BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR PALING KONTROFERSI DAN MENJEJASKAN IMEJ:SAKSIKAN
- ds NAJIB DAPAT PELURU TAMBAHAN?KETAHUI SIAPA DIA INI
- ANEH:LEPAS BUAT JAHAT TAKBIR..MMMM
- ZAHID HAMIDI TERLEPAS PELUANG TERBAIK TUK BEBAS:ADA APA SEBENARNYA?
GAMBAR PALING KONTROFERSI DAN MENJEJASKAN IMEJ:SAKSIKAN Posted: 23 Jul 2013 07:30 AM PDT http://www.malaysiakini.com/news/236478 Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas. |
ds NAJIB DAPAT PELURU TAMBAHAN?KETAHUI SIAPA DIA INI Posted: 23 Jul 2013 02:00 AM PDT Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengalu-alukan langkah pejabat peguam negara melantik Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II. Zaid yang suatu masa lalu pernah menjadi pemilik firma guaman terbesar di negara ini menolak bantahan Anwar terhadap pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai "remeh", "aneh" dan "menyedihkan". "Pejabat peguam negara jarang melaksanakan peyumberan luar (outsource). Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan perkara tertentu. "Saya berpendapat pejabat peguam negara terlaku ramai... Terlalu ramai orang lakukan pelbagai perkara, tidak mudah untuk mencari peguam terbaik untuk bertugas untuk kamu. "Saya tidak mempertahankan Shafee (gambar atas), saya hanya ketengahkan fakta," katanya kepada Malaysiakini. Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi tadi menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. Anwar ketika ditemui di luar mahkamah menyoal sama ada peguam negara kekurangan sumber sehingga terpaksa memilih Shafee untuk mewakili pihak pendakwaan. |
ANEH:LEPAS BUAT JAHAT TAKBIR..MMMM Posted: 22 Jul 2013 09:00 PM PDT Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam". Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961. Dua lagi suspek masih bebas. Menurut peguam negara, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan tersebut. Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi. Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27. Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati. Mengadu cedera Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan. Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm. Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan. Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan. Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar". Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya. Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam. |
ZAHID HAMIDI TERLEPAS PELUANG TERBAIK TUK BEBAS:ADA APA SEBENARNYA? Posted: 22 Jul 2013 05:05 PM PDT Kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlarutan berikutan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah membatalkan pengantaraan minggu lalu berkaitan penarikan balik saman terhadap menteri dalam negeri itu. Peguam kepada Amir Bazli, Karpal Singh, berkata anak guamnya tidak berpuas hati dengan perbicaraan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam minggu lalu. "Dia berasa terancam. Ahmad Zahid tidak hadir ke mahkamah sebagai tertuduh tetapi sebagai seorang menteri. Berikutan itu, Karpal berkata, mereka memutuskan untuk membatal semua yang berlaku antara Amir Bazli dan Ahmad Zahid ketika menggunakan pengantara. Pengantara ialah Rohani Ismail yang juga Hakim Mahkamah Seksyen menjalankan rundingan kira-kira 90 minit tanpa kehadiran peguam. Amir Bazli selepas proses rundingan itu kemudian menarik balik saman manakala Ahmad Zahid membatalkan saman balas. Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim mewakili pasukan guaman Ahmad Zahid memberitahu wartawan, pampasan diputuskan tanpa campur tangan peguam. Amir Bazli pula menyatakan rasa puas hati dengan hasil pengantaraan tetapi sukar menerima terma berkenaan. Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengantaraan Malaysia, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berkata rundingan biasanya dijalankan dengan kehadiran peguam. Khutubul yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, berkata peguam turut hadir semasa terma dan syarat dirangka bagi penyelesaian luar mahkamah. Amir Bazli memfail saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor. Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli. – 23 Julai, 201 |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan