Rabu, 17 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KETAHUI SEBAB KENAPA MUHYIDDIN TERSENYUM LEBAR

Posted: 17 Jul 2013 08:41 AM PDT

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat.

"Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut.
"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini.

Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.

DEMI UMNO..DEMI MELAYU DEMI ISLAM?

Posted: 17 Jul 2013 07:30 AM PDT

Demografi Sabah telah "sengaja" diubah untuk meningkatkan jumlah penduduk Islam di negeri itu, dakwa Pengerusi parti Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini.

Jeffrey mendakwa bahawa proses itu dilakukan untuk menjadikan Sabah negeri majoriti penduduk Islam dan menjustifikasikan kemasukan Umno ke negeri ini.

"Pada 1963, terdapat hanya 4% atau 5% penduduk Melayu di Sabah," katanya sambil menambah bahawa Sabah pernah menjadi negeri majoriti bukan Islam.

"Ini juga merupakan satu-satunya cara untuk mereka berhenti sistem penggiliran (jawatan ketua menteri) dan menguasai Sabah," katanya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah.

pi luar negara habis 44juta..BELI CENDOL BANJIR BAH

Posted: 17 Jul 2013 04:00 AM PDT

Kos lawatan luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta, Parlimen diberitaru hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nilai itu untuk lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada ia mungkin turut melibatkan perbelanjaan pendahulunya sebelum itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nga berkata, beliau percaya semua itu perbelanjaan Najib.

Najib menggantikan Abdullah pada 3 April 2009.

"Mungkin ia termasuk perbelanjaan ketika beliau (Najib) masih timbalan perdana menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

MB TERENGGANU DAKWA WAKIL RAKYAT UMNO BERHAK DAPAT TANAH:

Posted: 17 Jul 2013 02:25 AM PDT

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
Katanya, wakil rakyat berkenaan, seperti juga anak negeri tersebut yang lain, berhak memohon dan memiliki tanah tersebut.

Beliau mengakui bahawa setiap orang daripada empat pemimpin Umno Besut tersebut memiliki satu hektar tanah setiap seorang di kawasan Bukit Dendong, Mukim Tembila dalam daerah Besut.
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. Apa salahnya, dia dapat secara (yang betul).

"Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot.
"Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Besut hari ini.

Menurutnya lagi, beliau telah menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan PAS yang meminta kerajaan negeri menarik balik tanah yang diberikan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di Kuala Besut pagi ini mencabar timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan beliau memulangkan semula tanah berkenaan.
Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan', dan bukannya "dimangsai".
Dzulkefly mendakwa, tanah berkenaan diberikan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi ADUN Jerteh.
Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah berkenaan ialah MP Besut pada masa itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, ADUN Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad.

Nawi yang juga ADUN Hulu Besut pada hari Isnin lalu telahpun mengakui bahawa beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan bahawa rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri.

MAHADHIR BETUL KALI INI:BACA KALAU TAK PERCAYA

Posted: 16 Jul 2013 09:00 PM PDT

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai tujuan lain supaya negara yang kuat dapat mengawal yang lebih lemah dan boleh dibandingkan dengan penggunaan kekuatan tentera, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia satu lagi cubaan untuk menembusi pasaran negara-negara lemah supaya mereka boleh mengawal segala-galanya," Dr Mahathir memberitahu pemberita selepas ditanya sama ada Malaysia mampu berunding untuk mencapai keputusan yang menguntungkan negara ini.

"Mereka sudah pun mengawal dunia melalui kekuatan ketenteraan, sekarang mereka mahu kawal melalui kuasa ekonomi pula."

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas acara buka puasa bersama kakitangan DRB-Hicom di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi.

Rundingan pusingan ke-18 TPPA bermula kelmarin dengan sepuluh negara membincangkan terma perjanjian itu secara rahsia. Negara terlibat termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun dan Vietnam.

TAKDA AKAL BODOH:TENGOKLAH

Posted: 16 Jul 2013 07:00 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.

NONE"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah.

- Bernama

KHAIRY MAKIN BIJAK MENGAMPU..BIJAK BERPOLITIK..KALAH PEMUDA PAS

Posted: 16 Jul 2013 05:21 PM PDT

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyambut baik permohonan maaf Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berhubung kenyataannya yang menyokong secara terbuka terhadap penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Malaysia.
Beliau berkata, isu mengenai Duta Vatican City pertama ke Malaysia itu tidak perlu diungkit lagi kerana ia selesai selepas Marino meminta maaf dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra jam 12 tengah hari, semalam.
"Jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua pihak baik di dalam negara mahu pun dari luar negara supaya tidak sesekali membuat satu kenyataan yang mampu mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang agama dan kaum di Malaysia," katanya.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS), malam tadi.
Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.    
Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian.
Khairy berkata, isu kalimah Allah itu masih belum diputuskan di mahkamah malah ia adalah isu dalaman Malaysia tetapi Marino sebagai orang luar berpendapat hujah yang dikemukakan sebagai logik dan boleh diterima. - 17 Julai, 2013.

Tiada ulasan: