Addin |
- Kedudukan Najib Makin Getir
- Gara-Gara Beraksi Ala Kedai Kopi, MP BN Malu Besar..
- Rahsia Anwar Terbongkar Lagi?
- MP Dedah Kematian Dalam Tahanan Terbaru
- Berita Tergempar Dari Lahad Datu
- Setelah Di Desak, Polis Dedah Wajah Suspek Ke 4 Kes Dharmendran
- Wajah-Wajah Pengkhianat-Pengkhianat Morsi Dan Mesir Tersebar
- Anwar Dedah Punca MP BN Senang Di Tipu
- Mahathir Sekolahkan Najib Dan Menteri-Menterinya..
Posted: 17 Jul 2013 10:00 AM PDT Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan berlaku sampai ke Dewan Rakyat. "Dan kita tak mahu melihat kedudukan BN, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pengerusi BN, presiden Umno digugat, oleh kerana apa yang berlaku di Kuala Besut. "Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut, tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini. Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan. ~malaysiakini | ||
Gara-Gara Beraksi Ala Kedai Kopi, MP BN Malu Besar.. Posted: 17 Jul 2013 08:58 AM PDT Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar) malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi. Teguran tersebut ekoran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu melabelkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai 'profesor kangkung'. Penghinaan itu merujuk pujian Azmin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kulim Bandar Baharu harus tahu membezakan antara perbahasan di Parlimen dan di kedai kopi," kata Ismail seterusnya meminta Abdul Aziz memohon maaf kepada Azmin dalam Dewan Rakyat sebelum meneruskan perbahasan hari ini. Terdahulu, Ismail mengesahkan Abdul Aziz telahpun memohon maaf kepada Azmin. Khalid yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008 hingga kini atas kehendak rakyat di negeri termaju itu. Sebelum menyertai politik, beliau berpengalaman dalam pelbagai bidang pengurusan korporat termasuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Bhd. ~keadilandaily | ||
Posted: 17 Jul 2013 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0. Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu. Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah. Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis. "Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar. Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal. ~bernama | ||
MP Dedah Kematian Dalam Tahanan Terbaru Posted: 17 Jul 2013 02:37 AM PDT Belum reda dengan kes kematian dalam tahanan, satu lagi kes dilaporkan berlaku hari ini di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak apabila seorang pesalah ditemui mati dengan kesan lebam. Chew Siang Giap, 26, ditemui mati di pusat itu awal pagi hari ini, sekaligus menambah tekanan kepada pihak kerajaan yang sudah menerima kritikan pelbagai pihak untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mengedarkan satu laporan polis yang dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen hari ini. Bapa mangsa memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi. Semasa tiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan "kesan" pada mayat badan anaknya. "Saya menemui kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha semasa mengecam anak saya," katanya dalam laporan polis itu. Kes kematian ini dijangka menambah lagi tekanan terhadap Putrajaya, yang ketika ini masih bergelut dengan pembangkang membabitkan isu penubuhan IPCMC. Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis sejak 2006. ~the malaysian insider | ||
Berita Tergempar Dari Lahad Datu Posted: 17 Jul 2013 01:56 AM PDT Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian pada Februari lalu amat menggemparkan negara. Ia menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam kejadian yang sepatutnya mungkin dapat dielakkan. Berapa lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur dengan Sabah. Perkara ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh bersenjata. "Saya diberitahu bahawa Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh bersenjata itu dan isu itu adalah rahsia besar. Saya diberi amaran supaya tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Bagaimanapun, saksi ke-177 itu berkata:"Tindakan pantas polis mengepung pengganas Sulu yang bersenjata di Kampung Tanduo menghalang mereka daripada menyerang Lahad Datu." Sumber lain mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa polis sudah tahu mengenai kemungkinan pencerobohan berlaku selepas pedagang maritim yang berulang-alik di perairan antara Sabah dan Filipina tidak kelihatan beberapa hari sebelum serangan pertama. Bagaimanapun, tiada siapa yang memberi amaran di luar Lahad Datu. Selama ini, rakyat Malaysia percaya bahawa pencerobohan itu adalah secara mengejut dan tidak ada pasukan keselamatan yang mencukupi untuk melindungi sempadan kita, terutama di kawasan sempadan yang terlalu dekat antara Sabah dan Filipina. Malah, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penceroboh adalah orang tua tanpa senjata dan rundingan itu adalah tindakan terbaik untuk hari itu berbanding meletakkan risiko berlakunya pertempuran kecil dan insiden diplomatik antarabangsa dengan pengikut Sultan Sulu Filipina. Tetapi, seseorang sudah tahu yang penceroboh akan tiba sebelum sambutan Tahun Baru Cina dan memastikan tidak ada orang lain tahu mengenainya. Kenapa? Memandangkan polis mempunyai maklumat risikan mengenai kemungkinan pencerobohan, mereka tidak sepatutnya tidak bersedia apabila kononnya Tentera Raja Sulu muncul di Lahad Datu pada Februari 2013 dan tidak mungkin dua anggota polis VAT 69 di Ulu Kinta Perak - Sarjan Sabarudin Daud, 46; dan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, maut atau enam lagi terbunuh dalam kejadian di Semporna. Anggota polis dan barisan tentera berhak untuk marah atas kehilangan rakan seperjuangan mereka. Begitu juga rakyat Malaysia kini apabila mereka tahu polis sudah tahu mengenai pencerobohan itu lebih awal. Selepas apa yang didengar di RCI semalam, adalah sangat penting untuk kerajaan mengadakan RCI kejadian Lahad Datu. Bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa tidak ada seorang pun yang menjangkakan bahawa adalah lebih baik untuk mencegah pencerobohan itu daripada membiarkannya menjadi penutup yang berdarah. Dijangkakan kira-kira 235 militan Filipina melakukan pencerobohan itu untuk menghancurkan kehidupan rakyat Sabah serta keluarga anggota polis dan tentera yang terbunuh, tetapi, tidak ada sesiapa menghentikannya sebelum mereka boleh melakukannya. Kenapa? Kejadian itu menyebabkan pergeseran antara dua negara berjiran dan mengingatkan semula Filipina tuntutannya terhadap Sabah. Mengapa ada orang yang membenarkan perkara itu berlaku? Terlalu banyak persoalan dibangkitkan mengenai berita yang menggemparkan beberapa bulan selepas pencerobohan itu. Rakyat Malaysia perlu tahu kisah sebenar perkara ini kerana ia membabitkan kepercayaan kepada polis dan keselamatan nasional. ~the malaysian insider | ||
Setelah Di Desak, Polis Dedah Wajah Suspek Ke 4 Kes Dharmendran Posted: 16 Jul 2013 09:26 PM PDT Polis Kuala Lumpur hari ini memapar gambar dan butiran suspek kes kematian dalam tahanan, N Dharmendran di laman Facebook. Tindakan itu dibuat kira-kira sebulan selepas kejadian berkenaan mendapat perhatian media, selain tekanan pelbagai pihak. Suspek itu ialah Inspektor Hare Krishnan a/l K Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL). Dia dipercayai menghilangkan diri sejak 15 Jun lalu. Mengikut kenyataan media petang ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah meminta orang ramai yang ada maklumat itu menghubungi balai polis terdekat atau mengirim SMS kepada 32728. Pada sidang media hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan pihaknya mengamal dwistandard apabila berlaku kes membabitkan polis. Beliau merujuk kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa polis cuba melindungi suspek apabila enggan mendedah butiran maklumat peribadi inspektor berkenaan. Polis sebelum ini menyatakan, pegawai itu bercuti ketika siasatan dibuat terhadapnya sebelum pihak berkuasa menyedari kemudian Hare Krishnan menghilangkan diri. Kata Khalid: "Kita beri dia masa mencukupi untuk tampil. Sekarang kita paparkan gambarnya sebagai orang yang dikehendaki." Badan peguam hak asasi, Lawyers for Liberty turut mengkritik polis atas sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa dalam memburu suspek itu." Sebelum ini, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari yang didakwa atas pembunuhan Dharmendran pada 5 Jun lalu. Turut didakwa ialah seorang yang tidak dinamakan dan dipercayai merujuk kepada Hare Krishnan. Dharmendran, 31, mati ketika dalam tahanan polis IPKKL ketika ditahan reman. Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat trauma pelbagai benda tumpul dan kematian itu diklasifikasi sebagai bunuh. ~the malaysian insider | ||
Wajah-Wajah Pengkhianat-Pengkhianat Morsi Dan Mesir Tersebar Posted: 16 Jul 2013 07:28 PM PDT
Presiden Interim Adly Mansour di tengah-tengah bersama menteri kabinet di Istana Presiden Kaherah (foto semalam 16 Julai). Hampir 2 minggu yang lalu, Adly Mansour telah angkat sumpah, diikuti dengan jentera kerajaan yang baru diketuai oleh Perdana Menteri Hazeem El-Beblawi. Menampilkan Menteri Pertahanan Gen. Abdel-Fattah As-Sissi, watak yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ke atas Dr. Morsi pada 3 Julai yang lalu. As-Sisi sekarang ini diberi mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri & masih memegang portfolio di Kementerian Pertahanan. Dekat belakang sekali ada seorang yang pakaian seperti ulama' dan 3 orang wanita tidak bertudung. | ||
Anwar Dedah Punca MP BN Senang Di Tipu Posted: 16 Jul 2013 05:46 PM PDT KUALA LUMPUR 16 JULAI: Terlalu bergantung kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu. "Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu. "Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih)," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN. "Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan. "Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556," kata Anwar lagi. TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan. ~keadilandaily | ||
Mahathir Sekolahkan Najib Dan Menteri-Menterinya.. Posted: 16 Jul 2013 04:57 PM PDT TPPA Untuk Kawal Negara Lemah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai tujuan lain supaya negara yang kuat dapat mengawal yang lebih lemah dan boleh dibandingkan dengan penggunaan kekuatan tentera, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Ia satu lagi cubaan untuk menembusi pasaran negara-negara lemah supaya mereka boleh mengawal segala-galanya," Dr Mahathir memberitahu pemberita selepas ditanya sama ada Malaysia mampu berunding untuk mencapai keputusan yang menguntungkan negara ini. "Mereka sudah pun mengawal dunia melalui kekuatan ketenteraan, sekarang mereka mahu kawal melalui kuasa ekonomi pula." Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas acara buka puasa bersama kakitangan DRB-Hicom di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi. Rundingan pusingan ke-18 TPPA bermula kelmarin dengan sepuluh negara membincangkan terma perjanjian itu secara rahsia. Negara terlibat termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun dan Vietnam. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan