Rabu, 17 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hadiah PRU13, 1 079 Kamera AES Akan Dipasang di Seluruh Negara

Posted: 17 Jul 2013 10:11 AM PDT




[TMI] Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara. 

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). 

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara. 

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan. 

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013. 

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah. 

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi. 

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat. 

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013.


P/s: Siapa yang untung? Baca di sini. 



Kemaluan DIPATUK Ular

Posted: 17 Jul 2013 07:00 AM PDT



[HM] Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

"Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas," katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

"Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa," katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. "Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa," katanya. - Agensi



Warga China Diculik, Dirogol dan Diliwat 3 Lelaki

Posted: 17 Jul 2013 05:30 AM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] PETALING JAYA - Seorang wanita warga China bukan sahaja dirogol secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.

Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.

"Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.

"Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. - 11 Julai 2013



Pemuda Diculik, Dibelasah Kononnya Hina Agama Islam Nafi Dakwaan Blogger BN/Media Sosial

Posted: 17 Jul 2013 12:32 AM PDT


Kes saya tiada kaitan dengan blogger lucah, kata mangsa culik

[TMI] Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.

Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.

"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam, memberitahu pemberita di Bukit Aman bahawa kes Ng mungkin tercetus akibat kontroversi pasangan lucah itu.

Bercakap di sidang akhbar itu, Ng berkata, pengalaman pahitnya bermula apabila beliau sedang minum bersama teman wanitanya, Rachel Leong, 16, dan seorang lagi rakan di Seksyen 25, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin.

"Dua lelaki menghampiri saya. Seorang berbisik di telinga saya bertanya adakah saya `Ah Kiong', sementara seorang lagi memberitahu rakan dan teman wanita saya supaya senyap di kerusi masing-masing.

"Tanpa menunggu jawapan saya, lelaki itu menarik kemeja T saya dan mengheret saya ke sebuah kereta yang sedang menunggu," katanya.

Katanya, ada empat lelaki dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu itu. Ng mendakwa dia dipukul, ditutup mata dan dibawa ke sebuah pangsapuri.

"Saya tidak tahu saya dibawa ke mana. Mereka mengambil kad ATM saya dan meminta number PIN," katanya dan menambah bahawa mereka terus memukulnya hingga tidak dapat mengingati number PIN itu.

"Mereka juga menghubungi abang ipar saya meminta RM5,000 untuk pembebasan saya," katanya.

Ng berkata, beliau kemudian dibawa ke sebuah estet sebelum dibogelkan dan mereka menulis perkataan di tubuhnya serta memaksanya menghidu gam.

"Lelaki itu beritahu saya mereka tulis perkataan itu di badan saya saya supaya orang awam akan pukul saya jika cuba hendak melarikan diri," katanya.

"Saya khayal disebabkan hidu gam, tetapi tidak beberapa lama kemudian saya tersedar apabila mendengar bunyi bising. Saya menanggalkan kain penutup mata dan nampak tujuh lelaki yang sedang khayal. Hari juga sudah terang jadi saya melarikan diri.

"Saya mendapati saya berada di lebuh raya DUKE dan ada penunggang motosikal membantu saya menghubungi polis.

"Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa kes saya tidak ada kena mengena dengan blogger seks itu seperti yang dilaporkan media hari ini," katanya.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar nama pasangan itu sehingga semalam dan menambah dalam tempoh dua bulan terakhir ini, beliau bekerja di kedai telefon bimbit di Johor sebelum kembali ke Shah Alam untuk menetap bersama kakaknya.

Ng, yang kini tidak bekerja kelihatan masih berada dalam keadaan terkejut dan lemah ketika bercakap dengan pemberita awal hari ini.

Mengenai gambarnya yang kini tersebar, beliau berkata:"Saya tidak tahu siapa mengambilnya, tetapi saya berada di balai polis ketika itu," katanya dan menambah tidak tahu di balai mana.

"Polis belum mengambil kenyataan saya lagi tetapi saya diberitahu untuk hadir ke balai polis Seksyen 9 untuk kawad cam," katanya.

Sementara itu, abang ipar Ng, Mak Wui Weng, 28, berkata penculik terbabit menghubunginya kira-kira jam 5 pagi dan meminta beliau memasukkan wang RM5,000.

Mak berkata, beliau hanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 dan memberitahu mereka perlu membawa Ng bertemunya, jika mahu baki wang berkenaan. - 17 Julai, 2013.



P/s: Hebat blogger mesra BN mengarang dan menyedapkan cerita!!!!



Contoh Kepintaran Kerajaan BN: Kutipan Saman AES, Kerajaan Dapat RM3.4 Juta, Syarikat Dapat RM13.5 Juta

Posted: 16 Jul 2013 10:50 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. 

Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)


P/s: Kaya kroni!

Berkaitan:


[HD]KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd

Penasihat Undang-undang Kase Zulhazmi Shariff berkata, angka-angka yang diberikan oleh Kementeriaan Pengangkutan di Dewan Rakyat amat mengelirukan.

Beliau mempersoal jumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.

"Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambah beliau juga, jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.

Berikut merupakan kira-kira mengikut angka-angka yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan:

SAMAN AES
Jumlah Saman AES (23/09/13 – 11/06/13) = 673,339
Jumlah Kompaun (RM300) = RM20,020,500.00
Jumlah Saman Dijelaskan = 66,735
(66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)

Formula Tiga Langkah
(RM16 x jumlah saman dijelaskan)
RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00
Jumlah Bayaran kepada Syarikat = RM13,550,758.00
Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan = RM3,429,910.00

Jumlah Pembahagian
RM13,550,758.00
+RM3,429,910.00
------------------------
RM16,980,668.00
==============

Baki
RM20,020,500.00
-RM16,980,668.00
------------------------
RM3,039,832.00
===============

Jika semua 673,339 telah dijelaskan
673,339 x RM300 = RM202,001,700

Formula Tiga Langkah
(RM16 x jumlah saman dijelaskan)
RM16 x 673,339 = RM10,773,424.00

Kase turut mendesak Kerajaan mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.

[Video] Siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali DIKATAKAN Pembekal Dakwat Kekal Tidak Kekal?

Posted: 16 Jul 2013 08:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali?

[TMI] Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.

Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.

Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.

Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.

Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen.

Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu.

Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta.

Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari.

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut.

"Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal," katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil.

Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini.

Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria.

"Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. – 17 Julai, 2013.


Berkaitan:

Pengerusi SPR Nafi Dakwaan 'Hubungan Rapat' dengan Pembekal Dakwat

[MK] Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan bahawa beliau atau timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau menafikan sebarang kaitan di antara beliau atau Wan Ahmad dengan syarikat yang didedahkan MP Pandan Rafizi Ramli, atau dengan pengarah syarikat terbabit, seperti didakwa MP berkenaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Saya menafikan sama sekali bahawa saya dan timbalan ada hubungan rapat dengan nama itu.

"Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran perolehan diuruskan oleh urusetia Datuk Kamarudin Baria.

"Beliau akan mendapatkan salinan hansard parlimen untuk semak butiran dan akan bertindak sewajarnya," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

MP berkenaan hari ini mendedahkan identiti syarikat yang didakwa membekalkan dakwat berkenaan, dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

Malaysiakini telah menghubungi syarikat terbabit dan akan menyiarkan nama firma berkenaan, serta nama pengarahnya selepas mendapat reaksi pihak berkenaan.


P/s: Rafizi minta menteri berkaitan mengesahkan maklumat yang diterimanya daripada orang dalam SPR. Tolong sahkan maklumat tersebut sama ada benar atau tidak!







Tun M "Membodohkan" Pasangan Alvin dan Vivian

Posted: 16 Jul 2013 07:06 PM PDT


Dr M: Ini orang tak ada akal, bodoh

[Bernama] Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.

"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.



P/s: Moga-moga Tun M juga tidak lupa akan kata-kata jahilnya terhadap Nabi dan hukum hudud! Harap Tun M juga tidak lupa akan gelagat penyokong tegarnya Zul Nordin dan Ibrahim Ali yang pernah menghina agama lain!





Tiada ulasan: