DIALOG RAKYAT |
- Barangan rumah Ketua Wanita PKR Pulau Pinang disita
- Tiga bekas ketua hakim lawan menteri dalam negeri baru dan timbalannya
- PRK Kuala Besut: PAS jadikan kekurangan BN sebagai kelebihan
- Kerajaan jalankan forensik audit untuk dapatkan baki hutang RM70 juta NFC, kata Husni
- Pekan: Penduduk 'tertekan' isu gangguan bekalan air!
- Kuala Besut: Celup atau calit, pastikan dakwat kekal
- Pakatan perlu anggotai j/kuasa memantau, elak KLIA2 tangguh lagi
- Anwar, Azizah seru umat Islam doakan rakyat Mesir, Palestin, Syria.
- Pakatan sokong penubuhan MECD asalkan bebas rasuah – Rafizi
- Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor
- Kempen Imarah Masjid Selangor Curi Perhatian Negeri Lain
- MP DAP dakwa guru sandaran tak terima bonus
- Rogol SUKMA: 3 atlet didakwa hari ini
- Halim Saad saman kerajaan Malaysia
- Parlimen mesti memastikan SEDA ditutup
- Duit gaji saya tak ambil, insya Allah – Che Long
- Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk'
- Kabinet 2013 serius cegah rasuah atau retorik
- Boros RM500 juta belanja PRU, SPR wajib letak jawatan – Izzah
- Buka semula siasatan kes beli undi di Bayan Baru
- Berapa kemalangan sebelum, selepas AES dikuatkuasa
- Artis dicekup tidak puasa
- Penduduk Seksyen 7 Bimbang Kren Pembinaan Terlalu Hampir Dengan Rumah
- ‘Jenayah Apabila Berlaku Kepada Rakyat Ia Persepsi, Bila Kena Menteri Ia Realiti’
- PR Persoal Layanan Istimewa PM Kepada Malindo Air
Barangan rumah Ketua Wanita PKR Pulau Pinang disita Posted: 11 Jul 2013 06:26 AM PDT Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu hari ini selepas Norhayati gagal membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu. Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan. Katanya, pada 27 Sept tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk G V Varughese mengeluarkan perintah kepada Norhayati sebagai defendan pertama dan dua lagi defendan, masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011. "Tiga bulan selepas keputusan penghakiman dibuat semua defendan termasuk Norhayati gagal membayar ganti rugi berkenaan. Jadi ini adalah salah satu cara yang kita ambil iaitu dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah menyita barangan milik defendan," katanya kepada pemberita. Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila suami Norhayati mempertikaikan proses penyitaan itu dan kehadiran sekumpulan wartawan dan jurugambar di rumahnya bagi membuat liputan proses penyitaan itu. Bagaimanapun, proses penyitaan dilaksanakan dengan sempurna apabila wakil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjelaskan kepada lelaki berkenaan mengenai proses penyitaan itu. Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap Norhayati; Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam, Jab Samat; dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah, Mohd Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan PAS. Aminah dalam pernyataan tuntutannya mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam dan menerima umpan kebendaan daripada Umno. Selain itu, beliau mendakwa ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya. Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memerintahkan Norhayati, Jab dan Khairil Anuar masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah, manakala Mohd Sabri, Ahmad Lufti dan PAS dilepaskan selepas mahkamah menerima pembelaan mereka. Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin PKR itu juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November tahun lalu. Sementara itu, Aminah berkata beliau hairan mengapa Norhayati tidak mendapat pembelaan daripada PKR sedangkan wanita itu sanggup membuat fitnah demi membela parti dan presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sepatutnya dia (Norhayati) minta bantuan daripada Wan Azizah membayar ganti rugi kepada saya seperti yang diarahkan oleh mahkamah kerana apa yang dia lakukan terhadap saya adalah bagi membela Wan Azizah dan PKR. "Saya berpendapat Norhayati perlu memikirkan semula perjuangannya bersama PKR kerana dia sudah banyak membela parti itu tetapi sekarang apabila dia susah parti itu langsung tidak membelanya," katanya. - Bernama, | ||||
Tiga bekas ketua hakim lawan menteri dalam negeri baru dan timbalannya Posted: 11 Jul 2013 06:15 AM PDT Beberapa alasan pelik ditawarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya,, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai sebab mengapa kerajaan tidak mahu menggunakan pandangan yang dicadangkan tiga bekas ketua hakim, yang menjadi sebahagian anggota Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) yang menggesa keperluan badan berkecuali untuk memantau polis. Kata Kadir, alasan paling pelik ialah penubuhan badan itu bertentangan dengan undang-undang. Bekas Editor Kumpulan New Straits Times, Datuk Kadir Jasin, turut duduk dalam RCI itu bersama tiga bekas ketua hakim berkenaan pada tahun 2004. "Siapa lagi yang lebih tahu mengenai undang-undang?" tanyanya dalam entri terbaru blognya. Beliau berkata, bekas Ketua Polis negara, Tun Hanif Omar turut berada dalam suruhanjaya itu bersama bekas Ketua Hakim, Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Salleh Abas. Turut bersama dalam inkuiri itu ialah peguam kanan yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim, Tun Zaki Amir. Inkuiri ini pada sembilan tahun lalu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan itu mengundang banyak kritikan daripada polis sehingga Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan cepat terlupa mengenainya. Sebaliknya, satu badan pengawasan dicipta - dengan seorang sahaja bertanggungjawab memantau polis. Kemudian, 18 lagi agensi ditambah. Polis kelihatannya tidak ada masalah dengan perkara itu. Tetapi, ia memberi sedikit masalah kepada bekas anggota inkuiri, Kadir. "Jika kerajaan Barisan Nasional tidak berminat menubuhkan IPCMC, tolong jangan gunakan nama-nama besar Malaysia seperti Tun Mohamed Dzaidin, Tun Hanif dan Tun Zaki sebagai `kambing hitam' dan menjadi tempat orang melepas marah," kata Kadir dalam blognya. Dalam entri terbarunya yang kelihatan agak sinis, Kadir menuding jari ke arah Zahid dan Junaidi dengan menyatakan pasangan itu percaya mereka lebih tahu mengenai undang-undang dan Perlembagaan berbanding anggota inkuiri. Beliau berkata, jika menteri dalam negeri dan timbalannya percaya mereka lebih hebat daripada anggota inkuiri, sudah tentu mereka mendapatkan `bantuan orang yang sepatutnya berpengetahuan dalam Jabatan Peguam Negara' untuk mempertingkat rangka kerja undang-undang IPCMC." Bekas Timbalan Ketua Wanita Umno yang juga anggota inkuiri, Datuk Kamilia Ibrahim turut mencemuh dakwaan menteri dalam negeri bahawa IPCMC tidak mengikut perlembagaan. Dalam kenyataannya di Malaysikini, beliau yang juga seorang peguam berkata, badan seumpama IPCMC sudah ditubuhkan di United Kingdom dan Australia. "Kenapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini? Kita tidak boleh meminta polis menyiasat sendiri kes seperti kematian tahanan dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah," katanya. "Tujuan IPCMC ialah untuk memastikan pasukan polis berfungsi dengan baik, kerana orang awam yang juga pembayar cukai mahu kepastian polis ikhlas dalam usaha memerangi jenayah, tidak berlaku rasuah dan memastikan pengurusan kerajaan yang baik," katanya. Kadir berkata, kesukaran perdana menteri Malaysia ialah apabila perlu berdepan dengan kepentingan diri oleh orang lain. Dalam blognya, Kadir berkata:"Lebih pun, jika Abdullah yang mengarahkan penubuhan RCI itu pun tidak menubuhkan IPCMC, kenapa pula orang menjangkakan penggantinya akan berbuat begitu?" | ||||
PRK Kuala Besut: PAS jadikan kekurangan BN sebagai kelebihan Posted: 11 Jul 2013 06:10 AM PDT Beliau menegaskan, isu kemiskinan, kadar pengangguran dan masalah sosial adalah isu yang membelengu penduduk tempatan dan diabaikan kerajaan, dan akan menjadi sasarannya untuk kempen bagi kerusi berkenaan. "Saya bersedia dan strategi saya mudah. Saya akan turun padang bersama penduduk selain ceramah dan aktiviti keagamaan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut. Azlan yang turut dibantu kepimpinan PAS, berkata antara kebimbangannya adalah strategi politik wang yang digunakan parti lawan. "Saya yakin akan menang," katanya. Sementara itu, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, berkata beliau terpaksa mengorbankan masanya bersama keluarga ketika tempoh berkempen. "Mereka (keluarga) faham keadaan sekarang. Saya sibuk, tapi ini tidak bermakna saya tidak memikirkan mereka," katanya dan menambah, sejak dua hari Ramadhan bermula beliau masih belum berbuka bersama keluarganya. Che Long dan Zaihan akan berkempen selama dua minggu sehingga tarikh pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 24 Julai depan. Kedua-duanya akan menghadiri hari penamaan calon pada Jumaat. PRK DUN Kuala Besut adalah pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu ekoran kematian penyandang, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu selepas 50 hari menjadi ADUN untuk penggal kedua. Pada Pilihan Raya 2013, A Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi dengan majoriti 2,434 undi. Daripada 14 pilihan raya sebelum ini, pembangkang dari PAS menang empat pilihan raya bermula pada 1959, 1969, 1974 dan 1999 manakala bakinya dimenangi BN | ||||
Kerajaan jalankan forensik audit untuk dapatkan baki hutang RM70 juta NFC, kata Husni Posted: 11 Jul 2013 06:07 AM PDT Walau bagaimanapun, Ahmad Husni mempertahankan baki hutang RM70 juta tersebut akan dapat ditemui menerusi satu proses forensik audit tetapi ia mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan perkara teknikal. "Bila dapat maklumat, perkara itu tak disuarakan oleh sesiapa tetapi kita buat forensik audit kemudiaannya nampak jelas permasalahan tersebut. "Bila bincang dengan AG, baru kita tahu tindakan apa yang boleh diambil... perundangan itu yang kita ambil perhatian," kata Ahmad Husni di Dewan Rakyat hari ini. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bangun menyoal Ahmad Husni selepas menteri tersebut menjelaskan sebilangan RM180 juta telah dipulangkan dan disita daripada NFC tetapi tidak mendedahkan butiran yang berlaku terhadap baki RM70 juta lagi. "Apa yang telah terjadi kepada baki RM70 juta daripada RM250 juta wang yang diberikan kepada NFC? "Adakah ia hangus atau rugi begitu sahaja? Kalau mahu baki RM70 juta itu diperoleh semula, apakah kerajaan mengambil tindakan supaya pengusaha dan pengarah terbabit mendapatkan semula wang tersebut?" soal Rafizi dari PKR kepada Ahmad Husni. Ahmad Husni sebaliknya memberi jawapan wang tersebut mampu diperoleh semula menerusi usahasama syarikat tempatan dengan Jepun, Kirimitonas Agro Sdn Bhd dijangka akan mampu mengembalikan semua hutang oleh NFC. "Kita sudah ada letter of intent dengan Kirimitonas dan kita sekarang dalam proses penilaian ke atas syarikat tersebut dan menunggu buat rundingan. "Rundingan tersebut kalau berjaya maka syarikat tersebut akan beri komitmen akan membayar seluruh hutang," terang Ahmad Husni. Kontroversi melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tercetus selepas dikaitkan dengan projek penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dimana projek tersebut dianugerahkan kepada NFCorp yang dimiliki oleh suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2006 ketika Shahrizat masih lagi dalam Kabinet. Projek itu dipersoalkan apabila Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 menunjukkan beberapa kelewatan menjejaskan kemajuan ladang 1,500 hektar yang beroperasi sepenuhnya, malah lembu tidak cukup untuk pengeluaran optimum. Ahli Parlimen pembangkang menggunakan laporan audit itu dan membuat beberapa pendedahan tetapi dinafikan oleh syarikat itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada Januari 2012, aset NFCorp dibeku dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan penyelewengan wang dalam syarikat itu. Siasatan Polis dan SPRM tertumpu kepada kemungkinan pecah amanah selepas pertuduhan sekurang-kurangnya RM27 juta daripada dana projek digunakan untuk membeli tanah dan hartanah di Singapura dan Kazakhstan, tidak kena mengena dengan penternakan lembu. Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh minta dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah berjumlah RM9,758,140 melalui empat cek untuk membayar sebahagian daripada pembelian dua unit Kondominium One Menerung di Blok B di Bangsar, Kuala Lumpur untuk National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki oleh dirinya dan seorang anak lelakinya. Skandal itu menyebabkan Shahrizat hilang jawatan sebagai Menteri Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat pada akhir Mac 2012 oleh kerana Najib tidak memperbaharui jawatan senatornya. Beliau juga tidak bertanding dalam Pilihan Raya 2013 akan tetapi kekal sebagai ketua Wanita Umno. | ||||
Pekan: Penduduk 'tertekan' isu gangguan bekalan air! Posted: 11 Jul 2013 04:32 AM PDT
PEKAN - Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian. Penduduk dari Felcra Sri Makmur Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan. Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan. "Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup. "Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan," katanya. Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi. Pekan adalah "parlimen" Perdana Menteri. 1 comment:
| ||||
Kuala Besut: Celup atau calit, pastikan dakwat kekal Posted: 11 Jul 2013 04:25 AM PDT
KUALA LUMPUR: Sama ada dicalit dakwat atau dicelup jari ke dakwat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan dakwat yang akan digunakan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelak benar-benar kekal. "Isunya bukan calit, celup atau mandi sekalipun. Isunya dakwat itu mampu kekal ataupun tidak. Sebelum ini, ada orang pertikai kena calit dakwat di jari mereka. Tidak ada. Yang orang pertikai apabila dakwat yang dikatakan kekal, tidak kekal walaupun baru selesai membuang undi," tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd yang menetapkan pengundi PRK Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas. Tambah Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, untuk PRK Kuala Besut ini, SPR perlu memastikan dakwat yang akan diguna pada hari mengundi nanti benar-benar kekal. "Janganlah SPR konon cuba hendak buat penambahbaikan dengan menukar cara dakwat digunakan. Itu bukan isunya. Kali ini, kena pastikan betul-betul dakwat itu dakwat kekal, bukan pewarna makanan," kata beliau sambil menyifatkan PRK kali ini bukan medan untuk SPR membersihkan imej atau penambahbaikan. Katanya, kalau SPR ingin menebus kepincangan yang dilakukannya sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebelum ini, terlalu banyak yang perlu dilakukan badan itu untuk tujuan tersebut. "Kalau hendak tebus kesilapan SPR, tidak tertebus dengan ubah cara penggunaan dakwat ini. Terlalu banyak kesalahan SPR. Kalau hendak tebus juga, SPR kena buat banyak lagi (perubahan)," tegas beliau. Abdul Aziz, dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa pada 24 Julai. Sebelum ini, ramai pihak, khususnya Pakatan Rakyat dan juga pengundi melahirkan rasa tidak puas hati apabila dakwat yang dicalitkan di jari mereka hilang sejurus beberapa jam selepas membuang undi. Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat memandangkan SPR sebelum itu memberi jaminan bahawa dakwat yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kekal bertahan selama tujuh hari. | ||||
Pakatan perlu anggotai j/kuasa memantau, elak KLIA2 tangguh lagi Posted: 11 Jul 2013 04:22 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat wajar diberi peluang menganggotai jawatankuasa memantau bagi memastikan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tidak lagi tertangguh, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. "Memandangkan perbelanjaan asal KLIA2 melonjak dari RM1.9 bilion hingga RM4.0 bilion, kami minta diberi laluan menyertai Jawatankuasa Pantauan di bawah Kementerian Pengangkutan yang diwujud pada semalam (8 Julai). "Kami juga minta audit bebas diadakan pihak kementerian bagi mengenal pasti sebab kelewatan, termasuk dari konsultan – KLIA Consultancy Services Sdn Bhd, syarikat milikan Kementerian Kewangan, yang seharusnya lebih tegas memantau dan mengekang sebarang VO (variation order)," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Nurul Izzah turut mempersoal kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kononnya kelewatan pembukaan KLIA2 tidak menjejaskan keuntungan Malaysia Airports Holding Berhad's (MAHB). "Namun kenyataan penganalisa pasaran menunjukkan kesan perbelanjaan akhir KLIA2 bakal ditanggung menggunakan wang rakyat. Contohnya, penganalisa RHB Research, Ahmad Maghfur Osman, menganggarkan MAHB akan membelanjakan RM500 juta tambahan untuk projek KLIA2, justeru RHB menurunkan nilaian terhadap saham MAHB dari RM6.86 dari RM7.23," katanya. Beliau juga merujuk laporan Kajian MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) yang menyatakan MAHB mungkin terpaksa menanggung kos tambahan bernilai RM250 juta. "Badan MIDF Research pula dalam laporan mereka menyatakan MAHB mungkin terpaksa membayar tuntutan RM250 juta daripada kontraktor atas sebab perubahan permintaan skop kerja-kerja KLIA2," kata Nurul Izzah lagi. MAHB sebelum ini pernah berkeras kononnya KLIA 2 siap menjelang 28 Jun 2013, namun selepas ditekan dan didesak Pakatan Rakyat, barulah Kerajaan Persekutuan mengakui kelewatan pelaksanaan projek itu dengan tarikh baru diberikan pada 30 April 2014. | ||||
Anwar, Azizah seru umat Islam doakan rakyat Mesir, Palestin, Syria. Posted: 11 Jul 2013 04:21 AM PDT KEADILAN DAILYAlhamdulillah, dengan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini. Saya dan Azizah mengambil kesempatan ini mewakili keluarga dan seluruh kepimpinan KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem 1434H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian jiwa dan Allah memberi ruang secukupnya untuk kita memanfaatkannya. Justeru wajarlah digunakan segenap masa sebaiknya agar Ramadhan benar-benar memberi makna kepada kita semua. Akhir sekali, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar kuatkan iltizam, istiqamah dalam perjuangan, lipatgandakan amalan dan teruskan berdoa untuk keselamatan saudara-saudara Islam kita di Palestin, Syria dan Mesir. (Perutusan Ramadhan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) | ||||
Pakatan sokong penubuhan MECD asalkan bebas rasuah – Rafizi Posted: 11 Jul 2013 04:19 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat sentiasa menyokong penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang bertujuan mempertingkat ekonomi bumiputera selagi ia berteraskan ketelusan, keterbukaan dan bebas rasuah, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. "Untuk rekod Dewan (Rakyat), saya perlu maklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoal satu kementerian yang diberi amanah untuk memajukan dan mempertingkan kedudukan ekonomi bumiputera selagi ia dibuat dengan penuh ketelusan, terbuka dan bebas dari rasuah. "Apa yang dipersoalkan selama ini adalah keberkesanan agensi-agensi ini kerana tidak nampak bagaimana ada peningkatan mendadak dari segi penglibatan dan juga kemajuan bumiputera seperti yang digariskan kerajaan sendiri," kata Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN pada sidang Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan kepada Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menjawab isu itu bagi mewakili Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak yang ponteng untuk hari ketiga berturut-turut mulai Isnin lalu. Wahid dalam jawapannya tidak menyatakan sama ada MECD diwujudkan semula selepas ia dimansuhkan sebaik Najib menjadi PM pada 4 April 2009 dan lebih 20 agensi di bawahnya diletakkan di lapan kementerian lain. "Pengalaman semasa berada di sektor swasta, kedudukan agensi di bawah satu kementerian tidak penting, yang penting apa jua program yang dilaksana agensi berkesan walaupun kita maklum tidak semua program berkesan," kata Wahid mengakui ekuiti 30 peratus ekonomi Bumiputera belum dicapai sejak ia disasar pada 1971. Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan program di beberapa kementerian bersifat 'syok sendiri' ekoran wujud peserta sama bagi program yang dianjur di kementerian berbeza sekaligus membazirkan wang rakyat dan ia diakui Wahid. | ||||
Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor Posted: 11 Jul 2013 12:02 AM PDT SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi. Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya. Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam. Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat. "Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa. "Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan. "Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi," kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini. Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat. "Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24." Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari. "Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS)." Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum. Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8. Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall. | ||||
Kempen Imarah Masjid Selangor Curi Perhatian Negeri Lain Posted: 11 Jul 2013 12:00 AM PDT SHAH ALAM : Kejayaan kempen mengimarahkan masjid yang telah berlangsung lima tahun di Selangor kini menjadi model kepada negeri lain, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini dilihat daripada peningkatan peserta kepada program-program kuliah dan tarbiyyah agama, selain permintaan yang terus meningkat pada bulan Ramadan terhadap bubur lambuk dan buah kurma. Menurut Abdul Khalid, ramai pemimpin dari negeri lain bertanyakan kepada beliau bagaimana caranya untuk mengimarahkan program-program masjid. "Tetapi saya cuma jawab 'Alhamdulillah'. Saya rasa kita patut mengucapkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengimarahan Masjid yang bertungkus lumus mengimarahkan masjid," katanya dalam ucapannya di Majlis Perasmian Pengagihan Bubur Lambuk dan buah Kurma di Masjid Negeri. Katanya, kempen tersebut berjaya menerapkan nilai bahawa masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat. Dalam majlis itu, sebanyak 1,250 bubur lambuk dan kurma disumbangkan hari ini hasil sumbangan peribadi dari Menteri Besar yang berjumlah RM 5,000. Pengerusi Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri, Datuk Seri Indah diRaja, Datuk Abu Bakar Hamid berkata bagi tahun ini, Masjid Negeri menyediakan 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari. "Tahun ini, permintaan bubur lambuk dan kurma meningkat. Setiap hari kita akan mengagihkan 1,200 bubur lambuk dan 1,200 buah kurma. "Tahun lepas, setiap hari hanya 1,000 sahaja. Ada peningkatan sebanyak 200 disitu, "katanya. Bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan 68 orang dari syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai. Sebanyak RM 100,000 diperuntukkan untuk pengagihan bubur lambuk dan buah kurma selama 27 hari Ramadhan. Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai. | ||||
MP DAP dakwa guru sandaran tak terima bonus Posted: 10 Jul 2013 11:49 PM PDT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa menerima aduan daripada beberapa guru sandaran yang tidak menerima bonus satu setengah bulan gaji yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Bajet 2013, tahun lalu. Beliau mendakwa, guru-guru sandaran di kawasan Kulai itu telah mengadu tidak menerima sebahagian bonus pada Disember 2012 dan Januari lalu. Nie Ching yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menambah, merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2012, Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2012 turut menyenaraikan guru sandaran layak menerima imbuhan tersebut. "Mereka adalah guru terlatih tetapi masih belum terima bonus," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Pada pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam. Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada 1.3 juta kakitangan awam yang dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi pada Januari lalu. Dalam pada itu, Nie Ching turut menggesa kerajaan supaya menyemak aduan yang telah dikemukan rakyat bagi mengelak sebarang salah faham berlaku. "Kita tidak tahu di mana silapnya, sama ada pihak pentadbiran ataupun kerajaan. "Jadi kita minta kerajaan semak semula dan mengambil berat perkara ini," katanya. | ||||
Rogol SUKMA: 3 atlet didakwa hari ini Posted: 10 Jul 2013 11:39 PM PDT KL TODAYTiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun. Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Adib Adha Ismail, 18, yang mengaku tidak bersalah merogol pengiring itu di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu. Dia diikat jamin sebanyak RM10,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak sehingga 20 Ogos apabila kes itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi. Dua atlet yang didakwa masih belum dihadapkan di hadapan hakim. Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek. Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku. Rabu minggu lepas, seorang gadis berusia 19 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan di Perkampungan Sukan di Universiti Putera Malaysia (UPM). | ||||
Halim Saad saman kerajaan Malaysia Posted: 10 Jul 2013 11:30 PM PDT KL TODAY Taikun, Halim Saad mengambil tindakan saman RM2 bilion terhadap kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional dan bekas menteri berkaitan penyerahan kawalan konglomerat, Renong yang bermasalah kepadanya. Dalam kenyataan pembelaan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan dua lagi defendan, bagaimanapun mempertikai saman Halim dan wajar dibatal berikutan ia terkeluar dari tempoh iaitu melebihi enam tahun dari peristiwa itu. Ia didakwa bermula pada Ogos 2002 apabila Halim (gambar) diberitahu, Khazanah Nasional tidak akan melayan tuntutannya untuk bayaran pukal. Teras tuntutan yang menjadi perbincangan ramai ialah peristiwa yang membawa Halim menyerahkan kawalan Renong dan peranan yang dimainkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Secara mudah, krisis kewangan Asia pada 1997 meranapkan harga saham Renong dan mendedahkan konglomerat itu kepada masalah aliran tunai dan beban hutang yang besar. Perniagaan pada tahun pembelian UEM pada takat 32 peratus blok saham Renong tidak berlangsung baik daripada pelaburan awam. Bagi meredakan pasaran, Halim pada 1998 didakwa menawar untuk membeli saham Renong dari UEM secara pilihan. Sebanyak RM3.2 bilion yang dibayar empat kali ansuran, tiga pada nilai RM100 milion dan bakinya bersama faedah pada 14 Februari 2001. Kali pertama, Halim membayar RM100 juta tetapi tidak membayar untuk kali kedua hingga tempoh tamat sehinggalah Khazanah mengambil alih. Versi Halim Halim membuat bayaran pertama pada Februari 2001 sebelum Julai tahun dipanggil ke Putrajaya oleh Dr Mahathir yang memberitahu beliau patut membiarkan kerajaan mengambil alih pegangan saham dalam Renang dan UEM. Dalam pertemuan pada Julai itu, Mahathir juga meminta Halim membincangkan hal itu dengan Nor Mohamed. Halim mendakwa beberapa pertemuan berlangsung antaranya dengan Nor Mohamed dan persetujuan dicapai untuk beliau meninggalkan Renong. Sebagai balasan, Halim dibayar RM1.3 bilion secara tunai dan menguasai hartanah serta syarikat pengurusan sisa, dianggar bernilai RM2 bilion. Beliau menulis beberapa surat kepada Dr Mahathir dan Nor Mohamed mengenai perjanjian pada 2001 itu berikutan hanya menerima RM163 juta pada 2003 iaitu sebahagian daripada perjanjian berkenaan. Halim mendakwa beliau cuba menemui Nor Mohamed antara 2003 dan 2010 bagi perjanjian dan hanya bertemu di sebuah pejabat di Putrajaya sebelum diberitahu tiada bayaran akan dibuat. Bagaimanapun, ketiga-tiga defendan menyifatkan dakwaan Halim tidak benar dan semua dakwaan hanya imaginasi beliau. Versi Nor Mohamed dan kerajaan Malaysia Sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Dr Mahathir, Nor Mohamed diberi mandat untuk membuat penstrukturan UEM, bukan terlibat dalam sebarang perjanjian untuk membayar pampasan kepada Halim. Malah, beliau mendakwa tidak pernah mencapai sebarang perjanjian melibatkan kerajaan untuk membayar kepada Halim pada pertemuan mereka melainkan soal penstrukturan UEM. | ||||
Parlimen mesti memastikan SEDA ditutup Posted: 10 Jul 2013 11:27 PM PDT
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia. Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing) serta tuduhan salah laku dalam sistem Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT). Mekanisme Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT) telah diterima pakai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan bukannya dibangunkan secara tempatan untuk pelaksanaan projek-projek Tenaga Diperbaharui (RE). Sehingga kini, formula untuk menetapkan kos unit FiT tidak diketahui. Kerajaan Persekutuan langsung tidak telus dalam proses mengira Perbelanjaan Modal (capex), Perbelanjaan Operasi (opex), Keuntungan Terkawal (Regulated Profit) dan Faedah Kecekapan (Efficiency Perks). FiT dibiayai oleh rakyat dan rakyat mesti mengetahui mekanisme dan butir-butir pengiraannya. Di samping itu, pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT masih boleh dipersoalkan. Model ini tidak menjamin pertumbuhan industri RE yang mapan dan berterusan. Apa yang akan berlaku selepas 'tahun-tahun menguntungkan'? Adakah pelabur akan terus melabur? Agensi-agensi kerajaan bukan sahaja tidak membalas keraguan AWER terhadap FiT secara profesional, malahan telah memberi beberapa jawapan disalin dari Wikipedia. Pada masa ini, Jerman sendiri sudah menghadapi isu-isu serius dengan mekanisme FiT berdasarkan perundingan AWER dengan beberapa pakar dari Jerman dan laporan-laporan yang diterbitkan. Oleh itu, penggunaan Jerman sebagai contoh yang utama oleh Kerajaan Persekutuan bagi justifikasi pelaksanaan RE melalui mekanisme FiT boleh dipersoalkan. Tahun lepas (2012), maklumat mengenai bagaimana FiT solar PV telah dimonopoli oleh individu-individu tertentu telah diketengahkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority of Malaysia atau ringkasnya SEDA) yang terdiri daripada (Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan) telah menuding jari dengan sewenang-wenangnya kepada objek mati seperti sistem komputer bagi semua masalah dan menyatakan ia adalah mekanisme yang 'telus'. Komputer hanya boleh menjadi mekanisme kawalan kerana manusia masih mengawal input dan output. Perkara ini perlu disiasat secara terperinci dan bebas oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera bagi memastikan integriti dan ketelusan yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ditegakkan. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli-ahli Parlimen (MP) yang baru dipilih untuk menubuhkan Panel Bebas bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 di bawah Suruhanjaya Tenaga secara langsung untuk mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran dana operasi. Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dengan jelasnya telah menetapkan bidang kuasa untuk membangunkan RE adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga. Ini juga bermakna Akta SEDA 2011 perlu dimansuhkan disebabkan pertindihannya dan SEDA mesti ditutup. Ia adalah penting untuk membina industri RE yang berkembang tetapi model masa kini akan gagal dengan teruk kerana ia tidak mampan dan Malaysia langsung bukanlah pemilik teknologi. Panel ini juga perlu menyiasat individu yang telah memperdaya Parlimen dalam meluluskan pelaksanaan mekanisme FiT yang cacat ini melalui SEDA dan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu ini untuk mengelakkan kesilapan sebegini daripada berulang. Pegawai kerajaan yang tidak kompeten dan rasuah serta orang-orang yang mempunyai kepentingan tertentu telah menyebabkan banyak kerajaan gagal. Sejarah memberikan contoh yang baik untuk masa depan dan ironinya, sejarah sentiasa berulang. Pemimpin yang bijak akan belajar daripada kesilapan dan membuat perubahan. Kita memerlukan Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen yang berani untuk memadamkan SEDA supaya RE boleh berkembang semula. Piarapakaran S. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) | ||||
Duit gaji saya tak ambil, insya Allah – Che Long Posted: 10 Jul 2013 11:25 PM PDT
"Pada saya, saya kata, insya Allah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai hajat kita. Hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala. "Insya Allah, kalau saya menang bertanding pada pilihan raya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil," ujarnya dipetik Buletinonline. Sehubungan itu, beliau mahu mewujudkan satu tabung yang diuruskan oleh beberapa orang. "Yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik, kalau ada betul-betul orang miskin perlu, silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil, insya Allah," katanya lagi. Beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama semasa ketika ketiadaannya dalam 'kawasan'. Baginya, orang-orang Islam dan beriman perlu menyemaikan kasih sayang kerana dengan itu dapat merasai kesusahan yang dialami oleh orang lain. "Apabila kita ni jenis orang beriman, kita orang jemaah, yang paling penting, sama-sama kita ini dengan rakyat ini, kita nak belajar berkasih sayang. "Apabila kita berkasih sayang, kita dapat merasa apabila kita tengok orang susah, kita berasa (susah) orang yang berasa kesian juga ke orang ni, alhamdulillah, orang tu dapat rahmat Allah Taala," jelasnya. | ||||
Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk' Posted: 10 Jul 2013 11:21 PM PDT ASPAN ALIASAkta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.Keadaan menjadi hangat apabila ada pihak dalam BN dan rakyat ramai sendiri merasa takut jika Akta itu dipinda atau dimansuhkan. Ini merupakan satu usaha dan perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu. Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu 'expedient' sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik pihak tertentu. Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu Akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang. Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu. Ada pandangan dan perbidalan Inggeris, 'just as an idle mind is an evil's workshop, a weak character and a coward is a devil's playing field'. Kelemahan 'character' kebanyakkan kepimpinan UMNO pada hari inilah yang menyebabkan pemimpin menjadi penakut dan sentiasa bersedia untuk memenuhi tekanan pihak yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat. Bagi setengah pendapat Akta ini amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan berlaku kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa sahaja boleh bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan kerana politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam kekecuhan. Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya dalam hidup ini. Haiwan yang tidak dikawal oleh undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja pun tidak mempunyai kebebasan sebenar. Harimau yang garang tidak bebas untuk keluar dari hutan dengan bebas kerana ia membahayakan dirinya sendiri. Harimau yang tidak berfikiran itu pun takut untuk keluar ke jalanraya kerana ia akan memudaratkan kehidupannya sendiri apabila dijumpai oleh manusia yang mempunyai cara dan kaedah canggih bagi membunuhnya. Najib mahu memenuhi kehendak semua pihak kerana beliau 'desperate' untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya 13 yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran beliau tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan menjanjikan pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana rakyat tetap tidak memberikan sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang lepas. Bagi saya Najib sepatutnya tegas dengan Akta yang begitu penting dan telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi. Kalau pun ia dipinda biarlah ia dipinda oleh pembangkang jika mereka berjaya mengambilalih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. BN sepatutnya tegas mempertahankan Akta yang BN lindungi selama ini. Sekarang nampaknya Zahid Hamidi begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini. Jika Zahid benar-benar komited untuk mempertahankan Akta ini beliau seharusnya bersedia untuk menjadi korban semata-mata kerana menegaskan pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini. Secara peribadi saya mengenali Zahid ini sejak 32 tahun yang lepas dan saya mempunyai keraguan terhadap beliau samada beliau benar-benar tegas mempertahankan Akta ini dengan 'conviction' nya yang tinggi. Saya tidak mahu beliau nampak garang semata-mata untuk mendapatkan penyatuan sokongan perwakilan UMNO dalam pemilihan parti tidak lama lagi. Saya berharap Zahid terus tegas dan jangan tunduk selepas pemilihan parti nanti. Zahid perlu melakukan 'follow through' yang jelas sampai selesai dan berjaya mempertahankan Akta ini. Jika Zahid akhirnya berundur kerana desakan peribadi dan politik UMNO sahaja maka itu bukannya pemimpin berwibawa. Itu adalah pemimpin 'mati pucuk' namanya. Zahid akan mendapat sokongan ramai sebenarnya. Yang tidak menyokong hanyalah dari mereka yang mempunyai 'political affiliation' yang menebal sahaja tanpa memikirkan keselamatan negara dimasa depan. Saya berharap Zahid tegas dalam isu ini dan jangan tunduk kerana tekanan pihak yang berkepentingan kepartian semata-mata. Saya berharap Zahid tidak lah seorang pemimpin 'mati pucuk' seperti yang saya sebut sebentar tadi.Kalau pun akta ini hendak dimansuhkan, elok di paparkan draf Akta gantian yang menggantikan Akta Hasutan 1948 itu dahulu. Jadilah lah pemimpin yang 'effective' kepada negara walaupun mungkin tidak popular dalam jangka masa yang pendek ini. Tetapi Akta ini amat perlu dikekalkan semata-mata untuk menjaga kestabilan negara untuk jangka masa yang panjang. Hanya mungkin boleh dilakukan ialah pindaan kepada Akta ini sahaja supaya ia tidak mudah digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak yang sedang berkuasa yang lemah sekarang. Mungkin ada kecenderungan ia disalahgunakan oleh pimpinan yang lemah dan tumpuan perlu dibuat terhadap isu penyalahgunaan oleh mereka yang lemah atau 'mati pucuk' tadi sahaja. Isu ini benar-benar memberikan dugaan besar kepada Zahid dan kita begitu teruja untuk menunggu kesudahan kepada isu ini. | ||||
Kabinet 2013 serius cegah rasuah atau retorik Posted: 10 Jul 2013 11:19 PM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan gesaan unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri supaya perubahan lebih radikal dibuat dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah. Bagi DPPM, usaha radikal Pemandu perlu digalakkan dan disambut baik semua pihak kerana Pemandu mewujudkan suatu kesedaran bahawa rasuah adalah jenayah dan musuh yang menghancurkan negara. Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jenayah rasuah tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya perlu usaha bersungguh-sungguh bagi memeranginya. "PAS dan Pakatan Rakyat telah lama memberikan komitmen terhadap perkara ini dan sanggup bekerjasama bagi memastikan pelaku rasuah diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Malah, ujar beliau siri-siri pembongkaran terhadap kegiatan rasuah kerap dibuat bagi memastikan negara ini selamat dari gejala ini. PR juga, ujarnya sering menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti sayangnya PR bersama rakyat terhadap negara ini dari dicemari oleh pelaku rasuah. "DPPM mencadangkan sekiranya Pemandu benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa," katanya lagi. Tambahnya, tidak ada pihak yang terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah. Menurutnya lagi, membanteras rasuah perlu dilakukan bermula dari pemimpin negara kerana sebagai pemimpin kerajaan dan negara ini, pemimpin menjadi contoh teladan kepada rakyat untuk diikuti. Beliau menegaskan, rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin atasan dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya. Tambah beliau, gejala rasuah akan menjadi barah dan budaya kerana rakyat mengikut kepemimpinan negara. "Rakyat mahu melihat keberhasilan Pemandu dengan tindakan terhadap golongan sasar. "Prestasi kabinet sesi 2013 dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri kali ini menjadi sandaran dan bukti benarkah rasuah benar-benar telah dicegah atau hanya sebuah lagi projek retorik untuk mengabui mata rakyat," ujarnya. | ||||
Boros RM500 juta belanja PRU, SPR wajib letak jawatan – Izzah Posted: 10 Jul 2013 06:48 PM PDT Oleh Norasikin Samsi KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengulangi desakan supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan berikutan perbelanjaan tidak telus hampir setengah bilion untuk pilihan raya. Beliau berkata, dasar pelaksanaan SPR yang runcing ditambah dengan penipuan dan penyelewengan dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 termasuk perbelanjaan boros wang negara melenyapkan kredibiliti dan intergriti badan itu. "SPR tidak telus dalam perberlanjaan dan pelaksanaan banyak dasar. Kita persoalkan perbelanjaan yang begitu boros, tetapi apa yang meruncing adalah personaliti SPR itu sendiri. Mereka tidak ada kredibiliti membelanjakan sejumlah wang negara dan tidak peka dengan tuntutan rakyat," katanya kepada Keadilan Daily. Justeru, Naib Presiden KEADILAN itu berkata, kepimpinan SPR wajib ditukar sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini. "Dengan perbelanjaan sebegini yang tidak diganding dengan penjelasan jelas dan tanpa penanggungjawaban, SPR wajib letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut. Saya tak boleh terima jika kita terpaksa melalui satu lagi pilihan raya tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka dan personaliti-personaliti ini," kata Nurul Izzah. Tambahnya, penukaran pembekal dakwat kekal yang akan digunakan untuk PRK Kuala Besut tidak mengubah isu penyelewengan dakwat boleh tanggal pada PRU lalu. "Ini tidak mencukupi, mereka menipu dan terus menipu dan secara peribadi semasa saya berjumpa dengan Timbalan Setiausaha SPR dua hari sebelum pilihan raya, perkara yang sama diulang. "Tindakan minimanya semua wajib letak jawatan dan diganti dengan pimpinan SPR yang mendapat kepercayaan dari semua pihak termasuk juga Pakatan Rakyat. "Ini kerana mereka hilang dan gagal mempertahankan kredibiliti dan intergriti, termasuk penipuan pilihan raya dan lebih 60 petisyen dikemukakan," kata Nurul Izzah lagi. Ditanya mengenai perbelanjaan munasabah untuk mengadakan pilihan raya, Nurul Izzah berkata: "Kita hanya rujuk pada pilihan raya lepas dan sekarang ada peningkatan. "Apapun kita tak boleh terima apabila wang sebesar ini dibelanjakan untuk mereka yang menjadi ejen dan di bawah kuasa serta pengaruh Barisan Nasional. Apatah lagi wang RM500 juta ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga," katanya. | ||||
Buka semula siasatan kes beli undi di Bayan Baru Posted: 10 Jul 2013 06:45 PM PDT
Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan kenyataan pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo bahawa siasatan ke atas kes itu ditutup kerana tiada bukti ditemui. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, kenyataan tidak boleh diterima kerana pihaknya telah menampilkan beberapa bukti jelas berkaitan pembeliaan undi. "Kita menyeru SPRM membuka fail siasatan semula, cari bukti bersungguh kerana kita telah nyatakan bukti bergambar berhubung dakwaan ini. "Kita pergi ke tempat tersebut pada 10 hingga 13 Mei dan mendapati memang terdapat acara membeli undi besar-besaran atau lucky bonus. "Alasan SPRM mereka tak ada bukti memang tak boleh diterima," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, Pakatan Rakyat bersedia memberi kerjasama kepada SPRM sekali lagi jika kes itu dibuka semula. "Jika perlu buat laporan semula, kami bersedia asalkan kes ini disiasat dengan betul," katanya. | ||||
Berapa kemalangan sebelum, selepas AES dikuatkuasa Posted: 10 Jul 2013 06:42 PM PDT
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] meminta Menteri Pengangkutan menyatakan statistik kemalangan di 14 lokasi AES sebelum dan selepas AES dikuatkuasakan bermula 22 September 2012. Beliau yang juga Naib Presiden PAS bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan seperti di bawah. Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membenarkan pengambilalihan Syabas oleh Kerajaan Negeri Selangor atau sebaliknya. Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kejayaan dan kegagalan projek-projek pelaburan zakat oleh industri zakat di Malaysia. Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini tentang tuntutan Royalti Petroleum untuk rakyat negeri Kelantan seperti mana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Bilakah pembayaran tunai melebihi 20% yang dijanjikan dalam manifesto BN kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri yang layak akan diberikan. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan:- (a) jumlah dana Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) terkumpul sehingga kini hasil daripada bayaran tambahan sebanyak 1% daripada bil elektrik bulanan; dan (b) kemajuan, keberkesanan dan impak pelaksanaan polisi Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) sehingga kini. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan adakah tawaran-tawaran yang di hantar oleh pihak syarikat kewangan kepada individu-individu tertentu dianggap melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 dapat disiapkan sepenuhnya dan nyatakan pakej-pakej berkaitan yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual serta perancangan untuk mengatasinya. Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bersedia menarik balik semula semua pendakwaan ke atas mana-mana individu di bawah Akta Hasutan 1948. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan berapakah jalan luar bandar yang masih lagi belum siap dalam usaha menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar. Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah kedai-kedai (outlet) judi di seluruh negara mengikut negeri pada tahun 2012. Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan Perdana Menteri telah datang ke negeri Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas dan berjanji untuk melaksanakan 7 perkara besar bagi rakyat negeri itu. Apakah ia akan terus dilaksanakan walaupun BN tidak berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan. Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk menjadi 'pencelah' (Intervenor) dalam kes Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas yang menuntut tunggakan Royalti minyak di Mahkamah, sedangkan Kerajaan Persekutuan bukanlah satu pihak dalam perjanjian Antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani oleh kedua-duanya pada tahun 1975. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa pihak Kerajaan enggan menubuhkan IPCMC untuk menyiasat dakwaan kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh anggota polis. Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:- (a) bilakah penguatkuasa gaji minimum dilaksanakan, apakah tindakan terhadap majikan yang engkar; dan (b) berapakah majikan yang telah diambil tindakan kerana mengengkari arahan ini. | ||||
Posted: 10 Jul 2013 06:39 PM PDT PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam. Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam. Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit. Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam. Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ. Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas. Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung. "Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen. "Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ," katanya. Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. | ||||
Penduduk Seksyen 7 Bimbang Kren Pembinaan Terlalu Hampir Dengan Rumah Posted: 10 Jul 2013 06:35 PM PDT SHAH ALAM : Penduduk Perumahan di Jalan Plumbum 7/103 Seksyen 7 di sini hidup dalam keadaan kebimbangan ekoran kren pembinaan yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan mereka. Menurut penduduk, Rahim Salib,54, kren pembinaan untuk sebuah projek komersil dan kediaman itu mendatangkan ancaman kepada mereka. "Ia amat berbahaya tumbang jika ditiup angin kencang atau ribut, projek ini terlalu hampir dengan kawasan perumahan sehinggakan antara projek pembinaan bangunan 35 tingkat itu dan rumah terdekat mempunyai sempadan yang terlalu hampir. "Sepatutnya sempadan itu perlu diperbesarkan lagi jarak antara bangunan 35 tingkat itu dan rumah yang mana perlu dikaji semula. "Apabila terlalu hampir maka dari segi pemandangan dan teknikalnya sudah tidak berapa baik jika berlaku apa-apa yang buruk, " kata beliau ketika ditemui di rumahnya di sini. Tambah beliau masalah kesihatan jangkitan demam denggi juga mengancam penduduk kerana disebabkan kawasan pembinaan itu yang dikhuatiri tidak diurus dengan baik. "Kita bersama persatuan penduduk sudah membuat aduan kepada pihak berkenaan agar kerja pembinaan mempunyai tempoh masa. "Namun apa yang menghairankan terdapat kerja-kerja sehingga jam 10 malam, jadi saya mengharapkan agar pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar membuat penguatkuasaan yang baik," kata beliau. Ujar beliau lagi sudah berlaku keretakkan rumah dan kegelinciran tanah di kawasan perumahan ini kesan langsung daripada pembinaan daripada projek itu. Beliau mencadangkan agar kren pembinaan yang terlalu hampir itu dialihkan ke kawasan yang lebih jauh dan selamat daripada kawasan perumahan agar keselamatan penduduk lebih terjamin. Sementara itu menurut penduduk, Rosiah (bukan nama sebenar) berkata, projek itu mendatangkan pencemaran bunyi dan udara kepada kawasan perumahan di kawasan itu dengan gangguan habuk dan bising yang berlaku. "Kita amat bimbang dengan projek berkenaan tetapi projek ini masih berjalan lagi, saya mengharapkan agar projek ini terus dipantau oleh pihak berkenaan," kata beliau. Sementara itu menurut Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad mengulas perkara itu berkata, pihak MBSA akan mendapatkan maklumbalas daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dalam masa terdekat. | ||||
‘Jenayah Apabila Berlaku Kepada Rakyat Ia Persepsi, Bila Kena Menteri Ia Realiti’ Posted: 10 Jul 2013 06:33 PM PDT KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan peningkatan jenayah sebagai sebab untuk mengembalikan semula Ordinan Darurat(EO). Menurut Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pengakuan Zahid itu muncul berikutan kediaman seorang menteri kabinet dipecah masuk oleh penjenayah baru-baru ini. Tegas Azmin, sebelum ini setiap kali perkara berkenaan jenayah ini dibangkitkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan jawapan bahawa ia merupakan satu persepsi. "Namun semalam semasa sesi penggulungan, menteri menegaskan ia bukan lagi persepsi tetapi kadar jenayah sememangnya tinggi di negara ini. "Apabila berlaku jenayah kepada rakyat, ia dianggap persepsi tetapi apabila berlaku kepada pemimpin atau menteri, ia adalah realiti," tegas Azmin. Azmin juga menyoal, adakah dengan pengakuan menteri ini mahu dijadikan alasan untuk kerajaan mengembalikan EO yang telah dihapuskan. Untuk rekod EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan dakwaan ia tidak bersifat demokratik. Sejak ia dimansuhkan, kira-kira 2,000 tahanan dibebaskan. Dalam pada itu, Azmin turut menyelar tindakan Kerajaan Pusat dan anggota polis yang didakwa hanya berdiam diri apabila kes jenayah berlaku kepada rakyat di negara ini. | ||||
PR Persoal Layanan Istimewa PM Kepada Malindo Air Posted: 10 Jul 2013 06:28 PM PDT KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) hari ini mempersoalkan layanan istimewa Kerajaan Pusat terhadap Malindo Air meskipun audit kelayakan ke atas syarikat penerbangan tersebut untuk memperoleh Lesen Perkhidmatan Udara belum selesai. Malindo Air dilancarkan tahun pada 12 September 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedangkan tarikh operasinya diumum pada Mei 2014. Sedangkan menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbang Awam (DCA) itu hanya diberikan pada 28 Februari lalu. Katanya, tindakan itu sama sekali bercanggah dengan kenyataan Menteri Pengangkutan sebelum ini berhubung kriteria pemberian lesen perkhidmatan udara iaitu 'lulus dalam menjalani audit teknikal'. "Maksudnya Najib melancarkan dan mengumumkan tarikh operasi sebelum DCA dapat menjalankan audit ke atas kelayakan syarikat tersebut untuk memperoleh lesen berkenaan. "Kejadian ini memberi bukti kukuh bahawa Malindo Air diberikan sokongan luar biasa daripada Perdana Menteri sehingga kekurangan lain syarikat tersebut diabaikan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas lanjut katanya, pemilik saham utama syarikat penerbangan itu iaitu National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhg (Nadi) didapati melanggar Akta Syarikat 1965 kerana tidak memfailkan penyata kewangan mereka sejak tahun 2007. Malah katanya, syarikat usahasama Malindo Air iaitu PT Lion Group merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai trek rekod yang amat diragui di Indonesia dan antarabangsa. "Adakah Kementerian sedar bahawa Lion Mentari Air adalah syarikat penerbangan yang diharamkan di European Union atas sebab kelemahan keselamatan dan tidak memenuhi piawaian penerbangan yang dibenarkan. "Malah perkhidmatan Lion Air digantung beberapa bulan pada Julai 2011 atas sebab prestasi yang terlalu teruk. "Isu-isu ini masih belum mengambil kira banyak kemalangan yang berlaku sebelum 2011," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan