Isnin, 1 Julai 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Biaya Jusuf Kalla Untuk Burukkan Anwar & Pakatan Rakyat?

Posted: 01 Jul 2013 01:01 AM PDT

Jusuf Kalla dakwa himpunan Black 505 dibiayai pihak asing

Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.



Ulasan GB

Pertama kita merasa hairan bagaimana dan mengapa "orang luar" boleh memberi komen terhadap keadaan politik yang berlaku di dalam negara kita? Siapa Jusuf Kalla sebenarnya yang begitu berminat mengenai perjalanan politik Malaysia?

Kedua, soal pembiayaan asing terhadap Black 505 hanya merupakan tuduhan tanpa bukti. Beliau mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.


Perkataan yang dimerahkan oleh GB itu membuktikan bahawa beliau hanya membuat agakan, tiada kepastian. Perkataan "mungkin juga" itu memberi pengertian bahawa beliau TIDAK mempunyai bukti tetapi mereka-reka tuduhan.

Dan ketiga, persoalan kini, siapakah yang membiayai Jusuf Kalla untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat? Anda pasti sudah mengetahui jawapannya!

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Wakili PAS Dalam Petisyen Pilihanraya

Posted: 30 Jun 2013 11:40 PM PDT

Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya

Salah seorang bekas hakim terkemuka negara dan peguam Umno bakal hadir ke mahkamah tidak lama lagi - namun kali ini sebagai peguam mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam petisyen menentang penipuan di dalam pilihan raya.

Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram (gambar) bakal mewakili PAS bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di Perak.

Sumber yang dekat dengan pasukan perundangan PAS memberitahu The Malaysian Insider mantan hakim berusia 69 tahun itu sangat dihormati dalam bidang perundangan dan hanya menunggu arahan daripada anak guamnya sahaja.

"Beliau hanya akan hadir ke mahkamah bagi kes petisyen pilihan raya. Kehadirannya akan dikira sebagai "sumbangan kepada negara" dalam konteks perkembangan baru," menurut sumber tersebut.

Nama beliau telah diseneraikan di antara peguam ternama yang dipilih PAS bagi mencabar enam petisyen yang difailkan oleh calon parti tersebut di Perak.

Petisyen DUN Pasir Panjang akan didengar oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Jika diberi lampu hijau, Sri Ram akan kembali ke arena guaman setelah meninggalkan bidang tersebut kira-kira 20 tahun lalu.

Sebagai seorang peguam, beliau berpegang pada pendirian yang tinggi sewaktu di kamar mahkamah. Beliau turut pernah menjadi penasihat undang-undang Umno dari tahun 1987 hingga 1994.

Beliau mewakili parti berkenaan apabila 12 perwakilan memfailkan saman bagi mengisytiharkan pemilihan dan perhimpunan agung parti berkenaan adalah haram pada tahun 1987.

Sri Ram memulakan kerjayanya dalam arena guaman sejak 1970 dan telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 1994.

Beliau telah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan pada 2009, setahun sebelum tempoh persaraannya.

Pada masa kini beliau berkhidmat sebagai perunding guaman dan telah menulis kira-kira 800 keputusan penghakiman merangkumi bidang pentadbiran, perundangan, industri, syarikat dan undang-undang jenayah.

Bagi petisyen pilihan raya, beliau turut ditugaskan untuk memberi nasihat kepada pasukan perundangan petisyen yang lain.

Selain Pasir Panjang, PAS turut mencabar keputusan pilihan raya DUN Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.

Bagi kesemua enam kerusi berkenaan, PAS kalah kepada Barisan Nasional (Umno) dengan majoriti di antara 53 dan 619 undi.

Sewaktu pilihan raya 2008, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merampas DUN Pasir Panjang dari tangan BN.

Walau bagaimanapun pada PRU13 yang lalu, BN memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 304 undi.

BN membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 31 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang hanya menang 28 kerusi.

Kedudukan kerajaan BN akan kembali goyah sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya semula sekurang-kurangnya tiga kerusi yang ditandingi oleh PAS. -TMI

Rumah Kena Rompak, Apa Kata Khairy Jamaluddin?

Posted: 30 Jun 2013 08:20 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

"Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,"
katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

"Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera," tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan," ujarnya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[BERGAMBAR] Di Selangor, Daftar Kahwin Dapat Insentif & Rumah Mampu Milik

Posted: 30 Jun 2013 04:50 PM PDT


Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500.

Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

"Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi.

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500.

"Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100," katanya.

Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor.

"Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri.

"Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama," katanya.

Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu.

"Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban," katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu. -selangorku

Negara Paling Selamat: Rumah Khairy Dimasuki Perompak, Kerugian RM24,000

Posted: 30 Jun 2013 07:25 AM PDT

Tiga penjenayah rompak rumah menteri di Damansara

Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka," katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri. Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama


KJ's house burgled


Burglars ransacked the bungalow of Sports Minister Khairy Jamaluddin in Bukit Damansara yesterday evening and escaped with valuables worth RM24,000.

Among the items taken during the theft, which was a quick job, were watches and a laptop.

At the time of the incident, only the maid was at home.

Sources said the burglars scaled the wall to get into the compound and easily gained access into the bungalow.

The maid, who was in the kitchen, only realised that the bungalow was broken into when she noticed the front door was wide open.

She could only watch as the four burglars ransacked the master bedroom and left minutes later.

Calls and text messages to Khairy's handphone from The Malaysian Insider were not answered.

Khairy is among several prominent figures whose houses have been broken into in the past two months.

In May, the house of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's sister in Petaling Jaya was broken into. Losses were estimated at RM300,000.

A few days later, a younger sister of Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and her family were robbed at their home in Mantin, Negeri Sembilan. The robbers escaped with RM5,000 in cash and valuables.
-TMI


Ulasan GB

Rumah menteri kena rompak satu hal. anehnya, agensi berita pro-UMNO, BERNAMA enggan untuk mendedahkan siapa menteri berkenaan.

Hanya akhbar online The Malaysian Insider melaporkan rumah bangalow Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah dipecahmasuk oleh perompak.

Masihkah menteri KDN boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.


Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

Kita bukan nak mentertawakan polis apabila rumah anggotanya dipecah masuk, tetapi kita ingin mengingatkan polis supaya berkhidmat untuk rakyat dan negara bukan untuk UMNO BN yang kini nazak cuba mempertahankan kuasa.

Keputusan Kes Kugan Bakal Diterbalikkan Oleh Mahkamah Rayuan?

Posted: 30 Jun 2013 05:31 AM PDT

Kerajaan, polis akan rayu kes Kugan

Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham dan itu adalah keputusan mahkamah, oleh kerana keadilan harus diikuti bukan sahaja oleh pihak tertuduh tetapi juga pihak yang menuduh, maka sudah pasti ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kerajaan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (Sista) ke-35 serta Koperasi bekas pelajar Izzuddin dan Ta'ayah (Kosista) ke-15 hari ini.

N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.

Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.

Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos. - Bernama

Tiada ulasan: