Ahad, 7 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Adakah Bumiputera Berkuasa Di Lembah Klang?

Posted: 07 Jul 2013 04:36 AM PDT

'Hanya 15 peratus kedai di Lembah Kelang milik bumi'

Timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kadar penyertaan yang rendah di kalangan bumiputera memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan, imej dan dalam mengagih kekayaan.

Beliau berkata hanya 15 peratus daripada kedai di Lembah Klang diusahakan oleh golongan bumiputera manakala selebihnya diusahakan golongan Cina.

Ia bukan satu statistik yang baik dari segi agihan ekonomi negara, katanya dalam satu sidang media di Seremban, menurut laporan Sin Chew Daily.

Katanya, keadaan itu dilihat sama seperti di bandar besar kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, beliau perlu menimbulkan perkara ini kerana senario masa kini tidak sihat untuk pembangunan ekonomi negara.

"Apabila pelancong melawat Malaysia, mereka akan tanya: Hanya orang Cina di Malaysia? Di mana kedai orang Melayu, India, Kadazan dan Iban?," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau juga menangkis dakwaan pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa BN melayan orang Cina sebagai "warga kelas ketiga".

Katanya, orang Cina sudahpun menjadi warga kelas pertama sejak sekian lama.

Jika tidak, orang Cina tidak akan memiliki 85 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan membentuk sebahagian besar daripada senarai 40 orang jutawan Malaysia, katanya.

Beza Antara Mursi Dan Baradai

Posted: 07 Jul 2013 03:47 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/67823_213482215471987_1074499648_n.jpg

(KANAN) Pres Mesir DR Mursi mencium tangan Guru beliau Syaikh Sa'ad Lasyin yang menjadikannya penghafal al Quran

(KIRI) al Baradai (yg digadang2 militer setelah kudeta untuk menggantikan Mursi)

Idris Jusoh Mula Ugut Guru? Ini Dengar Jawapan Orang Cerdik

Posted: 07 Jul 2013 12:29 AM PDT


Jangan ugut kami untuk undi kamu, kata NUTP

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Guru-guru tidak seharusnya "diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

"Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional," kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: "Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

"Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut."

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

"Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan," tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.

Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.

Di manakah Mursi ketika ini?

Posted: 06 Jul 2013 10:49 PM PDT


liza hasan
7 Julai 2013

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.179748.1373156040!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba'ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.

Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.

Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.

Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.

Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?

Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.

Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.

Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.

Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.

Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.

Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950 selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.

Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.

Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?

Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.

Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.

Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.

Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.

Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai "30 tahun yang penuh dengan kegelapan."

Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.

Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.

Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan.

Tiada ulasan: