Khamis, 11 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pelakon yang Diberi Jolokan Nama Artis Seksi Luar Negara Antara Dicekup Tidak Puasa & Main Judi

Posted: 11 Jul 2013 05:00 AM PDT


[SH] PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

"Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

"Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ," katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.


[Video] Harga Ayam Naik Mencanak RM9 Sekilogram. Harap Yang Mengeluh Ini Bukan Pengundi BN!

Posted: 11 Jul 2013 02:30 AM PDT



Orang ramai tidak berpuas hati dengan kenaikan harga ayam sehingga RM9 sekilogram. Sekitar Mei lalu, ayam bulat boleh didapati dibeli pada harga RM6.80 sekilogram.

Kalau anda rajin menyemak harga atau membandingkan harga, banyak barang keperluan sudah dinaikkan harga secara senyap-senyap. Semak dan bandingkan jika kurang percaya.

Hal ini boleh dielakkan atau kenaikan itu boleh dikurangkan jika ada langkah proaktif daripada pihak kerajaan.

Jadi, pengundi BN, janganlah mengeluh. Yang layak mengeluh ialah penyokong PR!-DCM





[Gambar] Suspek Rogol Pengiring Atlet SUKMA...Melayu Rupanya

Posted: 10 Jul 2013 10:26 PM PDT


[Mstar] PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.


Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.



P/s: Mengikut laporan awal, ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 dan digantung serta-merta daripada sebarang aktiviti sukan berkenaan.





Tiada ulasan: