tidak dapat dielakkan hendak tidak hendak terpaksa dihadapi juga. Namun bagi hantu politik mereka tidak merasa akan keletihan itu. Kekosongan mana-mana kerusi sesuatu yang dinanti-nantikan, konon kekosongan itu boleh dijadikan untuk menguji kekuatan parti masing-masing. Sebaliknya juga bagi parti politik pilihan raya kecil pertama itu sesuatu yang membimbangkan. Terutamanya pihak UBN kerana pilihan raya itu amat mencemaskan mereka. Pilihan raya itu akan memberi natijah tersendiri kalau tiba-tiba UBN kalah. Kekalahan boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang diluar dugaan di Terengganu. Kekalahan UBN menjadikan kedudukan kerusi seimbang di antara UBN dengan Pas 16 - 16. Dengan kedudukan ini menyebabkan tidak ada siapa yang mendapat kelebihan kerusi dan berhak untuk menubuh kerajaan. Kerajaan sedia ada (UBN) bermasalah dan tidak dapat berfugsi lagi. Salah satu jalan terbaik atau kemungkinan diambil ialah Dun Terengganu dibubarkan. Tertakdir berlaku demikian, kedudukan kerusi sama 16:16 - kalau ingin kepada keharmonian, menjimatkan wang rakyat, boleh dibentuk hanya dengan mewujudkan kerajaan bersama antara kedua-dua parti berkenaan. Erti akan wujud kerajaan bersama di Terengganu. Untuk tujuan ini bolehlah jawatan MB digilir-gilirkan, dua tahun setengah seorang di antara Pas dengan UBN. Itu idealisnya. Tetapi Pas sebagai sebuah parti yang ghairah untuk mengganti Umno tidak mungkin akan bersedia. Pas akan merasakan lebih baik untuk diadakan pilihan raya semula. Kalau pun Pas Terengganu bersetuju atas 'maslahat' tertentu namun Pas Pusat akan menenangnya. Situasi itulah maka menjadikan pilihan raya kecil Kuala Besut ini penting. Sebab itu saya katakan kalau ia boleh dielakkan, atau dibayar berapa sekali pun Umno Terengganu sanggup berbuat demikian. Kerana kalau bertanding ia belum tentu dapat meraih kemenangan dan UBN boleh meneruskan kerajaan yang sedia ada. Pilihan raya kecil itu akan memberi signifiken kepada Umno dan Pas. Ia menjadi indikator kepada kedua-dua parti selepas berlangsungnya pilihan raya umum. Apakah perkembangan selepas pilihan raya umum berubah atau tidak? Pilihan raya itu akan memberi jawaban. Wujud beberapa perkembangan selepas pilihan raya umum lalu, sangat diperhatikan oleh orang ramai bagaimana keputusan pilihan raya itu nanti. Pihak Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya lalu atas alasan ianya dilakukan dalam keadaan tidak bersih, kotor dan penuh penyelewengan. Maka gerakan himpunan Black505 dilancarkan untuk menyatakan manifestasi itu. Kemuncak himpunan itu ialah di Padang Merbok dua minggu lepas. Apakah perkembangan selepas pilihan raya itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat? Apakah rakyat khasnya di Besut menilai semua itu atau mereka tidak sedikitpun mengambil peduli. Memandangkan imbasan-imbasan (flash) mengutuk SPR berkenaan bersifat nasional saya tidak merasakan soal-soal tuntutan itu menjadi perhatian rakyat di Besut. Dalam perhatian saya Black505 tidak memberi kesan besar kepada pilihan raya kecil di Besut itu, jauh sekali untuk mengharapkan pengundi di Besut akan membuat ralat besar ekoran kononnya berlaku penyelewengan dilakukan SPR berkenaan. Bagi rakyat Besut mereka mungkin pun tidak merasakan sedikitpun SPR bersalah. Seperkara lagi bila bercakap soal pilihan raya kecil itu subjek tidak kurang peting ialah calon. Calon yang bakal diturunkan kedua-dua parti menjadi penentu. Kredibiliti calon menguasai 30% peluang kepada parti. Kemenangan UBN menerusi Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar baru-baru ini ialah kerana keistimewaan yang ada kepadanya. Beliau merupakan anak tempatan Pulau Perhentian yang suka bergelombangan dengan rakyat. Allahyarham juga mempunyai keperibadian yang baik dan disenangi orang bawahan. Kelemahan yang ada kepada calon Pas, Nafisah Ismail ialah dia seorang perempuan dan kedua dia tidak dilihat tokoh yang mengauli rakyat. Sosio budaya di Besut berbeza dengan kawasan hampir pekan atau bandar. Maka ia memerlukan seorang calon yang bergaul dengan mereka. Dalam istilah lain calon-calon yang tidak berpijak di bumi akan ditolak. Perbezaan gender juga menjadi persoalan baru-baru ini di mana masyarakat di Besut tidak begitu yakin dengan calon Pas seorang muslimat. Walaupun penampilan dan peranan wanita kini hampir sama dengan kaum lelaki, tetapi persepsi bahawa wanita itu tetap berada di bawah masih diterima. Jadi dalam ulasan saya berhubung pilihan raya kecil Besut ini Pas sekiranya mahu menang atau setidak-tidaknya memberi tentangan kepada UBN sila kemukakan calon yang berpijak di bumi, seorang yang bergual dengan rakyat dan boleh bercerita mengenai ikan dan laut, pukat atau perahu. Calon-calomn branded dari atas kayangan rasnaya tidak sesuai. Kehebatan mereka dalam bidang mereka duduki baik agama atau perniagaan tidak banyak membantu. Rasanya untuk pilihan raya Besut ini tidak sesuai kalau Pas meletakkan calon yang gah dengan nama atau profesyennya. Begitgu juga calon dari luar Besut tidak membantu. Pas harus cari anak tempat biarpun beliau itu bukan berkelulusan tinggi, atau berjebang lebat dan pandai membaca hadith dan ayat-ayat Quran. Barang kali cukup kalau dia seorang juragan atau taukeh ikan di Kuala Besut. Apa yang perlu disedari masyarakat di pesisir pantai begitu suka kepada orang yang sehidup semati ataupun mudah ditemui. Kalau pun calon itu terkenal dan gah namanya di Kuala Lumpur ia tidak bererti kepada mereka. Mungkin kriteria calons begini sedang diperhatikan oleh pucuk pimpin Pas Terengganu untuk diletak pada pilihan kecil Besut yang dijangka akan dilangsung bulan Ramdhan ini. [wm.kl.8:11 pm 30/06/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan