Selasa, 2 Julai 2013

Biaqpila

Biaqpila


ADA YANG BERBULU TENGOK NOR FARHAN BAWA FERRARI NEH...KAH! KAH! KAH!

Posted: 02 Jul 2013 10:13 AM PDT


                    

Kehandalan pasukan bola sepak Kelantan kini tidak diragui lagi apabila mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.

Apabila disebut soal kemenangan, pastinya ramai yang teruja dengan insentif yang diumumkan oleh Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang akan memberi setiap seorang daripada dua pemain terbaik JDT sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 yang berharga RM550,000.

Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.

Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.

Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.

Saksikan video jenaka tersebut.

MNH


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KEPUTUSAN LIGA SUPER 1/7/13

Posted: 02 Jul 2013 08:16 AM PDT

PEKERJA TNB KENA 'CEKIK' : 3 GELAS AIR BERHARGA RM45

Posted: 02 Jul 2013 05:10 AM PDT


BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

"Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

"Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang 'special' di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

"Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.

"Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.

"Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini," katanya.

Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.

Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.

Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

"Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula," katanya.

Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit.

SH


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

PEGAWAI KANAN SPR DIDAKWA KES RASUAH HARI INI

Posted: 01 Jul 2013 05:40 PM PDT

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai 'orang tengah'.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. "Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

SH



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: