Rabu, 31 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Lelaki Mati Ditembak di Parit Buntar

Posted: 30 Jul 2013 11:47 PM PDT



[Cina Islam] PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.


[Gambar] Wajah Suspek Tembak Pengasas Arab Malaysian Bank

Posted: 30 Jul 2013 11:33 PM PDT



[Mstar] KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.

Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk penembak.

Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon, tokong Kuan Yin.

Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong.

Seorang lelaki datang dari belakangnya dan menembak, memukul dada dan rusuknya.

Lelaki itu melarikan diri menaiki teksi yang sedang menunggu. Najadi meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan. 31/7/13

Berkaitan:

Polis Percaya Pembunuhan Najadi Berkait Urusan Jual Beli Hartanah

[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon, di sini semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian ini.

"Kita percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan. Polis akan memanggil 7 orang saksi untuk merakam keterangan," katanya pada sidang media paa Selasa.

Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49 cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, di Lorong Ceylon, di sini.

Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Kata Mohmad, pihaknya akan memanggil saksi termasuk isteri dan rakan mangsa, yang berjumpa dengan mangsa sebelum pembunuhan itu.

"Isteri mangsa, Chong, berada dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan secepat mungkin.

"Suspek dipercayai mungkin warga tempatan berumur bawah 50 tahun," katanya sambil menambah pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran tokong Cina Kuan Yin Temple untuk mengesan suspek.

Beliau berkata teksi yang digunakan suspek untuk meloloskan diri dipercayai teksi sewa.

Sementara itu, Jenazah Hussain akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak malam ini.

Wakil keluarga Allahyarham, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu akan disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.

Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.

Tinjauan Bernama mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.

Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16.

Muhammad Shafee berkata beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.

"Dia merupakan orang pertama yang derma US$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lepas ketika berbuka puasa bersama," katanya.

Katanya Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. 

Skandal Scorpene: Suaram Dakwa Jasbir Berbohong

Posted: 30 Jul 2013 09:55 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Jasbir Singh Charld tidak bercakap benar apabila membela beberapa pihak dalam kes pembelian Scorpean, dakwa bekas Pengarah Eksekutif Suaram (Suara Rakyat Malaysia Suaram) Cynthia Gebriel.

Suaram mendedahkan Jasbir Singh Chahl telah dipecat sebagai perunding dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis, yang kemudiannya digantikan dengan perunding pertahanan, Abdul Razak Baginda.

Malah, Jasbir juga bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah, dakwa Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.

Bercakap kepada media, Cynthia mendakwa Jasbir yang juga merupakan salah seorang saksi bagi kes kontroversi itu pada awalnya dilantik sebagai perunding bagi pembelian dua kapal selam Scorpene tersebut, bagaimanapun dipecat dari meneruskan rundingan tersebut.

"Kami harap Jasbir mengambil langkah seterusnya untuk mendedahkan semua perkara yang beliau tahu mengenai perolehan pembelian Scorpene tersebut, mengapa beliau dipecat dari rundingan tersebut, kerana beliau hanya bercakap secara terpilih tentang kes itu ketika ditemubual New Straits Time (NST), baru-baru ini," tegas Cynthia (gambar)pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina, petang tadi.

Dalam pada itu, Cynthia turut mengesa Jasbir menyatakan jumlah sebenar yang diterima Terasasi Sdn. Bhd. daripada syarikat pembina kapal, DSCN dalam perundingan pembelian Scorpene tersebut, sebelum Terasasi ditutup kemudiannya.

Terasasi merupakan satu syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, di mana Jasbir merupakan salah seorang pengarahnya sebelum ditutup, dan kemudiannya dibuka semula di Hong Kong oleh Abdul Razak Baginda.

Menyentuh soal penterjemah Mongolia, Altantuya Shaarriibuu, Cynthia berkata Suaram tidak pernah mengatakan Altantuya sebagai penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene tersebut, sebaliknya mempersoalkan apakah peranan sebenar Altantuya dalam skandal tersebut.

"Persoalan yang perlu dijawab, apakah peranan sebenar Altantuya dalam perundingan pembelian kapal selam itu jika ada, dan mengapa beliau dibunuh secara kejam," tegas Cynthia lagi.

Sehubungan itu, Suaram menuntut supaya gangguan terhadap Suaram untuk mencungkil kebenaran berhubung skandal Scorpene ini dihentikan oleh mana-mana pihak dalam usaha mendapatkan maklumat bagi rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai skandal ini.

Beliau juga mengessa Jasbir menjawab soalan yang dikemukakan selain menyatakan secara keseluruhan berkaitan rundingan pembelian kapal selam tersebut , dan tidak hanya memilih kepada beberapa perkara tertentu sahaja.

Selain itu, Cynthia turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak berdiam diri berhubung skandal ini, sebaliknya memulakan siasatan dalam usaha membanteras kes rasuah berprofail tinggi. - 30/7/13


Anak Dalang Rompak Bapa

Posted: 30 Jul 2013 08:30 PM PDT


[SH] KOTA BHARU - Seorang bapa bernasib malang apabila menjadi sasaran anak sendiri yang mendalangi kejadian rompakan berkumpulan dan bersenjata ke atasnya, di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, 21 Julai lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, 63, berada di rumah bersama seorang lagi anak perempuannya yang berusia lingkungan 20an.

Katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua beranak itu didatangi dua lelaki, seorang daripadanya bertopeng dan bersenjatakan pistol manakala seorang lagi membawa lawi ayam.

"Mereka masuk melalui pintu dapur dan kebetulan anak perempuan mangsa ada di dapur ketika itu lalu diacukan pistol oleh suspek.

"Terkejut dengan tindakan suspek, wanita itu menjerit menyebabkan bapanya bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Dia kemudiannya turut sama diacukan pistol sebelum mereka diikat menggunakan wayar nilon," katanya.

Azham berkata, sejurus mengikat kedua-dua mangsa, suspek masing-masing berusia 31 dan 33 tahun itu terus menggeledah rumah dan melarikan barangan kemas yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM30,000. Turut dicuri, empat telefon bimbit milik mangsa.

Menurutnya, hasil kecekapan risikan awal, polis menahan anak lelaki mangsa yang berusia 32 tahun di rumah mereka, kelmarin.

"Siasatan awal mendapati anak mangsa yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor mengaku menjadi perancang yang menyuruh dua kenalannya itu merompak mangsa. Susulan penahanannya, polis berjaya menahan dua lagi suspek yang melakukan kejadian rompakan itu," katanya.

Ketiga-tiga mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos depan. Kes disiasat 395/397 kerana samun berkumpulan bersenjata.


Lelaki Menangis Takut Dimarahi Isteri

Posted: 30 Jul 2013 07:34 PM PDT


[SH] KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

"Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya. - 31/7/13


lelaki Rogol Gadis Lembam Depan Isteri

Posted: 30 Jul 2013 04:58 PM PDT

Sekadar hiasan.

Nafsu Menggila

[HM] Banting: Seorang lelaki berusia 24 tahun tergamak merogol seorang gadis yang mengalami masalah lembam di depan isterinya dalam sebuah rumah di Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku jam 5 petang ketika mangsa yang berusia 19 tahun itu tinggal berseorangan di rumahnya sebelum pasangan terbabit datang. Adalah dipercayai isteri suspek juga seorang lembam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis menyifatkan kes berkenaan sudah selesai.

"Kami sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan di Morib kelmarin, sejurus polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang memohon perintah tahanan reman," katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa mengalami masalah lembam serta tidak bekerja dan pada hari kejadian ibu mangsa keluar bekerja manakala adiknya mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi di Shah Alam.

Selepas menyedari mangsa tinggal berseorangan, suspek masuk ke rumah mangsa lalu menolaknya ke sofa dan merogolnya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting sejurus mangsa mengadu mengenai kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.



Tiada ulasan: