RAKYAT MARHAEN |
- SPR Akan Beri Kerjasama Penuh Siasatan SPRM Berhubung Dakwat Kekal "Berperisa Makanan"
- Mesyuarat tentu tarikh PRK Kuala Besut Jumaat ini
- Politik Malaysia Terkini
- PKR calls for calm over death of star witness: Sabah RCI must probe all his allegations
- BEWARE UK, DON'T SUCK UP TO NAJIB: He represents a discredited minority govt!
- Ada Isu Besar Kenapa DAP Cadangkan PAS Boikot Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut?
- Pemerdagangan manusia: Malaysia gagal patuhi standard minimum
- Negara Selamat: Pakatan simpati kepada Khairy, gesa pembaharuan polis
- Dewan Rakyat 2013 - SPR Enggan Dedah Siapa Pembekal Dakwat Kekal PRU13
- Almarhum Ustaz Fadzil Noor: Kata-katanya mendepani arus masa
- Tahaluf Siyasi: Bebaskan diri dari kongkongan Umno
- Ahli SPR perlu letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut
- Anti-Morsi protests sweep Egypt
- Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar dicari ganti
- Benda yang tidak boleh dibeli dengan duit....
- LESSONS FOR IGP KHALID: A mom’s love is beyond money
- Idris: Pas tetap tak boleh perintah Terengganu walaupun kedudukan 16-16....
- Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya
- Pakatan Tidak Yakin Dengan Siasatan SPRM Terhadap Taib Mahmud
- Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik
- Jangan pertikai undang-undang Islam
- ME, QUIT? With Najib afraid of him, "naughty & dishonest" Taib will steamroll over weak MACC
- Yang salah ialah siapa yang lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji
- TPPA: Apa martabat kita di laut itu?
- Pertahan & gabungan 25 NGO bantah menara 118 tingkat
SPR Akan Beri Kerjasama Penuh Siasatan SPRM Berhubung Dakwat Kekal "Berperisa Makanan" Posted: 30 Jun 2013 08:56 PM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila siasatan akan diadakan berhubung isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Kami akan memberikan kerjasama kerana kita sangat ingin tahu terhadap apa yang sebenarnya berlaku. "Kami hanya terkejut bahawa dakwat itu boleh dibasuh," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Katanya, beliau mengetahui bahawa siasatan akan dijalankan oleh SPRM. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, siasatan akan menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur rasuah seperti penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam mendapatkan dakwat berkenaan. "Spesifikasi (dakwat) juga merupakan satu lagi aspek yang akan diteliti," katanya pada Ahad. Dakwat kekal digunakan oleh SPR buat kali pertama untuk mengelakkan kemungkinan mengundi berulang tetapi suruhanjaya itu menerima pelbagai kecaman daripada parti-parti politik, calon-calon pilihan raya dan para pengundi apabila dakwat itu begitu mudah untuk dibersihkan. Laporan polis kemudiannya dibuat oleh segelintir pengundi yang mendakwa dakwat itu mudah dibersihkan dalam tempoh beberapa jam. Dalam tempoh sehingga pilihan raya pada 5 Mei laly, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat itu akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari. Beliau juga berkata bahawa dakwat dengan berus dan tempat meletak tangan melibatkan kos kira-kira RM6 juta. |
Mesyuarat tentu tarikh PRK Kuala Besut Jumaat ini Posted: 30 Jun 2013 08:51 PM PDT Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun lepas. Kerusi Dun Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lepas. Kamaruddin berkata satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas berkenaan bagi mengumumkan tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian. - Bernama |
Posted: 30 Jun 2013 08:47 PM PDT "Tsunami Cina, Apa lagi Cina mau? , dan 51% VS 47% merupakan petanda-petanda penting dan utama pascaPRU Ke-13. Satu pihak melaungkan rekonsiliasi nasional (kerukunan nasional) sebagai isyarat kepada perpecahan kaum yang dianggap sudah berlaku. Satu pihak yang lain menyeru BN berhenti menggunakan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan Melayu. Perihal kejayaan UMNO memperoleh 88 kerusi dalam PRU Ke-13 merupakan manifestasi daripada penggunaan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan. Sungguhpun UMNO hanya disokong oleh tiga juta pengundi Melayu atau kira-kira 20% undi popular, namun itu sudah cukup untuk membolehkan UMNO/BN menguasai 112 kerusi Dewan Rakyat untuk mendapat majoriti mudah. Kita perlu sedar bahawa semua kerusi itu mempunyai jumlah pengundi yang kecil. Hal ini berlaku akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas prestasi buruk UMNO/BN pada tahun 1999. Harus diingat bahawa bukan sahaja tiada pertambahan kerusi untuk kawasan majoriti Melayu untuk Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam proses yang tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS malahan juga kawasan yang ramai penyokong PAS dimasukkan ke dalam kawasan bermajoriti Cina. Pada masa itu, pengundi Cina merupakan talian hayat kelangsungan kuasa politik UMNO/BN. Ternyata UMNO/BN menang besar dalam PRU Ke-11 yang menjulang tinggi nama Pak Lah. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin Melayu bersikap lupa diri dengan kejayaan tersebut. Apabila kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat, bermaharajalelalah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, kronisme, dan sebagainya. Rakyat menghukum mereka dalam PRU Ke-12. Tersentak dengan kejadian tersebut, Pak Lah direhatkan dan Najib melaksanakan konsep transformasi sebagai mercu tanda pentadbirannya. Di situlah terbitkan KR1M, BR1M, TR1MA, PR1MA, dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
PKR calls for calm over death of star witness: Sabah RCI must probe all his allegations Posted: 30 Jun 2013 08:45 PM PDT Amid suspicion over the sudden death of Mutalib @ Abdul Mutalib Mohd Daud, a star witness in the controversial Sabah Royal Commission of Inquiry into Illegal Immigrants, Opposition leaders have called for calm and urged for patience until further details were revealed before jumping to "hasty conclusions". Read More / Baca Lagi >>"I knew him. He might be gone but his allegations and evidence in his writing must be thoroughly investigated by the RCI," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. Blow to RCI proceedings Be that as it may, it cannot be denied that Mutalib's demise will deal a heavy blow to the RCI. Only aged 51, Mutalib has been reported to have died of a stroke at 3am on Saturday, just 2 days before the sixth session of the Sabah RCI was due to resume in Kota Kinabalu. Mutalib was due to take the stand during the session. He was the editor-in-chief of Sabahkini.net, an online website dedicated to public interest issues involving Sabah, and many of the reports the website has published have focused on the infamous Project IC or Project M that is the basis for the RCI. Mutalib's writings have also been raised several times during the course of the RCI and his name is on the witness list. Project M refers to a notorious scam which former premier Mahathir Mohamad has been accused of hatching with several other Umno bigwigs including the late minister Megat Junid, whereby illegal foreign workers were granted citizenship or residency papers in exchange for agreeing to vote for the Umno-BN during elections. Sabah critics believed the Project M has spawned more than a million of illegal 'citizens', which in turn has led to serious social and infrastructure problems in Sabah, further delaying its economic progress and rise. Overcrowding and shortage of housing facilities as well as public amenities have led to frequent ethnic squabbling and tension in the resource-rich but economically-backward and under-developed state. The Sabahans; unhappiness at their lot, which they blame on overly cozy ties between their state leaders and the federal government, had led to the formation of the RCI, just months before the May 5 general election. Amid widespread accusations of massive vote rigging, Prime Minister Najib Razak's Umno-BN coalition had managed to hang onto power in the state. |
BEWARE UK, DON'T SUCK UP TO NAJIB: He represents a discredited minority govt! Posted: 30 Jun 2013 08:43 PM PDT Relations between the UK and Malaysia should naturally be warm. Read More / Baca Lagi >>However, as Prime Minister Najib Razak makes his way towards the UK this week, David Cameron's welcome party should concentrate on that friendship with the Malaysian people, rather than selfish financial opportunities. After all, Najib represents a discredited minority government, which everyone knows would have been obliterated at the recent election, were it not for the massive fraud and bribery that has been impossible to conceal. The British should therefore be supporting the Malaysian people in their struggle to establish genuine democracy, 50 years after elections were first introduced, rather than flagrantly chasing investment from this corrupted regime. Millions of Malaysians have protested over their cheated election, human rights abuses and BN's grand corruption. The UK should take heed. Cameron should not be turning a blind eye to election fraud or begging for BN's dirty money, which has been grabbed at the expense of ordinary Malaysians.Of course, faced with endless humiliating exposes over BN's corruption at home and protests on the streets, Najib will treat this foreign trip to the UK as welcome PR. However, the UK government will be doing the Malaysian people no favours if they bolster and whitewash this tainted figure. And if they do, it will surely come back to haunt their integrity, just like the Pergau Dam arms for aid scandal haunted Margaret Thatcher. Beware of the influx of black money Signs are not promising, however. All we have seen so far has been a tail-wagging enthusiasm from this current British administration, eager to muscle in on any business or investment it can, few questions asked. |
Ada Isu Besar Kenapa DAP Cadangkan PAS Boikot Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut? Posted: 30 Jun 2013 08:09 PM PDT KULAIJAYA: DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang. Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'. "Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad. Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. |
Pemerdagangan manusia: Malaysia gagal patuhi standard minimum Posted: 30 Jun 2013 08:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan ke-2, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013. Ini kerana kegagalan Malaysia mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA). Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya. Demikian tulis Tan Sri Hasmy Agam (gambar) adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagaimana yang disiarkan Harakah dalam keluaran Rabu ini. |
Negara Selamat: Pakatan simpati kepada Khairy, gesa pembaharuan polis Posted: 30 Jun 2013 08:06 PM PDT Seorang menteri yang rumahnya dimasuki pencuri pada hujung minggu lalu mendapat simpati daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR). "Saya tahu bagaimana rasanya rumah dimasuk pencuri kerana rumah saya sendiri pernah dimasuki pencuri dua kali pada tahun 2009 dan 2010 dan itu merupakan salah satu sebab mengapa saya berpindah ke pangsapuri pada 2011," menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dalam satu kenyataan media lewat malam tadi. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mendapati rumah banglonya di Bukit Damansara dimasuki pencuri pada siang hari Sabtu lalu sewaktu hanya pembantu rumahnya berada di rumah. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata: "Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima hakikat, maka tiada pendekatan yang akan diambil pihak berkuasa bagi membendung isu berkenaan. "Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima kenyataan, kita pasti berdepan alasan demi alasan daripada pihak polis malah daripada Pemandu sendiri yang menggesa pemansuhan Ordinan Darurat meningkatkan kadar jenayah." Polis memberitahu The Malaysian Insider pemansuhan akta berkenaan akan meningkatkan kadar jenayah jalanan dan secara keseluruhannya. Pua berkata kelemahan polis sebenar dalam membanteras jenayah adalah penempatan pasukan yang kurang tepat dan skala yang berlebihan. "Sejak lapan tahun lalu, Cawangan Siasatan Jenayah terdiri daripada 9 peratus tenaga polis secara keseluruhannya. Sebagai perbandingan, 41 peratus polis beruniform melakukan tugas-tugas pentadbiran. Read More / Baca Lagi >> |
Dewan Rakyat 2013 - SPR Enggan Dedah Siapa Pembekal Dakwat Kekal PRU13 Posted: 30 Jun 2013 07:55 PM PDT |
Almarhum Ustaz Fadzil Noor: Kata-katanya mendepani arus masa Posted: 30 Jun 2013 07:36 PM PDT (Mohamad Sabu berucap di seminar pemikiran Ustaz Fadzil Noor) ALOR SETAR: "Setiap keputusannya, kata-katanya dalam mendepani arus massa ketika hayatnya tidak pun dibukukan, namun pemikirannya segar sehingga kini hingga dapat dirasai pendekatannya itu." Itulah kata-kata Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu terhadap Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden PAS. Kata-kata itu diluahkan beliau di Sekinar pemimkiran Ustaz Fadzil Noor yang berlangsung di Alor Setar baru-baru ini. |
Tahaluf Siyasi: Bebaskan diri dari kongkongan Umno Posted: 30 Jun 2013 07:35 PM PDT ALOR SETAR: Seluruh ahli dan kepimpinan PAS diminta agar tidak terpengaruh dengan kongkongan pemikiran Umno dalam melihat dan melaksanakan tahaluf siyasi yang disepakati kini. Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS harus melihat keberanian yang pernah ditunjukkan bekas Presidennya, Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam mendepani tahaluf siyasi yang diadakan pada zamannya. Beliau berkata demikian semasa Seminar Pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor di Hotel Starcity dekat sini 29 Jun lalu. |
Ahli SPR perlu letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut Posted: 30 Jun 2013 07:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Sudah sampai masa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut diadakan. Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) berkata, ini kerana Abdul Aziz didapati gagal mengurus selia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan telus. Katanya, Abdul Aziz wajar meletakkan jawatan seiring dengan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan barisan ahli lembaga SPR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat keyakinan awam. "Beliau kena letak jawatan supaya dengan kepimpinan baru, proses pilihan raya mendapat kepercayaan rakyat sekaligus dapat mengembalikan demokrasi di atas landasannya," ujarnya dipetik Roketkini. Beliau turut mempertikaikan adakah SPR yang ditunjangi Abdul Aziz mampu berlaku telus dan adil pada PRK yang bakal diadakan nanti. |
Anti-Morsi protests sweep Egypt Posted: 30 Jun 2013 07:32 PM PDT |
Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar dicari ganti Posted: 30 Jun 2013 07:30 PM PDT Baru ini pemikiran Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor diseminarkan. Memang tepat segala ilmu dan idea yang lahir dari tokoh besar itu dibincangkan. Membiarkan pemikiran yang telah menghasilkan sejarah perjuangan Islam di tanahair itu berlalu begitu sahaja tanpa dirujuk kembali adalah pensia-siaan yang sangat merugikan Sejarah perjuangan Islam yang dibawa PAS masih belum panjang jarak masanya, belum menempuh pun satu abad. Tokoh-tokoh yang hebat dalam jamaah mungkin tidak seramai Ikhwanul Muslimin di Mesir, namun kehebatan tokoh yang sedikit ini mestilah dimanfaatkan ilmu dan pemikirannya sepenuhnya. Terlalu banyak aspek menarik dan bermanfaat untuk dikaji dari sirnaan pemikiran Ustaz Fadzil, biarlah kita mengutip sisi-sisi yang tersurat sahaja, itu pun cuma selembar dari ribuan manfaat yang boleh digali. Pencapaian terbaik Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita pada 23 Jun 2002. Sepanjang sejarah PAS meniti perjuangan, Ustaz Fadzil adalah tokoh paling hebat kerana memimpin parti di saat gemilangnya. PAS memimpin permuafakatan parti pembangkang apabila memenangi 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999. Beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Sehingga kini PAS belum mampu memecahkan rekod pencapaian kerusi terbanyak itu. PRU 1999 adalah merupakan detik paling perit bagi Umno kerana majoriti Melayu berpihak kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa penolakan Melayu terhadap BN pada masa itu ada kena mengena dengan Anwar dianiayai, dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dibelasah dalam lokap serta dipenjarakan. Ustaz Fadzil hadir dalam sidang media pertama selepas Anwar dipecat. Ia kelihatan sangat janggal ketika itu kerana persepsi umum adalah, pemecatan Anwar adalah persoalan rumahtangga Umno. Terdapat anggota PAS yang tidak menyetujui kehadiran Ustaz Fadzil bersama Anwar. Biarlah Umno bergasak sesama mereka, mengapa PAS nak campuri urusan dalaman mereka? Ustaz Fadzil ditempelak kerana kononnya membuat perhitungan yang salah. Ustaz Fadzil menubuh, memimpin dan menggerakkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk mengembeling tenaga parti-parti politik dan NGO menjadi suatu kekuatan berkesan untuk menentang ketidakadilan parti yang sedang memerintah. Selepas ledakan kebangkitan rakyat yang luarbiasa berhubung isu Anwar, barulah tindakan Ustaz Fadzil dianggap betul. Ia menjadi lebih tepat apabila PAS menjadi dominan dalam barisan pembangkang dengan memperoleh kerusi terbanyak, mampu mempertahankan Kelantan di samping menawan Terengganu. |
Benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.... Posted: 30 Jun 2013 07:27 PM PDT Walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit 1. Masa Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi. 2. Kebahagiaan Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit. 3. Kebahagiaan Anak Read More / Baca Lagi >> |
LESSONS FOR IGP KHALID: A mom’s love is beyond money Posted: 30 Jun 2013 07:25 PM PDT "Money will never bring back my son." The plaintive words of a mother's anguish, as in the case of Kugan's mother, N. Indra (pix), after winning her case last week against the Inspector General of Police, the government and three other defendants. Read More / Baca Lagi >>Despite being awarded RM851,700 in damages by the High Court last Wednesday, for Indra, 45, her personal loss was far greater. "I am not happy. It cannot bring back my son. My son is not here," she told theSun in a phone interview after the court decision. However, Indra said she is happy to have won the case against against the police. On the award amount, Indra said: "Money is not important. My son is more important." Kugan, 22, who died in police custody on Jan 20, 2009 was her eldest child. "I will never get a son like him," she said. Kugan's two younger siblings are in secondary school. Indra, a widow, works in a plastic company in Puchong Jaya. She had said after Kugan's death that there were other families in a similar predicament. Asked what her advice would be to parents facing a similar ordeal, Indra said they should not give up the fight for justice. |
Idris: Pas tetap tak boleh perintah Terengganu walaupun kedudukan 16-16.... Posted: 30 Jun 2013 07:22 PM PDT BESUT - Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan. Read More / Baca Lagi >>Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang. Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17. "Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar," katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam. Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut. |
Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya Posted: 30 Jun 2013 07:20 PM PDT Salah seorang bekas hakim terkemuka negara dan peguam Umno bakal hadir ke mahkamah tidak lama lagi - namun kali ini sebagai peguam mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam petisyen menentang penipuan di dalam pilihan raya. Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bakal mewakili PAS bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di Perak. Sumber yang dekat dengan pasukan perundangan PAS memberitahu The Malaysian Insider mantan hakim berusia 69 tahun itu sangat dihormati dalam bidang perundangan dan hanya menunggu arahan daripada anak guamnya sahaja. "Beliau hanya akan hadir ke mahkamah bagi kes petisyen pilihan raya. Kehadirannya akan dikira sebagai "sumbangan kepada negara" dalam konteks perkembangan baru," menurut sumber tersebut. Nama beliau telah diseneraikan di antara peguam ternama yang dipilih PAS bagi mencabar enam petisyen yang difailkan oleh calon parti tersebut di Perak. Petisyen DUN Pasir Panjang akan didengar oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim. Jika diberi lampu hijau, Sri Ram akan kembali ke arena guaman setelah meninggalkan bidang tersebut kira-kira 20 tahun lalu. Sebagai seorang peguam, beliau berpegang pada pendirian yang tinggi sewaktu di kamar mahkamah. Beliau turut pernah menjadi penasihat undang-undang Umno dari tahun 1987 hingga 1994. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan Tidak Yakin Dengan Siasatan SPRM Terhadap Taib Mahmud Posted: 30 Jun 2013 07:17 PM PDT SHAH ALAM 30 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pengumuman terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan agensi itu terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Ini kerana dakwaan bahawa Abdul Taib dan keluarganya terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa telah dibuat daripada dahulu lagi dengan pelbagai pendedahan media dan laporan polis. Terbaru adalah video yang dibuat NGO Global Witness pada Mac lalu yang memaparkan saudara Abdul Taib yang cuba menjual tanah di Sarawak kepada aktivis NGO itu yang menyamar sebagai pelabur asing. Malangnya, Ketua Menteri itu berkata beliau tidak akan bekerjasama dengan SPRM apabila agensi itu mahu memanggilnya untuk siasatan. Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata sehingga kini Abdul Taib tidak dikenakan sebarang tindakan. "Tidak ada keyakinan terhadap SPRM dalam siasatan ke atas Taib kecuali ada tindakan pendakwaan dilakukan," katanya melalui Sistem pesanan ringkas (SMS) selepas diminta mengulas isu itu. Akhbar TheStar hari ini melaporkan bahawa SPRM sedang meneliti 400 fail dan merakamkan kenyataan daripada lebih 20 individu berkaitan kes terhadap Abdul Taib. SPRM di dalam satu kenyataan berkata agensi itu tidak pernah berhenti menyiasat Abdul Taib dan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi siasatan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik Posted: 30 Jun 2013 04:45 PM PDT SHAH ALAM 30 JUN : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin. Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500. Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu. Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak. Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu. "Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini. Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan pertikai undang-undang Islam Posted: 30 Jun 2013 04:35 PM PDT SHAH ALAM –Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan. Read More / Baca Lagi >>Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam. "Dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam. "Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa," katanya. Katanya, ia dibincang Majlis Fatwa Kebangsaan. "Isu agama tidak boleh dipertikaikan. Undang-undang ini perlu dikekalkan bagi memastikan martabat Islam berada di kedudukan sepatutnya," katanya. |
ME, QUIT? With Najib afraid of him, "naughty & dishonest" Taib will steamroll over weak MACC Posted: 30 Jun 2013 04:33 PM PDT This weekend the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) made clear that there is a huge amount of information pointing to the fact that it is Taib who is extremely "naughty and dishonest". These are, of course, the words he famously used to describe the commission itself, when he was questioned about its investigations into his blatant and extraordinary looting of the state he is entrusted to manage. In a press conference MACC spokesperson Lim Bee Kean explained that the reason why the septuagenarian kleptocrat remains un-prosecuted is that they have received such mounds of evidence and so many witnesses that it is taking them a very long time to get through it! "There are many documents and many parties are involved as well as witnesses that are all over (the country),"[MACC's explanation for the delay in prosecuting Taib] When questions like this are asked an honourable gentleman stands aside, until vindicated….. or otherwise! Under such circumstances the only honourable step is to step downNow that the country's anti-corruption investigators have confirmed that there is an on-going investigation and a large amount of evidence that they are taking seriously, there is only one route for a man of honour. |
Yang salah ialah siapa yang lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji Posted: 30 Jun 2013 07:20 AM PDT Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu. Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa. Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya. Di dalam negara, beliau aktif menghulurkan bantuan. Asal saja ada kejadian buruk seperti banjir, tanah runtuh atau apa saja, kelibatnya pasti ada. Di Baling, kawasan di mana beliau berpolitik juga, sumbangannya diketahui dan dirasai oleh ramai orang. Dalam politik UMNO pula, beliau dikenali sebagai orang yang rajin mencium tangan pemimpin dan membuatkan kehadirannya disedari. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai hubungan yang rapat sehingga boleh bercakap melalui telefon. Di era Najib pula, hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri lebih intim dan kemas. Dalam beberapa pilihanraya kecil, terutamanya pilihanraya kecil Ulu Selangor beberapa tahun dulu, beliau memainkan peranan menyelesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya sehingga akhirnya calon BN Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim. Kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, dalam menjalankan misi kemanusiaannya melalui Kelab Putra ke perbagai negara, beliau dilihat agak mudah memperolehi bantuan dan sumbangan. Ketika berbual pula, pujiannya mengenai Perdana Menteri jarang terpisah dari bibirnya. Dalam pilihanraya lalu, beliau menang di Baling menewaskan calon Pas, Najmi Ahmad walaupun ramai yang menjangkakan beliau akan tewas kerana calon Pas itu merupakan tokoh agama yang agak dikenali umum. Sementara perwatakan, perangai, latar belakang malah ijazahnya juga dipertikaikan, Azeez akhirnya berjaya menyumbang satu kerusi daripada 133 yang dimenangi oleh BN. Read More / Baca Lagi >> |
TPPA: Apa martabat kita di laut itu? Posted: 30 Jun 2013 07:19 AM PDT Membaca wacana tentang TPP (Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik) akan menemukan kita kepada istilah penjajahan bentuk baru Amerika Syarikat (AS). Sebenarnya, apa yang disebut penjajahan bentuk baru itu, hanyalah pengulangan pergerakan sejarah lampau politik tanah air. Ke tahap tertentu penjajahan bentuk baru menjadi jargon yang dislogankan para politikus - sebahagian besar dengan kemunafikan atau kepura-puraan, mahupun penyamaran - demi meraih sokongan kuasa politik. Seperti yang telah dilakukan Dr. Mahathir Mohamad sehingga kini. Meski, Dr. Mahathir saat menjadi Perdana Menteri telah pun menandatangani perjanjian rahsia dengan AS, Bilateral Training and Consultative Group (BITACG) Agreement pada tahun 1984. Malah inilah perjanjian, yang membolehkan kapal-kapal perang AS berlabuh di pelabuhan kita. Pada tahun 2011 sahaja, dilaporkan sebanyak lebih 30 kali. Adakah ahli-ahli parlimen yang berani bersuara menuntut ketelusan tentang isi perjanjian ini? Sebenarnya, sejak kita merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, maka penjajahan bentuk baru telah pun bermula. Bukankah penolakan kepada gagasan penjajahan bentuk baru inilah yang telah menghumban ribuan para pejuang 'kiri' ke penjara tanpa bicara ISA, sesetengahnya di penjara selama belasan dan puluhan tahun? Misalnya, tokoh pimpinan Said Zahari dan Lim Chin Siong di Singapura ataupun Dr. Burhanudin Al Helmy di Malaya pada waktu itu. Hal inilah yang telah pun dijelaskan Presiden Sukarno Indonesia dalam pidato-pidatonya itu. Retorika yang akhirnya membawa konfrontasi Malaysia-Indonesia, yang berkesudahan dengan tokoh sehebat Sukarno itu sendiri dilucutkan kuasanya dalam rampasan kuasa tentera tahun 1965. Read More / Baca Lagi >> |
Pertahan & gabungan 25 NGO bantah menara 118 tingkat Posted: 30 Jun 2013 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 JUN: Lebih 25 NGO bergabung dibawah NGO Pertahan Taman Merdeka Negara (PERTAHAN) membantah keras pembinaan menara 118 tingkat di Taman Merdeka Negara. Pengerusi Pertahan Ishak Surin berkata, sejak diumumkan di parlimen dua tahun lalu, Perdana Menteri mahupun Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak pernah menyatakan dengan jelas maklumat lengkap projek berkenaan. "Kita cuma dimaklumkan projek berkenaan menelan belanja RM40 bilion untuk kos permulaan. Kita yakin kos itu akan meningkat ketika dan selepas projek siap. "Kerajaan juga tidak jelaskan siapa pemaju. Kami telah beberapa kali membuat temu janji dengan Datuk Bandar untuk bincangkan perkara ini, namun beliau mengelak. "Kita amat kecewa dengan tindakan Datuk Bandar yang nyata tidak sensitif dengan isu melibatkan sejarah dan mercu tanda negara," katanya kepada Keadilandaily Kata Ishak, pembinaan sesuatu projek perlu mengikut keperluan rakyat, bukan keperluan orang kaya dan pihak yang berkepentingan. "Kita bukan anti kemajuan. Tidak ada masalah untuk bina bangunan baru, namun kenapa perlu di bina di kawasan bersejarah ini? "Malah mengikut bancian, masih banyak bangunan pejabat yang tidak digunakan, kerajaan sepatutnya penuhkan atau ubah suai premis sedia ada yang terbengkalai daripada menambah bangunan baru dengan kos binaan yang melampau," kesal Ishak Ishak turut memaklumkan satu memorandum bantahan akan dihantar kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok di Bangunan DBKL. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan