BRIGED MP SEGAMBUT |
- SEMOGA ADA ADUN UMNO MATI LAGI:IA RAHMAT BUAT PENGUNDI..RUMAHPUN AKAN DIBERI PERCUMA..SEMOGA ADA YG MATI LAGI...
- BOM PALSU PULA...
- DEMO 4.0 BERSIH WAJAR DIGERAK SEKARANG..BANTAH RASUAH PRK KUALA TERENGGANU
- SUKARNO DAN MAHADHIR:KALI INI SAYA SOKONG MAHADHIR..SAKSIKAN KENAPA
- USIR DUTA:SELESAIKAH MASALAH KITA
Posted: 13 Jul 2013 08:30 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut. Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik. Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah. Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya. "Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot. "Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT. "Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN. "Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya. Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini. "Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup. |
Posted: 13 Jul 2013 08:12 AM PDT Pejabat Star Publications (M) Bhd pejabat di Bayan Baru, Pulau Pinang menerima penggilan ancaman bom pagi ini, yang pertama sejak ibupejabat negeri akhbar itu berpindah ke kilang itu pada 2005. Sepasukan skuad bom dihantar untuk memeriksa kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi, kata OCPD Balik Pulau, Supt Mohd Hatta Mohd Zin kepada media hari ini. Kakitangan di situ mengosongkan pejabat semasa kehadiran skuad tersebut di bangunan empat tingkat itu. Bagaimanapun, menurut Hatta, menjelang jam 1.30 tengahari, polis mengesahkan bahawa ia panggilan palsu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Mazlan kesah kemudian turut mengesahkan perkara itu. Menurut sumber, penyambut tetamu di pejabat tersebut menerima panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenali pada kira-kira jam 10.15 pagi, mendakwa terdapat bom diletakkan di dalam bangunan itu. Sumber itu berkata, sebaik sahaja menerima panggilan itu, pihak pengurusan segera mengarahkan kakitangan mengosongkan bangunan kerana ia merupakan sebahagian daripada prosedur standard operasi kilang itu. "Polis kemudiannya dimaklumkan dan Skuad bom datang pada jam 11 pagi untuk menyiasat kawasan itu," kata sumber itu. |
DEMO 4.0 BERSIH WAJAR DIGERAK SEKARANG..BANTAH RASUAH PRK KUALA TERENGGANU Posted: 13 Jul 2013 07:22 AM PDT Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH, mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula tanpa pembersihan daftar pemilih terlebih dahulu. "... apa yang saya boleh beritahu ialah kami akan melakukan yang terbaik supaya (persempadanan semula) tidak berlaku sebelum daftar pemilih dibersihkan. "Ia adalah serius, iaitu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga kepada wartawan selepas forum pembaharuan pilihan raya di ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. Ambiga masih berharap SPR tidak akan meneruskan persempadanan semula sehinggalah integriti daftar pemilih terjamin. "Ianya mudah, apa yang mereka perlu lakukan adalah mengatakan bahawa kita akan berhenti dan bersihkan daftar pemilih terlebih dahulu," katanya. Pengerusi SPR, Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses persempadanan semula akan bermula pada akhir tahun ini |
SUKARNO DAN MAHADHIR:KALI INI SAYA SOKONG MAHADHIR..SAKSIKAN KENAPA Posted: 12 Jul 2013 09:00 PM PDT Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". "Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas. "Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). "Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar. "Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya. Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton. TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia. Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar. Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai. |
USIR DUTA:SELESAIKAH MASALAH KITA Posted: 12 Jul 2013 04:30 PM PDT Sekumpulan aktivis NGO Melayu mendesak kerajaan mengusir wakil Vatican City ke Malaysia Archbishop Joseph Marino kerana menyokong pendirian gereja Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah apabila merujuk kepada Tuhan. Gabungan NGO Islam-Melayu (GNIM) berhujah, kenyataan "biadap dan kurang ajar" itu jelas membuktikan kehadirannya di negara ini bukan dengan niat yang baik menjalin hubungan diplomatik tetapi tersirat agenda licik. "Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam," menurut kenyataan itu. Dalam kenyataannya hari ini, GNIM berkata, mereka bimbang jika perbuatan itu tidak ditangani dengan segera dan tegas, ia akan menjurus kepada campur tangan yang lebih serius. Ini menurut mereka lagi termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini. NGIM akan akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis berhubung perkara itu. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan