Sabtu, 20 Julai 2013

.

.


Kenapa Wan Ahmad Tidak Mahu Heret Rafizi Ke Mahkamah?

Posted: 20 Jul 2013 03:11 AM PDT

LINTANG PETANG                                                                               

Memahami ulasan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali rapat dengan Mohamad Salleh orang yang dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu membayangkan Wan Ahmad tidak mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.

Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat diluar parlimen kelmarin Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.


Sikap Wan Ahmad itu mengecewakan orang ramai yang menanti-nanti kes itu dibawah ke mahkamah. Sebelum ini Wan Ahmad ataupun Aziz Yusuf dikira tidak ada hak untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana beliau membuat tuduhan itu di dalam dewan. Apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam dewan tertakluk kepada imunniti dewan bagi seseorang ahli parlimen.

Bagaimkana pun untuk membolehkan Aziz dan Wan Ahmad mengambil tindakan terhadapnya, Rafizi membuat kenyataan diluar dewan tidak sampai tiga jam selepas diminta oleh Speaker berbuat demikian untuk memberi peluang kepada Wan Ahmad dan Aziz Yusuf.

Apakah Wan Ahmad atau Aziz kurang berani untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana bimbang mahkamah akan melondehkan sesuatu yang masih menjadi tanda tanya itu? Persepsi akan timbul kalau mereka berdua tidak menyaman Rafizi, kemungkinan benarlah Aziz dan Wan Ahmad mengenali rapat dengan Mohamad Salleh? [wm.kl.6:09 pm 20/07/13]

Ziarah Ramadhan 1434: Kopiah dan Palikat Raya

Posted: 19 Jul 2013 10:00 PM PDT

PERHATIAN                                                                  

Assamualaikum Wbh Wbt.
Dengan doa dan harapan saya semoga pembaca blog Merah Tinta budiman dalam pemeliharaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan anda sekalian tanggal 25 Julai 2013 saya bersama panitia Ziarah Ramadhan akan mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman Thailand dalam rangka meneruskan Ziarah Ramadhan seperti tahun-tahun lepas.

Dalam kunjungan itu pihak panitia telah menyusun program untuk berbuka puasa bersama kira-kira 180 keluarga disamping berbagai majlis mesra Ramadhan termasuk tadarus Quran, tazkirah dan sebagainya.

Sehubungan itu saya sangat mengalu-alukan para pembaca blog Merah Tinta untuk sama memberi sedikit sumbangan sebagai tanda kepedulian blog ini dalam amal kebajikan. Saya mencadangkan untuk mensedekah kepada tiap orang warga emas kampung berkenaan dengan kopiah dan kain palikat.

Kepada pembaca budiman yang ingin atau berhajat memberi sumbangan boleh berhubung dengan saya di telefon 011-23300369. Atas perhatian dan sumbangan anda nanti diucap berbanyak terima kasih. Wassalam. [wm.kl.12:54 t/hari 20/07/13]

Tiada ulasan: