Komentar Kini |
Dunia dan akhirat masih ada salah faham Posted: 11 Jul 2013 06:25 PM PDT Penulis hingga hari masih tidak boleh terima kata kata beramallah kamu untuk akhirat dan jangan beramal untuk dunia sahaja, sedangkan dunia ini jambatan akhirat. Bagaimana pula dengan maksud firman Allah yang bermaksud: " buat jahat masuk neraka dan buat baik masuk syurga. Inilah punca yang membuat saya masih tidak boleh menerima ulasan demikian miskipun datang dari seseorang ulamak sekalipun.Lebih lagi ulamak itu terbahagi kepada dua golongan. Ada Ulamak yang baik dan ada ulamak yang jahat. Ulamak baik terbahagi kepada dua pula. Satu, ulamak hakikat.Kedua, ulamak syariat. Atas sebab itulah penulis masih belum boleh menerima bahawa dunia lain dan akhirat lain.Ia jelas suatu yang tidak boleh dipisahkan dan tiada istilah seimbang dunia dan akhirat, kerana setiap amalan didunia sama jahat dan baik akan dibalas di akhirat nanti. Sesungguhnya tiada istilah buat baik sahaja untuk akhirat. Manakala buat jahat untuk dunia sahaja.Pada penulis fahaman itu sangat bercanggah dan tiada asasnya miskipun ia terbit dari mulut ulamak sekalipun. Pada penulis itu suatu yang sangat salah dan boleh mengelirukan kebanyakan umat Islam, kerana ada yang beranggap mereka yang berbuat baik ada tempat di akhirat nanti.Yang berbuat jahat tak dapat apa apa diakhirat nanti. Penulis pernah dengar kata kata salah seorang yang mengaku beragama Islam yang mengerjakan umrah tidak lama dulu mengatakan orang kafir tiada bahagian dan tak dapat apa apapun di akhirat nanti. Jika demikian bagaimana pula neraka yang disebut syurga dan neraka disediakan kepada penghuni dunia yang dinyatakan oleh Allah, mereka yang kafir kekal selama lama didalam neraka.Mereka yang beriman kekal selama lamanya dalam syurga. Ini selari dengan hadis yang menyatakan dunia jambatan akhirat.Bermakna setiap amalan tak kira amal buruk dan baik semuanya untuk akhirat dan sangat tidak wajar kita katakana buat jahat hanya untuk dunia sahaja. Paling tidak wajar apabila ada ulamak mengatakan ingat akhirat jangan kejar dunia sahaja sedangkan didunia inilah bermulanya segala galanya untuk menuju ke alam akhirat yang kekal selama lamanya. Oleh itu, dunia dan akhirat tiada pemisahan sepertimana ulasan kebanyakan ulamak syariat yang digelar sebagai ulamak dunia yang jelas tiada asasnya. Banyak perkara yang kita terima sedangkan ia sangat salah dan bercanggah dan boleh mengelirukan umat Islam sehingga hari ini hasil penerangan dan dakwah para ulamak syariat. Usah persoalan dunia dan akhirat masih belum difahami oleh kebanyakan ulamak syariat, malah kata berlawan islam dan barat yang jelas salah itu terima bulat bulat. Dari segi istilah sudah jelas salah. Mana ada kata berlawan Islam dan barat, sedangkan barat lawan timur. Utara lawan selatan. Penulia hairan mengatakan kita boleh menrima bulat bulat benda yang jelas salah. Mana dada Islam dan barat, kerana di barat ada umat Islam.Lojik kah Islam dan barat suatu perbandingan, sedangkan ia sangat tidak tepat. Yang paling tepat ialah Islam dan kafir. Oleh itu sama samalah kita fikir agar dakwah kita sampai kesasarannya dan tidak mengelirukan umat Islam, terutama orang awam dek ulamak yang salahfaham terhadap Islam. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan