Isnin, 1 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPR disiasat kerana pembangkang ‘angkuh hati’, kata Ku Nan

Posted: 01 Jul 2013 04:22 AM PDT


Oleh Md Izwan



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menyalahkan sikap "angkuh hati" pembangkang sebagai punca Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu melibatkan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya  umum ke-13 yang lalu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan agensi pencegah rasuah itu telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, bagi melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.

"Ini terserah kepada SPRM lah… ini macam-macam tohmahan dibuat. Kadang kala persepsi… persepsi-persepsi yang dilakukan oleh puak yang barangkali terlebih 'angkuh hati'," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Setiausaha agung Umno tersebut berkata sikap "angkuh hati" lebih merbahaya daripada "busuk hati" kerana mengganggap sikap tersebut akan menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak boleh diterima akal.

Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi  sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.

Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.

RM200 juta untuk SPR bukan bonus tapi elaun, tegas Shahidan

Posted: 01 Jul 2013 04:15 AM PDT

Oleh Md Izwan

Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menegaskan pemberian RM200 juta kepada petugas dan pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya 5 Mei adalah elaun, serta membidas laporan awal yang mengatakan ianya sebuah bonus adalah tidak tepat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata wang tersebut adalah elaun yang diberikan kepada 240 ribu petugas SPR sebagai tanda menghargai peranan dan tanggungjawab yang mereka semasa membantu melicinkan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"RM200 juta adalah elaun untuk 240 ribu petugas dan pekerja SPR.

"Laporan mengatakan ianya adalah bonus adalah tidak benar, tapi ia hanya satu elaun," kata Shahidan yang menyifatkan laporan awal mengatakan bonus adalah tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan etika kewartawanan.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan para petugas SPR telah menerima wang bonus sebanyak RM200 juta lebih, kata Shahidan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

"Dalam jawapan yang diberikan pun tidak tertulis bonus, jawapan saya kata bayaran perkhidmatan dan saguhati... itu sahaja," katanya lagi.

Shahidan berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya pada 5 Mei lalu, peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding kos Pillihan Raya 2012 yang hanya berjumlah RM200 juta.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan Pilihan Raya Umum 2013 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM400 juta," kata Shahidan.

"Bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas pilihan raya umum adalah sebanyak RM204,100,000."

Dalam jawapan tersebut lagi, Shahidan juga berkata SPR diberikan sebanyak RM5,081,000 diberikan untuk elaun lebih masa, bayaran utiliti (sewaan pengangkutan, barung semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks, dan lain-lain) sebanyak RM98,465,000 dan lain-lain perbelanjaan pula sebanyak RM92,354,000.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Shahidan mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.

Dakwaan Abdul Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.

RCI diberitahu pendatang asing lebih setia, berpengalaman

Posted: 01 Jul 2013 04:12 AM PDT


Oleh Mohd Farhan Darwis

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu pendatang asing dari Filipina dan Indonesia lebih setia kepada majikan dan lebih berpengalaman dalam menjalankan tugas berbanding pekerja tempatan.

Pengurus Kumpulan Liziz Sdn Bhd, Chong Fook Soon berkata kepada panel RCI beliau menggaji pekerja asing bukan disebabkan tiada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi disebabkan pekerja asing lebih berpengalaman ketika bekerja.

"Mereka tak buat masalah, kecuali ada yang tidak mahu pulang ke negara asal ... mereka bekerja dengan setia," kata Chong kepada panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini.

RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebelum ini telah diberitahu terdapat pelarian Filipina yang diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara walaupun penggunaan dokumen IMM13 itu berdasarkan peruntukan undang-undang tidak membenarkan mereka memperolehi dokumen tersebut.

Jelas pengurus kepada projek pembinaan jalan raya di Kalabakan itu lagi, beliau menggaji 20 pekerja asing dari Filipina dan Indonesia, yang mempunyai pengalaman dalam bidang elektrik dan mekanik.

"Pekerja asing saya semuanya mempunyai dokumen yang lengkap ... Proses menguruskan dilakukan oleh agen, dan kos setiap seorang sekitar RM3,500 termasuk levi, permit dan sebagainya.

Beliau turut menempatkan mereka di kuarters yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air, termasuk pengangkutan ke tempat kerja.

"Berbanding pekerja tempatan, warga asing ini bekerja lebih lama, ada pekerja tempatan yang ponteng kerja dan bertukar-tukar kerja, yang tidak berlaku kepada warga asing," katanya lagi.

Sesi RCI pada Mei telah diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih tinggi berbanding Sarawak dengan 66,000 pendatang asing di Sabah telah menerima kad pengenalan biru sejak 1963.

Sementara itu, saksi ketiga hari ini dan 142 untuk sesi RCI, Ketua Cawangan Perundangan dan Penguatkuassan Jabatan Perikanan Sabah, Mohd Yusof Anthony Abdullah berkata majoriti kes pengeboman ikan di Sabah dilakukan warga asing dari Filipina.

"Mereka menggunakan peledak yang tidak boleh didapati di Malaysia, hanya boleh didapati dengan harga kurang RM10 di Filipina," katanya kepada panel RCI.

Jelasnya lagi, antara yang ditahan pihak Jabatan Perikanan adalah warga Filipina dengan kad IMM13, kad pelarian perang dari Filipina ke Sabah.

"Ada juga rakyat tempatan, ada juga yang ditahan menggunakan kad pelarian perang," katanya.

Bagi mengelakkan kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, kumpulan nelayan itu turut menjadikan hasil tangkapan mereka sebagai ikan kering dan ikan masin di laut, dan hanya menjualnya ke darat kerana ikan yang dibom boleh dikenal pasti melalui tekstur luaran dan juga berlaku pendarahan dalaman di bahagian dalam ikan berkenaan.

"Itu agak sukar untuk kami kenalpasti," katanya lagi.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Geng sebelum ini memberi keterangan sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah diberikan IC biru dari 1963 hingga 2012.

Dianggarkan sekitar 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah adalah warga asing, menjadikannya berjumlah sebanyak 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), yang merasakan kedaulatan dan masyarakat tempatan negeri Borneo itu menerima ancaman, termasuk dari segi politik dan juga sosial daripada warga asing Filipina dan Indonesia.

Selangor Konsisten Bantu Perjuangan Rakyat Palestin

Posted: 01 Jul 2013 04:01 AM PDT


Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM  : Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor berterusan dalam memberikan sokongan moral dan material kepada pejuangan rakyat Palestin.

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata, Negeri Selangor akan menjadi bumi dan tempat bernaung orang-orang yang dizalimi daripada kekejaman regim Zionist Israel.

"Saya merasa yakin dengan kebangkitan Islam di negeri Selangor ini dengan pertemuan dan pengajian serta pengajian untuk melahirkan ummah yang akan memberikan sokongan kepada umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

"Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini sudah menyaksikan sokongan terhadap kebangkitan ummah dalam membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman regim Zionist," kata beliau.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 1,000 orang semasa Majlis Munajat Pembebasan Ummah yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Kata Sallehen, beliau yakin akan perjuangan umat Islam di Palestin akan mendapat kejayaan dalam masa terdekat.

Munahat Palestin

"Kami mengharapkan agar hati dan sanubari rakyat Selangor akan terus bersama dengan golongan umat Islam di mana-mana sahaja dan kita bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa sahaja.

"Dan kita akan bersedia untuk membantu mereka yang dizalimi di mana-mana sahaja," kata beliau.

Dalam majlis itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds. yang turut memimpin solat hajat dan munajat untuk pembebasan ummah.

Hadi dalam ucapannya menyeru umat Islam yang mencecah 3 bilion orang perlu mempunyai kekuatan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan melaksanakan sepenuh ajarannya.

Tambahnya, hanya melalui perjuangan bersama Islam maka bumi Palestin dan dunia Islam dapat dibebaskan dengan tidak terpengaruh kepada perjuangan berasaskan nasionalisme yang di bawa penjajah untuk memecah belahkan umat Islam.

Malam Palestin

"Kita jangan kehilangan punca, perjuangan umat Islam untuk membebaskan Palestin adalah teras untuk menyatupadukan seluruh umat Islam," tegas  Hadi.

Turut sama hadir anak kepada As-Syahid Ahmad Yasin, Abdal Ghani A.I Yasin dan adik kepada As-Syahid Dr Nizar A.M Rayyan, Abdal Alatif A.M Rayyan.

PSM teruskan rundingan sertai Pakatan

Posted: 01 Jul 2013 03:57 AM PDT

 


 
Kongres ke-15 Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berakhir hari ini memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Rakyat bagi menyertai gabungan tersebut.

"PSM sedia terus dialog dengan Pakatan atas dasar saling hormat-menghormati," laman Twitter parti itu dipetik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (bawah) sewaktu dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menjelaskan, penyertaan parti itu ke dalam Pakatan bukan terletak di tangan PSM kerana ia memerlukan kelulusan Pakatan Rakyat sendiri.

arutchelvan psm interview 010208 banner"Jadi kami akan teruskan rundingan dan ia (penyertaan ke dalam Pakatan) bergantung kepada hasil rundingan itu," katanya.

Namun tegasnya, pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".

Kongres tiga hari bermula pada 28 Jun lalu di Cameron Highland itu antara lain turut membuat ketetapan menukar sistem keahlian daripada sistem keahlian terkawal kepada sistem keahlian terbuka.

Kongres parti beraliran kiri itu juga juga turut memutuskan agar PSM bertanding menggunakan logo mereka sendiri dalam pilihan raya umum akan datang.

Sektor Perkilangan Sasar Nilai Pelaburan RM8 Juta

Posted: 01 Jul 2013 03:45 AM PDT


ean yong

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak RM8 bilion jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan bagi tahun 2013.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan perdagangan, Ean Yong Hian Wah berkata sasaran itu berdasarkan perkembangan dan keadaan ekonomi dunia.

Beliau memaklumkan bagi tempoh Januari hingga Mac 2013, sebanyak 43 projek diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan pelaburan sebanyak RM618723.695

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM312,461.057 adalah dari pelaburan tempatan dan sebanyak RM306,262.638 dari pelaburan asing dengan peluang pekerjaan sebanyak 2,542 diwujudkan.

"Jumlah terbabit menjadikan Selangor masih menduduki nombor pertama dari segi bilangan pelaburan," katanya bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali).

Sementara itu, Ean menambah sebanyak 1,420 projek perkilangan diluluskan dengan pelaburan sebanyak RM49.7 bilion dan 125,067 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan bagi tempoh 2008-2012.

MP: Mengapa perbelanjaan SPR meningkat?

Posted: 01 Jul 2013 03:41 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menuntut supaya kerajaan menjelaskan peningkatan kos perbelanjaan sehingga sekali ganda – dari RM200 juta pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada RM400 juta dalam pilihan raya umum yang lalu. 

"Perbelanjaan sebanyak RM400 juta ini mesti dipersoalkan kerana ia melibatkan peningkatan sehingga 100 peratus daripada peruntukan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

"Mengapa dalam tempoh lima tahun, perbelanjaan untuk pilihan raya umum melonjak 100 peratus walaupun bilangan pengundi hanya meningkat 20 peratus?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada 27 Jun lalu berhubung perbelanjaan pada pilihan raya umum ke-13.

Loke dalam soalan lisannya meminta Suruhanjaya Pilihan RAya (SPR) untuk menyatakan butiran perbelanjaan suruhanjaya itu semasa pilihan raya umum yang lalu.

Secara purata, perbelanjaan itu meliputi RM1.8 juta bagi setiap satu dari 222 kawasan Parlimen, yang disifatkannya sebagai sangat banyak berbanding had perbelanjaan bagi setiap calon iaitu RM200,000.

1.04 Juta Pengundi Selangor Pilih Pakatan Rakyat

Posted: 01 Jul 2013 03:37 AM PDT


azmin

 SHAH ALAM : Seramai 1.04 juta daripada jumlah 1.7 juta pengundi di peringkat DUN Selangor memberikan sokongan kepada Pakatan Rakayt(PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) baru-baru ini, meningkat empat peratus berbanding pilihan raya pada 2008 lalu.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mandat besar yang diberikan rakyat kepada PR ini merupakan satu manifestasi rakyat Selangor menuntut dasar pentadbiran yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik (good governance), kepimpinan berintegriti dan prinsip kebertanggungjawaban serta ketelusan dalam membuat keputusan.

"Muafakat utuh di antara komponen PR di Selangor berjaya mencatatkan 60 peratus undi popular berbanding BN yang hanya menerima 40 peratus," katanya ketika membahaskan Titah Ucapan Persamian DYMM Sultan Selangor dalam Mesyuarat Kedua, Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke 13 di sini.

Azmin juga memberitahu dewan, dari jumlah 1.04 juta itu, 298 ribu rakyat memberikan sokongan dengan memilih parti DAP, 367 ribu memilih parti PAS dan sejumlah 373 ribu rakyat memilih PKR bagi menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dan meneruskan kecemerlangan yang dikecapi sebelum ini.

Selain itu, Azmin turut meneruskan desakan PR yang mahukan agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran kecurangan dan penipuan yang berlaku sepanjang PRU-13 berlangsung.

"PKR dan PR mendapat 51 peratus undi popular disebalik kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya yang ditaja oleh SPR.

"Isu dakwat kekal yang tidak kekal, orang asing diberikan kelayakan mengundi, lebih 60,000 pemilih berstatus 'dubious voters', wujudnya pengundi yang mengundi 2 kali, media yang tidak bebas dan sogokan wang tunai untuk membeli undi," ujar beliau lagi.

Pilihan Raya Tempatan Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Posted: 01 Jul 2013 03:33 AM PDT


teng chang kim

SHAH ALAM, : Rang Undang-undang berhubung pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan digubal Kerajaan Negeri tidak bercanggah mahupun melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihaknya mempunyai penasihat undang-undang negeri untuk mengkaji pelaksanaanya sebelum ia dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor (DNS) pada tahun depan.

Katanya, penggubalan rang undang-undang pemilihan ahli majlis itu juga sama sekali berbeza dengan undang-undang pilihan raya di majlis PBT.

"Penasihat undang-undang negeri akan menggubal rang undang-undang pemilihan ahli majlis PBT ini dengan cara di mana ia tidak bercanggah atau melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan.

"Penasihat ini juga akan sedaya upaya menggubal undang-undang mengikut kehendak Kerajaan Negeri. Saya ada keyakinan ke atas mereka," katanya ketika ditemui selepas sesi DNS, di sini hari ini.

Terdahulu, Teng ketika menjawab pertanyaan lisan daripada R Rajiv (DAP-Bukit Gasing) berhubung pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Katanya, pilihan raya tersebut adalah suatu proses untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat di negeri ini.

Sebelum ini, Teng dilaporkan berkata pilihan raya tempatan pertama negeri itu akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun depan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataannya mendakwa Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan pertama kerana ia bertentangan dengan Perkara 95A-95 E, Perlembagaan Persekutuan

Tingkat Pendapatan Per Kapita Masyarakat Desa

Posted: 01 Jul 2013 03:31 AM PDT


MB pc MP klang kuning 01

SHAH ALAM : Program pembangunan desa yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri pada penggal kali ini akan mensasarkan usaha meningkatkan pendapatan per kapita penduduk kampung di seluruh Selangor.

Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, terdapat jurang pendapatan yang terlalu luas di antara masyarakat bandar dan desa meskipun Selangor terkenal sebagai negeri yang membangun pesat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung fokus utama Kerajaan Negeri terhadap program pembangunan desa dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

"Program ini berasaskan kepada satu konsep yang kita lihat bahawa jika ia berjaya, maka akan berlaku peningkatan pendapatan per kapita penduduk kampung.

"Disebabkan jurang pendapatan yang terlalu tinggi, maka Kerajaan Negeri mencari jalan supaya usaha meningkatkan pendapatan dapat diperhebatkan," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata program itu mula diilhamkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sejurus selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu.

Sebagai langkah awal katanya, Kerajaan Negeri akan meminta semua ketua kampung termasuk Kampung Tradisi Cina dan India untuk bersama-sama terlibat dalam perkara ini.

Jelasnya, penggunaan dana untuk pembangunan desa ini hanya akan dibentangkan melalui Belanjawan Negeri pada November nanti.

"Ia dilaksanakan secara kumpulan di mana setiap kampung diminta untuk membuat perancangan dan hasilnya nanti akan diadakan satu program seperti yang dirancang.

"Kampung yang mana akan diberi keutamaan masih belum diketahui kerana kita masih berada di peringkat pertama.," katanya lagi.

UMNO petualang sebenar tutup pasar Ramadan, Jonker Walk

Posted: 01 Jul 2013 12:48 AM PDT

 Roketkini.com 

KUALA LUMPUR: UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka.

Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

 "Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar," katanya.

 Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.

 "Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.

 "Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas," jelas Pua lagi.

Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.

 "Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.-Roketkini.com

Bank Pembangunan: Pinjaman Kepada Tan Sri Kenneth Eswaran “Rahsia”

Posted: 01 Jul 2013 12:37 AM PDT

 

      


 
 Oleh A Kadir Jasin

      


SEPERTI saya sebutkan dalam posting berjudul "Putera Mahkota Baru Dunia Niaga" 22 Jun lalu(baca di sini), majalah Malaysian Business (MB) telah menghantar soalan kepada Bank Pembangunan Malaydia Berhad (BPMB) meminta pengesahan atau penafian laporan pinjaman RM500 juta kepada syarikat penyiaran milik Kenneth Eswaran.

Akhbar The Star/ANN pada 8 Jun memetik Eswaran sebagai berkata ABNXcess telah memperoleh pinjaman setengah billion daripada BPMB (baca di sini).

[He is looking at 2.5 billion ringgit for a 10 year period and for starters, ABN has secured about 500 million ringgit loan from Bank Pembangunan. In addition to that, shareholders have provided funding to jumpstart the project. Eswaran says that amount of funding is enough for 7 years for the first phase of the project.]

Berikut adalah soalan MB kepada BPMB:

Subject: Fwd: Malaysian Business: Disbursement Loan and Kenneth Eswaran

Salam Nor Sham,

This is Mior Azhar, associate editor for Malaysian Business magazine. I believe my writer Joshua has contacted you earlier regarding the loan given by Bank Pembangunan to ABNxcess owned by Tan Sri KK Eswaran (which was reported in The Star News paper on June 8 - attached). Also attached is our previous article on Tan Sri Eswaran and ANBxcess publsihed in our June 16 issue. We really would like to have Bank Pembangunan's confirmation on this matter. We are following up on this issue and therefore would like to know if

1. The loan has been approved? If yes, when? How long does it take to process the loan application by ABNxcess?

2. We would also like to know the basis of the loan as I believe that RM500 million is the ceiling for your loan disbursement? Is it a usual practice for the bank to approve such big amount to a new set-up? If not, why the special treatment for ABNxcess? I really hope you can revert with the answers latest by today as we are going to print an article regarding this matter and would like Bank Pembangunan to have a say on its participation. You can call me at 0169937875. Thank you so much for your help. Mior
Pada 28 Jun, Nor Sham, bagi pihak BPMB, menghantar emel berbunyi:

"En. Mior .. As per our earlier email, we are sorry to inform you that due to the Duty of Secrecy under BAFIA .. we are unable to reveal any information to any party .."
Thank you."

Pendek panjangnya, Bank Pembangunan milik kerajaan Malaysia berkata: "Seperti dalam e-mel kami yang terdahulu, kami memohon maaf untuk memaklumkan kepada anda, disebabkan tanggungjawab kerahsiaan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) .. kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak.."

Jadi kita tidak akan tahu sama ada BPMB meluluskan pinjaman raksasa itu kepada stesen TV digital Eswaran atau tidak.

Sementara itu, dalam kolum saya "Other Thots" dalam keluaran 1 Julai saya menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ketelusan, Paul Low Seng Kuan, dijadikan pemeriksa kerajaan.

Antara lain, saya menulis: "In fact he should be made the chief scrutineer of the government and given the power to observe any process which requires rigorous oversight, either to prevent the occurrence of corruption or genuine mistakes like, for examples, the recent appointment of Tan Sri Nor Mohamed Yackop as Deputy Chairman of Khazanah Nasional Berhad and the repeated delays in the completion of terminal two of the Kuala Lumpur International Airport."

Baiklah kita tahu ada BAFIA. Tetapi adakah semua urusan bank rahsia? Kalau rahsia, apa halnya dengan dakwaan terbuka Eswaran yang dia sudah memperoleh RM500 juta pinjaman daripada BPMB? Siapa yang bercakap benar ni?

Dan takkanlah identiti pembekal dakwat tak boleh padam yang terpadam pun rahsia juga? Wallahualam.

RCI untuk siasat Najib, Zahid Hamidi

Posted: 01 Jul 2013 12:28 AM PDT

FMT Staff

Menurut Mat Zain, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara juga berada dalam situasi konflik kepentingan.

 PETALING JAYA: Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat empat individu berprofail tinggi yang didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Menurut Mat Zain mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau menyarankan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan persetujuan jemaah menteri bagi mendapatkan perkenan Yang DiPertuan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat keempat mereka yang terlibat mengikut terma-terma rujukan yang kabinet fikirkan wajar.

 "Rakyat sedang menunggu apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Zahid yang didakwa telah mendatangkan cedera parah ke atas seorang awam Amir Bazli Abdullah pada tahun 2006.

"Begitu juga dengan Khalid setelah Hakim Datuk VT Singham mendapati beliau cuai untuk mempastikan keselamatan saspek di bawah jagaannya, selain cuba menyembunyikan punca kematian A Kugan, ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Selangor," katanya.

 Mat Zain berkata, orang yang boleh mengambil tindakan terhadap Zahid dan Khalid ialah Najib yang telah menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk melantik kedua-dua mereka.

"Orang yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Zahid dan Khalid atau sebaliknya ialah Abdul Gani.

 "Peguam Negara dengan kuasa yang dibekalkan kepada beliau dalam perlembagaan, selain daripada bertanggung jawab untuk menasihati YDP Agong dan jemaah menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

 "Malangnya kedua-dua Najib dan Gani pula, didakwa terlibat dengan beberapa salahlaku jenayah serius dan mereka masih belum membersihkan diri masing-masing, daripada siasatan polis yang sedang atau yang sepatutnya telah dijalankan ke atas mereka.

 "Nyata keempat mereka iaitu Najib, Zahid, Gani dan Khalid berada dalam situasi konflik kepentingan masing-masing," katanya dalam suratnya kepada Muhyiddin hari ini.

Manakala salinannya dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun dan Khalid. `Terdapat precedent' "Saya ingin nyatakan di sini, terdapat precedent di mana Timbalan Perdana Menteri menyembahkan permohonan kerajaan untuk penubuhan RCI dan mendapat perkenan YDP Agong.

"Ini ialah berkaitan RCI mata-lebam yang dipekenankan oleh YDP Agong bersandarkan permohonan yang disembahkan dan ditandatangani oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada 3.Februari 999 serta telah diperkenankan pada tarikh sama.

 "Tindakan itu dipercayai kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamed berada dalam situasi konflik kepentingan.Ini berikutan pada 1 Oktober 1998, beliau telah mengumumkan pendapat beliau bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akibat self-inflicted, sedangkan siasatan polis baru sahaja dimulakan beberapa hari sebelum itu pada 27 September 1998," tambah beliau.

Menurut Mat Zain lagi, pada 8 Oktober 1998, pegawai penyiasat telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir kecederaan yang Anwar alami bukan akibat self-inflicted tetapi akibat dicederakan oleh mantan Ketua Polis Negara.

 Beliau berkata, Muhyiddin tidak boleh mengenepikan cadangan menubuhkan RCI dalam menyelesaikan kemelut ini sebagai suatu cadangan yang tidak munasabah atau luar biasa. Precedent menangani kebuntuan seperti yang dihadapi sekarang, bukan dicedok atau ditiru daripada mana-mana negara lain, sebaliknya adalah keputusan jemaah menteri sendiri di mana Tan Sri (Muhyiddin) dan Najib, antara menteri yang membuat keputusan sedemikian, tambah beliau.

Melainkan jika Muhyiddin atau kabinet sedia ada, mempunyai idea atau cara yang lebih berkesan dan efisyen lagi untuk menyelesaikan situasi deadlock yang dihadapi sekarang ini,maka RCI hendaklah ditubuhkan segera.

Kata Mat Zain lagi, sebarang kelengahan atau keengganan membuat keputusan berkaitan kemelut ini, akan dilihat sebagai percubaan untuk melindungi salahlaku jenayah mereka yang terlibat dengan tujuan mengelakkan mereka dari dikenakan hukuman undang-undang.

 "Sekiranya seorang pegawai polis yang berpangkat sekadar Asisten Komisioner pada masa itu, sanggup bersemuka dengan Dr Mahathir dan memberikan pendapat yang bertentangan dengan pendapat Perdana Menteri yang telah diumumkan secara rasmi, maka saya yakin YAB Tan Sri tidak ada masaalah untuk menangani kemelut yang ada di hadapan rakyat dan kerajaan seperti sekarang ini," tambah Mat Zain.

MB: Rizab Selangor naik RM2.8 bilion

Posted: 01 Jul 2013 12:18 AM PDT

Jamilah Kamarudin

Berbanding RM2.6 bilion rizab yang dicatatkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. 

 SHAH ALAM: Selangor terus mencatatkan prestasi ekonomi positif apabila berjaya memperoleh hasil simpanan rizab RM2.8 bilion pada akhir Mei 2013, berbanding RM2.6 bilion rizab yang dicatatkan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid berkata, daripada jumlah itu Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.4bilion, Akaun Amanah Disatukan (RM1.42bilion), manakala hasil Wang Awam Kerajaan Negeri yang terdiri daripada Wang Tunai (RM436.83 juta), serta Pelaburan (RM2.4bilion).

 "Faktor utama yang memperngaruhi prestasi kewangan Selangor adalah pertumbuhan hasil pada tahun 2012 berjumlah RM1.95 bilion berbanding hasil tahun 2011 (RM1.63 bilion) dengan jumlah peningkatan sebanyak RM320.80 juta (19.63%)," katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

 Sementara itu, peningkatan ketara direkodkan pada kutipan hasil cukai tanah sebanya RM869.91 juta pada tahun 2012 berbanding RM533.04 juta pada tahun 2011.

Abdul Khalid berkata, beberapa langkah proaktif diambil bagi memperkasakan kedudukan kewangan Selangor, antaranya pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops Kutip).

 "Pada tahun 2012, tunggakan hasil kerajaan Selangor adalah berjumlah RM352.12 juta berbanding RM425.27 juta pada tahun 2011 dengan pengurangan sebanyak RM73.15 juta," katanya.

 Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah dalam jawapan berasingan berkata bagi tempoh sehingga Mac 2013, sebanyak 43 projek perkilangan yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dengan nilai pelaburan berjumlah RM6.2 bilion.

Daripada jumlah tersebut RM3 bilion adalah daripada pelaburan asing dan pelaburan tempatan (RM3.12 bilion).

 "Negeri Selagor masih menduduki nombor pertama dari segi bilangan pelaburan.

 "Berdasarkan perkembangan dan keadaan ekonomi dunia, kerajaan negeri mensasarkan jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan adalah sebanyak RM8 bilion untuk tahun 2013," katanya ketika menjawab soalan bertulis Adun Teluk Datuk Loh Chee Heng.

Yang Salah Ialah Siapa Yang Lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji

Posted: 01 Jul 2013 12:07 AM PDT




Oleh Shahbudin Husin

Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu.

Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa.

Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya.

Di dalam negara, beliau aktif menghulurkan bantuan. Asal saja ada kejadian buruk seperti banjir, tanah runtuh atau apa saja, kelibatnya pasti ada. Di Baling, kawasan di mana beliau berpolitik juga, sumbangannya diketahui dan dirasai oleh ramai orang.

Dalam politik UMNO pula, beliau dikenali sebagai orang yang rajin mencium tangan pemimpin dan membuatkan kehadirannya disedari. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai hubungan yang rapat sehingga boleh bercakap melalui telefon. Di era Najib pula, hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri lebih intim dan kemas. Dalam beberapa pilihanraya kecil, terutamanya pilihanraya kecil Ulu Selangor beberapa tahun dulu, beliau memainkan peranan menyelesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya sehingga akhirnya calon BN Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim.

Kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, dalam menjalankan misi kemanusiaannya melalui Kelab Putra ke perbagai negara, beliau dilihat agak mudah memperolehi bantuan dan sumbangan. Ketika berbual pula, pujiannya mengenai Perdana Menteri jarang terpisah dari bibirnya.

Dalam pilihanraya lalu, beliau menang di Baling menewaskan calon Pas, Najmi Ahmad walaupun ramai yang menjangkakan beliau akan tewas kerana calon Pas itu merupakan tokoh agama yang agak dikenali umum. Sementara perwatakan, perangai, latar belakang malah ijazahnya juga dipertikaikan, Azeez akhirnya berjaya menyumbang satu kerusi daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Selepas kemenangannya yang mengejutkan itu, ada juga yang meramalkan Najib akan melantiknya sebagai timbalan menteri kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri.

Memang ramai yang mempertikaikan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Perlantikannya dilihat tidak sesuai dengan kedudukan Tabung Haji sebagai GLC yang besar, kukuh dan berkait rapat pula dengan rukun Islam kelima. Ramai yang melihat Tabung Haji lebih sesuai dipengerusikan oleh individu lain seperti bekas menteri atau bekas pegawai kanan kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan. Atau setidak-tidaknya bukanlah di kalangan mereka yang dipertikaikan banyak sisi kehidupannya.

Beberapa pemimpin UMNO pula mencadangkan agar perlantikan pengetusi GLC dibuat berdasarkan kelayakan dan track record seseorang dan tidak semata-mata sekadar mengisi kekosongan atau kerana ingin memberi ganjaran kepada seseorang kerana GLC seperti Tabung Haji berkait rapat dengan perniagaan, keuntungan serta ibadah, maka seseorang penerajunya mestilah seseorang yang berintergeriti tinggi dan tidak diperkatakan karektornya.

Sebelum ini bekas menteri, Syed Hamid Albar pernah diberi surat perlantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebaik Najib menjadi Perdana Menteri tetapi kemudian dipujuk agar menolak dan memulangkan surat perlantikan itu berikutan adanya bantahan daripada pihak tertentu yang tidak menyukai Syed Hamid. Beliau kemudian diberikan jawatan Pengerusi SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Isunya apakah Azeez lebih berintergeriti di mata Najib berbanding Syed Hamid Albar?

Dalam hal ini, ramai yang melihat perlantikan Azeez adalah permulaan kepada pendekatan Najib memberi ganjaran kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang diketepikan dalam pemberian jawatan kabinet selepas pilihanraya lalu. Sebelum ini Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad turut dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dan khabarnya beberapa Ahli Parlimen lain akan mendapat berita gembira yang sama tidak berapa lama lagi, tambahan pula banyak GLC mempunyai kekosongan ketika ini.

Pemberian itu mungkin sebagai ganjaran dari sikap murah hati Perdana Menteri tetapi ramai juga yang melihat ianya sebagai pendekatan Najib untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen BN ini tidak berpaling tadah daripadanya jika berlaku sesuatu di Parlimen nanti.

Walaupun Azeez dilihat oleh banyak pihak tidak layak atau kurang sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji, mungkin kerana peribadinya, mungkin kerana karektornya, mungkin kerana pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia korporat tidak mencukupi atau mungkin kerana 1001 sebab yang lain tetapi tidak menjadi kesalahan jika beliau melobi atau berhajat untuk menduduki kerusi itu.

Sebagai ahli politik, tambahan pula kini sudah menjadi Ahli Parlimen, Azeez mungkin mempunyai keinginan untuk meningkatkan taraf sosialnya di mata umum. Sama ada beliau melobi untuk mendapatkan jawatan itu atau kerana Najib memberinya sebagai suatu anugerah tanpa diminta, Azeez sebenarnya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Tidak salah beliau meminta atau menawarkan diri.

Yang perlu dipersalahkan ialah Najib yang melantiknya. Najib seharusnya tahu bahawa beliau sekarang menguruskan sebuah kerajaan dan pemberian sesuatu jawatan, sama ada menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC mestilah berasaskan kelayakan dan kebolehan seseorang itu. Perlantikan tidak boleh dibuat secara tangkap muat atau kerana seseorang penyokong setia atau juga kerana seseorang itu kerap mencium tangannya ketika bersalam.

Tidak semestinya semua kawan, penyokong setia dan mereka yang mencium tangan perlu diberikan jawatan dalam kerajaan kerana mereka ini boleh diberikan ganjaran dalam bentuk lain yang tidak menjejaskan prestasi atau kewibawaan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Pelantikan yang silap dan menjadi pertikaian umum akhirnya akan menjejaskan nama Perdana Menteri juga. http://shahbudindotcom.blogspot.com

Pengantin Selangor Digalakkan Daftar Diri Untuk Insentif, Rumah Mampu Milik

Posted: 30 Jun 2013 10:20 PM PDT


insentif kahwin belia 30 jun 03

SHAH ALAM  : Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

insentif kahwin portal belia 30 jun 01

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500.

Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

insentif kahwin belia 30 jun 04

"Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi.

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

insentif kahwin belia 30 jun 05

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500.

"Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100," katanya.

Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor.

"Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri.

"Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama," katanya.

Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu.

"Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban," katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu.

MB belia insentif perkahwinan 03

Pakatan Tidak Yakin Dengan Siasatan SPRM Terhadap Taib Mahmud

Posted: 30 Jun 2013 10:17 PM PDT


taibmahmud 01

SHAH ALAM  : Pemimpin Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pengumuman terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan agensi itu terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini kerana dakwaan bahawa Abdul Taib dan keluarganya terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa telah dibuat daripada dahulu lagi dengan pelbagai pendedahan media dan laporan polis.

Terbaru adalah video yang dibuat NGO Global Witness pada Mac lalu yang memaparkan saudara Abdul Taib yang cuba menjual tanah di Sarawak kepada aktivis NGO itu yang menyamar sebagai pelabur asing.

Malangnya, Ketua Menteri itu berkata beliau tidak akan bekerjasama dengan SPRM apabila agensi itu mahu memanggilnya untuk siasatan.

Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata sehingga kini Abdul Taib tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Tidak ada keyakinan terhadap SPRM dalam siasatan ke atas Taib kecuali ada tindakan pendakwaan dilakukan," katanya melalui Sistem pesanan ringkas (SMS) selepas diminta mengulas isu itu.

Akhbar TheStar hari ini melaporkan bahawa SPRM sedang meneliti 400 fail dan merakamkan kenyataan daripada lebih 20 individu berkaitan kes terhadap Abdul Taib.

SPRM di dalam satu kenyataan berkata agensi itu tidak pernah berhenti menyiasat Abdul Taib dan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi siasatan itu.

Siasatan itu dipercayai merujuk kepada pendedahan yang dibuat di dalam video Global Witness itu.

Sementara itu, Angkatan Muda PKR Sarawak mendesak SPRM supaya memanggil Abdul Taib bagi membuktikan agensi itu betul-betul serius di dalam siasatannya.

"Kita mahu dia dipanggil untuk disiasat. Beliau adalah saksi utama. Kita tidak mahu hanya fail-fail yang disiasat.

Beliau turut mempersoalkan 'kesukaran' untuk memanggil Abdul Taib tetapi begitu mudah memanggil orang lain jika hanya rakyat biasa.

"Apakah negara ini mempunyai dua undang-undang? Kalau kita lihat apabila kes melibatkan rakyat biasa, tidak sampai seminggu SPRM sudah panggil, tetapi Taib tidak.

"Kita melihat jawapan SPRM ini sebagai satu dolak dalih dan perbuatannya sebagai sandiwara. Hingga ke hari ini, jawapan yang dberikan cuma sandiwara untuk menutup perkara sebenar dari pengetahuan rakyat," katanya.

Tidak Perlu Kebenaran MB Untuk Akses Maklumat Kerajaan Negeri

Posted: 30 Jun 2013 10:16 PM PDT


Elizabeth Sidang DUN

SHAH ALAM : Rakyat Selangor boleh mengakses maklumat di semua jabatan dalam Kerajaan Negeri tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

Perkara ini dinyatakan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong sebagai jawapan kepada soalan tambahan Datuk Shamsuddin Lias (BN -Sungai Burong) yang sebelum itu mendakwa terdapat sesetengah maklumat perlu meminta kebenaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Elizabeth menjelaskan dalam Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2013, sekatan hanya akan dilakukan sekiranya maklumat terbabit terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memerlukan kebenaran daripada badan yang terlibat.

"Untuk makluman memang tidak benar kebenaran perlu didapati oleh Menteri Besar, saya syorkan Sungai Burong dan Adun yang lain perlu membaca semula enakmen, di dalam itu disenaraikan maklumat itu boleh didapati dari siapa dan kaedah-kaedah yang digunakan," katanya dalam sidang Dewan Undangan Selangor (DNS).

Beliau menambah badan maklumat negeri adalah sebuah badan yang bebas dan adil yang mana ahlinya terdiri daripada golongan yang berpengalaman.

Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2013 dikuatkuasa pada 5 Mac 2013 melalui pemberitahuan dalam warta Selangor bersekali dengan dua undang-undang subsidari peraturan-peraturan kebebasan maklumat (akses).

Seramai 41 orang pegawai dari pelbagai Jabatan Negeri dan badan berkanun dilantik menjadi pegawai maklumat.

Mereka diberi pendedahan dan latihan berhubung tugas-tugas melalui dua siri latihan pada bulan Disember 2012 dan Mac 2013.

Mengulas lanjut, Elizabeth memaklumkan pelbagai program akan dijalankan sebagai galakan orang awam menggunakan enakmen itu termasuk pengedaran poster ke semua jabatan sebagai promosi dan pembukaan gerai pameran ke acara Kerajaan Negeri.

Enakmen itu hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.

Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam.

Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.

Awang Had Salleh meninggal dunia

Posted: 30 Jun 2013 10:12 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya.

Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. - Bernama,

Idris: Pas tetap tak boleh perintah Terengganu

Posted: 30 Jun 2013 10:09 PM PDT


Datuk Seri Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh
 
BESUT - Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

"Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar," katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam.

Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut.

Idris berkata, Umno sedang menyusun pelbagai strategi dan gerak kerja semua peringkat termasuk bantuan pusat untuk menghadapi PRK kali ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan calon BN tempatan telah disenaraikan dan senarai akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon.

"Kita akan mencari calon tempatan yang disenangi dan disukai oleh rakyat kerana calon yang disukai rakyat akan memberi lebih kemenangan," katanya.

Arab Saudi penjara tujuh aktivis Facebook

Posted: 30 Jun 2013 10:07 PM PDT


RIYADH- Sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhi hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun ke atas aktivis Facebook atas tuduhan menghasut menggunakan medium media sosial itu.

Aktivis itu telah ditahan September tahun lalu dan perbicaraan mereka bermula April lalu.

Mereka didakwa menghantar mesej dalam talian bagi menggalakkan rakyat negara itu mengadakan protes.

Hukuman 10 tahun dikenakan kepada aktivis yang dilaporkan menjelaskan teknik bantahan atau demonstrasi melalui Facebook.

Sebuah kumpulan hak asasi mendakwa lelaki itu mengakui terlibat dalam menyumbang kepada unsur hasutan melalui Facebook dan pernah mengadakan perhimpunan anti-kerajaan di wilayah timur negara itu.

Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya

Posted: 30 Jun 2013 10:04 PM PDT

OLEH V. ANBALAGAN


Salah seorang bekas hakim terkemuka negara dan peguam Umno bakal hadir ke mahkamah tidak lama lagi - namun kali ini sebagai peguam mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam petisyen menentang penipuan di dalam pilihan raya.

Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bakal mewakili PAS bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di Perak.

Sumber yang dekat dengan pasukan perundangan PAS memberitahu The Malaysian Insider mantan hakim berusia 69 tahun itu sangat dihormati dalam bidang perundangan dan hanya menunggu arahan daripada anak guamnya sahaja.

"Beliau hanya akan hadir ke mahkamah bagi kes petisyen pilihan raya. Kehadirannya akan dikira sebagai "sumbangan kepada negara" dalam konteks perkembangan baru," menurut sumber tersebut.

Nama beliau telah diseneraikan di antara peguam ternama yang dipilih PAS bagi mencabar enam petisyen yang difailkan oleh calon parti tersebut di Perak.

Petisyen DUN Pasir Panjang akan didengar oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Jika diberi lampu hijau, Sri Ram akan kembali ke arena guaman setelah meninggalkan bidang tersebut kira-kira 20 tahun lalu.

Sebagai seorang peguam, beliau berpegang pada pendirian yang tinggi sewaktu di kamar mahkamah. Beliau turut pernah menjadi penasihat undang-undang Umno dari tahun 1987 hingga 1994.

Beliau mewakili parti berkenaan apabila 12 perwakilan memfailkan saman bagi mengisytiharkan pemilihan dan perhimpunan agung parti berkenaan adalah haram pada tahun 1987.

Sri Ram memulakan kerjayanya dalam arena guaman sejak 1970 dan telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 1994.

Beliau telah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan pada 2009, setahun sebelum tempoh persaraannya.
Pada masa kini beliau berkhidmat sebagai perunding guaman dan telah menulis kira-kira 800 keputusan penghakiman merangkumi bidang pentadbiran, perundangan, industri, syarikat dan undang-undang jenayah.

Bagi petisyen pilihan raya, beliau turut ditugaskan untuk memberi nasihat kepada pasukan perundangan petisyen yang lain.

Selain Pasir Panjang, PAS turut mencabar keputusan pilihan raya DUN Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.

Bagi kesemua enam kerusi berkenaan, PAS kalah kepada Barisan Nasional (Umno) dengan majoriti di antara 53 dan 619 undi.

Sewaktu pilihan raya 2008, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merampas DUN Pasir Panjang dari tangan BN.

Walau bagaimanapun pada PRU13 yang lalu, BN memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 304 undi.
BN membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 31 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang hanya menang 28 kerusi.

Kedudukan kerajaan BN akan kembali goyah sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya semula sekurang-kurangnya tiga kerusi yang ditandingi oleh PAS.

Pakatan simpati kepada Khairy; gesa pembaharuan polis

Posted: 30 Jun 2013 10:02 PM PDT

oleh Hasbullah Awang Chik

Seorang menteri yang rumahnya dimasuki pencuri pada hujung minggu lalu mendapat simpati daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tahu bagaimana rasanya rumah dimasuk pencuri kerana rumah saya sendiri pernah dimasuki pencuri dua kali pada tahun 2009 dan 2010 dan itu merupakan salah satu sebab mengapa saya berpindah ke pangsapuri pada 2011," menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mendapati rumah banglonya di Bukit Damansara dimasuki pencuri pada siang hari Sabtu lalu sewaktu hanya pembantu rumahnya berada di rumah.

Pua turut menggesa pihak polis dan kerajaan agar berdepan realiti terhadap kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata: "Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima hakikat, maka tiada pendekatan yang akan diambil pihak berkuasa bagi membendung isu berkenaan.

"Jika kerajaan dan polis tidak mahu menerima kenyataan, kita pasti berdepan alasan demi alasan daripada pihak polis malah daripada Pemandu sendiri yang menggesa pemansuhan Ordinan Darurat meningkatkan kadar jenayah."

Polis memberitahu The Malaysian Insider pemansuhan akta berkenaan akan meningkatkan kadar jenayah jalanan dan secara keseluruhannya.

Pua berkata kelemahan polis sebenar dalam membanteras jenayah adalah penempatan pasukan yang kurang tepat dan skala yang berlebihan.

"Sejak lapan tahun lalu, Cawangan Siasatan Jenayah terdiri daripada 9 peratus tenaga polis secara keseluruhannya. Sebagai perbandingan, 41 peratus polis beruniform melakukan tugas-tugas pentadbiran.

"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 2005 mencadangkan kira-kira 20,000 pasukan beruniform atau 22 peratus kembali kepada tugas hakiki bagi memantapkan tugas polis. Malangnya cadangan tersebut tidak diambil serius oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Kementerian Dalam Negeri dan polis harus menerima cadangan RCI dan melaksanakan semua pendekatan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan dan profesionalisme pasukan polis.

"Selagi mereka berlengah-lengah, ini akan meningkatkan kadar jenayah dan menjadikan Malaysia tidak selamat bukan sahaja kepada rakyat malah pembangunan kondusif perniagaan dan pelaburan."

"Merujuk kepada kes rompakan di kediaman Khairy, Pua berkata tidak kira sama ada menteri atau ahli politik dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional atau sesiapa yang berada di jalanan akan berdepan trauma apabila berdepan situasi jenayah.

"Kita bersyukur kerana dalam insiden ini tiada yang cedera. Kejadian ini dan yang lalu berlaku sejak kebelakangan ini kepada VIP termasuk ahli keluarga menteri dan pegawai polis membuktikan jenayah bukanlah persepsi semata-mata di Malaysia.

 "Jika menteri dan pegawai polis atasan tidak terlepas daripada jenayah maka bagaimana rakyat biasa dapat tidur lena? Kejadian jenayah telah memaksa penduduk setempat menggunakan perkhidmatan kawalan keselematan peribadi di kawasan kediaman mereka.

"Jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh penduduk untuk menggunakan khidmat kawalan keselamatan bagi melindungi kediaman mereka. Statistik jenayah beberapa tahun lalu telah dimanipulasi bagi memberikan rakyat Malaysia persepsi yang salah berhubung isu keselamatan.

Kerajaan mendakwa jenayah jalanan telah berkurang kepada 40 peratus beberapa tahun ini manakala indeks jenayah turun kepada 25 peratus daripada tahun 2007 ke 2011.

"Apa yang kerajaan cuba sembunyikan daripada rakyat Malaysia adalah indeks jenayah telah meningkat kepada 69 peratus pada tempoh yang sama," jelas Pua.

Mesyuarat tentu tarikh PRK Kuala Besut Jumaat ini

Posted: 30 Jun 2013 09:55 PM PDT

SINAR HARIAN
PRK Dun Kuala Besut
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) di ibu pejabatnya di Putrajaya bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua Dun Terengganu pada 27 Jun lepas. 

Kerusi Dun Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lepas.

Kamaruddin berkata satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas berkenaan bagi mengumumkan tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian. - Bernama

PR: Kos PRU13 naik 100 peratus pelik bin ajaib

Posted: 30 Jun 2013 09:54 PM PDT

Anthony Loke
Anthony Loke
 
KUALA LUMPUR - PR hari ini mendakwa perbelanjaan PRU13 yang meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun adalah tidak wajar dan boleh dipersoalkan.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata,  kos pengendalian PRU12 lima tahun lalu hanya menelan belanja RM200 juta berbanding PRU13 meningkat kepada RM400 juta walaupun jumlah pengundi meningkat 20 peratus sahaja.

Katanya, PRU13 yang melibatkan 222 Parlimen menunjukkan purata perbelanjaan untuk satu kawasan RM1.8 juta dan ia angka yang besar.

"Kalau kita lihat calon yang bertanding perlu menjalankan kempen lebih dua minggu, belanja untuk bahan cetakan, tenaga manusia yang ramai.. .ia hanya dihadkan perbelanjaan sebanyak RM200 ribu.

"Perbelanjaan yang SPR perlu tanggung hanya untuk hari penamaan calon dan pengundian.

"Adakah ini memerlukan RM1.8 juta untuk satu kawasan?," katanya pada sidang media, di Parlimen, di sini.

Minggu lalu, Loke meminta Perdana Menteri menyatakan butiran pecahan kos untuk SPR dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung mengendalikan PRU13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjawab dengan menyatakan kos perbelanjaan PRU13 telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM400 juta.

Antara pecahan perbelanjaan utama seperti elaun lebih masa sebanyak RM5.018 juta, sewaan pengangkutan, barung semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain-lain sebanyak RM98.465 juta, bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas PRU adalah RM204.1 juta serta lain-lain perbelanjaan sebanyak RM93.354 juta.

Mengulas lanjut, Loke yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, PRK di Permatang Pauh pada tahun 2008 hanya mencecah RM409,000 berbanding SPR membelanjakan wang hampir RM2 juta di setiap kawasan Parlimen.

"Saya pernah bertanding dua kali, tetapi saya belanja tak lebih RM200 ribu.

"Tapi kenapa ikut purata perbelanjaan SPR untuk mengendalikan PRU13 di setiap kawasan menelan RM1.8 juta?," katanya lagi.

Beliau juga menambah, SPR perlu mempunyai kesedaran wang yang dibelanjakan adalah hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

Tiada ulasan: