Sabtu, 13 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan.. Mana Zahid nak letak muka?

Posted: 13 Jul 2013 04:30 AM PDT


Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

"Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Dalam isu lain, Dr Subramaniam menegaskan sebagai seorang menteri kesihatan beliau tiada kuasa untuk mengiktiraf program ijazah perubatan daripada Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine.

"Saranan seorang pemimpin PKR agar saya menggunakan kuasa sebagai menteri agar CSMU diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) adalah tidak betul. Saya tidak akan guna kuasa itu. Takkan ada penghujungnya. Jika saya lakukan untuk satu kolej, banyak lagi kolej akan memohon perkara yang sama.

"Sehubungan itu, MMC akan membuat pemeriksaan dan penilaian secara profesional dan kementerian akan membuat keputusan," katanya sambil menegaskan bahawa penilaian MMC adalah untuk memastikan graduan perubatan yang dilahirkan berkualiti. - Bernama

Muhyiddin Bohong?.. Calon BN Bukanlah Anak Tempatan..

Posted: 13 Jul 2013 01:32 AM PDT


Ketika memperkenalkan Calon BN bagi pilihan raya kecil Kuala Besut Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 adalah anak tempatan.

"Beliau (Tengku Zaihan) bertanding untuk parti dan bukan untuk dirinya sendiri.

"Kejayaan beliau sangat penting kepada parti dan kemenangan ini sangat bermakna kepada BN supaya kita boleh terus membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada penduduk Kuala Besut," katanya.

Tengku Zaihan memperolehi ijazah kejuruteraan awam daripada Universiti Sains Malaysia dan sudah berumahtangga dengan empat anak.

Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, berkata Tengku Zaihan ialah ahli Umno biasa bagi cawangan Kuala Besut.

Bagaimanapun mStar melaporkan bahawa Calon BN bukanlah anak tempatan sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggangan UMNO sebelum ini..

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.

"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.

Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.

"Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria 'calon rakyat', maka kita beri kepercayaan kepadanya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya ~ mStar 

Boleh dianggap sebagai calon payung terjunlah dia ni..

Caj air mentah: Guan Eng salah faham atau Mukhriz tak reti bahasa?

Posted: 13 Jul 2013 12:00 AM PDT


Jika kita membaca apa yang Bernama laporkan pada 3 Julai mengenai isu harga air ini, akan jelas kelihatan kenapa UMNO/BN Kedah bersungguh-sungguh mahu mengenakan caj terhadap air mentah ini.

Punca utamanya ialah cemburu atau dengki bila melihatkan hasil penjualan air khususnya kepada industri perkilangan dan perkapalan yang didakwa menyumbang keuntungan besar kepada negeri Pulau Pinang

Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) berkata keuntungan itu perlu dikongsi bersama kerana Kedah terpaksa mengorbankan peluang memotong balak dari kawasan tadahan dan membina empangan, selain menanggung kos memastikan air sungai sentiasa bersih.

"Oleh kerana air mengalir dari Kedah dan Kedah terpaksa mengorbankan peluang untuk memotong balak di kawasan tadahan dan membina empangan Muda, maka sewajarnya Pulau Pinang perlu membayar harga ''air mentah'' kepada kerajaan Kedah.

"Walaupun kerajaan Pulau Pinang mendakwa air yang dipam adalah dari sungai di dalam jajahannya, tetapi kos penjagaan sungai dan nilai peluang ekonomi yang terlepas terlepas dari hutan simpanan ini, perlu diambil kira dalam bentuk ekonomi dan pampasan setara patut dibayar," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini ~ Bernama

Dan hari ini Bernama melaporkan..

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya  malam tadi ~ Bernama

Ini pula hujah dari Guan Eng membidas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, mengenai perkara yang melibatkan air ini.. fahamkan apa yang aku warnakan dengan warna merah..

Adalah salah untuk Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa Pulau Pinang " mengambil air mentah yang dari Sungai Muda" seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 11 Jun 2013. 

Pertama, Kedah tidak membekalkan air mentah ke Pulau Pinang. Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang secara semula jadi. Kami mengambil air dari sungai sendiri menggunakan infrastruktur bekalan air kita sendiri, pada kos kita sendiri. Oleh kerana tiada kos di sebelah Kedah, mengapa perlu ada apa-apa bayaran? 

Kedua, Sungai Muda yang merupakan sumber air semula jadi dan bukan projek buatan manusia seperti skim pemindahan air Johor-Melaka. Mengapa kita perlu membayar untuk air mentah dari sumber asli yang telah mengalir melalui negeri kita selama berabad-abad? 

Penang mengambil atau mengepam air mentah dari Sungai Muda di dalam sempadan Pulau Pinang. Tidak seperti air mentah Johor dari dalam sempadan Johor ke Melaka Menurut laporan berita pada 11 jun 2013, memetik dari Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai berkata bahawa terdapat "kes yang kuat" untuk Kedah untuk mengenakan Pulau Pinang untuk air kerana "precedent (telah) yang ditetapkan oleh Johor yang mengenakan caj terhdap Melaka ( untuk air) ". 

Mahdzir keliru kerana kedua-dua kes ini adalah sangat berbeza. Johor telah menggenakan caj Melaka untuk air mentah kerana terdapat kos infrastruktur dan operasi yang ditanggung oleh Johor di bawah Skim Pemindahan Air Interbasin Muar-Melaka Sungai. 

Johor terpaksa dimasukkan ke dalam infrastruktur tempat untuk pam air ke Melaka setiap hari dan pam juga menanggung tenaga, bahan api dan kos penyelenggaraan. 

Saya tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai jumlah caj - yang ada di antara Johor dan Melaka. Walau bagaimanapun, ia adalah adil untuk mengatakan bahawa terdapat alasan untuk bayaran kerana terdapat kos yang ditanggung oleh Johor untuk air sungai yang tidak melalui Melaka atau jalan sungai dikongsi dengan Melaka. 

Johor mengepam air ke Melaka menggunakan infrastruktur buatan manusia pada kos Johor. Pulau Pinang mengambil air dari Sungai Muda yang mengalir secara semula jadi melalui Pulau Pinang pada kos kita sendiri. 

Ini adalah dua senario yang berbeza sama sekali. Saya ingin menegaskan bahawa Kedah tidak menanggung apa-apa kos apabila Pulau Pinang menarik air dari Sungai Muda dari pihak kami. 

Sebelum Membuka Mulut-Nya, Timbalan Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air Menteri Perlu Memahami Konsep Hak Riparian yang memberikan hak kepada pemilik tanah Atau Negara Untuk Manfaat Daripada Aliran Asli Sumber Air Melalui Tanah Atau Negara mereka. 

Dari sudut pandangan Pulau Pinang, Sungai Muda yang merupakan sumber air mentah bersama untuk Pulau Pinang dan Kedah. 

Ini sungai Muda adalah ciri semulajadi geografi yang mentakrifkan sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Selaras dengan hak sungai, atau air hak, pemilik tanah berhampiran sumber air mentah semula jadi mungkin berhak kepada aliran semulajadi, penggunaan yang munasabah dan kegunaan berfaedah. 

Atas sebab ini, sebelum membuka mulutnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid harus memahami konsep hak riparian. 

Sebagai contoh, Sungai Mekong berasal di China, dan berjalan melalui Laos, Vietnam, Thailand dan Kemboja. Semua negara-negara ini berkongsi hak untuk menggunakan Sungai Mekong. Tiada bayaran air mentah yang terlibat kerana tidak ada negara boleh menuntut hak milik eksklusif sungai. 

Contoh lain sistem sungai yang dikongsi tanpa mengenakan apa-apa caj termasuk Nil dan sungai Mississippi. Saya tahu bahawa Mahdzir mahu menunjukkan kesetiaan kepada Kedah walaupun dilihat reputasi beliau sebagai Timbalan Menteri jahil. 

Walau bagaimanapun, dia harus ingat sebagai Timbalan Menteri Malaysia, beliau mewakili seluruh negara dan bukan hanya menyebelahi Kedah sebagai negerinya . 

Mengapa Pulau Pinang perlu membayar untuk air sekarang apabila BN tidak pernah ditekan untuk pembayaran pada Kedah apabila BN memerintah Pulau Pinang, tetapi hanya kini bahawa Pulau Pinang perlu membayar selepas BN hilang Pulau Pinang. 

Adakah ini bermakna bahawa hak-hak riparian wujud kemudian apabila BN memerintah tetapi tidak sekarang apabila PR memerintah Pulau Pinang? 

Daripada meminta wang dari Pulau Pinang untuk air, yang tidak pernah meminta atau dibayar oleh Pulau Pinang dalam sejarah, Mahdzir perlu menolak permintaan yang tidak munasabah Kedah untuk bayaran air mentah ini.

 Jadi.. Kenapa Pulau Pinang mesti membayar kepada Kedah?

Aku Sokong Tun Mahathir Sepenuhnya Dalam Hal Ini...

Posted: 12 Jul 2013 09:44 PM PDT


Bila aku siarkan artikel yang mempertikaikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 18 June 2013 lalu di ( SINI ), macai-macai UMNO yang jelas tak faham apa bendanya TPPA ini menyerang aku..

Perjanjian yang bakal menyisahkan rakyat marhaen ini dikatakan telah digunakan aku untuk memburuk-burukkan Kerajaan.. sekarang Tun Mahathir juga menentang perjanjian ini.. Apa korang nak kata?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai ~ Malaysiakini

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)mengenai perjanjian ini sila baca di ( SINI )

Oleh Kerana Calon BN Yang Lakukan Ini bukan Beli Undi.. Tapi Jika Calon PAS Lakukan.. Ini Dikira Beli Undi..

Posted: 12 Jul 2013 05:30 PM PDT


Aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasal petisyen tu ditolak.


Berita Harian melaporkan..

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.

Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri.

Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai ~ Berita Harian

Taktau la pulak kalau aksi ni tak boleh ditafsirkan sebagai beli undi tak kira la inisiatif kerajaan negeri ka sapa ka tapi bila yang bagi tu calon, diringi pulak oleh bekas Adun apa lagi persepsinya, tak timbul dah inisiatif kerajaan negeri tapi yang disembangkan tentunya calon BN yang bagi..

Akta kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 tertulis:

10. Penyogokan Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok: 

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya~ Akta 5

Jika Calon PAS yang lakukan.. sudah tentu ianya akan dikategorikan sebagai membeli undi.. tapi oleh kerana yang melakukan ini adalah Calon BN.. tak apa.. sebab Ahli UMNO dikecualikan dari undang-undang..

Ulasan seterusnya sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: