Rabu, 17 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Karpal Singh buat laporan polis Tajuddin Rahman

Posted: 17 Jul 2013 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee berikutan kenyataan hasutan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman terhadap dirinya.

Beliau menegaskan, tindakan tegas harus diambil terhadap Tajuddin kerana mengeluarkan satu kenyataan berunsur serangan peribadi yang sama sekali tidak benar.

"Saya membuat laporan ini supaya satu siasatan polis secara menyeluruh dapat dilaksanakan dan beliau boleh didakwa di mahkamah di atas kelakuan jahatnya itu.

"Saya menggesa polis menyiasat Tajuddin mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, serta mengikut Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di luar Balai Polis Tun HS Lee, tengah hari tadi.

Seksyen 4 (1) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jenayah untuk mengeluarkan sebarang perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan dan lain-lain yang mempunyai kecenderungan menghasut. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tajuddin sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut memberi amaran kepada pengundi di sana dengan mendakwa Karpal akan menjadi Presiden pertama Malaysia jika DAP dibenar menerajui tampuk pemerintahan negara melalui PAS.

Karpal berkata, beliau percaya bahawa kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut dan berunsur fitnah.

"Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibenar dan digalakkan sama sekali dalam negara," tegasnya.

Turut hadir menemani Karpal membuat laporan polis itu ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Kit Siang turut mengecam kenyataan itu yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan orang yang melakukannya tidak boleh terlepas daripada hukuman.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, jentera keadilan negara bukan sahaja perlu adil tetapi dilihat adil di mata umum dan sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti dilakukan Tajuddin mesti didakwa.

"Apa yang dilakukan Tajuddin itu adalah satu daripada beberapa siri kenyataan berunsur hasutan yang dibuat dalam tempoh enam minggu lalu," ujarnya. – Roketkini.com

Blog UMNO Reform: UMNO - semakin panas

Posted: 16 Jul 2013 08:23 PM PDT

UMNO - semakin panas

ULASAN SEMASA – Najib terus di uji dan dinilai dan setakat hari ini – jelas kelihatan Najib sentiasa diperhatikan dalam membuat keputusan. Adakah Najib sedang berjaya dalam usaha meraih sokongan bila sampai PAU nanti atau Najib akan melihat satu arus baru dalam UMNO yang mahukan beliau melepaskan jawatan. Politik itu politik – tiada kawan tiada lawan yang berkekalan. Semua dilakukan untuk tujuan tertentu dan ini menjadi keutamaan bagi mereka yang berada dalam gelenggang politik. Namun pemerhatian yang perlu diutamakan adalah persepsi rakyat .

Artikel www.kritis-online.com dengan lantang menyebut – Najib adalah dalam peringkat pemerhatian – setelah rekod pencapaian yang tidak menarik pada PRU 13 – kegagalan memperbaiki kedudukan Selangor yang mana beliau bertanggungjawab terus dan hari ini beberapa pelantikan khususnya untuk jawatan GLC dan beberapa lantikan politik turut dipersoalkan dan tidak memberi keyakinan bukan sahaja pada rakyat malah pada ahli UMNO sendiri.

Dalam artikel KLIK SINI – www.kritis-online.com – Najib dikatakan tiba-tiba keseorangan dalam menuju ke PAU nanti. Zahid Hamidi yang dikatakan orang kuat Najib juga dikatakan telah menyebelahi Tan Sri Muhyiddin. Adakah ini spekulasi atau – benar gerakan untuk menggantikan Presiden UMNO dan Perdana Menteri sedang dijalankan dengan begitu rapi.

Penolakan Najib atau gerakan ini bukan baru malah di kalangan blogger juga sedar bahawa ada penolakan yang dirancang lebih dua tahun dahulu – bukan satu rahsia – ia datang dari mereka yang rapat dengan Tun Mahathir. Mungkin perlu di ingatkan kembali – pertemuan antara Tan Sri Sanusi Junid dengan blogger tertentu.

Najib – dalam usaha beliau untuk terus menerajui kepimpinan – dengan usaha merakyatkan UMNO hari ini berdepan dengan politik rakus dalam UMNO sendiri. UMNO sendiri perlu menentukan UMNO sebelum kita bercerita mengenai PRU 14 dan dari pengamatan – Barisan Nasional/UMNO akan terus bergolak – akan terus tersekat dalam kerja-kerja memastikan UMNO diyakini dengan pergolakan semakin panas dalam UMNO.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=2106&Itemid=58

Kabinet Haram Mesir

Posted: 16 Jul 2013 06:04 PM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/q77/s720x720/1069345_578931758823799_2044982921_n.jpg

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 16 Julai 2013 | 10.58 malam

KERAJAAN HARAM MESIR

Presiden Interim Adly Mansour di tengah-tengah bersama menteri kabinet di Istana Presiden Kaherah (foto hari ini 16 Julai).

Hampir 2 minggu yang lalu, Adly Mansour telah angkat sumpah, diikuti dengan jentera kerajaan yang baru diketuai oleh Perdana Menteri Hazeem El-Beblawi.

Menampilkan Menteri Pertahanan Gen. Abdel-Fattah As-Sissi, watak yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ke atas Dr. Morsi pada 3 Julai yang lalu. As-Sisi sekarang ini diberi mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri & masih memegang portfolio di Kementerian Pertahanan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Tiada ulasan: