Jumaat, 5 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR DEMO ALA IKHWAN :BUKTI MEREKA CINTAKAN KEAMANAN..SAKSIKAN

Posted: 05 Jul 2013 08:30 AM PDT

Penyokong Presiden Mesir Muhammad Mursi solat berjamaah bermohon untuk menyelamatkan presiden Islam tersebut di Lapangan Masjid Raba El-Adwyia, Kaherah, Rabu (3/7). (REUTERS/Khaled Abdullah )
Suasana kota Kaherah pada Khamis pasca-penggulingan Presiden Mohammad Mursi secara relatifnya tenang, namun warga Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi bergelombang menuju Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah, Kaherah Timur.

Gelombang massa dari Ikhwanul Muslimin itu mulai datang pada petang Khamis waktu tempatan.

"Mursi pahlawan kami, Badie pemimpin kami," teriak orangramai, merujuk pada penggulingan Presiden Mursi dan penangkapan terhadap Mursyid/Pemimpin Tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie. MEREKA TIDAK MEROGOL GADIS DAN TIDAK MEROMPAK..AYUH KEJALAN RAYA WAHAI SAUDARA IKHWAN..KARENA ITU DIBENARKAN DALAM DEMOKRASI LAPANGAN POLITIK YG ADA...

AKHIRNYA SEMUA TUNDUK DENGAN BUKAN ISLAM..UMMAT ISLAM KENA JAGA JAGA NI..

Posted: 05 Jul 2013 07:21 AM PDT

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rang undang-undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun 2013 yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.

"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam satu kenyatan.
Sehubungan itu, katanya, semua pindaan yang berbangkit (consequential amendments) daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 akan juga ditarik balik.

Muhyiddin berkata penarikan itu dibuat bagi memberi masa pada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang itu secara holistik dan akan membentangkan semula selepas mendapat persetujuan semua pihak.

"Kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia maka isu pertikaian status agama anak ini juga perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam," katanya.
Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh his parent or guardian.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam v. Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad (singular).

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.

DEMO MAHADHIR LETAK JAWATAN DI PETRONAS JIKA ENGGAN

Posted: 05 Jul 2013 03:30 AM PDT

Sekretariat Royalti Terengganu (R) di bawah Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menggesa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai penasihat Petronas kerana melanggarAkta Kemajuan Petroleum 1974.

Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, kerajaan dan petronas harus meneliti semula pelantikan tersebut.

"R Terengganu berharap pihak Kerajaan dan Petronas boleh meneliti semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana berdasarkan akta tersebut Tun Dr Mahathir tidak menepati syarat kelayakan sebagai Penasihat Petronas sekaligus menyebabkan akta tersebut tidak relevan," kata beliau kepada Harakahdaly.

Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5 menyebut, kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan pertoleum itu.

Justeru R Terengganu menuntut kerajaan mengambil tindaan sewajarnya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dalam pelantikan tersebut.

"R Terengganu menggesa pihak Petronas melantik penasihat yang lebih layak tanpa ada kompromi dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Petronas," tegasnya.

Minggu lalu, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu Raja Datuk Kamarul Baharin Raja Ahmad Shah yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menggesa Majlis Penasihat Petronas diwujudkan segera.

Majlis itu katanya harus meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.

PRK KUALA BESUT DALAM BULAN PUASA:RASUH BERBUKA BAKAL MENGISI MENGONG...

Posted: 05 Jul 2013 01:30 AM PDT

Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Aziz ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.

Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

NO NAME ITULAH NAMANYA:APA HAL AWAK SUSAH?

Posted: 05 Jul 2013 12:28 AM PDT

Seorang lelaki yang dilahirkan di Tawau, Sabah berkata beliau telah tinggal bersama namanya ditulis 'no name' selama hampir 40 tahun, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah diberitahu hari ini.

Mahat Ismail, 65 berkata, beliau terpaksa hidup dengan nama itu selepas seorang pegawai di hospital di mana dia dilahirkan mengisi nama dalam sijil kelahirannya sebagai 'no name'.

tukar agama:PAS masih membisu..kenapa?..

Posted: 04 Jul 2013 09:00 PM PDT

Rata-rata anggota Parlimen PAS masih berdiam diri terhadap Rang-Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013, walaupun wakil rakyat beragama Islam lain mahu ia dibincangkan lebih mendalam.

NONE"Kami belum membuat keputusan akhir kerana kerajaan sendiri nampaknya tidak pasti (terhadap rang undang-undang itu)," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada Malaysiakini di lobi Parlimen semalam.

"Tiada pendirian parti dibuat kerana kami tidak tahu mana satu yang betul - rang undang-undang atau keputusan kabinet (pada 2009)," kata Mahfuz ketika ditanya tentang seksyen 107B yang termaktub dalam rang undang-undang itu.

Peruntukan dalamnya menyebut, persetujuan ibu atau bapa atau penjaga diperlukan untuk mengislamkan kanak-kanak bawah umur, yang sama sekali bertentangan dengan keputusan kabinet pada 2009 yang mensyaratkan bahawa persetujuan kedua-dua belah pihak ibu dan bapa diperlukan.

Ditanya pandangan peribadinya sendiri, anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau akan menunggu perkara itu jelas terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.

Sementara itu, dalam pertemuai berasingan, seorang lagi wakil rakyat PAS dari Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli turut mempunya nada yang sama dengan Mahfuz.

"Ini isu negara. Bukan pandangan peribadi," kata Hatta.

LELAKI MATI MENGEJUT DITAHAN POLIS..ADA BETULKENI..

Posted: 04 Jul 2013 07:07 PM PDT

Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan adil berhubung kes kematian seorang lelaki berusia 53 tahun yang meninggal dunia ketika ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan ditahan dalam satu kejadian mengejar suspek oleh dua anggota polis peronda (MPV) di Jalan Barat off Jalan Imbi di Kuala Lumpur kira-kira 12.15 pagi Khamis.

"Semasa anggota polis cuba melakukan tangkapan terhadap pemandu kereta Proton Waja itu, telah berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki berkenaan berjaya ditahan.

"Bagaimanapun beliau didapati tenat dan ambulans telah dipanggil sebelum lelaki berkenaan disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Zainuddin berkata hasil laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan dalaman mahupun luaran dan jantung serta organ dalaman berada dalam keadaan baik.

Katanya, bagaimanapun punca kematian lelaki berkenaan masih belum diketahui sementara menunggu hasil laporan kimia yang akan dikeluarkan.

Beliau berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mendiang oleh doktor yang menjalankan pembedahan.

Beliau menambah setakat ini anak mangsa membuat laporan polis dan anggota yang membuat tangkapan turut membuat laporan dengan menerangkan tujuan dan keadaan mendiang ketika ditangkap.

- Bernama

KETAHUI MENGAPA UTUSAN BERITA SANGGUP DISAMAN RATUSAN RIBU ATAU JUTA:INI JAWABNYA..IMEJ

Posted: 04 Jul 2013 05:00 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis laporan yang didakwa memetik kenyataan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa siri perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dibiayai pihak asing.
Katanya, beliau menerima satu nota daripada Jusuf, yang didakwanya menyebut bahawa dakwaan tersebut, seperti yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 28 Jun lalu, adalah tidak benar.

Anwar mendakwa, Jusuf juga telah mengutus bantahan serta tuntutan kepada Berita Harian agar akhbar berkenaan membuat pembetulan kepada laporan berkenaan.

Katanya, beliau sejak dari awal lagi tidak yakin bahawa tokoh berkenaan akan mengeluarkan kenyataan "gila" seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Apatah lagi, hubungan persahabatan antara mereka telah terjalin sejak sekian lama, kata Anwar dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

"Pak Jusuf amat prihatin soal perkembangan politik di Malaysia, dan menganggap saya dengan dia dalam keadaan baik. Jadi sebab itu saya mengambil masa beri dan memberi ruang kepadanya untuk memberikan penjelasan. 

"Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar berkata, Jusuf dalam nota berkenaan secara khusus menyatakan bahawa tulisan dalam akhbar berbahasa Melayu itu adalah "tidak benar".

Jusuf juga menolak permintaan untuk ditemubual wartawan daripada Malaysia, kata Anwar lagi.

"Jusuf Kalla berulang kali berbicara dengan saya, meminta saya, jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media khususnyaBerita Harian membetulkan.

"Pak Yusuf Kalla, tahu wartawan Malaysia selalu memutar belit kenyataan. Jadi dia enggan. Jadi dia tolak. 'Tulisan itu tidak benar. Saya akan bantah'," kata Anwar yang membaca nota Jusuf kepadanya.

"Bila beliau sebut begitu, saya tidak mahu buat ulasan berhubung bantahan itu," kata Anwar lagi.

Selain dakwaan menerima tajaan luar, laporan itu turut mendakwa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina..
Anwar berkata dakwaan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam satu laman web yang didakwanya ditaja Umno, dan kemudiannya dihebahkan oleh "media Umno" termasuk akhbar Berita Harian

MAHU TARIK SOKONGAN:MCA GUNA CARA SERANGAN DAN MEMBURUKKAN LAWAN?

Posted: 04 Jul 2013 01:30 PM PDT

Analisis terhadap iklan politik menjelang pilihan raya mendapati MCA lebih menjurus kepada serangan terhadap DAP dan PAS serta bertemakan politik pembangunan sementara iklan DAP pula cenderung menerangkan polisi mereka.

Pandangan tersebut diutarakan pensyarah pengiklanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Suhaimee Saahar yang menganalisis 25 iklan MCA dan DAP dalam akhbar The Star dan Sinar Harian sewaktu tempoh kempen pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas strategi kempen 'serangan' MCA dan DAP dalam iklan politik mereka.

"Jenis-jenis serangan - MCA lebih menumpukan serangan kepada DAP dan PAS dan ia lebih menumpukan kepada bagaimana PAS menggunakan DAP dan bagaimana DAP menggunakan PAS.

"PAS hanya ada tiga iklan, tidak menyerang tetapi hanya menumpukan kepada kekuatan parti.

"DAP hanya semata-mata menumpukan kepada kekuatan parti. Contohnya apabila Lim Guan Eng kata kami tolak rasuah (dalam iklan).

"Mereka lebih menekankan polisi parti mereka dalam iklan tersebut," kata Suhaimee dalam pembentangannya pada seminar "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur petang ini.

MUKA PENGHIANAT:TENGOK WAJAHNYA YG MEROSAK KUASA ISLAM INI..

Posted: 04 Jul 2013 11:30 AM PDT

Adly Mansourpresiden mesir yg merampas kuasa dari morsi..seorang kristen?

Tiada ulasan: