Anak Sungai Derhaka |
- PERKASA Seru Pengundi Sokong PAS Bagi Merealisasikan 16:16 ?.. Betul ke nih?
- Gambar Murid Bukan Islam Diarah MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS
- Katanya Lambang Parti Politik Tak Boleh Diletakkan Dalam Masjid Semasa Kempen.. Tapi Ni Apa Bendanya?
- Wajah Sebenar MP Pasir Salak Terserlah di Kuala Besut.. Saksikan Betapa Racistnya Dia..
- Kain Rentang Sindir Calon BN Dinaikkan Di Kuala Besut..
- Dua finalis Miss Malaysia persoal kenapa Ratu Cantik tak boleh tapi Renang dan Gimnastik boleh?
PERKASA Seru Pengundi Sokong PAS Bagi Merealisasikan 16:16 ?.. Betul ke nih? Posted: 23 Jul 2013 07:00 AM PDT Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat. "Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini. "Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu di Kuala Besut. Sementara itu, pada sidang media sama, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, kedudukan 16:16 akan menyaksikan BN tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni tanpa sekatan oleh mana-mana pihak. Ianya termasuk dalam soal meluluskan bajet, di mana jika berlaku kedudukan 16:16, maka BN terpaksa berunding dengan wakil Pakatan Rakyat untuk dapatkan sokongan. Keadaan itu katanya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menegur dan menolak mana-mana perbelanjaan yang difikirkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan. Menurut Dr Mariah sewaktu berceramah di Kampung Tok Saboh malam tadi pula kedudukan Umno BN hanya lebih satu kerusi berbanding PAS memerlukan PAS menghantar wakil untuk mempengaruhi segala keputusan. "Bila 16:16 sekiranya ada perkara yang dibelah bagi sekiranya perancangan dan belanjawan yang dikemukakan kerajaan tidak menguntungkan rakyat maka 16 undi ini membantah 16 undi yang menyokong. "Sehingga mereka meminda belanjawan atau apa-apa perancangan yang dibuat, maka rancangan ini tidak dapat diluluskan. "Jadi amat penting kita hantar seorang calon dari dun Kuala Besut kerana kita nak bawa suara rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Kesemua di atas adalah kata-kata dari pemimpin-pemimpin PAS mengenai agenda 16:16 di Kuala Besut, ianya bukanlah satu perkara yang menghairankan.. Kerana sebagai pemimpin mereka perlu menyedarkan rakyat akan betapa pentingnya agenda 16:16 itu dijadikan realiti. Agenda tersebut bagaimanapun menjadi semakin menarik bilamana risalah-risalah yang menyokong agenda tersebut oleh NGO-NGO yang selama ini jelas memihak kepada UMNO/BN beredar di Kuala Besut. Risalah yang berbunyi "REALISASIKAN Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS....INILAH MASANYA 16 : 16... 1 KERAJAAN...Seruan Kami NGO Melayu...PERKASA GPMS MBM PEKIDA" kini telah tersebar luas di DUN N01 Kuala Besut. Dari bunyi risalah tersebut jelas sekali menyeru rakyat Kuala Besut menyokong padu calon PAS sehingga mencapai kemenangan. Sehingga kini tiada penafian pun dari pihak Perkasa, GPMS, MBM dan Pekida bahawa risalah diatas bersangkut dengan mereka. Jika benar PERKASA babit dalam mengedarkan risalah ini adakah ianya sebagai membuktikan kepada Najib akan keupayaan PERKASA dalam mempengaruhi masyarakat Melayu? Sebelum ini telah dilaporkan akan kekecewaan dan ugutan PERKASA kerana telah dipinggirkan oleh Najib di ( SINI ) dan juga di ( SINI ).. | ||||
Gambar Murid Bukan Islam Diarah MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS Posted: 23 Jul 2013 02:30 AM PDT Apa punya fahaman yang Pengetua Sekolah ini anuti?.. Adakah tindakannya ini sebagai menghormati bulan Ramadhan atau menjaga puasa pelajar-pelajar yang lain entahlah.. hanya dia yang tahu.. Tapi... Tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari? Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit, Guneswari Kelly (lihat di SINI ), bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau. Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya. Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut. Jika tiada pekerja am, terjejaskah puasa guru jika terpaksa menyapu cebisan makanan yang bertaburan di lantai? Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak bertamadun. Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya. Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. -DCM | ||||
Posted: 23 Jul 2013 12:00 AM PDT Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Mohd Rozali Salleh berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen. Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat. Beliau turut mengingatkan parti-parti yang bertanding, khususnya umat Islam agar menghormati bulan Ramadan ketika berkempen pada pilihan raya kecil itu. Elakkan kempen yang berunsur fitnah dan mengumpat, nasihat beliau - Lapor Bernama pada 10 Julai lalu.. Katanya.. "Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu." Tapi.. ni apa bendanya? Sticker atau pelekat "Keluargaku Pengundi BN" dilekatkan dalam sebuah surau di Kuala Besut.. Beranikah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu mengambil tindakan terhadap UMNO/BN? Atau UMNO/BN buat tak apa... cuma PAS/PR saja tak boleh? Jika amaran atau nasihat oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu pun UMNO/BN langgar maka tak hairanlah jika fatwa Mufti pun peserta Miss Malaysia berani pertikaikan.. sila baca di ( SINI ) | ||||
Wajah Sebenar MP Pasir Salak Terserlah di Kuala Besut.. Saksikan Betapa Racistnya Dia.. Posted: 22 Jul 2013 08:57 PM PDT Walaupun mereka terpaksa memfitnah , tetap mereka lakukan yang penting akan memberikan keuntungan kepada politik dan survival UMNO yang konon sebagai pejuang kepada Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan sebagai pejuang islam tulin . Mereka terus memanupulasikan segala isu, membakar hati dan perasaan rakyat, mencetus ketegangan dan menjana sentimen perkauman demi survival umno dan pemimpin umno. Orang melayu terus diperbodohkan dan umno terus mendapat sokongan . Senjata itu juga digunakan bagi tujuan untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat dengan menggunakan 3 R bukan luar biasa. Fitnah terus menjadi agenda UMNO yang cuba mempalitkan kesan negatif khusus orang melayu terhadap Pakatan Rakyat . Media syaitan mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus dijadikan alat penyebaran fitnah yang bertujuan untuk menghilangkan keyakinan terhadap PR. Sedangkan umno selama ini bertindak menghancurkan orang melayu, menghina dan mencerca institusi raja-raja melayu, merosak dan menghina islam ditutup agar dilihat UMNO adalah juara untuk survival melayu. Adalah malang jika orang melayu terpengaruh dengan segala dakyah dan kemunafikan yang bertopengkan melayu dan islam oleh pemimpin UMNO. Apa yang tertera di atas ialah sebahagian dari tulisan Fariz Musa mengenai agenda 3R yang dibawa oleh UMNO sila baca di sini ( Fariz Musa ) untuk artikel sepenuhnya.. Dan saksikan bagaimana seorang Timbalan Menteri dari kabinet 1Malaysia Najib memainkan isu perkauman dalam kempennya di PRK Kuala Besut.. Untuk pengetahuan semua, semenjak Selangor di bawah PR, mereka menjalankan program MES ( merakyatkan ekonomi selangor), untuk lebih lanjut, klik di sini http://mes.selangor.gov.my/. | ||||
Kain Rentang Sindir Calon BN Dinaikkan Di Kuala Besut.. Posted: 22 Jul 2013 05:30 PM PDT Dua helai kain rentang ini dilaporkan telah dinaikkan didua lokasi strategik dalam kawasan DUN Kuala Besut beberapa hari yang lalu. Ayat yang tertera padanya ialah "CALON KITO NI WEH, PANTANG TENGOK "DAHI LICIN" WEH, Bukan Orang Kito Pun, CALON PAYUNG TERJUN." Pada kain rentang itu juga tertera logo Barisan Nasional dan juga UMNO dan telah diterbitkan oleh Gerakan Anak Jati Kuala Besut. Ianya dipercayai ditujukan kepada calon Putrajaya yang diterjunkan khas oleh UMNO/BN untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut. Dipercayai juga ianya telah dinaikkan oleh penyokong-penyokong UMNO/BN sendiri yang tidak dapat menerima orang dari luar sebagai calon mereka. Mungkin mereka menafsirkan perletakkan calon payung terjun sebagai wakil mereka adalah satu penghinaan buat mereka semua kerana ianya menggambarkan seolah-olah dalam UMNO Kuala Besut sendiri tidak mempunyai seorangpun individu yang layak dijadikan pemimpin. Dalam lain ayat.. Ahli-ahli UMNO Kuala Besut itu bodoh-bodoh belaka... | ||||
Dua finalis Miss Malaysia persoal kenapa Ratu Cantik tak boleh tapi Renang dan Gimnastik boleh? Posted: 22 Jul 2013 09:00 AM PDT DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama. Menurut Wafa Johanna, "Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia. "Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian," katanya. Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992. Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan. "Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?" katanya.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik. "Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya ~ MynewsHub |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan