Khamis, 4 Julai 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


Siaran Langsung Keputusan Kuala Besut?

Posted: 04 Jul 2013 05:29 PM PDT

Dengar dulu lah… SPR ni…

 

 

Pengiraan undi PRK K.Besut disiar secara langsung

 

SHAH ALAM - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya idea itu boleh direalisasikan. 

 

Perbincangan juga akan dibuat dengan pihak RTM berhubung cadangan itu.

 

"Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

 

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

 

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

 

Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.

  

Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

 

Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.

  

Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.

  

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.

  

"Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya.

 

http://www.sinarharian.com.my/politik/pengiraan-undi-prk-k-besut-disiar-secara-langsung-1.178888

Comfirm? Kuala Besut Guna Dakwat Kekal?

Posted: 03 Jul 2013 10:09 PM PDT

ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

 

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

 

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13.

 

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

 

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. - Bernama

Tiada ulasan: