Ahad, 28 Julai 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pengerusi MyWatch Ditembak, Ada Kaitan Dengan Tweetnya Kepada KPN (?)

Posted: 28 Jul 2013 12:05 AM PDT

Kuala Lumpur: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang kelmarin oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Astro Awani dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya kepada Astro Awani.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap. -Astro Awani


Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa


Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.

"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.

Mengikut kenyataan polis semalam, mangsa berada dalam kereta BMW sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal di satu persimpangan di Taman Awana Indah, Bahau.

Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa.

Individu itu juga dikatakan kemudian turun dari motosikal tetapi mangsa memecut kenderaannya.

Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun @KBAB51.

Turut mengetag Khalid dan Polis DiRaja Malaysia, Sanjeevan mengepos tweet yang menyatakan ada sindiket akan menembak beliau dan menyerang rumahnya untuk menakut-nakutkan keluarganya.

Sanjeevan berada di barisan depan dalam usaha mencegah jenayah dan sebelum ini mendakwa statistik polis tidak tepat.


Musa kemudian menjadi Penasihat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
-TMI

Selangor Perluaskan Skim MES kepada Yang Bependapatan Bawah RM3,000

Posted: 27 Jul 2013 11:10 PM PDT

Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

"Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

"Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

"Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

"Juga dengan skim Si KEMBAR, TUNAS juga kita akan berikan sasaran RM 2,500 ke bawah, ada yang RM 3,000 ke bawah lihat kepada keperluan keluarga."

Demikian kata Rodziah ketika ditemui dalam Program Jejak Amal Ramadhan Bersama Exco Kebajikan Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam.

Selepas berjaya mentadbir Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Kerajaan PR Selangor mula memperkenalkan pelbagai skim di bawah agenda MES yang kini mempunyai sebanyak 16 skim.

Antara skim bantuan yang diperkenalkan termasuklah Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Sementara itu, dalam program semalam, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Bukit Changgang.

Tak Sangka Pengarah ROS Ini Berbohong Di Bulan Puasa – Guan Eng

Posted: 27 Jul 2013 08:31 PM PDT

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013.

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka.

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.

Jelas sekali bahawa Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP akan menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP akan bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.

DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, saya telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.

DAP telah mengarahkan peguam kami untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya kami ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.

LIM GUAN ENG

Alhamdulillah, Puluhan Pekerja Asing Berasal Filipina Peluk Islam di Dubai

Posted: 27 Jul 2013 05:50 PM PDT


Dubai - Seorang ulama yang berasal dari Filipina, Rashid Indasan, menjadi saksi kepada 27 orang pekerja asing yang juga berasal dari negaranya memeluk Islam di Dubai, Kesatuan Emirat Arab (UAE). Momentum itu selanjutnya dimanfaatkan oleh Rashid untuk memberikan pesanan kepada para mualaf untuk menyebarkan Islam di Filipina.

Seperti tersiar di dalam The National, Khamis (24/7), Rashid menyatakan setiap mualaf memiliki tugas yakni membuka hati dan fikiran kalangan bukan-Muslim di seluruh dunia agar menerima kebenaran Islam.

Beliau berbicara dalam bahasa tagalog mengingatkan betapa beratnya cabaran umat Islam di hadapan. Penyelasai dari hal itu adalah bagaimana seorang Muslim tak boleh lari dari ibadah dan pada ibadah itu.

Sudah ratusan orang yang diislamkan Rashid Indasan, ulama asal Filipina tersebut. Padahal dahulu ia seorang yang membenci Islam dan Muslim.

Rashid mengungkapkan ia telah mengenal Islam sejak 1986. Ketika itu, yang ada di fikirannya soal Islam hanyalah keinginan untuk mematahkan ajaran Islam melalui perdebatan.

Kini, ia telah menjadi Muslim yang sepenuhnya. Ia aktif berdakwah di masyarakat Filipina. Pada tahun 2010 lepas, ia mendirikan Islamic Center As-Sirat Al-Mustaqim. -republika


Perkasa-Perinbam Bertelagah Sebaik Sahaja Piagam MIRAC Ditandatangani

Posted: 27 Jul 2013 07:41 AM PDT


Perkasa 'buat jenaka' tubuhkan MIRAC

Usaha kumpulan ekstrimis perkauman, PERKASA menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) konon demi memupuk perpaduan adalah mengarut kerana pertubuhan radikal itu masih berpegang dengan perjuangan perkauman sempit.

Malah, menurut Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, tindakan mengejut mereka membuat 'pusingan U' menjalinkan hubungan dengan dua NGO bukan Melayu menjadi tanda tanya dan satu jenaka bagi rakyat Malaysia.

"Ia adalah tindakan yang memalukan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan MIRAC sebagai satu lagi projek pembodohan rakyat tidak menolak bahawa penubuhan MIRAC merupakan satu stategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman.

"Seperti yang kita maklum, PERKASA yang kami kenal adalah segerombolan ekstrimis yang menjadi alat UMNO untuk membakar sentimen perkauman sehingga mampu menggugat keharmonian rakyat lebih-lebih lagi pemimpin utama mereka seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin adalah watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman dalam minda rakyat Malaysia," ujarnya.

Mengambil contoh kenyataan dan tindakan pemimpin PERKASA seperti Zulkifli Nordin, Sivakumar berpendapat PERKASA hanya akan memperalatkan NGO bukan Melayu yang bersekongkol dengannya untuk menyokong tindak-tanduk perkauman yang bakal dilaksanakan.

"Pertubuhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk menikam kaum masing-masing," jelasnya.

Kenyataan Sivakumar itu terbukti benar sebaik sahaja piagam MIRAC ditandatangani.

"Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin dalam kenyataan medianya berkata bahawa PERKASA akan membela dan memberi sokongan penuh kepada Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor berhubung isu 'makan dalam tandas'.

"Ini sangat jelas membuktikan PERKASA tidak pernah dan tidak akan menjaga hati dan kesejahteraan kaum bukan Melayu di negara ini.

"Kenyataan Zulkifli yang menghina orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia," katanya.

Ini tambah Siva termasuk pendirian PERKASA dalam kes novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina.

"Tambahan pula, PERKASA juga membela akhbar Utusan Malaysia yang jelas menghina kaum Cina dengan berita 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU-13," katanya lagi. – Roketkini

Tiada ulasan: