Selasa, 2 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®

Gambar Dan Cerita Terkini TG Nik Aziz Oleh Rizal Tahir

Posted: 02 Jul 2013 07:55 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/999317_10201421183833849_163680470_n.jpg

Rizal Tahir

Petang tadi rt berkesempatan berjumpa dengan TGNA utk mengambil temujanji......rt memberitahu bahawa hari ni genap 46 tahun kisah trajis pembunuhan Abdul Samad Gul di hadapan pejabat PAS Kelantan.....TGNA memberitahu, beliau ada di tingkat atas ketika kejadian pada malam itu.....tetapi belia hanya tahu kisah pembunuhan berkenaan pada keesokkan harinya sewaktu di sekolah (TGNA mengajar di Mahaad Muhamadi ketika itu) selepas diberitau oleh salah seorang guru bahasa inggeris sekolah berkenaan.....perbualan kami terhenti setakat itu sahaja, kerana masuk waktu asar.....nanti rt akan follow up dgn TGNA mengenai kisah malam itu jika rt jumpa TGNA lagi......in shaa Allah, lusa akan jumpa dengan TGNA lagi......

-dirakamkan di JKR 10 sebelum masuk waktu asar petang tadi.......

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin A’ishah Putri & Pengiran Muda Abdul Qawi

Posted: 01 Jul 2013 09:16 PM PDT

Rasanya belum terlambat lagi untuk Budiey ucapkan sekalung tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Di Raja YAM Tengku Amalin A'ishah Putri (29 Tahun) dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi (39 Tahun) di atas perkahwinan baginda.

Pasangan Diraja yang sama cantik sama lawa ini telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 yang lalu di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan

Majlis akad nikah telah diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam, 27 Jun lalu, manakala majlis persandingan pula disempurnakan pada keesokan harinya, 28 Jun 2013 di Istana Negeri. Difahamkan lebih 1,000 tetamu dari dalam dan luar negara telah hadir pada majlis persandingan yang penuh adat istiadat itu. Pasangan pengantin juga dijangka akan turut menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, pada 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran pada 7 Julai ini.

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid. Manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Y.A.M Tengku Amalin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Y.A.M Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur, Tengku Amalin telah menjawat jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku pernah berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pendaftar.

Dianugerahkan Darjah Kebesaran tertinggi Kelantan iaitu Darjah Kerabat Al-Yunussi (DK) cukup membuatkan kita berasa bangga kepada beliau. Dalam usia begitu muda sudah mendapat tempat di dalam Istana Kelantan dan menjadikannya sebagai salah seorang puteri raja yang amat berpengaruh. Jika dilihat ramai, hubungan Keluarga diraja Kelantan dan Johor amat erat dan ini ditambah lagi Yang Amat Mulia Tengku Amalin menjadi kerabat damping dengan Paduka Puteri Sultan Johor.

Y.A.M Tengku Amalia bertunang dengan Pengiran Muda Abdul Qawi pada April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan. Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan.

Cantik dan ayu YAM Tengku Amalin. Semoga perkahwinan baginda berkekalan hingga akhir hayat. Sekali lagi tahniah Budiey ucapkan.

Tengku Amalin Aishah Putri mengenakan busana pengantin rekaan khas dari pereka terkenal Radzuan Radziwill. Kemasan busana yang sangat kemas, sentuhan potongan yang sangat teliti, nampak cantik dan sepadan dengan wajahnya yang jelita. Pereka ternama ini turut berkongsi gambar sekitar majlis berlangsung. Sangat meriah.

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin A'ishah Putri & Pengiran Muda Abdul Qawi

Kredit Foto: Facebook Radzuan Radziwill

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin Aishah Putri & Pengiran Muda Abdul Qawi

adinda kelantan kahwin
AMALIN AISHAH KAHWIN
tengku amalin kahwin

http://www.budiey.com/gambar-perkahwinan-diraja-tengku-amalin-aishah-putri-pengiran-muda-abdul-qawi/

Azmin: Kerusi Dun Kuala Besut kekal milik Pas

Posted: 01 Jul 2013 05:57 PM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
2 Julai 2013

KUALA LUMPUR - PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan panjang bersama pimpinan PKR pusat dan Terengganu.

"PKR telah buat ketetapan ini dalam satu majlis, kelmarin.

"Kita akan sokong calon Pas yang akan terus kekal di Dun Kuala Besut. PKR Terengganu dan Pusat telah mengerahkan jentera untuk membantu kemenangan Pas di sana," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, pendirian itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan PR minggu ini.

Menurut Azmin, walaupun terdapat gesaan daripada peringat negeri Terengganu untuk meletakkan calon PKR di kerusi tersebut, namun keputusan yang telah dibuat itu harus dihormati semua pihak.

Isu perebutan kerusi Dun Kuala Besut mula tercetus apabila Azmin dalam kenyataannya semalam tidak menolak untuk meletakkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Sementara itu, mengulas kenyataan Lim Guan Eng agar Pas memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes keputusan PRU13 lalu, Azmin berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah pendapat peribadi.

"Mengenai keputusan akhir kita akan tahu lepas majlis pimpinan PR rakyat (yang dijangka Rabu ini)," katanya.

Tiada ulasan: