Isnin, 1 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Penerima Saman AES Wajib Jelaskan Kompaun

Posted: 01 Jul 2013 06:32 AM PDT


Penerima Saman AES Perlu Jelaskan Kompaun - Hishammuddin

[Bernama] KUALA LUMPUR: Saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Ini bermakna pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, Isnin.

Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini ialah Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC). 


P/s: Siapa yang dapat untung AES? Klik sini.

Punca Rokok TIDAK Akan DIHARAMKAN

Posted: 30 Jun 2013 11:30 PM PDT



Cukai Rokok RM3.5 bilion

[HM] Kota Belud: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengutip RM3.5 bilion cukai rokok yang menyumbang 11 peratus daripada keseluruhan RM32.3 bilion kutipan hasil jabatan itu sekali gus menjadi penyumbang kedua terbesar selepas kutipan cukai kenderaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kegiatan penyeludupan rokok menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira RM2 bilion setiap tahun.

"Saya meminta KDRM mencari kaedah terbaik termasuk memberi penerangan dan pendidikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya dapat membantu membanteras kegiatan penyeludupan rokok.

"Penerangan dan pendidikan berterusan ini penting supaya PBT mampu menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan berisiko yang menjadi laluan masuk penyeludup ke negara ini," katanya selepas Majlis Perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat 2013 KDRM di Kampung Kuala Abai, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah KDRM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok dan Timbalan Pengarah (Bahagian Penguatkuasa dan Pematuhan) KDRM Sabah, Hamzah Sundang.

Abdul Rahman berkata, pendidikan dan penerangan berterusan kepada PBT dapat membantu KDRM meningkatkan kesedaran rakyat terhadap usaha dan kepentingan membasmi penyeludupan.

"Saya sudah meminta Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Matrang Suhaili memikirkan kaedah terbaik memberi penerangan dan pendidikan kepada PBT seluruh negara mengenai perkara ini.

"Di Sabah, penyeludupan terutama membabitkan rokok sangat berleluasa sehingga menuntut PBT mewujudkan jalinan kerjasama erat dengan KDRM bagi membanterasnya," katanya.

Menurutnya, dalam perkara ini, PBT boleh membantu kastam melaksanakan undang-undang sedia ada supaya individu yang didapati menjual rokok seludup dikenakan tindakan.


P/s: Seperti juga judi, rokok hanya haram jika tidak dikenakan cukai. Jika dikenakan cukai, maka rokok seperti juga judi berlesen "halal" untuk rakyat Malaysia, walaupun ada fatwa yang mengharamkan rokok. Walaupun kerajaan 1dunia mengetahui mudarat rokok kepada kesihatan manusia, namun memikirkan sumbangan cukainya kepada pendapatan negara, penjualan rokok tetap dijalankan secara berleluasa dengan peningkatan cukai setiap tahun.

Tanpa memikirkan aspek kesihatan, agak-agaknya mengapa rokok elektronik diharamkan penjualannya di Malaysia?

Adakah rokok elektronik termasuk dalam akta tembakau?





Budak 14 Tahun Dakwa Dipaksa Minum Alkohol dan Dirogol

Posted: 30 Jun 2013 09:10 PM PDT


[SH] SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

"Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

"Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta," katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

"Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

"Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras," katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



P/s: Paksa rela!!!





Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh Meninggal Dunia

Posted: 30 Jun 2013 09:00 PM PDT



[Bernama] KUALA LUMPUR - Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini. 

Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya.

Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

P/s: Al fatihah

Lelaki Sri Lanka Mati Tengok Bil Elektrik, Harap Tidak Terjadi di Malaysia

Posted: 30 Jun 2013 04:30 PM PDT

Sekadar hiasan.

Mati Terkejut Selepas Tengok Bil Elektrik

[HM] Colombo: Seorang lelaki diserang sakit jantung selepas melihat bil elektrik yang mengejutkan.

Mangsa berada di pejabat Lembaga Elektrik Sri lanka di Colombo kerana membantah kenaikan bil elektriknya secara mendadak.

Dia yang dimaklumkan bahawa kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kenaikan tarif sejak bulan lalu diserang sakit jantung lalu rebah dan mati, lapor akhbar Ceylon Today.

Akhbar berkenaan tidak menyebut jumlah bil mangsa kecuali berkata, ia selaras dengan peningkatan tarif baru sebanyak 50 peratus.

Lelaki terbabit, SP Samaradasa rebah di atas kerusi, lapor akhbar berkenaan di muka depannya dengan tajuk 'Tarif elektrik ragut mangsa pertama.'

"Punca kematian dikenal pasti sebagai serangan sakit jantung," menurut akhbar itu. 

Samaradasa mati setibanya di hospital.

Sri Lanka menjadi antara negara paling mahal di Asia untuk elektrik dengan kos satu kilowatt sejam ditetapkan sebanyak 47 rupee (RM1.21).

Kira-kira dua pertiga tenaga elektrik diperoleh menerusi arang batu atau minyak sementara bakinya dari stesen tenaga hidro yang tidak boleh berfungsi ketika kemarau.

Pihak berkuasa elektrik negara itu berkata, ia akan mengalami kerugian RM2.25 juta tahun ini. 

Bagaimanapun, dengan kenaikan tarif dari Mei lalu akan mengurangkan unjuran kerugian kepada RM675 juta. - AFP



P/s: Seperti yang umum maklum, banyak rakyat Malaysia yang mengeluh dengan kenaikan bil elektrik terutamanya selepas PRU13. Hal ini menjadi perbualan hangat di laman sosial dan di warung kopi.





Tiada ulasan: