Jumaat, 5 Julai 2013

Addin

Addin


KJ Lebih Matang Dari Najib Dalam Isu Mesir ..Saksikanlah!!

Posted: 05 Jul 2013 09:41 AM PDT

Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. 

Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian itu.

Sementara pelbagai pihak di Malaysia menyuarakan bantahan serta kecaman atas kejadian itu sejak semalam lagi, pendirian kerajaan dan Najib tetap ditunggu-tunggu mengenainya. 

Ramai yang ingin tahu apakah pendirian Najib dalam kejadian itu. Oleh kerana Najib kebetulan sedang mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, Najib hanya bercakap kepada wartawan mengenai insiden di Mesir pada hari ini.

Sementara Anwar, PKR dan PAS secara terbuka dan tegas mengecam rampasan kuasa melalui tentera untuk mengguling Dr Morsi itu sambil mengajak seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi turut mengutuk tindakan sebegitu rupa, kenyataan Najib mengenai insiden Mesir agak mengecewakan.

Beliau seolah-olah mengutuk tindakan melakukan perubahan dan menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini dengan mengatakan perubahan tidak semestinya menjamin kemakmuran sedangkan seluruh dunia mengetahui era 30 tahun Hosni Mubarak penuh dengan segala macam penyelewengan, penindasan serta rompakan wang rakyat. Dalam masa yang sama, Najib seperti gembira dengan penggulingan Dr Morsi dengan berharap kerajaan baru segera dibentuk.

Sebaliknya, pendirian Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO dilihat lebih matang dan menggambarkan beliau memahami keadaan sebenar yang berlaku di Mesir, sambil turut mengecam rampasan kuasa yang berlaku itu.

Mari kita bandingkan perbezaan kenyataan antara Najib dan KJ mengenai insiden yang berlaku di Mesir itu.

Kenyataan Najib antaranya berbunyi, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

Perdana Menteri juga berkata, perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa penderitaan kepada rakyat seperti kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi, oleh kerana perubahan itu tidak memenuhi kehendak rakyat dan apa yang diharapkan oleh kita. Sambil menyifatkan apa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara ini dan sesuatu yang sudah terjadi, namun Najib mengharapkan kerajaan baru dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat negara itu.

Bandingkan pula dengan pendirian KJ dan Pemuda UMNO yang berbunyi, 

"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Dr Morsi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan saja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.
"Harus diingat bahawa Presiden Dr Morsi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihanraya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan saja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.
"Ini adalah iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan. Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya."

Jelas terdapat perbezaan yang nyata antara kenyataan Najib dan KJ. Selain hanya bercakap mengenai perubahan dalam perspektif yang sempit dan mengharapkan penubuhan kerajaan baru, Najib langsung tidak mengecam tindakan rampasan kuasa dan menggulingkan Dr Morsi. Berbeza dengan KJ, beliau mengecam apa yang berlaku di Mesir, mahu suara rakyat melalui demokrasi dihormati dan tidak menyebut langsung mengenai kerajaan baru. Secara logiknya, kerajaan baru tidak seharusnya dialu-alukan kerana ia seperti merestui tindakan menjatuhkan Dr Morsi.

Najib seperti menyatakan pendirian yang senada dengan Amerika dan tidak mahu menyinggung kuasa besar itu.

Ternampak juga bahawa Najib seperti tidak mahu memahami bahawa ramasan kuasa dan penggulingan Dr Morsi bukanlah kerana kerajaannya tidak memenuhi aspirasi rakyat tetapi kerana diganggu-gugat secara halus oleh tangan-tangan ghaib yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam itu. 

Kemenangan Dr Morsi adalah kemenangan majoriti iaitu 52 peratus suara rakyat dalam pilihanraya lalu tetapi golongan liberal dan sekular sentiasa mahu menjatuhkannya.

Pelbagai isu dan kelemahan dicari, tambahan pula dengan adanya bantuan Amerika, Yahudi dan Israel, usaha menggoncang kerajaan Dr Morsi sentiasa berjalan. Bukti nyata tentang adanya campurtangan Amerika, Yahudi dan Israel ialah bilamana sebaik saja Dr Morsi digulingkan, terowong yang merupakan laluan ke Palestin segera ditutup dan ini menyebabkab rakyat Palestin terkepung serta tidak dapat melarikan diri lagi jika sesuatu berlaku di negara itu.

Mesir, antara negara yang bersempadan dengan Palestin memang sentiasa dalam radar dan pemerhatian Amerika, Yahudi dan Israel dalam usaha mereka terus menindas dan menekan rakyat Palestin. Jika selama terowong itu dibuka, rakyat Palestin ada tempat untuk melarikan diri, kini dengan penutupannya mereka jadi terkepung dan tidak boleh lari ke mana-mana lagi.

Dalam isu Mesir, jelas matlamatnya ialah meluaskan pengaruh dan kuasa Israel di Palestin.

Dr Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir melalui pilihanraya yang sah dan demokratik setelah kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang penuh dengan penyelewengan, pembaziran, kemewahan dan pelbagai salah guna kuasa selama 30 tahun ditolak oleh rakyat negara itu. Apabila Dr Morsi yang bersih peribadi dan akhlak keluarganya juga terpuji memimpin Mesir, kuasa-kuasa Barat terutama Amerika nyata tidak senang dengan beliau. Pelbagai alasan dan kelemahan dicari untuk menyingkirkannya. Dr Morsi dianggap mengancam Israel.

Sementara kita rakyat Malaysia bersedih dengan apa yang berlaku di Mesir dan banyak masjid turut melakukan sembahyang hajat memohon pertolongan Tuhan, membaca dan mengamati kenyataan serta pendirian Najib, sebenarnya jauh lebih menyedihkan. ~shahbudin.com




Iklan C (ii)
 


Menteri Cakap Boleh, SPR Cakap Tak Boleh.. Kenapa Berdolak Dalik Pulak?

Posted: 05 Jul 2013 07:47 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpandangan bahawa cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak perlu diadakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding berada di dalam bilik pengiraan undi.

Beliau berkata SPR merupakan sebuah badan bebas dan sekiranya RTM ingin merekodkan proses pengiraan undi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM.

"Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain.

"Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman. Kita akan bincang (untuk pilihan raya kecil yang akan datang) ," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil. ~bernama





Iklan C (ii)
 


Akibat Biadap, Ustaz Don Belasah TV3?

Posted: 05 Jul 2013 06:56 AM PDT


TV 3, sepatutnya dalam keadaan nutral..jangan ikut telunjuk ..orang yang bangkang Islam..Semoga Allah melindungi Dr Mohd Morsi..

Betul ke ni FB Ustaz Don, ada komen dari pembaca blog Addin menyatakan Ustaz Din telah nafikan ini FB beliau.

Ustaz Don pun dah nafi ini FB beliau, baca penafian Ustaz Don di sini.

Namun, kebiadapan TV3 perlu di ajar.. jom kita boikot TV3...



Iklan C (ii)
 




Punca Morsi Di Gulingkan Tersebar...

Posted: 05 Jul 2013 05:30 AM PDT

Pada 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan 'rakyat dan tentera seiring bersama'.Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya.

Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi.

Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan 'revolusi' membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar.

Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gazayang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga  bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis.

Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!Apa pengajaran dari kisah di atas?

Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan.

Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam.

Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir.

Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.


Prof. Dr. Muhamad Agus



Iklan C (ii)
 



PAS Hadapi Laluan Getir Di PRK Kuala Besut

Posted: 05 Jul 2013 02:32 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kuala Besut akan menjadi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Umno dan seluruh jentera Barisan Nasional akan berada di Terengganu untuk memastikan BN dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang berusia 38 tahun dan juga ahli PAS merasakan bahawa Umno mempunyai peluang dan kelebihan dalam pilihan raya Kuala Besut yang mana tarikhnya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, JUmaat.

"Saya tidak fikir PAS atau Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk menang. Majoriti yang diperolehi Umno di Kuala Besut semasa PRU-13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS," katanya.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail pada 5 pilihan raya 5 Mei lalu.

Wan Saiful juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil.

"Saya dapat melihat PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut," katanya.

Menurut Wan Saiful, jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga berlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.

"PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Mereka perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk pilihan raya Kuala Besut.

"Mereka sedang menanti masa mereka untuk melihat bagaimana untuk menangani isu ini," katanya.

Walau bagaimanapun, Wan Saiful berkata beliau tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mereka. ~mStar





Iklan C (ii)
 


Apa?? Presiden Sementara Mesir Beragama Kristian Qubty??

Posted: 05 Jul 2013 01:29 AM PDT


Amru Ibn Al A's R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah (Omar Ibn Al Khattab) RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja!

Mulai semalam,Mesir diperintah sementara oleh seorang pemimpin Kristian bermazhab Qubty yang dinamakan Adli Mansur.

Tidak hairanlah media Israel mengalu-alukan langkah ini dan memanggilnya "pembebasan buat Mesir dan kembali ke landasan yang betul", dan Bashar Assad "menyambut acara-acara baru yang dijanjikan di Mesir" dan Nasrullah memanggilnya "Memperbaiki revolusi Mesir" manakala Mr.Obama mengatakan bahawa dia "bimbang" mengenai keadaan di Mesir!

Betul ke berita ni?? Kalau betul berita ni merupakan satu malapetaka buat Mesir kerana memiliki presiden pertama beragama Kristian.


Baca berita selanjutnya di SINI.




Iklan C (ii)
 


Apa Beza Laporan TV3 Dan Sinar Harian Berkenaan Penggulingan Morsi.. Saksikanlah!!

Posted: 05 Jul 2013 12:12 AM PDT


TV3 milikan Umno labelkan Presiden Morsi sebagai diktator.. sungguh jahat perbuatan TV3. Terbukti Umno adalah agen Amerika yang sebenarnya. Cuba lihat gambar di atas, perbezaan laporan oleh akhbar Sinar Harian dengan media tunggangan Umno.

Sinar Harian ikhlas dan jujur melaorkan situasi yang sebenar, apa lagi kita nak harapkan kepada Umno. Bukan sahaja berita tempatan malah berita luar negara pun di putar belitkan.

Ayuh kepada semua pecinta Islam kita adakan solat hajat dan berdoa supaya Allah SWT memberikan kemenangan kepada Islam di Mesir dan juga seluruh dunia..

Ikhwan Muslimin Anjur Bantahan Besar Besaran

KAHERAH - MESIR - Ikhwan Muslimin bakal mengadakan bantahan secara besar-besaran sebagai tindak balas kepada rampasan kuasa yang dibuat pihak tentera yang membawa kejatuhan Presiden, Mohamed Morsi, semalam.

Gabungan itu menggesa orang ramai bagi menyertai bantahan yang bakal diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.

Tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan melalui Facebook mendakwa hak membantah secara aman tidak boleh disalah gunakan kerana ia boleh membawa kepada rusuhan.

"Protes secara aman dan kebebasan bersuara merupakan hak semua rakyat," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan mereka dijemput untuk mengambil bahagian dalam membina sebuah negara. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Gambar Morsi Di Tahan Junta Tentera Mesir Tersebar

Posted: 04 Jul 2013 07:28 PM PDT


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka.

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya.

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih.





Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: