Khamis, 11 Julai 2013

Biaqpila

Biaqpila


BELI BUAH BERANGAN DAPAT BUAH DADA

Posted: 11 Jul 2013 09:07 AM PDT




"Woi Tele,bangun ar..Dah lewat ni..Ko ni baik tak yah posa..Membuta sampai petang..Buka mata dah bukak posa..Jom follow aku g bazar jap..Boring dowh g sorang-sorang",bebel kawan aku nama Patrick ni..

"Adui,bagi ar can aku tido jap..Ko g ar sorang-sorang Patrick..G bazar pon takut ke..Macam bapok la ko ni",seyes aku rasa nk seletep je mulut kawan aku ni..Tengah enak layan mimpi indah,dia kejut lak..
"Seyes ko tak nak g??Aku nak beli buah berangan ni..Ko tak join aku makan sorang je nanti"

"Yela-yela..Tunggu jap..Pakai suar jap",aku pon bangun n cari seluar.Bukan seluar dalam keyh..Yang mamat ni tau-tau je aku mengidam nak kekah buah berangan..Kalau dia offer buah rambutan or durian,sory la..Baik aku layan tido je..

So aku dengan member aku ni pon gerak ar g bazar ramadhan dekat-dekat rumah aku tu..Kecik je..Seluas mata memandang..

Pas penat pusing-pusing kat bazar tu,ktorang perasan da satu gerai kecik da signboard 'Buah Berangan @Chestnut'..So tanpa membuang kalori,ktorang terus gerak g gerai tu..

"Abang,singgah la bang..Buah berangan the best kat sini bang..Tak jumpa tempat lain",sapa awek comel lote bermata galak berbaju kecik yang kemungkinan besar baju adik dia tu kat aku dengan Patrick..

"Berapa sekilo ni dik?",tanya aku walaupon dekat signboard dia besar-besar tulis sekilo Rm20..

"Sekilo 20 ringgit bang..Abang nak berapa kilo?",tanya awek tu dengan manja..

"Ishk..Tak la sampai kilo..300gram dahla..Abang single lagi..Abang dengan kawan abang ni je makan",cepat je aku balas..Sory ar Patrick..The first one lay hand win...

"Abang yang sorang lagi ni tak nak ke?",tanya awek tu kat Patrick..Cilanat betol awek ni..Dua-dua dia tibai..Pantang nampak dompet..Ceit..

"Bole gak..Bagi 200gram ye dik",balas Patrick..Wei Patrick,cilanat la ko ni.Sapa nak bayar buah berangan 500gram ni..Rm10 kot..Aku dah start panas dah ni....Aku memang tak nak bayar..Ko cakap tadi ko nak belanja..Nasib ko la...

"Ok..Tunggu jap ye bang..",balas awek tu..Awek tu pon cedok la buah berangan tu dari kuali tempat dia goreng..Tukang goreng tu blah g mana tah..Bagus gak..Kalau tak kacau line je...

Sekali awek tu tunduk nak cedok buah dari kuali n masukkan dalam kertas pembungkus,terserlahlah lurah dendam yang sedalam Jurang Mariana..Pergh..Ni dah kira set..Beli buah berangan dapat percuma buah dada..Patut la dia cakap tak da kat tempat lain..

"Ni dia bang..Saya letak sekali ye..Satu plastik..Tak pe kan?"

"Sebab adik ni kiut,tak letak plastik pon tak pe..",aku try pancing awek tu..Kot-kot la dia mau tunduk g..Tanduk kat kepala dah keluar..

"Thanks ye bang..Esok datang lagi tau.."

Kalau ko pakai ari-ari macam tu n tunduk selalu macam tu,ari-ari aku beli buah chestnut ko..Mungkin ko patut tukar signboard gerai ko tu..Guna signboard,'Buah Berangan @ Breastnut'...Confirm laku..

P/s:Adik-adik manis kat luar sana,kalau tak nak bagi orang tengok jangan la tunjuk..Aku dengan rela hati tengok kalau korang bagi..Pas tu kalau orang tengok,jangan ar jeling panas..Korang yang tunjuk,aku tengok la..Korang kira panas korang,panas aku korang tak kira..hahahah..So yang meniaga kat bazar tu,cover-cover ar sikit keseksian korang tu..Kesian orang posa sehari suntuk..Datang nak beli makanan,balik rumah pahala posa semua tertinggal kat bazar...


itucilanat.blogspot.com

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

EDISI PECAH LUBANG:TERBONGKAR!!!!! KENAPA PRK KUALA BESUT DIADAKAN PADA BULAN PUASA

Posted: 11 Jul 2013 04:08 AM PDT

PUNCA PESAWAT BOEING 777 TERHEMPAS DIKENALPASTI

Posted: 10 Jul 2013 10:47 PM PDT


Beginilah keadaan pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Pesawat terlalu perlahan punca nahas

SAN FRANCISCO – Tahap kelajuan yang terlalu rendah daripada yang ditetapkan dikatakan jadi punca pesawat Asiana Airlines Boeing 777 terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Sabtu.

Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Deborah Hersman berkata, sebelum nahas, kelajuan pesawat ketika menuju ke landasan adalah di bawah 137 knot (254 kmj).

Juruterbang pesawat dari Seoul itu juga didapati cuba membatalkan pendaratan pada saat-saat akhir, namun ia terhempas kira-kira 1.5 saat selepas berhubung dengan pasukan trafik udara.

"Berdasarkan rakaman suara pada kokpit dan data rakaman pesawat, ada arahan meminta juruterbang itu meningkatkan kelajuan tetapi ia sudah terlambat.

"Beberapa saat selepas itu, ia terhempas. Kapal terbang perlu selaju 137 knot untuk mendarat," katanya.

Dalam pada itu, juruterbang berkenaan, Lee Kang-kuk mempunyai cukup pengalaman kerana telah mengendalikan penerbangan hampir 10,000 jam.

Bagaimanpun, beliau hanya mempunyai pengalaman 43 jam penerbangan dengan menggunakan Boeing 777.

Asiana Airlines memaklumkan, Kang-kuk juga dibantu seorang juruterbang yang mempunyai lebih pengalaman mengendalikan pesawat tersebut.

Ada juga laporan yang menyebut bahawa Kang-kuk masih lagi dalam 'proses latihan' mengendalikan Boeing 777 dan di bawah pengawasan.

Dalam perkembangan lain, seorang pegawai memaklumkan, sistem navigasi di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco bagi membantu juruterbang mendarat telah ditutup untuk penyelenggaraan.

Namun perkara itu dipercayai bukan sebab utama nahas kerana keadaan cuaca sewaktu kejadian adalah sangat baik.

Ketika insiden berlaku, pesawat berkenaan membawa 307 penumpang.

Dua remaja berasal dari China maut kerana tercampak keluar manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

abnxcess





RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

ROGOL DI PERKAMPUNGAN SUKAN: 3 ATLET SUKMA DIDAKWA HARI INI

Posted: 10 Jul 2013 10:22 PM PDT



Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.
Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Adib Adha Ismail, 18, yang mengaku tidak bersalah merogol pengiring itu di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.
Dia diikat jamin sebanyak RM10,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak sehingga 20 Ogos apabila kes itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi.
Dua atlet yang didakwa masih belum dihadapkan di hadapan hakim.
Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.
Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.
Rabu minggu lepas, seorang gadis berusia 19 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan di Perkampungan Sukan di Universiti Putera Malaysia (UPM).


kl-today

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: