Sabtu, 20 Julai 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[PRK Kuala Besut] Pengundi Awal Mengundi Hari Ini, Keputusan Diumum 10 Mlm, 24 Julai.

Posted: 20 Jul 2013 12:10 AM PDT


Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung hari ini.

Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa. - Bernama


Keputusan PRK Kuala Besut diumum 10 malam, 24 Julai


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut hanya akan dimumkan pada jam 10 malam, 24 Julai bagi menghormati pemimpin parti politik yang menunaikan solat Terawih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkan perkara itu berkata, walaupun semua peti undi diterima pihaknya sebelum waktu itu, SPR tetap hanya akan mengumumkan keputusan selepas waktu itu.

"Kita bercadang umum keputusan PRK pada jam 10 malam paling awal, walaupun semua 36 peti undi sudah dikira. Walaupun kita sudah tahu keputusannya, tetapi keputusan rasmi akan dibuat selepas jam 10 malam.

"Kita jangka mereka yang pergi solat terawih sudah balik, kalau tidak kita tidak menghormati mereka," katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, hari ini.

Proses pengundian awal hari ini menyaksikan 1,148 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, termasuk 14 anggota polis mengundi di sini bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut.

Setakat jam 12 tengahari tadi, dianggarkan 53 peratus pengundi keluar dan dianggarkan 95 peratus pengundi awal akan keluar mengundi.

"Sehingga sekarang baru 53 peratus yang hadir sebab kita sudah berbincang dengan pihak kem supaya pengundi datang berperingkat untuk elakkan kesesakan," katanya.

Bagi tujuan undi awal hari ini, Wan Ahmad berkata pengendali pilihan raya itu menyediakan empat botol dakwat kekal bagi dua saluran.
-TMI

Tiada Tindakan Ke Atas Ibrahim Ali & Zul Nordin Percepatkan UMNO BN Pupus!

Posted: 19 Jul 2013 11:31 PM PDT


Peguam Negara mengkelaskan kes Datuk Zulkifli Noordin yang didakwa menghina agama Hindu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) selepas polis memajukan hasil siasatan kes itu kepada mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Semua laporan yang kami terima, siasatan secukupnya telah dibuat.

"Kertas siasatan kes kemudiannya kami kemukakan kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya.

"Jadi dalam kes Datuk Zulkifli Noordin, peguam negara dah arah hentikan siasatan, no further action," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan status kes bekas calon BN Shah Alam itu dan gesaan membakar Bible oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan kontroversi itu, didakwa dibuat 10 tahun lalu, Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Merujuk kepada kes Ibrahim Ali pula, Khalid menjelaskan yang kertas siasatan juga telah dimajukan kepada peguam negara tetapi sehingga kini peguam negara masih belum mengeluarkan arahan lanjut tentang kes itu.

Kes Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kembali mencuri perhatian memandangkan timbulnya pendangan yang mempersoalkan layanan berbeza ke atas mereka berbanding pasangan Alvin-Vivian, yang didakwa mempersenda Islam melalui bahan yang dimuatkan di Internet. -mk


Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti benarkan hina agama lain


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap 'hak' Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Beliau berkata, Kabinet mesti menolak sokongan Abdul Rahman itu kerana beliau gagal mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila menyifatkan kenyataan Ibrahim itu hanya membetulkan kesilapan cetak kitab Bible dan membakar adalah jalan terbaik sama seperti umat Islam membakar naskhah Al-Quran yang tersalah cetak.

"Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.

"Ibrahim tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

"Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kegagalan untuk bertindak terhadap Ibrahim boleh dianggap bahawa penghinaan terhadap agama lain selain Islam adalah dibenarkan di negara ini.

Beliau berkata, DAP menyokong tindakan terhadap pasangan blogger terbabit kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama.

Ahli Parlimen Bagan itu juga anggapan Abdul Rahman bahawa ancaman Ibrahim untuk membakar Bible sebagai normal jelas memperlihatkan kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam dan jelas mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.

"Rakyat Malaysia juga mempertikaikan kenapa pasangan anak muda itu boleh dihukum di atas apa yang mereka siarkan di Facebook, tetapi calon BN di Shah Alam Zulkifli Noordin yang membuat kenyataan anti-Hindu di YouTube tidak pula dihukum.

"Jelas sekali BN mengamalkan 'double standard' serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.

"Yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam.

"Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal," katanya.

-roketkini



Ulasan GB

Apakah pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis tidak "membaca" keputusan PRU13 dimana kedua-dua tokoh rasis tersebut, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin telah ditolak oleh rakyat apabila kedua-duanya kalah teruk di dalam pilihanraya yang lalu?

Dan kini masih mahu terus membela mereka?

Kalau demikian sikap pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis, ini berarti hayat UMNO BN semakin hampir ke lubang kubur kerana dengan melakukan dan mengambil tindakan secara berpilih dan diskriminasi akan hanya mengundang kemarahan rakyat terutama kaum bukan Melayu terhadap UMNO BN dan kerajaan. Teruskan dengan sikap sedemikian!

Tunggu dan lihat hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

Abby Ajak Pengundi Kuala Besut Pilih Parti Yang Perjuangkan Islam

Posted: 19 Jul 2013 07:30 PM PDT


Selebriti terkenal tanahair yang kembali menghayati hidup Islam dan aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Haji Endot@Azlan Yusof atau 'Che Long'.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kini turut berada di Kuala Besut bagi membantu kempen Che Long.

Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas "Jom Bersama Che Long" anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.

Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.

"Saya bersyukur apabila bersama dengan PAS, tahu perjuangan Islam, kenal dengan dunia politik dan membuatkan saya hendak bersama-sama dengan perjuangan Islam ini.

"Saya bersyukur di atas kesempatan ini dan menyeru kepada yang mengaku beragama Islam supaya bersama dengan perjuangan Islam. Kita kena bersama dengan Islam sama ada Islam menang atau kalah, Islam di atas atau di bawah…kita kena bersama dengan Islam dan itu yang terbaik untuk kita semua.

"Bila kita mengaku beragama Islam, sembahyang sahaja tidak cukup. Kita hidup ini untuk buat persediaan mati di akhirat dan dunia ini hanya tempat sementara sahaja," ujarnya di hadapan hampir 500 hadirin.

Abby Abadi turut menyelar sikap pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sekian lamanya melabelkan kumpulan PAS sebagai parti 'sesat'.

Bahkan, katanya tuduhan PAS itu sesat turut terlekat dalam kepala golongan artis yang mempercayainya.

"Saya tidak mahu bersama dengan PAS pada mulanya kerana yang ada dalam kepala saya waktu itu orang PAS ini 'sesat'. Inilah salah satu sebab paling besar saya lawan Umno sekarang.

"Sebab dari dulu lagi orang Umno kata PAS sesat. Tapi, saya tengok orang PAS ini kuat agama tapi bila doh orang kata PAS sesat, saya takutlah. Rupanya, saya yang tidak betul dulunya.

"Sebab bila kita kata, kita orang Islam tetapi tidak ikut Islam. Kita kena ambil Islam kesemuanya dan tidak boleh separuh-separuh," tegasnya.

Beliau menaruh harapan agar PAS diberikan kemenangan oleh Allah dalam pilihan raya ini untuk mengimbangi kuasa politik Umno-BN.

Katanya, para pengundi di Dun Kuala Besut ini mesti memenangkan Che Long bagi menjadikan Pakatan Rakyat dan BN sama kuat dengan 16-16 kerusi Dun Terengganu. -BO

[BERGAMBAR] Abby & Farhan Sudah Bernikah. Tahniah Abby, Semuga Diberkati Allah

Posted: 19 Jul 2013 05:00 PM PDT


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

"Ya memang betul saya sudah berkahwin," jawapnya ringkas.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

"Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut," katanya lagi.


Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

"Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat," katanya.

Menurut Abby, lelaki itu bernama Farhan dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan yang usianya lebih muda dari Abby.

Dijangkakan majlis perkahwinan antara Abby Abadi dan Farhan akan dilangsungkan pasa bulan Syawal ini iaitu pada Hari raya Aidilfitri 2013 mahupun belum dipastikan lagi dimana majlis perkahwinan itu akan berlangsung.





Ulasan GB

Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat.

Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa.

Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan.

Tahniah Abby dan semuga pernikahanmu diberkati dan dirahmati Allah swt.

[KES PELIK] TG Nik Aziz Dihalang Solat Di Masjid TUDM

Posted: 19 Jul 2013 07:23 AM PDT


Besut: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.

Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM. -HD

Lagi Kes Guru Mati Ditembak Dalam Kereta

Posted: 19 Jul 2013 05:24 AM PDT


Kulim - Seorang guru lelaki berusia 45 tahun maut ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi yang menjadi laluannya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan tinggal di Taman Bidara keluar rumah seperti biasa untuk ke sekolah.

"Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa. Guru yang tidak dapat melarikan diri ditemui maut dalam keadaan terperosok di kerusi penumpang.

"Sehingga kini polis sedang mencari motif pembunuhan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sebanyak 11 kelongsong peluru ditemui bertaburan di tempat kejadian dan beliau mempercayai suspek menggunakan senjata jenis pistol dan bukan revolver.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua selepas seorang pengusaha premis menjual besi lusuh di ditembak di lampu isyarat Taman Kuchai, di sini kira-kira jam 8.30 malam Mei lalu.

Menurut Ghuzlan, cara pembunuhan seperti ini lazimnya digunakan oleh penembak upahan kerana apabila mangsa berada di dalam kereta dan menghampiri lampu isyarat, tembakan yang dilepaskan pasti mengena sasaran kerana ketika itu kenderaan mangsa tidak bergerak.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Asisten Superintendan Tharmalinggam di talian 04-4916999.

Kemelut Zahid Hamidi-Amir Bazli Belum Berakhir. Proses Pengantaraan Mungkin Cacat

Posted: 19 Jul 2013 01:25 AM PDT

Proses pengantaraan kes pukul Zahid Hamidi mungkin cacat

Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir,"
katanya.

"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.

Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya. -TMI

Tiada ulasan: