Isnin, 8 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rogol: KJ saran gantung atlet terlibat

Posted: 07 Jul 2013 05:25 PM PDT

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu semtara siasatan dijalankan.

Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia nya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), beliau merasakan tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

"Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

"Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan pegawai pengiring atlet berkenaan mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Ekoran kejadian, wanita berkenaan telah membuat laporan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan perkara tersebut dan ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

"Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sementara itu, Khairy turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit.

Sementara itu, ketika memetik komen Khairy dari laman sosial Facebooknya, Khairy turut menambah, saranan supaya atlet berkenaan digantung turut disampaikan kepada Persekutuan Bola Baling Malaysia.

"Lagipun, kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia.

"Beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.

"Mereka telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini," katanya.

Mengula perkara sama, Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu "post-mortem" segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

"Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu," jelas beliau.

Khairy turut menjelaskan, Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Malah katanya, kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut digunakan untuk menjaga aspek ini termasuk Unit Keselamatan UPM.

"Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.

"Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ia tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana menjadi tanggungjawab anggota kontinjen sendiri.

"Oleh kerana itulah, setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, jurulatih dan sebagainya. Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin," ujar Khairy lagi.

Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

Posted: 07 Jul 2013 05:20 PM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik

Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.

Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.

"Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen bersama," jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.

Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.

"Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan," jelas Welsh.

Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.

"Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.

"Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.

"Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR," tambah Welsh.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut.

Beliau juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti berbangsa Cina.

"Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.

"Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.

"PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan," tambah Syed Arabi.

Kelas aliran agama diperluas ke SMK

Posted: 07 Jul 2013 05:09 PM PDT

SINAR HARIAN
Kelas aliran agama diperluas ke SMK
Kelas aliran agama diperluas ke SMK - Gambar hiasan
 
TUMPAT - Kelas Aliran Agama (KAA) akan diperluaskan di semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara berikutan sambutan positif ibu bapa pelajar terhadap pelaksanaannya.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Abdullah Md Din berkata kelas tersebut dimulakan pada 2008 di beberapa SMK terpilih dan jumlah kelas terpaksa ditambah bagi memenuhi permintaan tinggi ibu bapa.

"Kejayaan pelaksanaan ini menyebabkan kita membuka kelas berkenaan di sekolah harian biasa dan sambutan amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan kali kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, di sini hari ini.

Pelajar yang mengikuti KAA akan mempelajari al-Quran dan Sunah, Bahasa Arab serta Syariah Islamiyah di samping mata pelajaran biasa seperti Fizik, Kimia dan Biologi.

"Pendekatan ini membolehkan mereka mengikuti pengajian agama dan akademik secara serentak," katanya.

Mengenai majlis Ihtifal tersebut, Abdullah berkata penganjuran program tersebut secara tidak langsung mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab dan al-Quran, selain dapat mencungkil bakat terpendam pelajar terutama berkaitan pengucapan awam. - Bernama

Transformasi BN hanya retorik

Posted: 07 Jul 2013 05:08 PM PDT

Kos kempen politik PRU13, penganalisis bercanggah pendapat

Posted: 07 Jul 2013 05:03 PM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik

Kos kempen politik menjadi antara perdebatan hangat dua penganalisis politik, Dr Bridget Welsh dan Prof Dr James Chin pada Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan.

Kata James, kos kempen politik pada PRU13 hanya menelan belanja sekitar RM1 billion dengan andaian perbelanjaan satu kerusi Parlimen kira-kira RM300 juta.

Welsh pula menyatakan kos kempen politik mungkin mencecah RM2 billion dengan mengandai, perbelanjaan bagi satu kerusi Parlimen mencecah RM400 juta.

"kos lain perlu diambil kira dan dan kos terbesar dalam kempen itu ialah perbelanjaan pengiklanan. Kos pengiklanan sepanjang kempen sangat tinggi.

"Upah pengendali laman blog dan jentera pilihan raya juga termasuk dalam anggaran bajet. Perbelanjaan juga berkait rapat dengan kawasan kendalian pilihan raya.

"Jika pilihan raya diadakan di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak, kosnya meningkat," kata Welsh ketika dihubungi The Malaysian Insider selepas forum yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Dalam perkembangan lain, Chin berkata, kawasan pedalaman tidak terkesan dengan pengaruh politik kerajaan melalui media tradisional seperti televisyen, radio dan akhbar harian.

"Kempen melalui media tradisional tidak lagi mendatangkan kesan kerana orang ramai kini rata-rata tertumpu kepada kempen melalui media sosial dan menjadikan portal berita internet sebagai rujukan.

"Kebanyakan penduduk desa kini semuanya memiliki telefon pintar dengan akses 3G. Jadi semua maklumat boleh didapati di hujung jari," katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, berkata Barisan Nasional (BN) harus menerima hakikat mereka hilang kepercayaan rakyat pada PRU13 kerana rakyat lebih bergantung kepada media sosial.

Beliau berkata, 'tentera siber' BN lebih gemar menyebar fitnah dan berdiri atas nama wang tetapi penyokong Pakatan Rakyat (PR) memberi komen berdasarkan fakta.

Selepas PRU13, Utusan Malaysia terus menerus mendakwa DAP memiliki tentera siber yang digelar 'Red Bean Army' yang diupah untuk menyerang BN di alam siber.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu

Rang undang-undang ganti Ordinan Darurat dibentang September - Zahid

Posted: 07 Jul 2013 05:02 PM PDT

Oleh Muzliza Mustafa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus berdiam diri terhadap kemungkinan eleman penahanan tanpa bicara diamal dalam undang-undang baru yang menggantikan Ordinan Darurat.

Beliau cuma berkata, penahanan tanpa bicara itu tidak diberi keutamaan dalam perbincangan terhadap rang undang-undang baru itu.

"Kita dengar pandangan semua orang dan kita tahu semua orang termasuk Majlis Peguam membantahn penahanan tanpa bicara.

"Kita perlu akui betapa polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk melaksanakan tugas dan kita berusaha ke arah itu," katanya.

Zahid berkata, dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dan Nancy Shukri, ditugas untuk mendapatkan maklum balas mengenai draf undang-undang baru itu.

Katanya, draf sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan dijangka siap sepenuhnya serta dibentang pada sidang Parlimen September depan.

Khamis lalu, Zahid berkata, kerajaan merangka undang-undang baru dalam usaha membanteras jenayah selepas memansuh Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Katanya, kerajaan mengalu-alu cadangan semua pihak termasuk pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan undang-undang baru itu, berkesan.

The Malaysian Insider baru-baru ini menemu bual beberapa pegawai polis kanan yang mendakwa pemansuhan undang-undang pencegahan mengakibatkan lebih 2,000 tahanan kembali ke sisi masyarakat.
Polis juga mendakwa, bekas tahanan itu kini kembali mengulangi jenayah lama manakala 'tangan polis terikat di belakang'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata undang-undang baru yang diperkenal bagi menggantikan Ordinan Darurat bertujuan melindungi kepentingan awam.

Katanya, polis membawa dua cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri ketika perbicangan undang-undang baru itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo menyalahkan kerajaan berikutan kegagalan membendung jenayah, sebaliknya percaya Perdana Menteri hanya mahu membaiki imej kerajaan ketika memansuh undang-undang pencegahan.
Mencadangkan undang-undang dibaik pulih sepenuh terutama membabitkan kuasa polis dan proses penahanan, beliau berkata, kerajaan perlu merangka pelan holistik bagi mengatasi masalah itu.

Pelantikan Pengerusi Tabung Haji oleh Najib undang kemarahan

Posted: 07 Jul 2013 04:58 PM PDT

Oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita

Beliau seharusnya merayakan pelantikan sebagai pengerusi sebuah institusi yang dihormati, akan tetapi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diserang dari pelbagai penjuru baik dari partinya sendiri mahupun daripada pembangkang.

Paling melukakan Ahli Parlimen Baling itu adalah serangan dari partinya sendiri.

Dari kaca mata ahli-ahli politik Umno, pilihan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sesuatu yang tepat dari segi pengalaman, kelayakan dan kemampuan untuk memimpin organisasi – mempunyai dana RM35 bilion.

Kritikan paling keras terhadap ahli politik berumur 47 tahun itu adalah beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib.

Nama beliau juga dikatakan satu-satunya yang dihantar oleh perdana menteri ke Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri hal ehwal Islam untuk menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.

Abdul Azeez sedar dengan rungutan mengenai pelantikannya dan beliau bukan pilihan popular. Akan tetapi, beliau percaya dirinya perlu diberi peluang.

"Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian," kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.

"Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah," tambahnya.

Beliau sedar tentang kritikan kerana tidak mempunyai latar belakang perniagaan dengan pantas mengatakan TH mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah berwibawa untuk melakukannya.

"Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

"Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat," katanya.

Akan tetapi, Abdul Azeez mengakui tanggungjawab sebagai pengerusi TH merupakan satu amanah besar yang beliau pegang dan berjanji untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan jemaah haji Malaysia.

"Berkenaan dengan aduan tentang jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadah kerana menunggu terlalu lama sehingga meninggal dunia. Saya akan semak perkara ini dan cuba untuk memperbaikinya," katanya.

Abdul Azeez yang menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara seperti menjalankan program di Gaza, Palestin.

Penyokong Najib mempertahan pelantikan Abdul Azeez mengatakan ahli politik itu membuktikan beliau adalah pemimpin yang efektif dan berpengalaman sebagai ahli lembaga pengarah TH.

Perdana menteri sendiri hanya mendiamkan diri kerana tahu mood dalam Umno yang tidak begitu memihak kepadanya selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Penentangan dalaman terhadap pelantikan Abdul Azeez memberikan indikasi hari di mana Najib sentiasa disokong oleh partinya sudah berakhir.

Dalam masa 48 jam lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan dari Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyerang perdana menteri secara terbuka mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen jika tidak dapat lebih banyak wang dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Sebelum ini media melaporkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Najib supaya meneliti semula pelantikan Abdul Azeez supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno dan BN.?

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.??

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," kata Naib Presiden PKR itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan pelantikan Abdul Azeez dan mendesak Najib menimbang semula tindakan itu.??

Menurut Mahfuz, pelantikan jawatan tertinggi agensi kerajaan perlu melalui proses saringan ketat bagi mengelakkan daripada dana awam itu diselewengkan.??

"Sepatutnya, untuk melantik seorang sama ada jawatan pengerusi, lembaga pengarah, CEO dan panel pelaburan TH, saya fikir sepatutnya kita perlu lakukan tapisan yang telus dalam pelantikan itu.??

"Pengisian jawatan itu bukan untuk membantu ahli politik yang tidak mendapat jawatan di atas (menteri) untuk menampung pendapatan dan sebagainya," kata Naib Presiden PAS itu dipetik dari laporan media.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini Najib akan memberikan habuan kepada ahli politik Umno dengan melantik mereka mengisi jawatan syarikat berkait kerajaan seperti TH, Telekom Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara)

Bagai pesta naik harga barang menjelang Ramadhan

Posted: 07 Jul 2013 04:51 PM PDT

Ridhuan Husin,



GOMBAK: Berikutan beberapa barangan asas keperluan mulai naik harga hampir sahaja bulan Ramadhan, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama-sama rakan-rakan pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR) mengadakan 'Kempen Anti Kenaikan Harga Barang'.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata kempen tersebut diadakan sebagai simbolik untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sekian lama telah ditipu dengan janji-janji kosong oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan.

"Tetapi apabila tiba sahaja musim bulan puasa dan raya, pihak yang patut bertanggungjawab tidak mengambil berat tentang perkara ini menyebabkan yang menjadi beban adalah rakyat," ujarnya.

Menurut beliau yang Ahli Parlimen Temerloh, ia bagaikan pesta naik harga apabila tiada kawalan yang ketat mengenainya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Gombak membuat jualan amal dengan menjual gula pada harga RM2 sekilo bersempena kempen tersebut di Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak.

Kuala Besut: Presiden umum calon PAS 9 Julai

Posted: 07 Jul 2013 04:48 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu akan diumumkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 9 Julai ini.

Presiden PAS akan membuat pengumuman itu pada satu majlis yang akan diadakan di kawasan Dun Kuala Besut bermula jam 9.00 malam.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily.

Katanya, pemimpin tertinggi PAS turut hadir pada majlis tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi.

Tiada ulasan: