BRIGED MP SEGAMBUT |
PAS TAK MINAT BERKUASA DI TERENGGANU? Posted: 19 Jul 2013 02:30 AM PDT PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu sekalipun jika menang dalam pilihan raya kecil di Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan. "Cumanya nanti mereka (BN) tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut semalam. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut. Selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR. Sementara itu, Husam yang juga pengarah pilihan raya kecil PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut. Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian. PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. - Bernama |
ISLAM ALA UMNO:DALAM BULAN RAMADHAN NAK SOLAT PUN TAK DI BAGI..SAKSIKAN Posted: 19 Jul 2013 12:23 AM PDT Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut. Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi. Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan. Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut. "Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily. Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas. Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan